|
Post Last Edit by sourplum at 1-1-2011 16:26
TUTORIAL & PANDUAN ASAS
FORUM CARI UTK NEWBIES
 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
KENALI CP BAR ANDA
CPbar ni terletak kat sudut-kanan-atas .. jom checkout setiap satu fungsi CPbar ni 

kita mula dari kiri dulu aa ek!
nama : bukan sekadar nak menayang nama/username korang kat forum ni .. kalau korang klik kat nama korang tu, akan pergi ke page profile korang .. boleh checkout apa yg ada di sana seperti kat section pertama ada gender, self introduction, birthday, from (location) .. kat section kedua ada usergroup, R.P (reading permission), registered date, jumlah post, jumlah thread digest, jumlah page views, jumlah waktu/tempoh online, jumlah credits .. semua ni akan diterangkan setiap satu kemudian - InsyaAllah
Space : kalau klik yg ni akan membawa korang pergi ke page space korang kat CARI MYHOME .. space ni fungsinya lebih kurang macam myspace aa .. korang boleh add friends kat situ, send comments kat wall, buat blog, dan lain2 lagi
Notice : ni tempat korang nak access ke notice .. kalau ada notice, akan ada sampul surat warna oren kat situ .. fungsinya adalah untuk bagitau yg kita ada terima notice dari system, thread, PM .. kita akan bincangkan dgn lebih mendalam pasal notice ni kemudian .. tapi kalau korang nak check balik apa2 notice yg pernah diterima, boleh aa klik kat situ
P.M : atau private message .. kat sini korang boleh baca atau send PM .. details - akan diterangkan kemudian
User CP : yg ni penting! sebab kat User CP ni aa terletaknya control panel korang (CP = control panel) .. apa yg ada kat control panel? sangat banyak .. so, akan diterangkan kemudian one by one .. tapi basicnya - kalau korang nak edit profile (yg kalau klik nama korang tu tadi), edit signature, tukar avatar, tukar setting forum - semuanya kat sini aa ..
My Posts : kat sini korang boleh check+track balik semua post yg korang pernah buat & semua thread yg korang pernah buka ..
Logout : klik tu untuk logout dari forum  |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
Post Last Edit by naen at 4-10-2010 22:49
PROFILE [EDIT]
untuk edit profile korang, sila klik kat User CP kat atas tu - korang akan diredirect ke page Personal Profile .. kat sini, korang boleh edit apa2 info pasal diri korang - dan segala info tu akan appear dalam profile korang tu aa
SELF-INTRODUCTION : isi pape jelah yg korang nak kat sini, asalkan tak melanggar rules+etika .. ni aku bagi contoh :

lepas dah click kat bawah tu, self-introduction akan muncul di profile korang [versi detail] .. camni :

GENDER : boleh pilih daripada dropdown tu samada "Male" atau "Female" .. kalau korang tak nak disclose gender korang, boleh pilih "Secret" .. lepas dah pilih tu, click aa kat bawah tu .. gender korang akan appear di profile [versi detail]
BIRTHDAY : kalau korang nak share birthday korang, boleh aa edit kat usercp .. kalau tak nak, biarkan je .. contoh aa, katakan birthday korang 31 Ogos 1957 - cara nak edit birthday - klik kat tahun/bulan, akan appear dropdown tahun/bulan yg boleh dipilih (diclick) .. camni aa rupanya :

last sekali, pilih (click) tarikh haribulannya - lepas tu birthday akan appear diruang kosong tu macam ni : 1957-08-31 .. click kat bawah tu - birthday korang akan appear kat profile [versi detail] .. camni :

FROM : atau Location korang .. isikan ruang kosong kat User CP tu - location korang akan appear di BOTH profile - kat versi detail & versi compact (di post) .. contohnya, kalau aku isikan "Malaysia", rupanya jadi camni aa untuk kedua2 profile :


LAIN2 INFO : korang boleh isikan lain2 info kat ruang yg disediakan .. macam website, qq, icq, ym ia akan appear di profile korang .. juga akan appear di profile (post) korang dalam bentuk icon2 .. |
|
|
|
|
|
Post Last Edit by naen at 24-11-2011 01:41
NOTICE [+SETTING]
kekadang, kat CPbar kat atas tu, akan ada sampul surat warna oren .. camni ..
maknanya - korang ada dapat notice aa kan .. halakan mouse/cursor kat tu,
korang akan dapat lihat notice2 yg korang terima mengikut kategori - macam ni :

ni antara jenis2 notice yg korang boleh/akan terima :
PM : kalau korang ada receive new PM
Thread : kalau ada forumer reply/quote post korang & kalau korang ada bukak/focus thread, akan terima notice ni bila ada orang reply kat thread tu
System : kalau ada moderator/supermoderator/admin yg moderate thread atau post korang .. contohnya kalau thread/post korang tu di rate/remove rate, merge, split, close/open, move, digest, stick, highlight, bump/down .. kalau korang berjaya upgrade rank - akan terima notice dari system jugak
Friend : kalau ada forumer yg add korang dalam friend/buddy list dia - korang akan terima notice ni
kalau korang click kat menu notice tu, korang akan diredirect ke page notice .. kat sini, korang boleh view notice tu aa :

setiap notice baru, akan di-list-kan kat bahagian "ALL" tu .. korang boleh jugak checkout notice yg dibahagikan dalam kategori "Thread", "System" & "Friend"
kalau dimulakan dgn icon - maknanya post korang diquote .. kalau - post korang direply .. kalau - maknanya focus thread (akan diterangkan dgn terperinci kemudian) .. kalau - post korang tu di-rate .. kalau - maknanya thread korang dimoderate .. dan sebagainya .. boleh usha kat situ sendiri aa ek!
dari notice page tu jugak, korang boleh terus pergi ke post orang yg reply/quote korang tu, dgn cara click kat "View" kat bawah setiap notice tu .. & boleh jugak kalau nak quick reply post orang tu dgn cara click kat "Reply" .. cuma click either one kat dalam notice tu
katakan aa kalau korang rimas dgn segala notice ni, korang boleh tukar setting kat "User CP" korang .. pergi kat menu "Personalized Setting"

lepas tu cari bahagian ni :

by default - semua petak2 tu di-tick .. so pilih aa memana notice yg korang nak disablekan .. rujuk penerangan notice yg aku sertakan kat atas tadi - lepas dah siap pilih tu, leh click 
[NOTE] : kalau korang click "Clean Cookies" masa logout, atau dah biasa clear cookies/cache kat browser, setting ni akan kembali ke default (semua notice tu di-tick) & korang akan kembali terima notice2 tu .. so .. kalau korang ni jenis clean+clear, tapi tak suka dgn segala notice tu, terpaksa aa un-tick-kan kat setting setiap kali korang login kat forum |
|
|
|
|
|
Post Last Edit by naen at 24-11-2011 01:42
FAVORITE+FOCUS
forum ni ada menyediakan function ntok favorite/focus board atau thread .. ni perbezaan kedua2 function ni
favorite : bookmark mana2 board atau thread yg diingini
focus : bookmark+korang akan terima notice kalau ada new thread (focus board) atau new replies (focus thread)
FAVORITE
untuk favorite (bookmark) board - sila masuk ke mana2 board yg diingini - lepas tu click kat kat bahagian atas board tu .. nanti ada popup warna putih yg tulis "This forum is add to your favorite successfully"
untuk favorite (bookmark) thread - sila masuk ke mana2 thread yg diingini - lepas tu click kat .. nanti ada popup - click kat [Favorite this thread]
untuk review/manage balik board/thread yg telah dimasukkan dalam favorite list - boleh masuk kat "User CP" - kat sidebar menu sebelah kanan tu, klik kat "FAVORITE" .. kat situ nanti, ada 2 bahagian yg boleh diclick iaitu "Threads" & "Forums" (forums = board) .. so - section ni kesimpulannya utk kumpulkan list thread/board yg korang bookmark aa .. untuk remove mana2 thread atau board - boleh tick petak kecik kat tepi tajuk thread/nama board tu, pastu tick petak kecik yg berlabel "Del?" - lepas tu leh click 
FOCUS
untuk focus (bookmark+terima notice) board - masuk ke mana2 board yg diingini - lepas tu click kat yg terletak kat bahagian atas board tu .. nanti ada popup warna putih yg tulis "This forum is add to Focus List successfully"
untuk focus (bookmark+terima notice) thread - masuk ke mana2 thread yg diingini - lepas tu click kat .. nanti ada popup - click kat "Focus New Replies"
[NOTE] : dengan click focus ni, korang akan terima notice setiap kali ada thread baru (bagi focus board) & setiap kali ada new replies (bagi focus thread) .. so kalau korang agak2 macam jenis yg rimas nak terima+bukak notice, dinasihatkan utk tidak menekan focus board/thread ni
[NOTE] : setiap thread baru yg korang bukak, akan dimasukkan dalam list focus thread secara automatik .. so, kalau korang bukak thread, pastu macam rimas nak terima notice setiap kali ada orang reply kat thread tu, sila remove thread tu dari list focus thread korang
untuk review/manage balik semua board/thread yg korang dah masukkan dalam focus list - sila masuk kat "User CP" .. kat sidebar menu bahagian kanan tu, click kat "My Focus" .. kat situ nanti, ada 2 bahagian yg boleh diclick iaitu "Threads" & "Forums" (forums = board) .. so - section ni kesimpulannya utk kumpulkan list thread/board yg korang focuskan tu aa .. untuk remove mana2 thread atau board - boleh tick petak kecik kat tepi tajuk thread/nama board tu, pastu tick petak kecik yg berlabel "Del?" - lepas tu leh click  |
|
|
|
|
|
Post Last Edit by naen at 5-10-2010 11:57
PERSONALIZED SETTING
masuk kat "User CP", pastu kat sidebar menu yg kanan tu, klik kat 'Personalized Setting" ..
ni kalau korang nak tukarkan setting default forum ni .. contohnya : kalau nak ubah format post korang, nak ubah format time, format date, nak setkan timezone - semua dibuat kat sini aa .. ok, kita cuba setkan satu persatu ek 
STYLE - ada 2 pilihan : default & English 7.2 .. sebenarnya takde beza pun dua2 tu 
Thread Per Page - ni untuk ubahkan bilangan thread dalam list board .. default adalah 25 thread per page .. boleh ubahkan jadi 10, 20 atau 30 thread per page
Post Per Page - ni untuk ubah bilangan post dalam thread .. default adalah 25 post per page .. boleh ubahkan jadi 5, 10 atau 15 post per page .. option yg diberikan adalah lebih sedikit daripada default (25 post) .. so, untuk orang2 yg malas nak scroll down, boleh aa tukarkan setting ni
Signature Configuration - kat sini, korang boleh pilih samada nak show (view) signature ataupun no (hide) signature .. default adalah show signature
Avatar Configuration - kat sini, korang boleh pilih samada nak show (view) avatar ataupun no (hide) avatar .. default adalah show avatar
Image Configuration - kat sini, korang boleh pilih samada nak show (view) image ataupun no (hide) image .. default adalah show image .. image ni adalah gambar2 yg disertakan sekali dalam post .. kalau orang tu ada letak gambar dalam post dia, & korang pilih setting no image, gambar2 tu takkan appear dalam post & thread aa .. yg akan appear cuma direct link image tu sahaja
Editor Mode : yg ni adalah setting yg korang gunakan bila nak post reply/quote/new thread .. default adalah setting WYSIWYG .. tau ke apa itu WYSIWYG? maknanya adalah "What You See Is What You Get" .. Discuz! Code Mode pulak - err .. nanti aku akan terangkan pasal perbezaan antara kedua2 format ni kemudian ..
Time OffSet : pilih timezone korang ..
Time Format : default adalah format 24hrs .. so kalau agak2 korang nak tukarkan kepada format AM/PM, sila tukarkan kepada 12hrs
Date Format : default adalah dd-mm-yyyy .. kalau korang tak selesa dengan format ni, boleh pilih option lain yg ada .. dd - hari, mm - bulan, yy - tahun (kot aa ada yg tak tau kan .. adehhh)
Credit Notice : yg ni kita dah bincangkan secara mendalam sebelum ni dalam post #8 .. so kalau korang nak off notice bila korang dapat/ditolak credit, sila select off
Notice : yg ni pun dah dibincangkan secara detail kat post #8 .. sila rujuk post #8 sebelum tick/un-tick setting ni
PM Sound : sound yg korang akan dengar bila dapat PM atau notice .. err .. ada jugak orang yg tak dengar bunyi ni - mungkin sbb setting browser kot .. macam aku, aku tak dengar PM sound ni .. so .. untuk mereka2 yg mendengar & rasa nak tukar bunyi lain ataupun rasa rimas nak dengar bunyi ni - boleh tukarkan setting kat sini
Other Options : Show Email - kalau korang tick ni, email korang akan appear kat profile korang ..
bila dah selesai pilih setting mana yg nak digunakan, boleh aa click kat bawah tu  |
|
|
|
|
|
Post Last Edit by naen at 7-10-2010 01:14
USER GROUP [RANK]
korang sure perasan - kat bawah avatar setiap orang ada tulis group/rank orang tu .. contohnya macam Adventurer, Conqueror, Junior, Troublemaker, Post Banhammer, Moderator, Super Moderator, Unactiver, etc. apa ke benda nya ni? tu aa yg tentukan group dan rank korang ..
group untuk forumer, dibahagikan secara berikut .. sila usha dengan sepenuh hati & perasaan :

[NOTE] : kenaikan/penurunan rank korang adalah ditentukan oleh JUMLAH CREDITS, BUKAN jumlah posts ..
[NOTE] : salah satu kegunaan rank ni adalah untuk menentukan READING PERMISSION korang .. kalau korang perhatikan, ada sesetengah thread yg kat hujung tajuknya ada tulis [R.P. 3] atau [R.P. 101] - bandingkan dgn RP korang, samada korang boleh masuk thread tu ataupun tidak ..
[NOTE] : banyak lagi fungsi rank ni .. antaranya - rank Beginner - tak boleh post new thread poll, tak boleh vote kat thread poll jugak .. jumlah huruf (character) dalam signature pun ditentukan oleh rank .. untuk rank Beginner, cuma boleh letak 5 huruf (character) sahaja dalam signature .. sikit, kan? so .. upgrade aa rank korang kalau nakkan signature yg lebih panjang ataupun nakkan access ke thread yg ber-RP tinggi .. maximum RP untuk forumer adalah RP20 (credits lebih daripada 100000 - rank Legenderer) .. semoga berjaya~! 
[NOTE] : untuk group "Unactiver" tu .. korang akan jadi "Unactiver" kalau korang tak login forum untuk satu tempoh masa (katanya 6 bulan) .. kalau jadi Unactiver ni, kiranya korang tak boleh gunakan nama/account tu lagi aa - korang terpaksa buat account baru & mulakan balik dari 0 - beginner (newbie) .. so - kalau korang busy sangat2 pun, tapi masih sayangkan nama/account tu, make sure - at least - korang login forum dalam tempoh 2 atau 3 bulan sekali .. ok?
kalau credits korang sampai ke tahap negative, rank korang akan jadi Troublemaker .. untuk rank ni, korang tak boleh buat apa2 atau guna apa2 function forum ni - cuma boleh view post je aa ..
untuk rank Post Banhammer - korang akan dibanned (tak boleh post) selama sebulan .. rank ni tak melibatkan credits dipotong - tapi melibatkan penerimaan warning .. cukup je 3x warning - korang akan dibanned (dari membuat apa2 post) selama sebulan
untuk view group/rank details, korang boleh pergi kat "USER CP", dan click kat "USER GROUP" kat bahagian sidebar menu tu
korang akan nampak usergroup korang berada kat atas sekali dalam page tu (bahagian Your Main Group) .. dan list semua group ada kat bahagian bawah (sila scroll down) .. korang boleh klik kat "Group Detail" yg kat bahagian kanan tu - untuk view details bagi group/rank tu aa  |
|
|
|
|
|
Post Last Edit by naen at 3-1-2011 09:58
PM [PRIVATE MESSAGE]
SEND PM
ok .. kita cakap pasal cara nak send PM dulu ek! ni antara cara2 yg korang boleh gunakan untuk send PM :
1 - tekan P.M. kat "User CP" kat atas tu .. korang akan dibawa ke page list PM (section Private kat atas tu highlight warna biru) .. click kat "+ Send PM" kat bahagian kanan tu .. korang akan dibawa pulak ke page untuk compose PM .. isikan nama forumer yg korang nak send PM tu kat ruangan berlabel "To", lepas tu isikan mesej korang kat ruangan kosong besar kat bawah tu .. dah siap, leh tekan 
[NOTE] : kalau guna cara ni, korang kena make sure betul2 ejaan nama forumer tu & segala simbol yg ada dalam nama dia .. sebagai contoh, kalau aa nama dia ada simbol _ korang kena aa letak jugak simbol tu dalam nama dia ..
2 - cari post forumer tu kat mana2 thread yg dia pernah reply - halakan mouse/cursor ke nama dia .. pastu klik kat Send PM .. korang akan dibawa terus ke page compose PM & nama forumer tu akan terus diisi kat ruangan "To" ..
3 - melalui friend list .. caranya, korang kena add dulu orang tu sebagai friend .. lepas tu, melalui friend list (access melalui "User CP", lepas tu kat menu sidebar kanan tu, click kat "Buddy" ), korang boleh terus click kat Send PM .. antara kelebihan friend list ni, korang boleh send PM secara bulk .. check kat page compose PM tu, click kat "Bulk Send" (sebelah ruangan "To" ), akan keluar list friend korang & boleh tick penerima/senarai penerima kat situ jugak .. so, tak perlu pergi ke "Buddy" dalam User CP - terus pergi ke page compose PM pun boleh - cuma perlu tick sahaja nama penerima kat situ
4 - melalui kaedah reply PM .. kalau korang pernah berinteraksi dgn forumer tu & korang tak pernah delete/clear PM history, PM antara korang dgn dia akan kekal ada di ruangan Private dalam page PM tu .. so, cuma click "View" yg ada kat bahagian bawah PM history korang tu, nanti kat bawah tu ada ruangan kosong untuk quick reply - boleh terus send PM melalui situ sahaja
READ PM
semua PM yg korang baru terima & belum dibuka (baca), akan berada kat bahagian atas dalam section "Unread" tu dan ada icon .. so, kalau nak baca PM tu secara penuh, click "View" yg ada kat bawah keratan PM tu - korang akan dapat baca PM tu secara full ..

kat bahagian atas tu korang nampak "RECENT" , "WEEK" & "ALL" kan? RECENT tu maknanya PM terbaru yg korang terima dalam tempoh 1 hari korang online & kalau korang click kat RECENT tu, system akan menunjukkan PM yg korang terima dari forumer tu dalam tempoh 3 hari .. kalau korang click "WEEK" - maknanya, PM dari forumer tu yg korang terima dalam tempoh seminggu tu .. kalau "ALL" - selama2 korang berPM, semua PM akan disimpan kat dalam ALL - kiranya ALL tu macam message history korang aa ..
kadang2 akan ada error bila nak buka/baca PM .. so - biasakan diri untuk try click recent/week/all .. & PM paling baru yg korang terima, akan berada di bahagian bawah sekali dalam history .. selamat scroll ke bawah ye! 
REPLY PM
cara nak reply PM - taipkan kat ruangan kosong kat bawah PM tu .. pastu click aa "Reply" .. camni :

FORWARD PM
forum ni ada function untuk forward PM jugak .. caranya - bukak & cari PM yg korang nak forward tu, pastu click kat "Forward" yg ada kat sebelah PM tu :

pastu korang akan dibawa ke page PM editor .. isikan nama penerima kat bahagian "To" :

pastu PM tu akan diforward ke penerimanya aa kan .. kalau korang tertanya2 camne aa rupanya PM forward tu, camni aa rupanya

ok .. banyak sangat nama "naen" - mungkin korang pun pening, kan? kat bahagian "From" tu adalah sender asal .. kita bagi nama dia "A" .. so, si "A" - send PM kat si "B" .. so nama kat bahagian "To" - si "B" .. pastu si "B" pulak forward PM tu kat korang - so korang pun dapat aa PM forward yg dalam kotak quote tu (yg ada " " tu - ditulis dalam warna kelabu) - yg tu adalah PM si "A" yg disend ke si "B" dan telah diforwardkan kepada korang oleh si "B" tu tadi aa .. eh boleh faham ke ni? aku pun dah penin .. ahaha 
DELETE/SAVE PM
kalau korang nak delete PM, ada 3 cara ..
1 - kat page PM tu, halakan mouse/cursor kat icon 'X' yg berwarna kelabu tu - kat PM mana yg korang nak delete .. nanti 'X' tu akan dihighlight warna biru - click je 'X' tu - semua PM (history) dari forumer tu akan didelete

2 - boleh jugak tick kat petak2 kecik kat tepi PM tu, pastu click "Delete" kat bawah tu .. kalau nak delete semua PM, tick je kat petak "All" tu, lepas tu boleh click "Delete" .. cara ni boleh digunakan untuk delete multiple PM dengan cara yg cepat

3 - buka PM dari forumer tu, kat bahagian atas tu ada "Clean" - click kat "Clean" tu .. semua PM (history) akan didelete

forum ni ada sediakan function untuk save PM (akan disave dalam format .htm) .. caranya - buka PM dari forumer tu, kat bahagian atas tu, klik "Export" .. nanti ada popup - click je "Save" ..
PM SETTING [BAN/BLACKLIST]
ok .. korang nak block PM dari semua forumer? atau dari sesetengah forumer? korang boleh block PM mereka kat bahagian setting ni ..
untuk block PM dari semua forumer - kat bahagian atas tu ada 2 yg boleh di tick - so, tick Receive all user's message - untuk UNBLOCK PM dari SEMUA forumer .. Ban all users' messages - untuk BLOCK PM dari SEMUA forumer .. lepas tu boleh click 

untuk block PM dari sesetengah forumer - syaratnya - korang mesti pernah receive PM dari dia aa .. pastu - kat page Private tu, click View PM daripada forumer tu .. kat bahagian atas PM tu ada tulis "Add To Blacklist" - click yg tu .. forumer tu akan dimasukkan dalam blacklist korang ..

kalau kemudian2 korang berubah fikiran - nak keluarkan forumer tu dari blacklist, korang click balik kat setting - nanti korang akan nampak nama forumer tu kat bahagian blacklist kat bawah tu kan? halakan mouse/cursor kat nama dia - nanti akan appear "X" - click kat "X" tu - forumer tu akan diremove dari blacklist korang

bila orang lain cuba nak PM korang - kalau korang pilih "Ban all users' messages" atau korang add dia kat blacklist - akan keluar mesej ni

[NOTE] : korang masih boleh send PM kat orang lain & orang yg diblacklist
[NOTE] : kalau korang pilih "Ban all users' messages" - forumer yg add korang kat friend/buddy list TAK BOLEH send PM kat korang jugak .. kiranya - takde pengecualian aa .. semua forumer akan diblock daripada send PM kat korang |
|
|
|
|
|
Post Last Edit by naen at 7-10-2010 01:20
ADVANCE MODE [POST EDITOR]

tadi aku ada sebut pasal "Advance Mode" ni .. sekarang ni, aku akan cuba terangkan 1 by 1 apa yg ada kat "Advance Mode" ni ek ..
semua format untuk post kat forum ni - ada kat dalam "Advance Mode" .. ada 2 cara untuk masukkan format iaitu masukkan secara manual (korang ingat+taip sendiri segala code tu) ataupun secara automatik (cuma perlu click sahaja) .. kat dalam tutorial kali ni, aku akan cuba cover kedua2 cara ni - Insya`Allah .. 
[TIPS] :

sila berpandukan [TIPS] kat atas ni untuk memudahkan pemahaman+bila korang nak post nanti .. ia adalah cara yg paling mudah!
[NOTE] : INGAT! kalau korang nak gunakan discuz code ni, pastikan bahagian yg korang nak formatkan tu berada ditengah2/diantara code .. contohnya macam ni : 
bold/italic/underline/strikethrough

select/highlight bahagian mana dalam post korang yg nak dimasukkan format ni, pastu click kat memana format yg disediakan .. pastu, isi post korang akan jadi bold, italic, underline ataupun strikethrough - bergantung kepada format apa yg korang pilih .. yg horizontal line tu akan masukkan satu line panjang dalam post korang .. camni :
ni adalah discuz code nya, korang leh try nanti : 
code untuk masukkan horizontal line ialah 
font

select/highlight bahagian mana dalam post korang yg nak diubahkan font, pastu click kat memana font yg ada kat bahagian font tu aa .. isi post korang akan jadi camni : test trebuchet , test tahoma , test arial , test impact , test verdana , test times new roman
ni adalah discuz code untuk fonts : 
size

select/highlight bahagian mana yg korang nak besarkan font kat dalam post korang tu, pastu click kat mana2 saiz yg disediakan
kat sini aku bagi contoh saiz dari 1 - 7 : 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7
ni adalah discuz code untuk size :

[NOTE] : elakkan diri daripada menggunakan size font yg terlalu besar kerana ia boleh dianggap sebagai menjerit/kurang sopan/spam .. okay
color

select/highlight bahagian mana yg korang nak masukkan warna dalam post korang tu, pastu select aa warna idaman hati
ni contoh2 warna yg ada : merah , oren , kuning , hijau , biru , ungu , pink , hitam , putih , kelabu
ni antara discuz code untuk color (kalau rajin nak ingat code semua warna) :

[NOTE] : harap dapat elakkan diri daripada menggunakan warna yg terlalu terang - yg boleh menyakitkan mata forumer lain .. harap dapat bertimbangrasa terhadap sesama forumer .. okay
alignment

select/highlight post korang tu, pastu click kat alignment mana yg korang nak .. either center, left, right atau auto .. ni adalah contoh alignment dalam post
post yg align center
post yg align left
post yg align right
post yg align auto
ni adalah discuz code bagi alignment :

list

bahasa mudahnya - bullet/point .. caranya - click kat format tu & pilih either "order list" or "unorder list" .. bezanya? yg aku nampak, order list, point nya akan lebih ke bahagian tengah .. unorder list lebih ke tepi ..
camni rupanya kat WYSIWYG :

caranya : korang boleh terus taip lepas bullet tu keluar .. ulang click lagi kat format tu untuk point yg seterusnya .. lepas dah selesai, double click kat format yg korang pilih tadi tu
rupanya kat Discuz! :

caranya : taip kat ruang kosong tu & click "OK" .. ulang lagi untuk point2 yg seterusnya .. bila dah habis listkan point yg korang nak, click lagi sekali, tapi kali ni click kat "Cancel" ..
insert table (jadual)

[NOTE] : insert table ni hanya available kat format WYSIWYG! kalau korang pengguna Discuz!, tukarkan kejap ke format WYSIWYG .. lepas dah settle bab table tu, boleh tukar balik ke format Discuz!
cara nak gunakannya - masukkan bilangan row & column yg korang nak .. lepas table tu dah appear, isikan ruang2 kosong tu dgn pape je aa yg korang nak isi .. jangan risau pasal panjang/lebar table tu - sbb korang boleh resizekan kemudian (drag untuk resize) .. camni rupa table tu :

URL

sebenarnya - korang boleh terus paste mana2 URL yg korang nak paste kat forum ni .. tapi kekadang tu URL tu macam panjang, rasa cam tak best bila tengok .. so korang boleh gantikan dgn >>CLICK HERE<< - bila orang click, akan terus ke URL tu - cambest kan? ok .. ni cecara nak buat camtu .. click kat "Insert URL" (macam dalam gambar tu) .. kat bahagian atas tu isikan URL yg korang nak paste tu .. kat bahagian bawah tu isikan link text - contohnya " >> CLICK HERE << " .. pastu tekan submit .. contohnya, kalau aku masukkan URL forum ni & link text .. cuba korang click ni - CARI FORUM - keluar tak page index forum? menarik, kan? 
ni code manual ntuk insert url+text link : 
smilies

click kat memana smilies yg korang nak gunakan dalam post .. rasanya tak perlu nak terangkan panjang lebar pasal ni sbb korang pun tau kan?
[NOTE] : elakkan daripada post HANYA SMILIES dalam post korang, kerana tu dianggap SPAM & credits korang mungkin akan dipotong
code

camni rupanya kotak code :kotak code ni seswai digunakan kalau korang nak share pape code .. contohnya macam HTML ke, ataupun discuz code ke .. sbb system forum takkan ubahkan code tu dalam posting .. +korang boleh tekan "copy code" kat bawah tu untuk copy apa yg terdapat dalam kotak code tu
cara untuk wat kotak code secara manual : 
quote

biasanya digunakan untuk paste artikel atau pape je keratan artikel yg korang nak diberikan perhatian .. kotak quote akan appear kat post korang camni :
code untuk wat kotak quote : 
lain2 function

REMOVE URL - select/highlight kan bahagian yg korang nak remove URL tu, pastu click button "REMOVE URL" ni
REMOVE FORMAT - select/highlight kan bahagian yg korang nak remove semua format dalam post tu, pastu click button "REMOVE FORMAT" mo
UNDO - err .. untuk undo aa kan .. ahaha .. ni untuk batalkan pape benda terakhir yg korang buat masa taip/edit post tu
REDO - kalau korang ter-undo atau terpadam apa yg korang dah taip, click ni - apa yg korang undo/padam tadi akan appear balik
SAVE DATA - functionnya sama dgn COPY/SAVE .. ia akan copy/save keseluruhan post korang .. biasakan tekan ni kalau post korang tu panjang
RESTORE - functionnya sama dgn PASTE .. tapi kalau korang save data dari post lain (A), pastu korang click RESTORE kat post lain (B), post (B) akan hilang & digantikan dgn post (A) ..
RESET - functionnya sama macam CLEAR .. ia akan mengosongkan ruang reply ni .. kalau aa korang TERtekan clear ni, korang boleh click RESTORE kalau aa sebelum tu korang pernah tekan SAVE DATA untuk post tu ..
LENGTH CHECK - setiap post ada had minimum/maximum - pendek/panjang nya post tu .. so click ni untuk check samada post korang tu terlalu panjang, ataupun terlalu pendek .. contohnya : untuk post aku ni - setakat ni ialah :

panjang kan? ahahahaha  |
|
|
|
|
|
Post Last Edit by naen at 6-10-2010 23:18
NEW THREAD/POLL
berikut ada cara2 untuk bukak new thread atau new poll .. untuk bukak new thread/poll, korang perlu pilih kat sini :

halakan mouse/cursor kat button "NEW yg ada kat bahagian atas board .. pastu kat dropdown tu pilih aa samaada korang nak bukak thread atau bukak poll
[NOTE] : rank Beginner - boleh bukak new thread, tapi tak boleh bukak new poll+tak boleh vote
[NOTE] : rank Junior dan ke atas - boleh bukak new poll+vote
new thread
- untuk bukak new thread, click kat POST THREAD tu

- lepas tu :

[NOTE] : semua thread yg korang buka akan automatik jadi focus thread - maknanya - korang akan dapat notice setiap kali ada orang reply kat thread tu .. so - kalau korang tak nak terima notice tu, sila un-tick kat "Focus New Replies" tu
- lepas dah siap isikan tajuk & taip isi thread tu - leh click Post Thread kat bawah tu
[NOTE] : sila PM moderator diboard tu kalau korang nak thread korang tu ada RP (reading permission)
new poll
- untuk bukak new poll, click kat POST POLL tu

- lepas tu :

yang lain2 tu sama je macam post new thread .. cuma ada tambahan options yg korang boleh isikan tu .. pastu yg kat bahagian tepi tu :
Multiple Allowed - (atau "max vote" ) kalau korang nak membolehkan orang lain vote lebih dari 1 pilihan .. isikan berapa (nombor) pilihan tu kat ruang kosong yg disediakan tu aa & tick kotak kecik tu sekali .. kalau korang nak hadkan cuma vote 1 pilihan je, biarkan ruang tu kosong & jangan tick kotak kecik tu
Expiration - isikan nombor (jumlah hari) kat ruang tu & thread poll korang akan ditutup secara automatik bila countdown hari tu sampai '0' .. kalau rasa2 tak nak buat countdown ni, tak payah aa tick kat kotak kecik tu
Result show after voted - kalau korang tick yg ni, orang lain terpaksa vote untuk tengok result poll tu
Show Voters - kalau korang tick yg ni, korang+orang lain akan dapat tengok senarai nama yg vote kat poll tu
- bila dah settle semua, click kat Post Thread kat bawah tu .. berdasarkan contoh yg aku beri kat atas tu, camni aa rupanya thread poll tu bila ia dah dibuka :

ok .. selamat mencuba~!  |
|
|
|
|
|
INSERT GOOGLEMAPS [POST]
korang boleh masukkan googlemaps jugak kat forum ni .. camne? ok .. yg ni agak complicated sikit .. so, sila fahamkan dulu - kemudian boleh cuba ek! semoga berjaya~! 
ok - first sekali - korang bukak aa googlemaps - http://maps.google.com/
kita guna contoh yg simple aa ek .. search "Kuala Lumpur", pastu select aa "Kuala Lumpur" yg mana satu yg dimaksudkan/yg korang nak

bila peta tu dah keluar, klik kat bahagian "LINK" tu (kat bahagian atas-kanan), copy code yg kat bahagian bawah tu

dah copy? ok - sekarang, bukak page ni http://malay.cari.com.my/gmap.php .. pastekan code yg korang dah copy kat page googlemaps tu tadi kat ruang yg disediakan .. pastu click 'Press Code Generator'

pastu nanti, kat bahagian bawah akan muncul kotak+code baru .. select all kat code tu & copy

lepas dah copy tu, kat bahagian post editor, click kat button Gmaps tu - pastu, pastekan code yg korang dah copy tu tadi

pastu - leh tekan "Submit" .. lepas dah settle taip post korang, leh aa tekan "Join/Reply Thread"
dan googlemaps tu akan appear kat post korang .. camni :
Coordinates: f=q&source=s_q&hl=en&geocode=&q=Kuala+Lumpur,+Federal+Territory+of+Kuala+Lumpur+Malaysia&sll=3.139316,101.688123&sspn=0.02044,0.042272&ie=UTF8&hq=&hnear=Kuala+Lumpur,+Federal+Territory+of+Kuala+Lumpur,+Malaysia&z=11&ll=3.139003,101.686855&output=embed |
|
|
|
|
|
Post Last Edit by naen at 8-10-2010 00:25
REPORT/RECOMMEND POST
kalau ada mana2 post yg korang rasa perlu diambil tindakan oleh mod/supermod, korang boleh click kat "Report" yg ada kat bahagian bawah post tu ..

lepas tu akan keluar popup - tick kat "Report" & isikan report korang kat ruang yg disediakan .. pastu boleh click "Submit"

[NOTE] : click "Report" ni bukan semata2 kalau ada post cari gaduh, post spam, ataupun post yg ada mencarut/provoke camtu .. korang boleh click "Report" untuk membantu pihak mod dalam kerja2 moderating .. contohnya ada 2 thread yg sama dibuka, ataupun ada request daripada thread starter untuk naikkan RA (kot2 aa thread starter tu 'terlupa' nak PM mod, atau forumer lain pun tak report/PM kat mod), etc
[NOTE] : korang boleh jugak recommend mana2 post yg korang rasa bagus, tapi mungkin mod terlepas pandang nak bagi credits .. boleh tick kat "Recommend" dalam popup "Report" tu .. recommend je aa kan - kalau mod tak nak bagi credit kat post tu, mungkin pendirian/pandangan mod tu berbeza dgn kita .. sama jugak macam kalau kita click "Report" ..
ok - kalau korang tak nak click report tu, korang boleh PM direct kepada moderator yg jaga board tu ..
[NOTE] : kalau korang click "Report", semua moderator+supermoderator yg menjaga board tu akan terima "Report" tu .. so kalau korang rasa kurang selesa pasal tu & mungkin kat board tu korang ada 'mod favorite' - korang boleh PM direct kepada mod tu ..
tapi - untuk memudahkan kerja2 mod - kalau korang PM direct aa kan - korang dinasihatkan untuk provide direct link ke post tu supaya mod tidak tercari2 post mana satu yg korang maksudkan  |
|
|
|
|
|
COPY DIRECT LINK POST
korang nak forumer lain baca satu post secara direct? ye aa - macam leceh+menyusahkan je kalau bagi link ke thread atau link ke page thread - sbb nak kena cari entah aa post yg mana satu yg dimaksudkan, kan? korang boleh bagi direct link ke post yg korang maksudkan tu .. caranya?
pegi kat post tu .. pastu kat bahagian atas (kanan) post tu ada nombor post kan? click kat nombor post tu :

nanti ada popup - korang cuma perlu klik kat bahagian "Copy to Clipboard" tu .. pastu korang leh pastekan ke dalam PM, post atau kat memana je yg korang nak

[NOTE] : korang boleh gunakan function ni kalau korang memilih untuk PM direct kepada moderator/supermoderator (kalau tak nak tekan report kat post tu) .. sila pastekan direct link post ni kat dalam PM tu supaya memudahkan mod/smod untuk terus dapat baca post yg dimaksudkan & seterusnya mempertimbangkan apa tindakan yg akan/boleh diambil |
|
|
|
|
|
|