CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 409|Reply: 0

[Kedah] Tumbuk, tendang isteri kerana ajak anak bekerja

[Copy link]
Post time 20-9-2022 02:21 PM | Show all posts |Read mode
Sungai Petani: Niat seorang ibu mengajak anak sulung mencari pendapatan dengan bekerja di kedai haiwan peliharaan bertukar menjadi tragedi apabila mukanya ditumbuk dan pinggang ditendang suami ketika berada di rumah mereka di Sungai Lalang, Bedong, Sabtu lalu.

Dalam kejadian pada 11 malam itu, wanita malang terbabit berusia 37 tahun itu pada mulanya bertengkar dengan suami yang berusia 39 tahun selepas lelaki itu mengetahui anak mereka mahu mengikutnya bekerja secara sambilan.

Menurut sumber, suami enggan membenarkan anak lelaki mereka yang berusia 17 tahun itu mengikut isteri bekerja tanpa sebarang alasan sebelum berlaku kekecohan dan pertengkaran antara pasangan terbabit.


"Ketika bertengkar, suami wanita terbabit tidak dapat mengawal kemarahan dan dia secara tiba-tiba bertindak luar dugaan apabila menampar muka dan menendang pinggang isterinya.

"Wanita terbabit hanya mampu merintih menahan sakit sambil dilihat empat anaknya dan dia yang sudah tidak tahan dengan kelakuan suami membuat laporan polis berhubung kejadian itu," katanya.

Sumber berkata, susulan daripada laporan dibuat mangsa, polis menahan suspek yang ketika itu berada di rumah kira-kira jam 5 petang semalam.

"Hasil siasatan lanjut, isterinya mendakwa suspek memang seorang yang agak panas baran selain gemar minum air ketum dan kerap memanggilnya dengan panggilan pelacur.

"Selain itu, ini juga adalah kali ketiga wanita berkenaan membuat laporan polis selepas menjadi mangsa pukul namun dia menarik kembali laporan sebelum ini kerana kasihan selain mendakwa mahu memberi peluang untuk lelaki itu berubah," katanya.

Sumber berkata, bagaimanapun lelaki terbabit langsung tidak menghargai pengorbanan isterinya itu dan dia tetap dengan perangai lama yang mudah naik angin dan gemar memukul mangsa tanpa sebab.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan mengesahkan menerima laporan dibuat mangsa dan juga penahanan suspek.

"Setakat ini, kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,"katanya
.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-ajak-anak-bekerja

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.176338 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list