CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 398|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis Pulau Pinang iringi bekas PM Thailand bercuti untuk keselamatan

[Copy link]
Post time 23-9-2022 02:29 PM | Show all posts |Read mode
Polis Pulau Pinang iringi bekas PM Thailand bercuti untuk keselamatan

oleh SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI 23 September 2022 01:16pm






Thaksin dan Yingluck menaiki beca ketika melawat Pulau Pinang. Gambar kecil: Mohd Shuhaily




GEORGETOWN - Polis Pulau Pinang menegaskan bahawa penugasan beberapa anggota untuk mengiringi bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dan adik perempuannya, Yingluck Shinawatra ketika bercuti di negeri tersebut adalah atas faktor keselamatan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, penugasan itu adalah untuk menjamin keselamatan dua individu yang dikenali itu selain mengelakkan perkara tidak diingini berlaku ke atas mereka.

Menurut Mohd Shuhaily, isu tersebut tidak perlu dipolitikkan kerana polis hanya menjalankan tugas dalam aspek menjaga keselamatan.

"Penugasan mengiringi memang ada. Mereka berdua adalah individu dikenali dan orang berkepentingan kerana kedua-duanya bekas Perdana Menteri Thailand.

"Pihak polis memberi kawalan keselamatan kerana bimbang kemungkinan jika ada pihak berniat tidak baik terhadap mereka. Polis menjalankan tugas demi keselamatan, tiada isu lain," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini, pada Jumaat.

Kata Mohd Shuhaily, sekiranya perkara tidak diingini berlaku ke atas Thaksin dan Yingluck, semua pihak akan menuding jari kepada polis kerana gagal menjaga keselamatan orang awam.

"Jika berlaku apa-apa, semua orang akan salahkan polis kerana gagal menjaga keselamatan awam termasuk pelancong luar. Semua pihak akan bercakap mengenai keselamatan Pulau Pinang dan negara kita.

"Saya jaga Pulau Pinang. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan keselamatan di sini terjamin," katanya.




Sejak dua hari lalu, Thaksin dan Yingluck dilihat berada di Pulau Pinang dipercayai untuk bercuti selepas Yingluck memuat naik 16 keping gambar di Facebooknya, pada Khamis.

Dalam hantaran itu, mereka dilihat menikmati pelbagai jenis makanan tempatan serta merakam gambar dengan beberapa mural serta seni lukisan dinding terkenal di Lebuh Armenian.

Dalam catatan di Facebooknya itu, Yingluck berkata, ia merupakan lawatan kedua beliau ke Pulau Pinang selepas sekian lama akibat penularan Covid-19.

Pasangan adik-beradik itu hidup dalam buangan selepas digulingkan dalam rampasan kuasa tentera.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.047430 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list