CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7308|Reply: 112

persidangan wanita pertama KL

[Copy link]
Post time 5-10-2010 12:23 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama yang akan berlangsung 11 Oktober depan di ibu negara, bakal menjadi persidangan pertama menghimpunkan lebih 20 wanita pertama dari seluruh dunia yang dipengerusikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Mengambil tema Anak Hari Ini, Pemimpin Hari Esok, persidangan itu akan menjadi platform untuk meningkat kesedaran global berhubung kepentingan setiap negara melabur dalam pembangunan, kebajikan, pendidikan dan kesejahteraan kanak-kanak.

    Rosmah berkata, inisiatif beliau menganjurkan persidangan itu mendapat maklum balas positif daripada wanita pertama seluruh dunia dan ketika ini seramai 22 orang sudah menyatakan persetujuan untuk hadir dan dua negara lagi menghantar wakil.

    “Ini inisiatif pertama Malaysia menganjurkan persidangan seumpamanya, justeru berharap dapat mengumpul sekurang-kurangnya 30 wanita pertama daripada pelbagai negara di dunia untuk bersidang mengenai pembangunan kanak-kanak yang menjadi aset penting masa depan.

    “Setakat ini, antara Wanita Pertama yang sudah menyatakan persetujuan untuk hadir adalah dari Afghanistan, Albania, Chile, Congo, Cyprus, Ghana, Iran, Jamaica, Nigeria, Estonia, Sri Lanka dan Sudan, manakala Tunisia serta Thailand menghantar wakil.

    “Kira-kira 45 negara lagi  belum menjawab dan kami masih lagi memberi masa sehingga sidang kemuncak diadakan selama tiga hari berakhir 13 Oktober nanti,” katanya pada sidang media khas di kediamannya di Jalan Duta, di sini, semalam.

    Hadir sama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Pengarah Institut Pengupayaan Wanita bagi Pergerakan Negara-negara Anggota Berkecuali (NIEW), Datuk Dr Rafiah Salim.

   Mengulas lanjut, beliau menjelaskan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan diberi tanggungjawab mengurus sidang kemuncak itu, manakala upacara perasmiannya akan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2010 12:24 PM | Show all posts
persidangan gundik2 pertama tak nak wat sekali ka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2010 12:26 PM | Show all posts
siapa wanita pertama malaysia?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2010 12:28 PM | Show all posts
Datin Seri Rosmah Mansor hanya bertaraf isteri kepada seorang Perdana Menteri sahaja dan tidak layak menggelar atau menganggap diri beliau sebagai Wanita Pertama Malaysia atau "First Lady" disisi Perlembagaan, kata pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Dalam konteks gelaran Wanita Pertama Malaysia usaha meletakkan gelaran itu pada bukan yang hak adalah sesuatu yang tidak bermoral dan tidak bersopan menurut pakar perlembagaan itu.

"Wanita Pertama Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan tidak boleh mana-mana pihak membuat tuntutan ke atas penghormatan itu hatta isteri Perdana Menteri sekali pun.

"Rakyat negara ini harus faham protokol kepimpinan negara sebagaimana yang dipertuntukkan dalam Perlembagaan," Prof Abdul Aziz.

Menurut Perkara 32 (2) dalam Bab 1 berkaitan "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan isterinya" jelas dinyatakan, " Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong".

"Oleh kerana Yang DiPertuan Agong mestilah seorang lelaki maka isteri baginda menjadi Permaisuri Agong dan bagindalah yang menurut Perlembagaan memegang gelaran Wanita Pertama Malaysia bukannya mana-mana pihak lain," jelas Prof Abdul Aziz lagi.

Ditanya mengenai laporan media yang sering mengaitkan Datin Seri Rosmah sebagai "Wanita Pertama", beliau menyatakan perkara itu menyalahi protokol negara dan tidak menghormati kedudukan mulia Permaisuri Agong.

"Dalam Perlembagaaan termaktub dengan jelas dalam Perkara 70 berkaitan kekananan Sultan, Raja dan Yang DiPertua Negeri selepas Yang DiPertuan Agong dan Permaisuri Agong," tegas beliau.

Perkara 70 (1) berhubung "Keutamaan Raja dan Yang di-Pertua Negeri" menyatakan "Tertakluk kepada keutamaan Yang di-Pertuan Agong dan Isterinya, Raja dan Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri-Negeri hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain dan setiap Raja atau Yang di-Pertua Negeri hendaklah, di dalam Negerinya sendiri, diberi keutamaan daripada Raja dan Yang di-Pertua Negeri yang lain".

Perkara 70 (2) pula menyatakan, "Tertakluk kepada Fasal (1), Raja hendaklah diberi keutamaan daripada Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dan, antara mereka sendiri, mengikut tarikh mereka menjadi Raja, dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri hendaklah, antara mereka sendiri, diberi keutamaan mengikut tarikh mereka dilantik sebagai Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri; dan jika Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dilantik pada hari yang sama, maka yang lebih tua hendaklah diberi keutamaan daripada yang lebih muda".

"Maksud kedua-dua fasal dalam Perkara 70 tersebut ialah selepas YDP Agong dan Permaisuri kekananan atau "seniority" Sultan, Raja dan Yang DiPertua Negeri adalah mengikut tarikh mereka dilantik memegang jawatan masing-masing. Umpamanya yang paling kanan selepas YDP Agong dan Permaisuri Agong ialah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan diikuti oleh yang lain.

"Tidak disebut dalam Perlembagaan isu kekananan Perdana Menteri dalam hirarki kepimpinan negara. Kalau Perdana Menteri tidak disebut apa lagi isteri kepada Perdana Menteri!," ujar beliau.

Prof Abdul Aziz menasihati media dan agensi kerajaan supaya mempelajari sistem protokol negara sebelum memberi apa-apa gelaran kepada mana-mana individu.

"Malaysia bukannya sebuah republik seperti Amerika Syarikat di mana Presiden adalah Ketua Kerajaan dan juga Ketua Negara, dan isteri beliau adalah Wanita Pertama.

"Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan yang mana YDP Agong adalah Ketua Negara dan Permasuri Agong adalah Wanita Pertama.

"Saya berpendapat menamakan Rosmah sebagai wanita pertama hanya helah politik oleh kuncu-kuncu beliau untuk menaikkan namanya," jelasnya lagi.

Beliau diminta mengulas laporan BERNAMA bertajuk "Rosmah Tekankan Pentingnya Peranan Wanita Pertama" yang disiarkan semalam.

- kelab greenboc.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 12:57 PM | Show all posts
malunya....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 12:59 PM | Show all posts
Bukan ke itu hari dah explained bahawa Rosmah was the first woman and the queen has a higher position than that.  More precisely she is a queen among queens, and not among the common people. Itu yang saya fahamlah.  Btw tak sabar nak tunggu persidangan pertama ni sebab nak tengok agak agak ada tak yang melaram tak hengat siapalah yang paling anggun eh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2010 01:29 PM | Show all posts
Mengambil tema Anak Hari Ini, Pemimpin Hari Esok, persidangan itu akan menjadi platform untuk meningkat kesedaran global berhubung kepentingan setiap negara melabur dalam pembangunan, kebajikan, pendidikan dan kesejahteraan kanak-kanak.

    Rosmah berkata, inisiatif beliau menganjurkan persidangan itu mendapat maklum balas positif daripada wanita pertama seluruh dunia dan ketika ini seramai 22 orang sudah menyatakan persetujuan untuk hadir dan dua negara lagi menghantar wakil.


Betul ke apa yang aku baca nih....macam tak caya je.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 01:38 PM | Show all posts
Betul ke apa yang aku baca nih....macam tak caya je.
airfilterkotor Post at 5-10-2010 13:29


kat mana yg ko tak caya?.. konfius plak aku..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2010 01:39 PM | Show all posts
“Setakat ini, antara Wanita Pertama yang sudah menyatakan persetujuan untuk hadir adalah dari Afghanistan, Albania, Chile, Congo, Cyprus, Ghana, Iran, Jamaica, Nigeria, Estonia, Sri Lanka dan Sudan, manakala Tunisia serta Thailand menghantar wakil.
SepupuBen10 Post at 5-10-2010 12:23




byk negara dunia ke-3 jek
mongolia selalu dilupakan...kecik hati meka taww
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 01:41 PM | Show all posts
ada tertengok iklan ahkak ni dalam astro kalau tak silap, cam nak
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 01:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by sitihawa at 5-10-2010 13:45


GIGIH...Rosmah (kanan) dalam sidang media Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama sambil diperhatikan Shahrizat.






tengok rambut rosmah teringat lak rambut samy vellu, ala2 sama gitu cara belahan dan kembang
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 01:45 PM | Show all posts
byk negara dunia ke-3 jek
an2toncit Post at 5-10-2010 13:39



Biasanya memang negara dunia ketiga yang ada masalah dengan pembangunan kanak kanak.. so bagus la diaorang join.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 01:47 PM | Show all posts
kat mana yg ko tak caya?.. konfius plak aku..
kuntau Post at 5-10-2010 01:38 PM


Bilamana Ahkak Pink dikaitkan dengan perbincangan yg berkisar tentang ANAK.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 01:47 PM | Show all posts
jgn jadi lebih kuah dari sudu ye kak mah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 01:48 PM | Show all posts
Bilamana Ahkak Pink dikaitkan dengan perbincangan yg berkisar tentang ANAK.
airfilterkotor Post at 5-10-2010 13:47


oh.. ok.. faham.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 02:18 PM | Show all posts
Reply 6# alovera


   
Btw tak sabar nak tunggu persidangan pertama ni sebab nak tengok agak agak ada tak yang melaram tak hengat siapalah yang paling anggun eh..


kesal akak ni tak datang....huhuhuh


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2010 02:44 PM | Show all posts
Reply  alovera


   

kesal akak ni tak datang....huhuhuh
KimoraHakim Post at 5-10-2010 14:18


At first glance, the orange shirts and orange hair...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 02:58 PM | Show all posts
syok sendiri makcik nih.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 03:03 PM | Show all posts
lantik diri sendiri jd first lady ka
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 03:06 PM | Show all posts
gegeh makcik ni mencari publisiti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.072556 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list