CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24601|Reply: 81

HANTU KELINDAHAU (Dan banyak lagi cerita Arwah Nenek)

[Copy link]
Post time 5-10-2010 01:30 PM | Show all posts |Read mode
Hello All, Mesti pernah dengar org2 tua nasihat..jangan main sembunyi sembunyi...tengah hari, malam atau maghrib. Pernah dengar KELINDAHAU? Mungkin masyarakat Melayu di sini selalu dengar hantu/ Jin/ Syaitan yang menyerupa org2 yg kita kenal dan sembunyikan org yang terserempak dengan hantu tu di bawah boobs nya   Selalunya Kanak-kanak dan kalau i tak silap org panggil hantu tu dengan nama 'Hantu tetek'. Pardon the pun


Jangan tanya i caya ke tidak..tapi cerita2 yang i akan share di sini semua first hand ya, diceritakan oleh org yg mengalami, kalau org tu tipu...tipu lah saya...tapi nenek saya bukan penipu ok.

Tetap BACKING nenek sendiri kan???

Okay cerita ni naik tepu telinga i dengar masa kecik, tapi seram tetap seram. Arwah mak i pun ulang2 cerita ni sebab katanya arwah nenek dia (moyang i) yg pernah cerita kat dia (arwah mak). Nenek berketurunan Bugis suku Bone. Keturunan dia bawa gelaran Daeng, dan dari susur galur nenek lah Saka turun dan turun dan turun. Umur nenek masa meninggal dunia pun Doc anggarkan lebih 100 tahun tapi tak dapat si buktikan sebabnya org dulu dulu mana ada birth certificate. Arwah nenek ibu tunggal, suka merantau, sampai lah ke tanah tumpah darah i ini.

Nenek i pun kebetulan anak tunggal dalam family. Jadi memang di tatang seperti minyak yg penuh. Duduk kampung di Indonesia, dan mengikut kata nenek, benda ini jadi waktu tengah hari bolong (tengah hari buta). Ibu nenek suruh nenek ke kedai India (mamak)  beli bawang merah , garam dan bawang putih. Habis stock kot...i pernah tanya arwah mak, ada India ke di kampung Indo sana,....my mom jawab India jenis meniaga ni macam peniaga berketurunan Cina juga, ada di mana mana. Ok? lepas satu persoalan...

Mengikut cerita nenek, ayah dia pun orang meniaga juga..selalu berlayar berdagang dan sesekali saja jenguk dia dan mak dia di kampung. Nenek kata entah napa hari tu dia rindu sgt dgn ayah dia. Sampai kedai runcit, dia pun macam biasa beli lah 3 benda yg mak dia pesan- GARAM, BAWANG PUTIH & BAWANG MERAH. Jadi dalam perjalananbalik dari kedai runcit India tu, dia dengar suara ayah dia panggil , kiri kanan pulak hutan..bila jalan beberapa langkah tiba tiba  dia nampak ayah dia yang patutnya sampai lagi sehari tercegat depan mata dia..senyum dan paut tangan dia macam nak ajak ke suatu tempat..nenek pun ikut..

Nenek cuma ingat yang mulut dia dan anggota badan semua kaku tak boleh bergerak ke mana mana bila 'Ayah' dia mula ikat dia dekat sebatang pokok pisang. Kira 'benda' yg menyerupai ayah dia tu pusing pusing pokok pisang tu sambil lingkarkan akar entah apa untuk ikat nenek. Mulut nenek pula di sumbat dengan ubi kayu.  

Menjelang petang......., Ibu kepada nenek dah risau sebab anak tunggal dia tak balik balik. Dia pun sibuk lah cari ke hulu ke hilir. Last last kecoh satu kampung nenek i hilang, ketua kampung kebetulan saudara diaorang juga...Arwah Moyang i dan the rest of the org kampung cari sampai ke malam. Last destination yang they all pergi ialah kedai Mamak tu..sebab ya lah org dulu2 kan bukan mcm org modern sekarang, perkara2 mistik bukan perkara janggal bagi they all..Dan di kampung arwah nenek itu memang penduduk sudah terlebih maklum yang kedai runcit india tu ada bela something. Jin apa tah..sebab tuan punya kedai runcit selalu asapkan setanggi keliling rumah sambil puja puja..

Bila i tanya arwah mak i, org duduk kampung tu tak bising ke tgk tuan punya kedai tu buat ritual tu..my mom kata org dulu2 tak hairan dengan amalan ilmu ghaib, sebabnya kebanyakan org kampung yang biasa merantau semua, jadi org dulu2 kebanyakannya ada belaan untuk jaga rumah, jaga keluarga, jaga harta etc etc...Mungkin juga di sebabkan kejahilan..exposure pada agama kurang, Wallahualam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2010 01:40 PM | Show all posts
WAH.. menarik nih..citer la lagi...dulu mak kita pun ckp nenek dulu masa ngandung sapa ntah dia majok ngan atok kita.... dia lari blakang umah dia...blakang tu utan.. pas tu kena sorok..dah lupa citer.... nanti nak tanya mak la,... sib baik awak bukak thread nih
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 01:47 PM | Show all posts
ada sambungannya tak??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2010 01:55 PM | Show all posts
Orang orang kampung malam tu pun ramai ramai serbu rumah tuan punya kedai runcit india tu..by the way, everytime i dgr part org2 kampung keluar ramai2 serbu rumah india tu..sure i akan terbayangkan cerita filem dulu2...org kampung mengamuk masa malam, ramai2 bawak obor...hehe

Bila org2 kampung dah sampai...mati matilah india ni tak mengaku..sampai kena pukul dan ikat jugaklah...semua org2 kampung tak puas hati, sebab last sekali org nampak nenek i ada dalam kedai runcit tu... Penduduk kampung suspek yang India ni punya Jin yang buat kerja sorok kan nenek i. India ni pun lama lama buka mulut lah, dia kata..mungkin dia boleh tolong..tapi kena leraikan tali ikatan tangan dia, supaya dia boleh panggil belaan dia dan dia kata confirm belaan dia mesti boleh tahu di mana nenek i..yang penting, kata India tu, bukan dia atau belaan dia buat..

Jadi tuan kedai tu pun kumat kamit baca mantra dalam bahasa Tammil sambil semua org kampung pandang...last2 sekali dia kata dia tahu di mana tempat nenek i di sembunyikan..menurut kata india tu, Belaan dia bagitahu, 'Benda' yang sembunyikan nenek i menyerupa jadi ayah kepada nenek. Dan benda tu memang jenis yang tak bertuan, suka suka dia lah nak kacau sesiapa.

Peniaga kedai runcit India tu juga bagitahu tempat nenek disembunyikan dekat dengan pokok-pokok pisang..jadi org kampung pun bawa sekali India tu pergi cari..Menurut kata nenek, dia nampak org kampung pusing2 cari dia, tapi dia tak boleh menjerit sebab mulut di sumbat Ubi kayu. Dan kalau sebelum ini org kampung dah lalu tempat nenek di ikat and tak nampak apa2, malam tu org2 kampung berjaya jumpa nenek.

Masa nenek di jumpai, badan dia dah berminyak. Ikut cakap org2 pandai kampung, benda yg suka menyerupai org2 kita kenal ni disebut KELINDAHAU. Dan jika tak di jumpai selama 3 hari berturut turut, org yg di sembunyikan tu mati di makan hantu kelindahau. Tapi kalau 3 hari berturut2 tak jumpa dan kalau mati org yg di ikat tu mungkin akan dehydrated, tak ada makan dan minum....

sebab hantu mana boleh makan manusia. Kan?

Itu dulu setakat ini....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2010 01:57 PM | Show all posts
Reply 2# mauminumapa


Haaa takut kan hantu yg suka sorok sorok ni...dulu masa i kecil i pernah di panggil tau? Dalam lingkungan 4 tahun macam tu...i ingat sampai sekarang..awak cerita lah version yg awak dengar pula..best, kita share2 sini ok.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 02:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by ketotmerah at 5-10-2010 14:03
ada sambungannya tak??
medangmru Post at 5-10-2010 13:47


bang medang dah tunggu ni....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2010 02:00 PM | Show all posts
owh, macam tu ye cara hantu tu sorok budak...kalau x silap i org kelantan panggil 'hantu kopek lanjut' (betulkan kalau silap )


sebab apa tau, masa i kecik2 dulu, dorang ckp hantu tu sorok budak bawah boobs dia  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2010 02:00 PM | Show all posts
ada sambungannya tak??
medangmru Post at 5-10-2010 13:47



    Ada...dah sambung tu..and banyak lagi cerita2 nya, keluarga i ni jenis bernai2 semua..bukan macam i. Tapi i duduk sorang, dapat gangguan baru tahun ni saja..kira berani jugak ke?

Banyak cerita seram family i, tinggal i nak atau tak saja cerita..u tau lah org dulu dulu kan banyak pengalaman mistik..nenek i pun tak sure umur dia berapa, tapi dia penah cerita masa perang Jepun di Kampung dia..dia ingat dia masa tu perawan dalam umur 14 tahun kot..sempat gendong anak jiran dia lari tempat selamat. Sebab nenek kata masa tu 'HUJAN PELOR" . Maksud nya dalam bahasa melayu 'HUJAN PELURU'...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-10-2010 02:02 PM | Show all posts
Hello All, Mesti pernah dengar org2 tua nasihat..jangan main sembunyi sembunyi...tengah hari, malam  ...
BatikBirkin Post at 5-10-2010 13:30



    Oh ya, lupa nak tambah..menurut nenek, Kelindahau tu takut bawang putih, merah dan garam. Sebab tu dia disembunyikan dekat2..kalau tak dah di bawa jauh. Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 02:06 PM | Show all posts
Oh ya, lupa nak tambah..menurut nenek, Kelindahau tu takut bawang putih, merah dan garam.  ...
BatikBirkin Post at 5-10-2010 14:02


memang pantang larang hantu jenis ni ker..mana pegi brg2 yang nenek TT beli tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2010 02:09 PM | Show all posts
memang pantang larang hantu jenis ni ker..mana pegi brg2 yang nenek TT beli tu?
ketotmerah Post at 5-10-2010 14:06



    Tak tanya nenek pula, tapi nenek i kata, dia ada genggam bawang putih dekat tangan dia sebab takut sangat. Mungkin sudah jadi amalan org dulu2 letak bawang putih/limau nipis etc tepi tingkap ke bawah batal ke untuk halau gangguan. Mungkin dia takut sangat dan terpengaruh dengan cara tu..dan tetap genggam bawang putih tu. Hantu pun tak suka bau garlic kan? Peppermint chewing gum dulu pun mana ada jual...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2010 02:12 PM | Show all posts
ada sambungannya tak??
medangmru Post at 5-10-2010 13:47



    Thanks for the credit ya
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 02:30 PM | Show all posts
menarik cete org dulu2kan .. klu kita rajin bertanya mmg bnyk yg datuk nenek kita boleh kongsi .. harituh time tenet hazab kat kg sempat jugak baca tred birkin yg satu lagi ...hopefully u r getting better ..

baru teringat  ..nak sambung baca ..arituh kat kg  nak reload page pon tak boleh ..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 04:02 PM | Show all posts
nak lg citer blh???
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 04:10 PM | Show all posts
first time dengor kelindahau. Bahasa apa tu?

kt kg saya dipanggil hantu kopek...masa kecik2 ingatkan kopek tu apa, muka antu tu terkopek2 ke, atau dia suke kopek dinding sembunyikan budak2,..ropanyaaa tuuuut!
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 04:25 PM | Show all posts
TT ni org negeri mana?..tak pernah dgr nama hantu tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2010 09:38 PM | Show all posts
first time dgr nama kelindahau..
dulu ms kecik2 org2 tua slalu takut2kan dgn hatu sorok ni. tp mar tak percaya lah...sampai skrg pun tak percaya...tp baca story tt ni mcm menarik jugak cerita ni....seram jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 08:45 AM | Show all posts
kalindahau ni sebutan orang2 di kawasan brunei, sebahagian sabah & sebahagian sarawak
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 08:50 AM | Show all posts
Reply 18# AwgSagi


    wah awgsagi ...ada radar yea ..asal berkaitan dgn brunei , sabah n s'wak mesti muncul ..


smlm baru gugel psl kelindahau - bnyk jugak kisah ..klu ikut cerita yg diceritakan kat sini  ..antu ni siap ikat mangsa yea .. sumbat dgn ubi kayu lagi tak bagi berbunyi .. klu jenis 'an2' yg biasa kita dengar kat sini .. disembunyikan disebalik nasi lemak 10 hengget ..tu yg bila dicari tak nmpk ..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 09:03 AM | Show all posts
Reply 19# ea208964

salam ea .... he he ... rindu tul nak brsembang...
ni pun sb tumpang lalu je ... bz sesangat la ni ...
banyak gak citer baru ya, tp catch-up later la jawapnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.097291 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list