CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: BatikBirkin

HANTU KELINDAHAU (Dan banyak lagi cerita Arwah Nenek)

[Copy link]
Post time 6-10-2010 09:09 AM | Show all posts
Reply 20# stroberi_80


   salam sb ...

aha lama kita tak bertego sapa ..

betul bnyk cete menarik skrg .. hopefully TT pon sambung lagi kisah2 dari arwah nenek TT ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2010 09:26 AM | Show all posts
Reply 19# ea208964

hahaha... kebetulan datang melawat MPS ni... terbaca pasal kalindahau ni. dah lama tak mendengar orang sebut2 nama hantu ni... masa kecik2 dulu adalah... orang tua selalu menakutkan anak2 yang tak nak berhenti bermain kat luar rumah... especially waktu2 senja.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 09:31 AM | Show all posts
arwah nenek..atuk semua dah takde..
so takde la nk tau apa pengelaman derang..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 10:28 AM | Show all posts
TT, cerita lah lagi! tak sabar nak baca seterusnye...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2010 11:08 AM | Show all posts
Bukan saja suku brunei , Sabah atau Sarawak...Suku Bugis di sesetengah tempat di Indonesia juga menamakan hantu jenis itu sbg kelindahau
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 03:48 PM | Show all posts
Ibu nenek suruh nenek ke kedai India (mamak)


zaman dolu2 mamak selalu bukak kedai runcit kan.....ai igt lagi zaman ai mmg byk depa bukak kedai runcit.....banding zaman laa neh mamak byk bukak restoran 24 jam.....kedai runcit dah susah jumper.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2010 04:14 PM | Show all posts
e takut nyer....
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 05:34 PM | Show all posts
kalau kat muor, tanah tumpah darahku...kitorang panggil Hantu Tetek..hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2010 04:13 PM | Show all posts
Reply 18# AwgSagi


    ada org bugis eh di sabah dan sarawak..? xpernah jumpa lak.. aku pun di borneo, apasal x pernah dengar nama kalindahau yek?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 10:57 AM | Show all posts
Reply 29# manganini


    ada ja di tampat aku urang panggil kelindahau...selalu tampat2 yg dakat dangan utan mimang banyak cita2 ni..btw tampat sia ialah Papar..+/- 30km dari kk..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 11:21 AM | Show all posts
btw, yg selalu aku sebut Hantu kopek........

kecik2 dulu byk citer kata budak kene sorok dek antu kopek.... kopek beso dan lanjut katanya......tp kan sampai laa neh pun tak pernah lagi nmpk pic atau ilustration pasai antu kopek neh.....kalu pocong, cek pon, toyol tu semua mmg byk dah kita tgk pic depa.....ker sekadar nama jah....nk bagi glemer.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2010 07:42 PM | Show all posts
Kampung bukan dekat Sabah /Sarawak lehh..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 09:48 PM | Show all posts
Citer ni berlaku kat kampung moyang TT di Bone, Sulawesi Selatan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2017 09:34 AM | Show all posts
Edited by BatikBirkin at 28-4-2017 10:10 AM

Dah lama berhabuk thread ni. Memula macam nak bukak thread baru nak sambung bercerita. Tapi dah alang2 penah buka benang sendu ni Bb sambung kat sini je lah.

Cerita tak tahu lah seram tak seram, tapi ni pengalaman authentic yg penah di lalui masa zaman kanak2 (lebih kurang 10 thn kalau tak silap).

Pengalaman dengar pengakuan seorang perempuan yang  (terpaksa) mengamalkan ilmu penanggal, yakni turun dari saka/keturunan. Tak ada choice but to live with 'it'.


Seperti yg semua maklum, penanggal ni belaan yg biasa kita dengar di nusantara. Dekat thai ada, malaysia, indonesia, filipina. Ada yg panggil penanggal, Krasue (Thailand), Prakang (Indonesia - Suku bugis, bln2 dan sebagainya. Org2 dulu buat perjanjian dengan syaitan (jin) utk dapat sesuatu kelebihan atau utk tujuan pelindung. Penanggal ni ada masa2 tertentu akan berpisah kepala dari badan...berterbangan dgn usus terburai cari darah , darah bayi atau perempuan yg sedang sarat melahirkan, darah haid, darah nifas....Selepas dapat apa yg di hajati , kepala penanggal akan pulang ke badan asal sebelum matahari terbit atau azan subuh berkumandang.

Alah banyak info korang boleh dpt pasal makhluk ni kalau google. Jadi sampai situ je lah huraian nya. Kita berbalik pada pengalaman yg nak di kongsi ni...

Masa kecik2 dulu asal je dengar cerita mengenai penanggal yg agak tersohor di kalangan penduduk beberapa kampung termasuklah kampung ayah dulu, kadang2 terfikir jugak..betul2 ke wujud? sampai lah peristiwa suatu hari nan sunyi..

Masa tu aku dekat rumah dengan semua ahli keluarga kecuali ayah sebab ayah masa tu outstation. Dekat rumah cuma ibu,nenek, abang, kakak sepupu 2 org dan abg sepupu sorang. Kami masa tu ada maid, bangsa asing laaa. Dia ni masa tu, dlm lingkungan umur lewat 40an...kita panggil makcik mayang. Makcik Mayang ni kerja ok, rajin. Apa kami makan , dia makan , walaupun ada sesetengah benda dia kata dia tak makan.

Masih ingat lagi makcik mayang tak makan daging ayam, sambal belacan. Penampilan makcik mayang ni seama dia kerja pagi hingga petang kat rumah memang sentiasa bertudung. Memang tak pernah tgk dia tak bertudung. Oh makcik tu kerja pagi hingga sblm maghrib dia akan balik rumah dia. Takde suami rasanya, ada anak atau tak iols lupa.

Satu hari ni tetibe je bila balik dari sekolah ibu kata dia dapat panggilan telefon dari adik pupu dia nak dtg dan akan duduk dengan kitaorg sebulan dua ajar mengaji, ayah kitaorang suruh. Kita panggil pakcik i tu pakcik Umar. Mak dan ayah pakcik umar ni dah meninggal dan masa kecil dulu arwah nenek aku lah yg bela. Dan memang pakcik umar ni alim di sebabkan remaja dah di hantar ke pesantren (bapa beliau org arab).  

Esoknya pagi lagi pakcik Umar dah bag salam. Hari pertama dan kedua dia banyak diam dan aku tgk banyak perati keadaan rumah, sesekali macam perati gerak geri makcik mayang di dapur. Pakcik aku ni selalunya memang kelakar, suka buat lawak dan bercerita menghibur kami anak2 sedara dia, tapi sejak dia jejak kaki ke rumah, dia banyak diam. Memang tak lekang lah berzikir dah tasbih asyik dekat tgn.

Masuk hari ke 3, aku ingat lagi dan memori tu terlalu jelas dalam kepala ni. Siang lagi dalam pukul 11 tgh hari camtu. Ingat2 lupa ibu kat mana , maybe kat tingkat atas. Masa tu perut lapar nak masak meggi, maka bergegas lah ke dapur.  Di dapur ada makcik Mayang tgh potong kulit bawang siap2 simpan kat fridge, jadi senang ibu nak masak . Baru nak capai sebungkus dari kabinet, tiba2 dtg pakcik Umar berdiri sambil bersandar di dinding dapur betul2 berdepan dgn makcik mayang yg tengah potong bawang (it rhymes!), mata dia tajam memerhati makcik mayang, mulut dia kumat kamit. Aku ingat lagi keadaan pakcik umar ketika itu berpeluk tubuh.

Makcik Mayang nampak nervous. I mean..nampak dia ketakutan dan makin tunduk..


PU : "Mayang ! Tengok aku! (Masih berpeluk tubuh)

MM : Perlahan2 angkat kepala dan tgk pakcik dengan muka takut campur risau.

PU : "Kau Penanggal kan?"

MM : (Terketar2 ) Tidakkk...

PU : " Kau jangan tipu! Aku tahu kau siapa! Sekarang kau kerja di rumah kakak aku. Dengan anak2 saudara aku. Kau jangan macam2!". Kalau kau bukan penanggal, BUKAK  tudung kau! BUKAKK! (time dia pakcik aku memang tone herdik dan jerkah gitu).  " Aku sudah perati kan kau masa hari pertama lagi. Mata kau  bila bercakap tak akan pandang aku!

FYI mata makcik mayang ni sentiasa merah tau. Kira warna mata putih tu dah jadi ala2 cream, mata dia merah dan ada urat2 mata juga warna merah. Errr..betul ke aku explain? tak reti nak put into words...

Tak lama kemudian, ibu turun sebab dah kecoh dgr suara pakcik aku separa menjerit . Lepas pakcik umar jelaskan pada ibu, ibu jadi nak nangis time tu jugak. Ye lah sebab dia jadi takut..(mujur lah selang 2 hari lepas tu ayah dah balik). Entah aku dah lupa apa yg pakcik umar ugut nak buat masa tu sampai makcik Mayang tetibe bukak tudung dia sambil menangis mintak ampun.

Korang bayangkan, aku masa tu krik krik rasa macam dalam drama misteri rumah tua okehhh. Stuck di tengah2 dengan perut yang lapar meggi..

Tau tak apa yg aku nampak? Real ok!! Sekeliling leher makcik Mayang memang ada kesan kelar, elok je bersambung garis kelaran tu depan belakang. Dan yg aku tak boleh lupa....lekuk kelar tu very deep! Dalam sangat....Dalam teresak esak makcik mayang pun minta di beri peluang bercakap...

"Saya mintak ampun mem, saya mintak maaf..memang saya penanggal, tapi bukan dari saya. Dari keturunan..saya sudah banyak kali cuba buang. Berpuluh2 bomoh saya pergi, kalau hilang pun sekejap saya nanti dia dtg balik..saya kena sumpahan "



CONTINUE :  Sorry kalau kurang elemen seram, but the story is real though. Kalau ada yg nak dengar , tak petang ni sambung , esok..insyaAllah....
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 09:42 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 28-4-2017 09:43 AM
BatikBirkin replied at 28-4-2017 09:34 AM
Dah lama berhabuk thread ni. Memula macam nak bukak thread baru nak sambung bercerita. Tapi dah alan ...

Oh my..for real??
Seram weh!!

Penanggal ni keturunan jugak ya?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2017 09:59 AM | Show all posts
Menurut pakcik i and the P-Makcik, yes..boleh jadi keturunan , sebab nenek moyang dulu2 ada buat perjanjian. Tak banyak beza dgn jenis saka2 lain. Cuma penanggal ni dia sejenis yg bersatu dengan empunya jasad, dua2 sekali turun padang buat 'kerja', berbeza dengan jenis jin2 ilmu hitam lain.

Ada juga yg memang sendiri pegi tuntut ilmu dan nak benda tu meresap dalamdiri dia utk tujuan nak kaya , banyakkan hasil tangkapan ikan, untuk cantik dll..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2017 11:50 AM | Show all posts
BatikBirkin replied at 28-4-2017 09:59 AM
Menurut pakcik i and the P-Makcik, yes..boleh jadi keturunan , sebab nenek moyang dulu2 ada buat per ...

oh i see..
ingatkan tuntut ilmu je sebab nak cantik and so on
pelik ya, sanggup lakukan apa saja untuk capaikan hajat

btw, pakcik Umar tu tak berselindung lagi dah..direct je tegur si makcik Mayang tu
dan2 tu jugak la makcik Mayang tu mengaku
maknanya, pakcik umar ni boleh tahu semua tu

i tunggu next sambungan ya


Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 01:38 PM | Show all posts
aritu pun baca juga pasal penanggal ni . tapi tak leh bayangkan macam mana dia keluarkan usus2 dia tu then boleh cantum balik kat badan . pelikkkkk . bump2 sambungan pleaseeeeeeeeeeee . gila lamaaa punya thread hahahaha .
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
BatikBirkin replied at 28-4-2017 09:59 AM
Menurut pakcik i and the P-Makcik, yes..boleh jadi keturunan , sebab nenek moyang dulu2 ada buat per ...

ok please sambung  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2017 07:15 PM | Show all posts
SAMBUNGAN

First of all, apa yg aku cite ni berdasarkan perkara2 significant yg jadi pada masa tu..details of conversation sebijik2 menipu sangatlah kalau aku ingat...this was back in the 90s.

Bila keadaan jadi macam panik, lagi2 masa Makcik tu bukak tudung dan kelaran di leher dia nampak jelas, tambah lagi dengan  drama dia nangis2, maka pakcik aku pun suruh dia bertenang dan cerita satu2 apa masaalah dia. Tapi heran plak pakcik umar takda lah offer nak rawat ke apa..maybe bukan bidang kepakaran dia kot...wallahualam.

Menurut Makcik Mayang, dorang ni ada 'chief' Sort of ketua la...dari kampung dia sendiri. Dan benda tu katanya menyerupai 'burung hitam'. haaa itu aku ingat keluar dari mulut dia.  Maknanya pada penglihatan dia kot time2 dia nak 'menurun tu ke..entah. Dia penah cuba buang berkali2, tapi menurut makcik mayang, ketua mereka dan pengamal2 di bawah pantauan si ketua ni akan ramai2 terbang gigit dan hisap darah dia sampai lebam2 bila bangkit tidur dan rasa sakit ya hamat. Macam tu juga kalau makcik mayang makan daging ayam...ini kira macam pantang larang lah. Kedua, sebab dia tak makan sambal belacan sebab ada limau. Benda tu takut dgn limau, sebab apa ...entahhhh.

Seperkara lagi, menurut makcik ni dorang boleh je sembahyang, mengaji. Jadi ibu tanya lah kat dia, habis tu kalau terdengar benda tu terbang malam2 berdekatan kita, nak buat apa? (Benda ni suara dia seakan buung tapi dalam ya...dia akan keluarkan bunyi "WAAKKKK...WAKKKK" gitu. Astaghfirullah tengah meremang sendiri konsepnya ni sebab sambung taip cerita ni masa nak dkt maghrib

Menurut makcik ni, kalau dengar bunyi tu jangan  Meludah atau ajuk bunyi tu. Mereka akan marah dan anggap kita hina mereka. Makcik blurr tersebut juga memberi beberapa petua kalau dengar benda tu....katanya baca 3 kul dan SELAWAT saja...mesti jatuh.

Time tu aku dgn cousin2 pun tgk sama sendiri dan tak semena mena kakak sepupu boleh pulak tanya soalan sadis dekat dia ..."Habis tu kalau yg terbang tu makcik, lepas kami baca 3 kul dgn selawat, makcik jatuh lah?"


Selepas ayah balik dan dengar cerita dari pakcik umar dgn ibu dan kami saksi2 semua, maka utk keselamatan perahu2 kecil, ayah aku decide untuk terminate makcik mayang beserta pampasan..walaupun hati ayah ni jenis kering tak reti takut hantu, tapi dia kesian kot kami kami yg penakut ni ;

Maka selepas ketiadaan beliau kami pun bergossip lah sesama sedara...adakah peha dan betis kami yg selama ni asyik lebam di sebabkan spesis makcik mayang atau sebenarnya kekurangan zat sebab suka makan jajan ....

Apapun aku percaya yg makcik mayang memang terpaksa dan tiada pilihan. Sebab? Korang tau tak betapa mindfcked nya kitaorang bila ingat masa makcik tu kerja dgn kitaorang , ada hari yg tetibe je letrik takde lepas kenduri...so tetibe gelap dan kitaorang terjerit lah..makcik mayang tu pun ikut jerit.. bila tanya dia kata "Takut......".

THE END.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.075619 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list