CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: BatikBirkin

HANTU KELINDAHAU (Dan banyak lagi cerita Arwah Nenek)

[Copy link]
 Author| Post time 28-4-2017 07:18 PM | Show all posts
Ipo replied at 28-4-2017 11:50 AM
oh i see..
ingatkan tuntut ilmu je sebab nak cantik and so on
pelik ya, sanggup lakukan apa saja ...

Betul , dia direct je. Sebab mungkin dah perhati  pada hari pertama dan  kedua n dia betul2 yakin makcik tu mengamal ilmu tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-4-2017 07:19 PM | Show all posts

Dah sambung, sorry cerita tak berapa nak angker...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2017 07:21 PM | Show all posts
_ejat_ replied at 28-4-2017 01:38 PM
aritu pun baca juga pasal penanggal ni . tapi tak leh bayangkan macam mana dia keluarkan usus2 dia t ...

Seingat aku, kitaorang tak tanya dia pula details bagaimana proses dan prosedur pemisahan dan pencantuman kepala serta usus beliau Ada baiknya juga la tak tanya, kalau tak mau fobia ingat sampai sekarang...

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 07:21 PM | Show all posts
BatikBirkin replied at 28-4-2017 07:15 PM
SAMBUNGAN

First of all, apa yg aku cite ni berdasarkan perkara2 significant yg jadi pada masa tu. ...

Thank you dear..
Kesian jugak ya kat makcik Mayang tu..
Terpaksa terima..

Ok, dah nak maghrib..buka posa dulu
Kalau ada lagi cerita, story mori lah ya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2017 08:53 PM | Show all posts
Lebuhraya angker, terowong angker dan amoi bakar line .




Pengalaman rakan , cik Efa dan pengalaman sendiri.

Suspek : Amoi drift rambut chopstick.



Kisah 1.


Pagi minggu tu kitaorang berempat sekawan breakfast together2...sambil borak dan tanya khabar.  Hadir pada hari berkenaan ialah aku, efa, nija dan fati.  Efa baru tak sampai seminggu pindah dekat kawasan perumahan aku. Nija dan fati duduk tak lah jauh sangat dari kawasan aku dan efa tinggal. Pagi tu tiga org kawan aku tu macam tak sabar nak bercerita tentang kejadian yg jadi pada hari pertama efa pindah dan masuk rumah baru.  Nija dan fati tolong punggah serba sedikit brg2 efa...dan biasalah bila dah letih basuh lantai, toilet dan punggah harta karun walau tak seberapa...mesti satu badan sengal2. So both nija dan fati decided to sleep at efa's house malam tu.  Diaorang cadang nak sama2 keluar makan dulu then ambik baju2 (nija dgn fati housemate, jarak kawasan rumah dorang dengan efa dan aku pun dlm 15minit gitu).

Selesai makan sambil borak2 dan pastu ambik baju, kira2 dalam pukul 1:30 pagi camtu dorang pun gerak balik ke rumah efa.

Selepas lampu isyarat  menuju ke rumah efa (turun bukit), tiba2 keadaan jadi sunyi. Kereta dua tiga bijik pun taknampak walhal kawasan kami tu tobat punya banyak kereta lalu lalang.  Masa nak turun bukit lepas traffic light, efa terus ambik lane kiri sebab dia perlu masuk simpang pertama belah kiri utk ke rumah sewa nya. Sambil drive tu depa borak2 la..sambil tu juga mata efa tak berkedip perati kereta Wira hitam yg main brek dan bawak slow. Bila aku tanya slow cemana, tiga2 kawan aku jawab serentak...SLOW nak mampus! Macam kereta abis minyak pun ye. Rupa rupanya dalam mereka berborak2 tu nija dan fati pun sebenarnya aware dgn kewujudan kereta depan mereka.

Maka efa pun hilang sabar...di hon nya berkali2 kereta depan tu suruh laju..tau lah lane kiri, tapi ko bawak 5km sejam kottt ?? Mereka semua terdiam bila nampak wira depan tu pemandu nya perempuan. Muka tak jelas , tapi persis perempuan berbangsa cina. Tapi ada yg pelik...warna kulit dia putih warna susu! putih mayat! Rambut straight kejung macam rambut buat rebonding telebih chemical.

Sedetik itu juga tak semena2 amoi tu 'teleng' kan kepala dia mengarah ke kiri. Err...paham tak? dia macam jatuhkan leher dan kepala dia ke bahu kiri.  Masa ni dorang semua cuak n somehow tahu ada yg tak kena dgn amoi wira tu... sepantas itu efa tekan minyak dan masa pintas kereta tu amoi tersebut telengkan muka sebelah kanan pula melihat mereka....

Menurut efa bila pandang cermin belakang beberapa saat selepas tu, kereta itu ghaib. Merasalah Nija dan Fati tidur rumah efa untuk seminggu temankan kawan dorang yg fobia balik rumah, lalu jalan yang sama lepas pukul  11 malam..apatah lagi nak balik lepas pukul 12AM...


Nanti sambung lagi Kisah 2 , sebab berkait dengan kisah 1.  Selepas beberapa bulan aku pulak yg kena...tapi lagi kurang ajar laaaaa

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik citer sis. Rasany momod boleh bg tag seram best kt thread ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-4-2017 06:13 PM | Show all posts
KISAH 2


Beberapa bulan cerita tak berapa nak seram tu pun di lupakan. Kehidupan pun berjalan seperti biasa. Malam tu hari khamis, malam jumaat. Malam tu lepas isyak ada janji nak dinner dgn member yg  baru pindah menyewa kondo berdekatan dgn perumahan elit . Jarak kawasan rumah dia dgn aku adalah dalam 10-15 minit, lalu highway tol 3 ringgit

Mula mula lepas isyak tu ingat nak gerak lah, sekali tgk mak saudara pulak nak dtg hantar lauk lebihan kenduri doa selamat lepas maghrib hari sama.  Lepas borak2 , panaskan lauk kenduri dan makan sekali dgn makcik aku, gitu gini aku  bertolak dari rumah dalam pukul 10:45 malam. Sampai lebih kurang 11 gitu.

Nak ke kawasan condo kawan aku ni takde masaalah, takde lah tersorok dan sunyi ke apa. Kecuali lah pkl 3-4 pagi. Sebab nya kawasan condo dia ni ada 3-4 condo lain yg jarak anatara satu sama lain dekat2...shopping mall pun ada sekali. Cuma yg seram tu salah satu condo di kawasan tu pernah ada kes bunuh seorang perempuan muda dan cantik yg menggemparkan satu Malaysia...

Selepas sessi bercerita dan bergelak tawa habis, aku mintak diri nak balik dalam pukul 1:30 pagi nak dekat pukul 2 pagi.  Masa memula drive tu aku perasan kiri kanan ada je kereta lalu lalang. Sampailah ke traffic light yg ke tiga dari kawasan member aku tu. Aku berhenti dekat lampu isyarat..time tu cuma kereta aku je ada. Tak semena mena keadaan jadi sunyi. Belah kiri sebelum lampu isyarat tu kalau ambik kiri ke KL, untuk ke rumah aku...kena ambik kanan lalu bawah flyover , jalan  terus dan rapat ke kanan lane tengah untuk naik flyover...

Sejurus je lampu isyarat bertukar hijau, kereta aku pun belok kanan..dan dan pulak masa tu dari arah mana tah ada satu kereta wira muncul sambil tekan2 minyak macam nak race.  Aku terkujat jugaklah, sebab tiba2 bunyi kuat kan. Bila aku tgk cermin macam kabur2....time ni memang tak terlintas langsung pasal cerita kawan aku tu....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2017 06:14 PM | Show all posts
kronix replied at 29-4-2017 11:30 PM
Terbaik citer sis. Rasany momod boleh bg tag seram best kt thread ni

Kah kah kah aku ingat takde org nak baca...thanks!!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2017 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
BatikBirkin replied at 30-4-2017 06:14 PM
Kah kah kah aku ingat takde org nak baca...thanks!!

Uih baca2. Smbungla citer rumh sewa tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2017 06:35 PM | Show all posts

rasanya amoi yang sama dalam kereta wira tu
kereta hantu lerr tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2017 07:18 PM | Show all posts
Edited by BatikBirkin at 30-4-2017 07:19 PM

Sambung...


Masa tu kereta wira tu dah start cucuk2 kereta aku...sebab aku annoyed dan sedar diri kereta aku kat lane paling kanan , aku pun himpit ke kiri. Masa tu lah kereta tu pintas kereta aku dgn slow tapi masih main minyak...dup!! jantung aku laju...tapi pelik sebab otak aku masih blurr..macam cuba nak mengingat sesuatu. Aku tgk ada amoi ramabut panjang lurus kejung..yes chopstick straight.  Muka penuh tak nampak sebab wajah tertutup dengan rambut belah kiri...pelik sebab dia macam tak ada 'jiwa'..cara dia pandang ke depan tu empty sgt. Yg aku nampak tangan dia putih yang amat.

Lepas dia pintas tu , dia tak terus pecut..sebab aku bawak slow dan aku boleh nampak dan amati 'stunt' yg dia buat.

Tak semena mena, kereta wira tu himpit ke kanan...makin lama makin rapat sampai lah kereta dia bergesel dengan besi penghadang flyover tu...korang boleh follow tak?


Rujuk gambar paling bawah. Bukan gambar sebenar. Besi tepi ni lah yg wira tu gesel.

Aku jadi panik..amoi tu saja gesel kereta dia dan tak ada tanda tanda org mabuk yg bawak kereta terhoyong hayang. Bayangkan...sampai keluar percikan api selama lama kereta tu terkena besi flyover tu. Dupp!! Macam nak tercabut jantung aku bila tgk amoi tu tiba tiba betulkan cermin dia sampai aku boleh nampak kepala dia and guess what? Dia lentok kan kepala dia ke kiri sebijik macam apa yg kena dekat efa, nija dan fati...

Masa tu aku rasa kepala lutut lemah, aku tekan minyak tapi tapak kaki  sendiri rasa macam tak jejak pedal. Benda ni spontaneous...dalam ketakutan kan, dan kau tau kat depan kau tu adalah sejenis entiti. Terus terkeluar takbir. Aku takbir 2-3 kali dan bacca ayatul qursi kuat kuat. Tengah baca tu pun bulu roma berdiri, kepala rasa kebas sebab mcm membesar gitu. Amoi wira saiko masih lagi gesel kereta sendiri dan main minyak.. sampai lah sebelum ayat wala yaudhu hifzuhuma...berdesup kereta dia pecut ke depan dan secara automatik kereta aku pun macam dah tak berat dan terus lajak pecut juga..

Amoi tu sekarang jarak tak berapa jauh dari aku...aku ambik lane touch n go, amoi tu mengarah ke far right - lane smart tag. Memandangkan ada 2 bijik kereta je , kereta aku dan kereta amoi tu...maka aku pun siap2 dgn kad touch n go dan mungkin dalam 1-2 saat la lambat dari wira tu. Lepas je palang tol kereta wira tu lesap.Kamon la amoi tu bawak wira hitam buruk kot, bukannya lamborg...kalau bawak Vw Golf pun maybe ada la kemungkinan dah pecut tinggalkan aku ...ni habuk pun tak nampak. Sunyi, dan takde satu pun kereta Sepanjang2 jalan  selepas tol dan masa lalu satu terowong yg agak femes dgn cerita angker ni...

Sepanjang2 jalan tu aku istighfar, takut pun dah beransur2 reda..cuma aku terfikir...benda tu memang kawasan aktiviti dia besar lah jugak kan..membawa sampai ke kawasan rumah aku...mungkin puncanya dari lebuhraya 3 ringgit tu, mungkin entiti tersebut dahulunya tinggal di kawasan aku...banyak sangat mungkin. Jin dan syaitan kalau nak kacau tak kiralah duduk kat mana kan? Ada yg gurau2 manja, ada yg ekstrim sampai menyebabkan kematian.


HABIS



Syukurlah sebab aku tak ada lagi pengalaman nampak depan2...macam adik ipar aku yg dpt rumah sewa condo area pandan dan benda tu memunculkan diri teresak esak menangis di bath tub...

HABIS.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2017 11:48 AM | Show all posts
ni macam kt terowong penchala jek
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2017 02:55 PM | Show all posts
waahhhh syokkk...wehhh teruskan cite pasal yang benda nangis kat bath tub ye..i setia membaca heheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2017 07:30 PM | Show all posts
palmolive replied at 2-5-2017 11:48 AM
ni macam kt terowong penchala jek

Tahniah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2017 07:32 PM | Show all posts
antara replied at 2-5-2017 02:55 PM
waahhhh syokkk...wehhh teruskan cite pasal yang benda nangis kat bath tub ye..i setia membaca heheh

Kita recall satu persatu ceritanya ya. Tunggu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2017 08:45 PM | Show all posts
Aparment nama apa, jgn tanya sebab sumpah dah lupa.
Area pandan indah kalau tak salah. Benda ni dah berlaku lebih 10 tahun dulu. Masa adik ipar saudara, yakni sepupu aku nye adik ipar lah ni. Masa tu dia bujang lagi..baru sampai kl dan pakat2  dengan adik dia utk duduk serumah. Misi mencari rumah sewa bermula.

Selak2 suratkhabar,jumpa la rumah untuk di sewa. Apartment 3 bilik, fully furnished. Harga sekitar rm650. Murah tak murah? Mungkin sebab dah excited sgt tak pulak terfikir kenapa harga rumah area tu fully furnished dengan sofa, aircond, peti ais, bed set sgala galanya lah...tapi harga bapak murah...
Maka ketiga2 mereka pun bersetuju utk contact tuan rumah dan move in secepat mungkin.

Bila bercakap dgn tuan rumah takde masaalah. Owner lelaki melayu. Tak jumpa pun memula tu, just bank in deposit dan selepas tu baru lah owner jumpa , hantar kunci dan blah.

Minggu pertama tak ada apa2 kejadian berlaku. Kebetulan adik sepupu mereka  tengah cuti sem dan ada sekali menumpang sepanjang minggu tu .   Adik sepupu mereka ni patutnya tidur bili ke 3, tapi sebab selalu komplen bahang, panas...tgh2 malam dia hangkut comforter tido kat sofa living hall...

Masuk minggu ke dua, tengah dua beradik ni leka berborak sesama sendiri, tiba2 channel tv bertukar..masa tu dorang tengah tengok astro ria . Kita namakan si kakak Mai dan Adik Min lah ya. Lambat pulak aku intro nama depa


Mai dan min berpandangan sesama sendiri dan time tu memang tak terlintas pun dalam kepala mereka ada gangguan. Selang  10 minit, kipas pulak tiba2 off. Kipas siling tau. Bila check, full blast no 5 tapi selepas off and on suis kipas berfungsi seperti biasa. Dan diaorang pun tak ada rasa seram langsung...mungkin wiring problem ke kan.

Sebenarnya orang pertama yg rasa pelik masa mula2 masuk rumah tu ialah si kakak, Mai. Tapi sebab mungkin dia ni jenis yg susah percaya benda2 tahyul sebab tak pernah nampak depan mata katanya...so bila ada benda2 pelik jadi, dia ambik jalan mudah dengan cuba buat tak fikir sangat.

Kisahnya masa mula2 masuk apartment tu, semua masih elok Katil kat master bedroom king size dan ada attached bathroom yg ada bath tub sekali...apartment2 lama 90's design kan selalu ada bath tub kat master bedroom. 2nd room and guest room bilik air kena kongsi kat luar tapi set katil semua lengkap. Siap ada aircond lagi. Di ruang tamu pula lengkap meja makan , sofa.
Mai cerita berdekatan dengan tv cabinet ada di longgokkan teddy bear, fashion magazines berbahasa cina danframe  gambar seorang perempuan cina selepas di make over...macam gambar ala ala kat  studio gitu siap dengan fur , full make up dan hairdo.  Cantik dan mai kata kalau tengok gambar, berusia dalam lingkungan penghujung 20-an.  Mai di tugaskan kemas bahagian kitchen and hall, masa tu dia pun selamba angkat magazine2 cina dekat dgn tv cabinet, sekali dgn teddy bear dan gambar tu ..menuju ke biik sampah di hujung koridor.  Previous owner punya kot,  tak kuasa nak simpan katanya...lagipun magazine2 semua tu dah buruk sgt..kena air bagai. Besoknya masa balik dari tmpt keje lebih kurang pukul 6 petang,  Mai nampak elok je bingkai gambar amoi dan teddy bear tu terletak berdekatan dengan tv cabinet , tempat yg sama dia nampak benda2 tu diletakkan! Magazine jangan tanya sebab dia tak sebut bab tu.  Mai takdelah cuak sebab dia yakin mesti kalau bukan adik dia Min yg kutip balik, adik sepupu dia yg buat. Mai biarkan benda2 tu terletak di situ dan tak tanya pun adik dia kenapa kutip balik.

Sampai lah satu petang minggu ke dua, Mai balik dari kerja dan terus menuju ke bilik air...dia rasa rimas kot seharian ke sana ke mari kejar appointments. Sebaik je dia melangkah masuk bilik air ...dupp!! Mata dia ter arah ke bath tub. Tahu apa dia nampak? Sorang perempuan rambut panjang,  baju putih kotor, tundukseambil berteleku tengah menangis tersedu sedu sampai bahu terangkat angkat. Masa tu kejadian berlaku sepantas kilat kata Mai,  dia cuma mampu paling muka ke tempat lain sambil menjerit Allahuakbar dan keluar dari bilik mandi...

Oleh sebab masa  tu Mai sorang ke ada di rumah, dia pun capai beg duit, kunci kereta dan keluar dari rumah dan menuju ke gerai siam berdepan apartment mereka. Mai nak tunggu adik dan adik sepupu dia balik, baru lah dia berani jejak apartment tu. Cepat2 mai sms Min dan adik sepupu dia suh jumpa gerai tom yam sebelum naik rumah, ada benda dia nak cerita......

To be continued
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2017 09:42 AM | Show all posts
BatikBirkin replied at 2-5-2017 08:45 PM
Aparment nama apa, jgn tanya sebab sumpah dah lupa.
Area pandan indah kalau tak salah. Benda ni da ...

yeaayyy setia menanti
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2017 11:33 AM | Show all posts
aku rasa dia nak tanya sedara dia...

umah kita ada penyewa baru ker???
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2017 06:37 PM | Show all posts
BatikBirkin replied at 2-5-2017 08:45 PM
Aparment nama apa, jgn tanya sebab sumpah dah lupa.
Area pandan indah kalau tak salah. Benda ni da ...

ada sejarah kot rumah sewa tu
kalau dah murah sewanya..something wrong somewhere...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2017 07:01 PM | Show all posts
Edited by BatikBirkin at 3-5-2017 07:06 PM
BatikBirkin replied at 2-5-2017 08:45 PM
Aparment nama apa, jgn tanya sebab sumpah dah lupa.
Area pandan indah kalau tak salah. Benda ni da ...

Part 2

Bila min dan adik sepupu sampai gerai tom yam, mai pun bukak cerita satu persatu. Adik sepupu lelaki mereka diam tak berkutik. "Kau ada kena kacau tak?" tanya mai pada Amri. "Selalu je terjaga tengah malam buta n amoi tu baring sebelah " kata amri. Sebab tu lah dia selalu hangkut comforter tido ruang tamu. Itu pun tak selamat sebab somehow dia akan rasa ada orang tengah peluk pinggang dia the minute dia terlelap.

Ketiga2 mereka pakat utk lepak gerai tom yam yg tutup pukul 6 pagi dan naik ke apartment mereka bila cerah sedikit. Mungkin sebab dah pagi, takde lah dorang bertiga seram nak masuk rumah. Esok nya, hari jumaat...begitulah rutin mereka. Balik kerja, lepak mamak then kedai tom yam dan melepak sampai subuh sebelum naik. Makcik gerai tom yam yg kepochi tu pun dah maklum tentang cerita apartment angker tu. Dia la yg baik hati bagi budak2 tu melepak gerai dia sampai closing time.

Mai bukak mulut nak cari rumah sewa lain, tak sanggup letih kurang tidur katanya. "Esok sabtu, kau ajak la 2 orang kawan kau tlg , kita punggah mana yg mampu. Hari ni jugak aku call tuan rumah dan bagi notis 24 jam. Kalau tak dapat balik full deposit, separuh pun jadi lah". Memandangkan hari esoknya tu Sabtu, malam tu mai dan min tidur rumah sepupu aku kat Selayang. Amri tidur rumah member dia kat shah alam. Malam tu mai berjaya hubungi tuan rumah. Lepas mai kata nak blah dari rumah tu sebab kejadian2 yg berlaku, memang haram lah dia dapat balik deposit. Tuan rumah boleh selamba kata kalau nak keluar boleh, tapi deposit burn. Sepatah haram tak sebut pasal apartment dia ada hantu. Mai tamatkan panggilan lepas tu sebab mai tahu yg tuan rumah aware pasal keangkeran rumah dia, tapi sebab tamak dia iklankan juga sebab nak duit sewa.

Petang sabtu selepas asar... mai, min dan dua orang member pompuan dia sampai di kawasan apartment. Adik sepupu lelaki dorang tak dapat dtg. Masa lalu pondok guard, mai dan min tergerak nak tanya pak guard tentang kisah apartment dorang.

Ada dua org pak guard usia dlm lingkungan 40 an , melayu. Kedua dua mereka senyum je sambil mata mengarah ke blok Apartment berhantu tu. "Kitaorang selepas maghrib je tak akan ronda sampai hujung koridor tuu". Salah sorang pak guard bersuara. " Awak semua tinggal unit yg paling hujung kan? ".  Cerita pak guard, pernah suatu hari menghampiri waktu maghrib, ke dua dua mereka nampak jelas 'amoi' tu jalan atas penghadang koridor. Sepanjang2 koridor tu amoi tersebut catwalk, sambil mendepakan kedua dua tangan ala ala nak balance kan badan . Rujuk gambar paling bawah.

Rupa rupanya ada cerita di sebalik apartment tersebut. Lebih kurang 3 tahun sebelum itu ada kes bunuh diri dalam unit apartment yg mereka sewa. Jelmaan amoi dlm rumah tu sebenarnya perempuan simpanan kepada seorang tauke berbangsa cina. Sebab musabab mendiang bunuh diri sebab hubungan mereka di hidu si isteri dan tauke tersebut pun ambil keputusan utk put an end to their relationship. Frame gambar amoi ala artis hong kong tu lah amoi yg bunuh diri tu.

"Kalau awak semua dah dapat rumah baru, kenapa nak punggah barang waktu ni? Ni dah nak dekat pukul 6. Baik awak semua balik dan datang semula pagi...". Nasihat salah seorang pak guard. "Takpelah pakcik, kami nak cepat, dalam sejam dua je nak pack baju, dan barang2 dapur".

Dengan rasa seram dan saspen ke empat2 mereka pun naik. Padan muka, dah tahu hari nak senja buat apa pegi interview pak2 guard tu...



Bersambung

p/s : Gambar contoh. Dekat koridor jenis macam ni lah amoi tu buat pertunjukan gymnas


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.107773 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list