CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 165580|Reply: 1193

MISTERI GADIS GHAIB TIAP KALI SENJA

  [Copy link]
Post time 6-10-2010 01:37 PM | Show all posts |Read mode




Salamss all....

BESUT: Kejadiannya memang aneh dan mungkin ada menganggapnya tidak logik, namun hakikatnya ia benar-benar berlaku sehingga menggemparkan penduduk setempat dan turut menarik perhatian pemimpin masyarakat.

Sejak kira-kira dua bulan lalu, seorang gadis berusia 22 tahunSiti Balqis Mohd Nor dari Kampung Gong Nangka, Apal di sini, ghaib secara misteri hampir setiap kali tiba waktu senja atau pada tengah malam sebelum dia ditemui semula di lokasi yang sukar dijelaskan kehadirannya.

Antara lokasi itu di tanah perkuburan, di atas pokok, di atas siling dalam rumahnya dan dalam kejadian terbaru kelmarin, Siti Balqis ditemui dalam mesin pembancuh simen berhampiran rumahnya.

Biarpun dikawal rapi keluarganya, gadis itu tetap ghaib apabila individu yang mengawalnya leka atau terlepas pandang beberapa detik saja.

Kejadian misteri itu mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, Ramlan Ali yang meminta penduduk mengawal sekitar rumah keluarga Siti Balqis setiap malam, namun usaha itu tetap gagal.

Ramlan berkata, dia simpati dengan keluarga terbabit kerana sudah banyak mengeluarkan wang untuk khidmat bomoh.

“Saya sendiri sudah membantu mencari bomoh, tapi keadaannya tetap serupa apabila gadis terbabit tiba-tiba ghaib terutama pada waktu senja dan tengah malam,” katanya.

Ibu Siti Balqis, Norizan Said, 47, berkata, pelbagai usaha dilakukan keluarganya dan jiran untuk menghalang anak sulung daripada empat beradik itu ghaib, tetapi apabila tiba waktunya dia tetap hilang.

“Kejadian menimpa anak saya memang aneh. Sejak dua bulan lalu hampir setiap malam dia ghaib dari rumah menyebabkan kami sekeluarga terpaksa berjaga malam,” katanya.

Norizan berkata, apabila ditemui semula, Siti Balqis kebiasaannya berada di lokasi tidak jauh dari rumahnya seperti di atas siling rumah, atas pokok manggis dan terbaru dalam mesin pembancuh simen.

“Pernah sekali dia temui semula di tanah perkuburan Islam kira-kira 10 kilometer dari rumah kami,” katanya sambil memaklumkan keluarganya sudah mendapatkan khidmat bomoh dari Kelantan, Terengganu dan Pahang untuk mengatasi masalah itu, tetapi masih gagal.

Siti Balqis ketika ditanya mengenai kejadian aneh dialaminya berkata, dia sendiri sukar memberi penjelasan dan tidak tahu apa sebenarnya berlaku ke atasnya.

“Setiap kali kejadian berlaku saya tidak sedarkan diri. Apabila sedar, saya dapati diri saya berada di tempat lain, sama ada di atas pokok atau kawasan perkuburan.

“Saya dapat melihat orang mencari saya, tapi saya tak berupaya memanggil mereka. Ketika saya berada di kubur dalam kejadian Ramadan lalu, saya mendengar pelbagai bunyi termasuk suara orang mengaji al-Quran dan menangis,” katanya.



Cilok dari myMetro..


Urmmm... misterinyer... any komen kengkawan? berkawan atau disorok org bunian ke?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-10-2010 01:42 PM | Show all posts


Gadis 'ghaib' SMS dari kubur

JERTIH: "Ibu cepatlah datang segera ke kubur, Siti takut tiada orang lain di sini." Itulah khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Siti Balqis Mohd Nor, gadis yang mendakwa sering ghaib dari rumah selepas tiba-tiba menyedari berada di perkuburan Kampung Bukit Kenak, kira-kira lima kilometer dari rumahnya tiga hari sebelum Aidilfitri lalu.

Siti Balqis (atas), 22, yang menghadapi gangguan misteri sejak dua bulan lalu menyebabkannya sering ghaib dari rumahnya di Kampung Gong Nangka, Apal, di sini mendakwa ketika itu telefon bimbit yang ada bersamanya menunjukkan jam 2 pagi.
“Namun, saya tidak tahu bagaimana boleh berada di tanah perkuburan dan lebih dahsyat saya berada di dua tanah perkuburan pada malam itu.
Selepas tersedar berada di kubur Kampung Bukit Kenak, saya tiba-tiba berada pula di kubur Kampung Gong Rengas, kira-kira 10 kilometer dari rumah kami,” katanya ketika ditemui semalam.

Siti Balqis mendakwa hanya mengetahui kisah kubur berkenaan apabila dibawa semula ke kawasan berkenaan, tetapi hingga kini tidak tahu siapa yang membawanya, apa yang dilihat dan dilakukannya sepanjang lima hingga enam jam berada ‘di alam ghaib’.

Namun, Siti Balqis mendakwa sepanjang di tanah perkuburan itu, dia mendengar orang menangis, meminta tolong dan mengaji al-Quran.

Sementara itu, ibunya, Norizan Said, 47, berkata, pada malam mendapat SMS Siti Balqis, beliau bersama suami serta seorang lagi anaknya bergegas ke kubur berkenaan, tetapi selepas puas mencari, mereka tidak menemuinya.
“Kami bergegas pula ke kubur di Kampung Gong Rengas dan di satu kubur baru, ada bekas seperti diduduki seseorang, tetapi Siti tiada di situ,” katanya dan menambah mereka kemudian ke Balai Polis Jertih pada jam 5 pagi untuk membuat laporan.

Bagaimanapun, sejurus masuk ke rumah kira-kira jam 6 pagi, Siti muncul di depan rumah dengan tubuhnya dibasahi air dan baju berlumuran tanah merah.

Kisah Siti Balqis menggemparkan penduduk daerah ini hinggakan ramai yang sukarela membantu berjaga bersama keluarganya selepas anak sulung empat beradik itu dikatakan ghaib ke pelbagai tempat termasuk siling rumah, atas pokok, dalam mesin pembancuh simen dan atas kubur.

Siti Balqis juga mendakwa dia luka pada tangan dan kaki ketika berada di sebuah mesin pembancuh simen tidak jauh dari rumah dan ketika di atas pokok manggis, di belakang rumahnya.

Dia juga mendakwa ternampak saudara mara dan orang kampung mencarinya, malah ketika berada di sebuah rumah tinggal, dia menyentuh bapa saudaranya tetapi tidak perasan kehadirannya.

Malam tadi, Norizan menggunakan khidmat tujuh bomoh untuk mengubati anaknya secara tradisional dan wakil Berita Harian turut berada di rumah Siti Balqis bagi meninjau dan memastikan dakwaan dia ghaib.

Sementara itu, kalangan ahli agama di negeri ini berpendapat kejadian itu mungkin disebabkan gangguan jin yang cuba merosak keimanan manusia dan cara terbaik mengatasinya ialah amalan zikir dan membaca al-Quran serta solat hajat dan tahajud.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh, berkata kejadian adalah luar biasa tetapi perlu dilihat secara positif dari sudut agama.

Muhammad Ramli berkata, cara terbaik mengatasinya ialah ahli keluarga Siti Balqis sentiasa berdoa kepada Allah meminta dilindungi daripada perbuatan sihir dan diganggu syaitan.

Timbalan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri (Operasi), Omar Musa, pula berkata apa yang dialami Siti Balqis itu mungkin ada kaitan dengan gangguan makhluk halus.

Katanya, keluarga mangsa hendaklah bersabar dan mendapatkan rawatan alternatif perubatan Islam bagi membolehkannya tidak lagi diganggu oleh makhluk halus.

“Tetapi, perlu diingatkan jangan sekali-kali beranggapan apa yang terjadi terhadap Siti Balqis ada kaitan dengan keramat kerana ada makhluk jin yang mahu merosakkan dan menyesatkan pemikiran dan akidah orang Islam,” katanya.


- Bharian Online... harineh punyak...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 01:44 PM | Show all posts
biasanya kalo mcm ni kena sorok dgn bunian kan..tp tahle...ustaz darusyiffa ader komen psl ni...die suh kaji betol2 dulu...mgkin  mistik mngkin x..manela taw ank die ader gangguan mental ker...nak lari dr umah ker...

tp org yg kat blkg tu ader iras2 the late datuk susilawati...kan?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 01:46 PM | Show all posts
c balqis ni ckp die xsedar pape pon kn time ilg tu...atopon die xnk ckp...ish...penat gak nak speku2 ni..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 01:50 PM | Show all posts
Isyyyyyyyyyyy..kalau hari2 camni....jenuh gak family dia..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 01:51 PM | Show all posts
Isyyyyyyyyyyy..kalau hari2 camni....jenuh gak family dia..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2010 01:52 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2010 01:54 PM | Show all posts
biasanya kalo mcm ni kena sorok dgn bunian kan..tp tahle...ustaz darusyiffa ader komen psl ni...die  ...
BiancoFisso Post at 6-10-2010 01:44 PM



Ntahlaa... nengok dari artikel tue.. katanyer owg2 kampung pun pulun jaga kawasan umah dia... tapi ghaib gak.. itu yg pelik... haih.. jumpa lam mesin pembancuh simen tue... pergh... mau hancur badan dikandung simen...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-10-2010 01:58 PM | Show all posts
Isyyyyyyyyyyy..kalau hari2 camni....jenuh gak family dia..
medangmru Post at 6-10-2010 01:50 PM



Urmmm.. itulaaa... mau berjegil mata 24 jam... {:3_83:}
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2010 01:59 PM | Show all posts
kat CI pun ade.
bzzts Post at 6-10-2010 01:52 PM


thanks abg bzzt... haku nengok ada komen pasal NAMA dia... BALQIS... urmmm.. punca dari nama?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 02:01 PM | Show all posts
Gadis 'ghaib' SMS dari kubur

JERTIH: "Ibu cepatlah datang segera ke kubur, Siti takut tiada orang lain di sini." Itulah khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Siti Balqis Mohd Nor,
BabeYSHa Post at 6-10-2010 01:42 PM


tp yg bestnyer...( best ke ?? ) ..budak ni tak tinggal plak HP dia kan....bawak sama2 ke kubur... ( terpaksa gelak gak )...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 02:04 PM | Show all posts
betul tu bang medang...bleh lak tak tinggal hp...leh sms..takkan sepanjang masa pegang hp? anggap je la..kejadian yang dia dijumpai kat kubur tu..time hilang tu dia tgh pegang hp..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 02:04 PM | Show all posts
kena nyorok dgn jin kot...jenuh jugak nak perhatikan budak...tp kan xsuka betolla bile kat s.khabar ckp jumpe 7 org bomoh tu..mane taw ade ustaz ker..dilabel bomoh jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 02:04 PM | Show all posts
bicha,maksud balqis tu ape???
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 02:07 PM | Show all posts
betul tu bang medang...bleh lak tak tinggal hp...leh sms..takkan sepanjang masa pegang hp?  anggap ...
linamys Post at 6-10-2010 02:04 PM



    itulah yg rs musykil skit....lainlah kalau dia ni jenis pakai suar dan letak HP dalam poket ( mungkin kot?? )....
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 02:18 PM | Show all posts
sian nye kuarga tu
bayangkan anak kita memula ada kat depan kita
kita toleh balik tgk dia da takde
adeiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2010 02:26 PM | Show all posts
itulah yg rs musykil skit....lainlah kalau dia ni jenis pakai suar dan letak HP dalam poke ...
medangmru Post at 6-10-2010 14:07



    yg ni berkemungkinan besar..tgk gaya, budak ni suka pakai seluar track...ada kocek..kot letak hp kat kocek suar...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 02:33 PM | Show all posts
yg ni berkemungkinan besar..tgk gaya, budak ni suka pakai seluar track...ada kocek..kot le ...
linamys Post at 6-10-2010 14:26



    camana le leh masuk dalam mesin basuh kain ye? pelik..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 02:47 PM | Show all posts
Malam tadi, Norizan menggunakan khidmat tujuh bomoh untuk mengubati anaknya secara tradisional dan wakil Berita Harian turut berada di rumah Siti Balqis bagi meninjau dan memastikan dakwaan dia ghaib.
BabeYSHa Post at 6-10-2010 01:42 PM


so...apa kesudahnnya....mmg betul2 ghaib ke???kenapalah berita ni tak penuh...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 02:47 PM | Show all posts
jenuh dok carik aje tiap2 hari kalau ilang..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.066438 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list