CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1821|Reply: 12

[Tempatan] Akhirnyaaaaaa...Stadium Shah Alam bakal dirobohkan

[Copy link]
Post time 30-9-2022 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
STADIUM Shah Alam yang merupakan rumah kepada Selangor FC sah akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA).

Pengarah Urusan MRCB, Mohd Imran Muhamad Salim berkata, pembangunan yang akan dilaksanakan di atas tapak seluas 80 hektar itu meliputi pembinaan stadium baharu, pusat komersial, masjid, taman permainan dan trek jogging untuk digunakan oleh orang ramai.

Menurut beliau, sekiranya cadangan pembangunan itu diluluskan oleh kerajaan negeri, ia bakal menyaksikan Selangor FC akan memiliki ‘rumah’ baru yang boleh memuatkan kira-kira 35,000 penonton.

“Seperti yang kita ketahui, stadium berkenaan dibina puluhan tahun dahulu untuk tujuan tertentu dan sekarang ini venue berkenaan dibina semula dengan memastikan ia dapat menangani masalah banjir yang kerap melanda di kawasan itu.

“Kita akan membina semula stadium supaya lebih efisien dengan kos penyelenggaraan minimum selain turut memastikan terdapat banyak kemudahan di kawasan berkenaan.

“Stadium perlu dirobohkan dan akan dibina baharu. Hanya rekabentuk atap saja dikekalkan manakala binaan lain adalah baharu,” katanya pada sesi taklimat pembangunan KSSA, di sini, pada Jumaat.

Untuk rekod, Stadium Shah Alam yang juga bangunan ikonik terletak di Seksyen 13 itu mula dibuka pada 1994 sebelum ditutup kepada bermula 2020 berikutan berhadapan pelbagai masalah terutama membabitkan bumbung venue berkenaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2022 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekejapnya hayat stadium tu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Stadium olympic kt LA dh seratus tahun elok je
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Td lalu sana baru je nampak mcm nk buka fun fair
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 10:39 PM | Show all posts
stad shah alam dengan stad melawati shah alam tu tak sama ke chuolszahh?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Lbh baik tgk2kn projek tebatan banjir tu
Ni dh naik smpi sprm
Hujung2 ke mn arah nya tu

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2022 02:46 AM From the mobile phone | Show all posts
The end of an iconic building…untung ler siapa dpt projek baru tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Projek pru15 bang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2022 08:24 AM | Show all posts
projek menyakau duit rekyat bersempena pilihanraya
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangsat politicians
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 10:38 AM | Show all posts
Ceh...awal2 dulu kata nak refurbish. Hujung2 buat baru. Cam hanat...

By the way, kalau takde proper maintenance, stadium baru mana pun akan jadi buruk & rosak. Lepas tu ulang skrip roboh-buat baru, roboh buat-baru.....bla bla...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Roboh je la...pastu buat park, tanam pokok2 jadikan hutan balik since bukit cerakah pun dh kene gondol khueen
Dah la sect 13 tu mmg kwsn banjir
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 10:46 AM | Show all posts
Its about time. New Stadium. Lagi pun tanah tu prime land. Byk hasil akan dapat dr cukai2 nanti dan byrn premium dan akan kembali kpd Rakyat selangor juga.
Tapi kapasiti 35k tu mcm kecil. Selangor akan main di Asia every year now on. So patut stadium kena 45K ke atas.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.119542 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list