CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 588|Reply: 0

Verstappen mungkin terpaksa serah gelaran juara dunia kepada Hamilton

[Copy link]
Post time 2-10-2022 10:52 AM | Show all posts |Read mode

Hamilton (kanan) mungkin dinobatkan juara dunia 2021 sekiranya pasukan Verstappen (kiri), Red Bull berbelanja melebihi had ditetapkan.

LONDON: Peraturan Formula Satu (F1) berada di bawah tekanan untuk menobatkan juara dunia kepada Lewis Hamilton sekiranya Red Bull didapati bersalah melanggar had perbelanjaan ketika Max Verstappen meraih gelaran kontroversi pada 2021.

Dalam perubahan yang membuka semula keputusan paling dipertikai dalam sejarah sukan itu, laporan muncul di Itali dan Jerman yang mendakwa Red Bull melebihi had perbelanjaan £114 juta (RM589 juta) tahun lalu.

Prinsipal pasukan, Christian Horner menafikan tuduhan itu semalam, namun rakan sejawatnya di Mercedes, Toto Wolff menggesa FIA untuk menguatkuasakan peraturan mereka, yang membenarkan pasukan dan pemandu dikurangkan mata.

Dengan kemenangan Verstappen pada pusingan terakhir ketika perlumbaan terakhir di Abu Dhabi untuk mengatasi Hamilton dengan lapan mata, keputusan FIA tidak boleh menjadi lebih sensitif.


Bercakap menjelang Grand Prix (GP) Singapura, Wolff berkata: "Had kos mungkin evolusi peraturan yang paling penting untuk mengekalkan kedudukan yang sama rata.

"Ia sangat penting bahawa peraturan ini dikawal. FIA, dan khususnya Mohammed (ben Sulayem, presiden badan itu), menunjukkan pendirian yang cukup teguh dalam menguatkuasakan semua jenis peraturan," tambahnya. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... nia-kepada-hamilton
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.042181 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list