CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21135|Reply: 155

Rizky Billar Didakwa Pengamal Seks Songsang, Pernah Jalin Hubungan Dengan Mak Nyah?

[Copy link]
Post time 2-10-2022 03:33 PM | Show all posts |Read mode
Kisah rumah tangga pasangan selebriti Lesti Kejora dan suaminya, Rizky Billar semakin memanas. Terbaharu tular sebuah video membongkar kisah silam aktor berusia 27 tahun itu apabila dikatakan sudah pun memiliki seorang anak perempuan sebelum menikahi Lesti.


Menerusi sebuah video yang tular dalam media sosial, seorang wanita yang mengakui dirinya sebagai kenalan lama Rizky mendedahkan, lelaki itu bukan sosok yang baik.


“Rizky Billar. Aku sangat geram dengan dia. Aku sudah lama mahu membongkar sifat sebenar Rizky, tapi aku tahan sebab dia mahu berkahwin dengan Lesti.


“Aku fikir dia akan berubah menjadi orang atau lelaki yang lebih matang kerana sudah mendapat seorang wanita yang sangat baik (Lesti) dan mencintainya,” katanya.




Foto: Kosmo




Ujarnya lagi, dia tidak mempunyai niat memburuk-burukkan Rizky, cuma berasa kasihan melihat penderitaan Lesti yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.


Dedah wanita itu, Rizky sebenarnya sudah pun mempunyai seorang anak perempuan, hasil hubungan bersama seorang wanita yang bekerja di sebuah salun di Kalibata, Jakarta Selatan.


“Rizky Billar sudah ada seorang anak. Kalau anda peminat tegar Rizky, cuba cari akaun Instagram lama milik Rizky sebelum dia berkahwin dengan Lesti.


“Ada foto Rizky bersama seorang kanak-kanak perempuan. Itu adalah anaknya hasil hubungan seorang pekerja salun di Kalibata.


“Aku tahu dia pernah tinggal di Kalibata dan mempunyai hubungan dengan wanita itu (pekerja salun),” katanya.


Kata wanita tersebut lagi, dia sangat mengenali Rizky kerana mereka pernah mengikuti pengajian dalam bidang perfileman di Sudirman, Jakarta suatu ketika dahulu.


“Rizky tidak boleh mengelak lagi. Seharusnya dia bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri yang baik. Lesti umpama ‘berlian’, namun Rizky tidak bersyukur,” katanya.


Dalam video yang sama, pelakon sinetron Satria Mulia pula mendedahkan bahawa Rizky pernah memberitahu media dia tidak mempunyai hati dan perasaan terhadap Lesti. Malah, Rizky menuduh bahawa isterinya itu ‘syok sendiri’ terhadapnya.


“Lesti bukan gadis idaman saya. Dia bukan ciri wanita yang saya suka. Dia perasan saya sukakannya,” kata Rizky.


Lebih memburukkan nama pelakon asal Medan, Indonesia itu apabila dia dikatakan mempunyai kecenderungan nafsu sesama jenis (homoseksual) setelah dikatakan pernah berhubungan dengan beberapa orang ‘waria’ (mak nyah) dan juga lelaki gay.


“Dia pernah tidur bersama mak nyah dan mempunyai hubungan dengan seorang lelaki bergelar pengacara. Mereka pernah tinggal bersama-sama,” dedah Satria.


Sejak Rabu lalu, industri hiburan Indonesia gempar apabila Lesti, 28, membuat laporan polis terhadap suaminya, Rizky apabila dipukul dan dicekik selepas mendakwa lelaki itu berlaku curang terhadapnya.


Dalam laporan polis yang dibuat, Lesti mendakwa telah dihempas ke atas katil sebelum dicekik sehingga jatuh ke lantai oleh suaminya.


Kisah kecurangan Rizky atau nama lengkapnya Muhammad Rizky Billar turut mengheret nama pelakon dan juga model jelita, Devina Kirana apabila dia dituduh menjadi kekasih gelap kepada lelaki itu.


Lesti dan Rizky mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar. -CARI


Sumber: Kosmo

Comments

Ko xreti beza ke antara gossip tempatan dengan gossip indonesia?? Nak close xboleh nak campak pun xboleh... hazabb @Acehand  Post time 3-10-2022 08:44 AM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2022 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Lesti ni aku tgk mcm perempuan naif yg bangga berjodohan dgn lelaki kacak.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2022 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
dr awal kawen ramai kata x lama.tp tulah..dh suka.tp lelaki ni mcm tumpang popular bini aje pn.bagus lesti..amik tindakan report.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2022 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Umur 23 bukan 28..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2022 04:17 PM | Show all posts
“Dia pernah tidur bersama mak nyah dan mempunyai hubungan dengan seorang lelaki bergelar pengacara. Mereka pernah tinggal bersama-sama,” dedah Satria.

ni mesti is ivan tu kan... yang sah2 bottom... ya ampunnn beruang matahari pun ko taste yach... soo kiranya heshe lah buat kerja semua... takkan la si beruang tu duduk atas dia... mestilah patah riuk gittuhhh
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2022 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa pulak ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2022 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat pula bila anak lelaki rizky dipanggil monyet. Kesian pun ada, lawak pun ada. But bodohlah netizen ckp mcm tu baby kot.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2022 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Lesti & Rizki ni artis lokal Malaysia ke? Hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2022 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadahnya reputs cari bukak thread pasal retis indo kat bod gosip tempatan?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2022 04:59 PM | Show all posts
kalau tak boleh setia dgn sorang/maksimum 4 jangan kawin.

dah 2022 dik,  kalau suka waria, gay, semua lubang tu lagilah jangan seksa pasangan, elok2 org tu boleh hidup bahagia dgn orang lain yg straight dan setia, sibukla nak menjahanamkan hidup org.





Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2022 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Hensem rizky ni.ada no fon dia tak?nak bagi nasihat 2-3 patah
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2022 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
siang bergaduh..mlm td anugerah couple fav...seram nokkk
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2022 05:43 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 2-10-2022 04:17 PM
“Dia pernah tidur bersama mak nyah dan mempunyai hubungan dengan seorang lelaki bergelar pengacara. ...

Si IGun tu ke kaka???
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2022 05:48 PM | Show all posts

sah2 la yang tu khen....
cumanya macam mana la mereka beraksi... mesti semua heshe yang buat keje
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2022 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
sonatalady replied at 2-10-2022 03:53 PM
dr awal kawen ramai kata x lama.tp tulah..dh suka.tp lelaki ni mcm tumpang popular bini aje pn.bagus ...

itu la bila fans ngeship makin mjadi2 jgk..ingt lagi paranormal dh ramal pkhwinan depa xlama sbb ada org ke3...trok jgk paranormal tu kena dgn fans leslar..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2022 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
takde la nak siasat btl2 vid2 tu. tp apasal yg iols nampak kt tiktok tu mcm content je?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2022 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Jate tino depe belakang sebat
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2022 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Lesti ni popular sangat ke? Aku x kenal pon.

Tp lakinya sedap
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2022 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau rasa diri gay & tak mampu berubah, jangan la kawen. Kesian bini kau
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2022 06:41 PM | Show all posts
Lesti bukan gadis idaman saya. Dia bukan ciri wanita yang saya suka. Dia perasan saya sukakannya,” kata Rizky.


kebabian apakah???  habis tu yang ko gatal kotey ajak kawen dah kenapa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.051220 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list