View: 529|Reply: 0
|
F1: Tsunoda teruja aksi pertama di Suzuka
[Copy link]
|
|
TSUNODA akan beraksi buat kali pertama di Litar Suzuka selepas aksi sebelum ini dibatalkan akibat pandemik Covid-19. – AFP
SUZUKA – Pelumba pasukan Alpha Tauri, Yuki Tsunoda mengakui cukup teruja apabila dapat pulang ke ‘kampung’ sendiri untuk membuat penampilan kompetitif saingan Formula Satu (F1) pada Grand Prix (GP) Jepun di Litar Suzuka esok.
Meskipun ini adalah tahun kedua Tsunoda bersaing dalam kejohanan permotoran paling berprestij itu, pelumba berusia 22 tahun itu masih belum berpeluang beraksi Litar Suzuka dan di hadapan penyokongnya sendiri ekoran GP Jepun dibatalkan sejak musim 2020 ekoran pandemik Covid-19.
Kata Tsunoda, peluang beraksi di hadapan penyokong sendiri menyuntik semangat untuk berikan yang terbaik dan perlu digunakan sebaik mungkin pada hari perlumbaan nanti.
“Secara jujur, ini adalah detik yang saya nantikan kerana hanya beberapa tahun lalu, saya hadir ke sini sebagai penyokong, tetapi kali ini situasi berbeza apabila saya tiba sebagai pelumba F1 dan bakal beraksi di sini.
“Sambutan yang diberikan juga cukup menggalakkan dan sudah pasti saya mahu menghadiahkan sesuatu buat penyokong yang hadir khususnya dalam usaha menamatkan perlumbaan dengan rentak positif,” katanya.
Sebagai rekod, Tsunoda menjadi pelumba Jepun kedua yang beraksi di Litar Suzuka untuk saingan F1 selepas Kamui Kobayashi melakukannya pada edisi 2014.
Tsunoda yang sah akan kekal bersama Alpha Tauri musim depan gagal mempamerkan prestasi konsisten musim ini apabila hanya mengutip 11 mata selepas mengharungi 17 perlumbaan.
– AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... -pertama-di-suzuka/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|