CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 16816|Reply: 62

DIPECAT DARI JAWATAN KERAJAAN

[Copy link]
Post time 10-10-2010 12:13 PM | Show all posts |Read mode
Salam ... saya ingin meminta bantuan untuk hak-hak perkhidmatan bagi jabatan kerajaan. Sahabat saya berjawatan tetap telah diberi notis pemberhentian 24 jam oleh salah sebuah agensi kerajaan persekutuan (badan berkanun). Beliau telah lulus peperiksaan jabatan dan telah mengikuti kursus-kursus bagi tujuan pengesahan jawatan. Selama tiga tahun, beliau tidak disahkan dalam jawatan dan telah melalui perlanjutan tempoh percubaan selama 2 tahun. Setelah berkhidmat selama 5 tahun, beliau akhirnya dipecat.

Mohon bantuan kepada ahli yang tahu adakah beliau boleh diserapkan kembali atau pemecatan beliau adalah sah. Saya akan beri info lanjut sekiranya diminta bagi membantu beliau, Terima kasih.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2010 12:22 PM | Show all posts
apa sebab kena pecat tu?..biasanya kalau keje kerajaan susah nak dipecat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2010 12:37 PM | Show all posts
memang betul ... tapi dia belum confirm lagi ... taraf jawatan tetap ...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2010 02:01 PM | Show all posts
di pecat ats kesalahan apa
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2010 04:46 PM | Show all posts
kalau x silap saya dia dipecat kerana gagal untuk disahkan dalam jawatan dalam tempoh 3 tahun tu..dan dalam perlanjutan tempoh percubaan 2 tahun tu pun beliau masih gagal disahkan jawatan...antara faktornya sebab markah Laporan Penilaian Prestasi kurang memuaskan (Laporan Penilaian Prestasi adalah atas ketua jabatan)...dekat tempat kerja saya pun ada seorang pegawai yang menerima nasib yang serupa seperti rakan saudara tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2010 06:01 PM | Show all posts
Surat pemecatan tidak menyatakan sebab mengapa dipecat. Pada tahun 2008, pengesahan disyorkan oleh Ketua Bahagian, tetapi tidak diluluskan oleh Ketua Jabatan. Pada 2009, beliau menjalani tempoh percubaan dengan berdenda (tiada kenaikan gaji tahunan) dan Ketua Bahagian (orang yang lain dari tahun 2008) tidak mensyorkan pengesahan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-10-2010 06:07 PM | Show all posts
ada sesiapa atau kekawan yang punye pengalaman yang sama ...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2010 10:52 AM | Show all posts
seolah2 mcm ada buat salahjer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2010 02:07 PM | Show all posts
setau sy, tempoh percubaan mmg ada tempoh percubaan biasa, tempoh percubaan dgn denda & bila performance xelok, kena buang kerja. Check balik buku Perintah Am bhgn temph percubaan (sy xbuat pentadbiran, so xpasti sgt tp pernah come across baca utk exam JPA)

buat surat rayuan xbole ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2010 02:40 PM | Show all posts
tiada maklumat tentang rayuan ... dalam surat pecat tidak dinyatakan ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2010 02:46 PM | Show all posts
seolah2 mcm ada buat salahjer...
ryo_takahashi1 Post at 11-10-2010 10:52



saya antara yang rapat dgn beliau ... sepanjang dgn beliau, tidak nampak ada buat salah ... beliau buat kerja dgn baik, kerja tak tentu masa, datang kerja hari hujung minggu, program yang diamanahkan dpt berjalan dgn baik & lancar, bajet dibelanjakan dgn sempurna ... pada saya tiada masalah ...

cuma, bila seorang Ketua Bahagian 'hentam' peribadi atau kerja dia yang belum tentu lagi kebenarannya, semua Ketua Bahagian sudah pandang serong dgn beliau ... jadi pandangan serong tersebut sudah dilupuskan ... kesian ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2010 02:47 PM | Show all posts
bagaimana nak bela diri untuk pegawai kerajaan ... guna saluran mana?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 03:18 PM | Show all posts
Slalunyer gov mmg susah nk buang staff....yg xdtg keje 3 bln pun cam rileks jer...
Tp tuk jawatan tetap, lam tempoh percubaan dia bg tuh....klu xlulus gk exam....mmg berkemungkinan kena pecat...klu xsilap aku arr....tp kes nih mmg jarang terjadi....slalunyer org akan lepas gk....mungkin ader kes lain gaknyerr....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2010 04:47 PM | Show all posts
saya pun suspek ada kes lain yang internal ... tapi saya tanya tuan badan dia kata tidak kes serious ... lagipun dalam surat tidak dinyatakan sebab mengapa di pecat ... bgaimana nak lawan ??? Guna mahkamah buruh atau mahkamah majistrate ... atau CUEPECS???
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 06:28 PM | Show all posts
Reply 14# matabelalang


    kemungkinan besar dia ada kes dgn ketua bahagian atau jabatan..sebab tu tak dapat rekemen disahkan jawatan.... cuba check balik ap kes sebenarnya. Kalau dia tak puas hati (dan rasa kes dia dianiaya ke) mungkin kena ambil loyer buat claim unfair dismissal, tapi tulah ambil masa dan wang ringgit...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 07:48 PM | Show all posts
rasanya kalau dapat jawatan tetap walaupun masih belum disahkan mmg susah nak dibuang..
tp tak tahu lar..itu pasal kebanyakan post PTD ditawarkan secara kontrak dulu selama 2 tahun..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2010 07:49 PM | Show all posts
aku cadangkan gi jumpa biro bantuan guaman MCA...minta nasihat...yg pasti KJ member ko tu mesti panas punggung..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 07:50 PM | Show all posts
dia nih kategori pengurusan & profesional atau kategori sokongan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 08:41 PM | Show all posts
mahkamah buruh xlayan pekerja gomen la
itu utk pekerja swasta
tu pun cuma yg bergaji kurang rm5k
klu berani challenge, g la mahkamah sivil
tp kos kena tanggung sendiri la
CEUPACS? aku xpasti plak kupek ni cover bdn berkanun skali atau x.
klu cover, try la mengadu kat derang
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 05:43 PM | Show all posts
dia nih kategori pengurusan & profesional atau kategori sokongan?
wirazam Post at 13-10-2010 19:50



   Aku rasa sokongan btul tak tt?

Setakat yg aku tau, penjawat ada hak utk diminta surat tunjuk sebab mengapa perkhidmatannya x bole ditamatkan. Sbb kalo ikut pemahaman aku pada cta tt ni, kawan tt dah sah pelantikan, dan cuma nak tunggu sah dalam perkhidmatan je lagi. Kalo kwn tt belum sah pelantikan then memang boleh 24 hours notice tu. Aku terbau ikan kat cni..

Berdasarkan peraturan-peraturan peg awam(pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmatan) PUA 176/2005, peraturan 47(1), sesorg pegawai mmg boleh ditamatkan sekiranya x disahkan sama ada dlm tempoh percubaan (3 thn) atau dlm tempoh percubaan yg dilanjutkan (2 thn).

Dlm pada itu ( maafla formal gile..hihi), harus d baca bersama peraturan 49 ttg hak tunjuk sbb mengapa x boleh ditamatkan. Alah tt, ko surf kat cni http://www.jpa.gov.my/docs/pu/pua176.pdf baca peraturan 47 -50/ 51, tak ingat..

Pahamkan yg ni dulu, nt kita bincang lg..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:05 PM GMT+8 , Processed in 1.048647 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list