|
KASMA Daniel alami masalah motosikal pada sesi latihan bebas pertama. FOTO ARKIB NSTP
Sepang: Kasma Daniel Kasmayudin mengakui tidak berdepan hari yang baik pada sesi latihan bebas pertama dan kedua Petronas Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia, hari ini.
Pelumba negara yang beraksi menerusi tiket wild card dalam kelas Moto2 bersama jentera Pertonas Mie Racing itu gagal melakukan catatan masa pada sesi latihan bebas pertama kerana motosikalnya mengalami masalah Unit Kawalan Enjin (ECU).
Kasma mencatat catatan sepusingan terbaiknya 2 minit 12.071s pada sesi latihan bebas kedua untuk berada di tempat ke-27 daripada 30 pelumba kelas pertengahan berkenaan.
"Terus-terang saya masih ada kekurangan di atas jentera pada sesi latihan bebas pertama. Motosikal mengalami masalah teknikal dan sesi latihan bebas kedua, masalah itu selesai, tetapi hanya dapat melakukan dua pusingan saja pada keadaan kering.
"Selepas itu, hujan tiba dan apabila perlumbaan dimulakan semula selepas bendera merah, saya terjatuh di Selekoh 9 dan hampir setengah pusingan saja.
"Memang hari ini banyak kekurangan daripada sudut di atas jentera dan pelarasan," kata Kasma.
Sementara itu, seorang lagi pelumba negara, Azroy Hakeem Anuar yang membuat penampilan pertama beraksi di Kejuaraan Dunia pula menamatkan kedua-dua sesi di tempat ke-30 dengan 2'11.216s sebelum melakukan 2'12.020s di sesi kedua.
"Saya agak bergelut sebab keadaan di atas jentera tak berapa selesa dan bermacam masalah untuk menyesuaikan diri di atas jentera. Jadi catatan masa sepusingan itu agak buruk.
"Pada sesi latihan bebas kedua, saya cuba perbaiki, tetapi dapat dua pusingan saja kerana hujan. Namun apabila hujan berhenti, saya dapat rasakan dapat beraksi dalam keadaan lebih selesa," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -motosikal-terjatuh |
|