CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4692|Reply: 66

[Tempatan] Tak mampu sewa rumah, 8 beranak tinggal dalam bangsal

[Copy link]
Post time 28-10-2022 09:50 PM | Show all posts |Read mode
Edited by copy_paste at 28-10-2022 09:52 PM

Zuraini Pauzi bersama anak-anaknya di hadapan bangsal yang dijadikan tempat tinggal mereka sejak hampir sebulan lalu di Kampung Kuala Ayer Merah, Machang.


MACHANG: Pilu hati apabila melihat lapan beranak di Kampung Kuala Ayer Merah di sini, terpaksa tinggal dalam bangsal berikutan keluarga itu tidak mampu menyewa rumah.

Zuraini Pauzi, 47, berkata kemiskinan hidup menyebabkan dia bersama tujuh anaknya berusia tiga tahun hingga 18 tahun terpaksa berteduh di bangsal.

Sebelum ini, adik-beradiknya ada mempelawa keluarganya tinggal bersama mereka.

Namun disebabkan tidak mahu membebankan mereka yang mempunyai ramai anak serta bukan orang senang menyebabkan dia memilih untuk tinggal di bangsal yang hanya berdindingkan zink.

"Untuk menyara keluarga, saya bekerja sebagai tukang rumah dengan upah sekitar RM50 sehari.

"Tiga anak saya yang bekerja di Johor Bharu, Johor ada mengirim wang belanja setiap bulan namun ia cukup sekadar untuk perbelanjaan kami sekeluarga di sini.

"Bangsal ini tiada kemudahan tandas dan setiap kali mandi, saya serta anak-anak terpaksa menumpang di rumah kakak atau ibu yang berdekatan selain elektrik juga terpaksa disambung dari rumah mereka.

"Ada kalanya, penduduk yang bersimpati akan menghulurkan makanan untuk kami," katanya ditemui.

Terdahulu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cempaka Merah Asnaf Society yang diwakili Pengerusinya, Che Norhayati Mohamed menziarahi keluarga berkenaan dan menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban selain bertanya keperluan yang diperlukan.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Zuraini di talian 013-2900936.

Zuraini berkata, akibat kemiskinan hidup, dia terpaksa menyerahkan dua anaknya kepada saudara terdekat ketika anak-anaknya itu berusia tiga hari.

"Syukur anak-anak memahami kesusahan dialami dan mereka tidak pernah bersungut atau meminta apa-apa di luar kemampuan saya," katanya.

Menurutnya, pada masa sama, dua anaknya iaitu Muhammad Mubarak Mohamad Albab, 16, hanya sempat bersekolah sehingga Tahun Enam manakala Nor Azmida Balqis, 14, pula mengambil keputusan untuk berhenti pada awal Januari lalu akibat kemiskinan hidup.

"Walaupun dua anak mengambil keputusan untuk berhenti sekolah disebabkan kedaifan, namun besar harapan saya dan berharap empat anak berusia tujuh hingga 12 tahun dapat terus bersekolah," katanya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2022 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Thread dh ada
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmm i tgk ni td kt fb tp tahan je dr komen
Skrg i nk komen
Banyak sgt dh la taktik dan modus operandi cmni demi nk dapat umah banglo free
Padahal ada je umah lain boleh dok
Nak jugak buat kesian cmni
Pfftt
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Selesmen kondom sekaliannnn...!!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca tajuk je dah boleh agak kat negeri mana.

Kesian anak2 tk dpt hak yg sepatutnya drpd ibubapa yg pentingkan kepuasan sendiri. Yg tua kena kerja awal sbb kena bantu mak pak tanggung adik2.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 04:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk kawasan sekitar tu kotornya lah. Sampah merata. Semua sempurna anggota. Ank2 dah besar, mak boleh keje patutnya. Entah la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2022 05:23 AM | Show all posts
kira semua sekali 10 orang la kan anaknya. hmm..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 05:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Taktik nk dpt rumah baru nii. Xde plak laki ya in the picture
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2022 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Kanda kena tidur dekat kandang kuda
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Lakinya dh arwah kah
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Pengotornya ..anak ramai tu kerah lah suruh cuci kemaskan pondok tu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 29-10-2022 04:40 AM
Tgk kawasan sekitar tu kotornya lah. Sampah merata. Semua sempurna anggota. Ank2 dah besar, mak bole ...

Uols sama macam classmate iols dulu, kalau kita bercerita pasal kesian kat family susah dalam bersamamu & such dia akan kata “Bersepah tak rumah dorang? Kotor tak? Anak ramai kan, kenapa tak suruh kemas?”
So, membuka mata iols yg memang miskin ni pakej sekali dengan pemalas/pengotor
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 29-10-2022 04:40 AM
Tgk kawasan sekitar tu kotornya lah. Sampah merata. Semua sempurna anggota. Ank2 dah besar, mak bole ...

Mak dia keja sbg tukang rumah kan? Cuma tu lah, anak2 dah besar boleh je nk bantu apa2 yg patut.. Buat apa ada anak ramai2 setakat nk cukupkan kuota tp xde fungsi... Cuba la diajar bab2 tanggungjawab. Kalo bapak takde kt situ pun, mereka pun kena teruskan hidup jgk. Byk benda kt negara ni boleh buat, nak atau tak je... Mmg la ssh nk berdiri dlm keadaan mcm tu, tp buat sikit2 lama2 jadik bukit. Mungkin boleh start tanam2 sayur ke dulu... Anak2 tu rajin2 la berkemas, umah kecik pun x leh nk bg bersih camne kalo ada umah yg lg besar.. Silap2 mcm tu jgk keadaannya... Kalo aku nk tolong org pun biar la yg rajin buat kerja bkn just tunggu org dtg bg bantuan.. Lepas tu bantuan..lepas tu bantuan.. Bantuan2 jgk..tp usaha sendiri tu lg bagus...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Allah kesiannya.
Anak umur 18 tahun tu.
Tak seperto remaja lain ada gadjet thingy things semua.
Sian dia.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Taktik nak dpt rumah free ke
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 10:42 AM | Show all posts
.... kot iyer pun
kemas lahkawasan sekitar tu dan dlm bangsal tu ...

i is cannot
jgnpukul rata orang kelantan malas atau pengotor pulak

my adik ipar
walau rumah kampung
rumah bersih tip top

sayanggggg kat my adik ipar
kalau balik Kg Joh, iols is tak payah buat gheja apa2
kain pun dia basuh dan lipat kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2022 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
ekselen replied at 29-10-2022 08:48 AM
Mak dia keja sbg tukang rumah kan? Cuma tu lah, anak2 dah besar boleh je nk bantu apa2 yg patut..  ...

Oh i silap baca. Yes klau i pon nk tlg tgk dlu. Org yg senang ada i baca ank sekolah rendah dah reti buat mcm2. Jg adk, kemas rumah. Yg 18 dah blh ikut mak keje
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku xmnt lnsg org gini.  Ank 8 tu mmg  over sgt klu miskin.  Jnis yg seronok branak tp xadil utk ank.  Mak bpk ni sepatutnya bila beranak kne fikir mmpu tak nk persiap ank2 utk cabaran masa depan.  Ni mkn pon ssh apatah lg nk sara pendidikan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 29-10-2022 12:40 PM

Baru tgok bideo Dr Maza....

Kebanyakan org miskin ni malassss....
Raja muda nk dtg, kemaskn lah kawasan rumah, ni tak....dgn bangkai tikus mati pun ada kat laman rumah....harap Raja muda kot buangkn....

Alasan sakittt....tanya sakit apa, kencing manis...
Org yg ada kencing manis ni, kena byk bergerak kuarkn peluh....baru sihat
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 29-10-2022 12:40 PM
sayawifenikmie replied at 29-10-2022 10:42 AM
.... kot iyer pun
kemas lahkawasan sekitar tu dan dlm bangsal tu ...



Satu dlm 1000 yg rajin tu kak lid.....

Kebetulan adik ipar kak lid tu tergolong dlm yg satu tu.....yg 999 lg byk berkeliaran yg kami jumpa.....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1120517 Replies : 797
Indonesia: Pontianak Merangkak Dalam Asrama Sekolah Pondok (CCTV)
tumpanglalu74Indonesia: Pontianak Merangkak Dalam Asr
Views : 7377 Replies : 10
Kemaluan tersembul di dahi, janda cantik trauma tengok cermin! - “Puas gosok-gosok mata, tetap ada”
tatodKemaluan tersembul di dahi, janda cantik
Views : 11253 Replies : 6
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 22619 Replies : 18
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 20593 Replies : 13
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31214 Replies : 15
Belum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Dijadikan Stor Penyimpanan   Mercun Di Kajang Terbakar 80 Peratus
YgBenarBelum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Di
Views : 11654 Replies : 10
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77159 Replies : 510
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 52950 Replies : 52
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26375 Replies : 28

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.214893 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list