CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 374|Reply: 1

Selangor ‘bergelut’ sebelum ke suku akhir

[Copy link]
Post time 1-11-2022 11:33 PM | Show all posts |Read mode

PEMAIN Selangor, Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau (tengah) berjaya melepasi kawalan pertahanan Kelantan United pada aksi timbal balik pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium MBPJ sebentar tadi. - MFL

Selangor ‘bergelut’ sebelum ke suku akhir

PETALING JAYA – Selangor FC mengesahkan tiket ke suku akhir Piala Malaysia menerusi kemenangan agregat 3-0 ke atas Kelantan United FC selepas menang 1-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebentar tadi.

Satu gol pada aksi timbal balik peringkat 16 itu sudah cukup buat Selangor melangkah ke pusingan seterusnya selepas menang 2-0 dalam perlawanan pertama di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu minggu lalu.

Bagaimanapun, masih banyak kerja rumah perlu dilakukan oleh skuad Gergasi Merah yang terpaksa menunggu sehingga minit ke-90 untuk menjaringkan gol pada aksi di Stadium MBPJ itu.

Gol tersebut berpunca hasil sepakan percuma Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi yang ditanduk masuk oleh pemain tengah Kelantan United, Nik Akif Syahiran Nik Mat ke gawang sendiri.

Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe itu sebenarnya berpeluang menjaringkan lebih banyak gol tetapi gagal dilakukan kerana penyudah tumpul jentera serangan pasukan tuan rumah.

Juara Piala Malaysia 33 kali itu juga sepatutnya mendahului pada awal babak pertama tetapi rembatan penyerang import Brazil, Herlison Caion melambung tinggi melepasi gawang gol Kelantan United.

Kelantan United turut mempunyai beberapa peluang untuk mengejutkan Selangor tetapi malangnya gagal diambil dengan baik oleh barisan pemain Nazrulerwan Makmor itu.

Hasilnya, Selangor yang hanya memerlukan seri untuk layak, berjaya meraih gol tunggal perlawanan pada lewat permainan hasil jaringan sendiri Nik Akif Syahiran pada minit ke-90.

Kemenangan itu membolehkan Selangor bertemu Negeri Sembilan FC di suku akhir yang akan berlangsung 6 dan 11 November ini selepas lawan tersebut menang 2-1 secara ageregat ke atas Kedah Darul Aman FC. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/11 ... elum-ke-suku-akhir/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2022 12:14 PM | Show all posts
tunggu musim depan selangor boleh meletop kalau TCH dapat dana yang bersesuaian dengan taktikal pasukan yang dia nak bentuk

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.056551 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list