CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 332|Reply: 0

[Pulau Pinang] Nurul Izzah berdepan empat penjuru di Permatang Pauh

[Copy link]
Post time 5-11-2022 12:42 PM | Show all posts |Read mode
Nurul Izzah berdepan empat penjuru di Permatang Pauh

oleh   MOHD ISKANDAR OTHMAN  05 November 2022    12:05pm






Dari kiri: Nurul Izzah, Mohamad Nasir, Muhammad Fawwaz dan Mohd Zaidi akan bersaing pada PRU15 bagi kerusi Permatang Pauh.




PERMATANG PAUH - Kerusi Parlimen Permatang Pauh menyaksikan pertembungan empat penjuru pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Perkara itu diumumkan Pengurus Pilihan Raya Parlimen Permatang Pauh, Muzkhairil Muhamad selepas selesai proses penghataran borang pencalonan yang diadakan di Dewan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKBTN) Bukit Mertajam di sini, pada Sabtu.

Penyandang kerusi berkenaan, Nurul Izzah Anwar, 42, (Pakatan Harapan) akan berdepan dengan pesaingnya, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said,53 (BN), Muhammad Fawwaz Mat Jan,39 (Perikatan Nasional) dan Mohamad Nasir Othman, 64 (GTA- Pejuang).

Muzkhairil berkata, pihaknya berpuas hati dengan keseluruhan proses penamaan calon yang berakhir jam 10 pagi.

Beliau turut memaklumkan tiada borang penamaan ditolak selepas semua dokumen diterima daripada setiap calon yang hadir ke pusat berkenaan.

Nurul Izzah sebelum ini mengekalkan penguasaan PKR di Parlimen Permatang Pauh sejak 1998 apabila memenangi PRU14 dengan majoriti 15,668 undi.

Beliau memperolehi 35,534 undi mengalahkan calon BN Datuk Mohd Zaidi Mohd Said yang memperolehi 19,866 undi dan Afnan Hamimi Taib Azamudden dari Pas (14,428 undi).

Kerusi tersebut sebelum ini disandang sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim atau isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejak tahun 1982.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.053813 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list