CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 360|Reply: 0

TFC benam KL City di Cheras

[Copy link]
Post time 7-11-2022 11:56 AM | Show all posts |Read mode

Pemain KL City dan Terengganu Fc ketika aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Naib juara Liga Super, Terengganu FC (TFC) meraih bekalan tipis apabila menewaskan Kuala Lumpur (KL) City 1-0 dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Kemenangan itu sebenarnya sudah cukup manis buat anak buah Nafuzi Zain apabila mereka berdepan detik cemas terpaksa beraksi dengan kekurangan seorang pemain sepanjang lebih 30 minit.

Jaringan pembukaan TFC hadir pada minit ke-14 menerusi rembatan jarak dekat Kpah Sherman selepas berlaku situasi kelam kabut di dalam kotak penalti KL City.

Lima minit selepas itu, Kipre Tchetche melepaskan peluang keemasan untuk menggandakan jaringan buat TFC apabila rembatannya di dalam kotak penalti diselamatkan penjaga gol, Kevin Mendoza.


Malang menimpa skuad Penyu apabila mereka terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas penjaga gol, Suhaimi Husin dilayangkan kad merah kerana mengasari Romel Morales pada minit ke-62.

Keadaan itu turut menyaksikan Nafuzi terpaksa mengeluarkan Faiz Nasir bagi membawa masuk penjaga gol baharu, Shamirza Yusoff.

Kesempatan itu bagaimanapun gagal dimanfaatkan KL City untuk mencari bekalan sebelum aksi timbal balik, Sabtu ini apabila kebuntuan jaringan anak buah Bojan Hodak berlanjutan hingga wisel penamat.
https://www.bharian.com.my/sukan ... m-kl-city-di-cheras
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.087719 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list