CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 286522|Reply: 2499

ANAK CIKGU ZUL ( Rating U)

     Close [Copy link]
Post time 20-10-2010 12:58 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by sang_arjuna at 4-11-2010 16:27

Assalamualaikum semua warga WR yg budiman dah juga SR
terimalah cerita baru smiley yg tajuk pun tak berapa " komersial"
spt biasa cerita ni akan lambat di sambung tp harap semua sudi lah baca dan beri komen

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-10-2010 12:59 PM | Show all posts
Dahlia mengeluh bila melihat nama yang terpapar di skrin handphone. Dia membiarkan saja lagu “ Nobody But You” di alunkan. Masaklah aku! Cucur bawang di suap ke mulut. Dia mengunyah dengan selamba tanpa mempedulikan jelingan keruh kedua housematenya.

“ Dahlia, jawablah! Bising tau. Aku tengah konsentret Jangan Lupa Lirik ni. Kalau tak nak jawab, off kan saja.hanphone tu”  Elisya melaung dari sofa depan TV.  Elisya memang hantu TV. Rancangan ulangan yang entah ke berapa kali pun boleh jadi habuan mata.

Dahlia menimbang sama ada untuk menjawab. Keputusan yang sepatutnya di buat masih 50-50.  Kalau aku setuju, Babah mesti gembira tapi aku takut aku yang menyesal nanti.

“ Jawablah, makcik oi!” jerit Azwa di depannya dengan mulut penuh cucur. Dahlia terpaksa mengalah.

“ Assalamualaikum. What’s up, Bah?” Macamlah aku tak tahu kenapa Babah menelefon. Haji Zulkifli tak pernah putus asa. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Bapa dengan anak sama degil.

“ Eh, takkan tak boleh telefon anak Babah sendiri? Sibuk sangat ke kamu tu sampai tak nak cakap dengan Babah?”

“ Memang busy, Babah. Kerja kat ofis berlambak lambak. Sampai kena bawa balik rumah. Kalau kat ofis, tak sempat nak keluar makan pun masa lunch hour. Lia tengah buat kerja lah sekarang ni. Sampai tak dengar bunyi telefon” Matanya menjeling pada  Azwa yang hampir menyemburkan isi mulut.

“ Ha! Padan muka. Siapa suruh kamu seksa diri? Kalau kamu balik kampung senang lenang hidup kamu. Lia dah fikirkan pasal apa yang Babah cakap hari tu? Masa dah suntuk ni. Azlin dah nak bersalin bulan depan. Lepas pantang dia nak ikut laki dia pindah ke Johor.”

Dahlia menarik nafas. Dia diam sejenak. “Lia tak nak baliklah Bah. Cari lah pekerja lain ganti Kak Lin.”

“ Okay, kalau macam tu Babah terima pinangan Farid Buncit.”  

“ BABAHHH! Tak nak aaa….” Dahlia separa menjerit. Gila bapak aku ni. Ada ka ugut anak sendiri macam tu.

“ Farid Buncit dah tak buncit. Dia dah handsome dan macho sekarang. Sesuai sangat dengan Lia. Macam pinang di belah dua.” Haji Zulkifli mengusik.

“ BABAHHH! Tak aci lah macam ni.”

“ Tak aci apa pula? Lia anak perempuan Babah jadi Lia hakmilik Babah sampai Lia bersuami. Babah dah bagi pilihan. Kalau Lia tak nak balik kerja dengan Babah, Lia kena kahwin dengan lelaki  pilihan Babah. Dan pilihan Babah ialah Farid Buncit.” Lelaki itu tergelak kecil. Seronok mengenakan anak daranya. Sebab itulah dia sangat rindukan Lia. Taklah sunyi kalau Lia ada dengannya.

“ Babah, Lia suka kerja di sini. Biar susah, biar penat tapi Lia tak kisah sebab Lia enjoy. Boring tau balik kampung jaga kedai buku tu. Mati kutu Lia di sana. Babah cari lah pekerja lain. Takkan dah pupus semua manusia di Kuala Kangsar? Atau pun Babah jual saja kedai buku tu. Senang cerita. Duit tu kita boleh guna pergi holiday atau  beli rumah baru.”

“ Lia, kedai buku tu pusaka dari datuk kamu. Babah, Mak Long dan Usu kamu lahir di rumah kedai tu. Selagi Babah hidup Babah tak akan jual. Babah tak boleh harapkan orang lain jaga kedai itu. Susah nak cari pekerja yang amanah. Kalau  ada pun , tak pandai berbahasa Inggeris. Ramai pelanggan kita pelancong yang tinggal di homestay kat sini. Lagipun berapa sangat gaji kamu sekarang? Babah rasa kamu duduk di KL tu gaji kamu setiap bulan habis untuk sewa, makan minum dan bayar duit kereta. Kalau Lia balik sini , tak payah bayar sewa, makan Babah tanggung. Babah bagi gaji sama dengan gaji yang Lia dapat sekarang. You do the maths”

Aku yang tak begitu pandai matematik pun tahu yang tawaran bapa memang menarik. Itu kalau di hitung dari segi wang ringgit. Tapi di Kuala Kangsar tak ada KLCC, Sunway Pyramid atau Jalan Bukit Bintang. Juga tak ada Starbucks, Coffee Bean dan yang sewaktu dengannya. Tak ada Elisya dan Azwa, BFFs aku. Aku membesar di Kay Ell, zaman remaja aku di habiskan di tengah kota cosmopolitan. Cuma bila bapa bersara mereka pulang ke Kuala Kangsar . Tapi betul kata Babah, poketnya kering setiap hujung bulan. Nafsu mudanya  pantang tengok tanda SALE, SPECIAL OFFER dan DISCOUNT.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2010 01:00 PM | Show all posts
“ So, camane?” desak Hj Zul

“ Bah, Lia kena keluar sekarang. Nanti Lia fikir” Dahlia mengelak lagi. Tapi sampai bila.

“ Hmm.. Malam nanti Babah mesti jumpa  bapak Farid di surau. Dia dan mak Farid dah tak sabar…”

“ Okay! Okay!... Give me 3 days” Pantas Dahlia memotong bila terbayang Farid Buncit bermain bola dengan tidak berbaju masa dia balik kampung semasa cuti semester. Kalau pakai bra mesti saiz lagi besar dari aku… eee. Cepat dia beristighfar.

“ Bapa kau masih lagi suruh balik kampung?” Jangan Lupa Lirik sudah tamat di ganti dengan klip video bekas pelajar AF yang sudah berpuluh kali di siarkan. Elisya penonton TV yang tegar pun tak sanggup nak tengok  lalu berpindah ke meja makan.

Dahlia mengangguk dengan muram. Suapannya makin perlahan walaupun cucur bawang buatan Azwa antara makanan kegemarannya untuk minum petang. Mereka bertiga memang pandai masak dan masing masing ada kepakaran sendiri. Kemahiran Azwa segala cekodok, jemput jemput dan karipap, Dahlia pula kek dan masakan barat. Elisya hebat memasak lauk pauk. Nasib baiklah kadar metabolisma mereka tinggi dan kesuntukan masa tidak membenarkan mereka menunjukkan bakat masing masing terlalu kerap. Kalau tak masing masing dah bersaiz XXL.

“ Sya, Wawa, kalau korang jadi aku, apa korang buat? Kau rasa aku patut berhenti kerja dan balik kampung?” Elisa mengerutkan muka. Azwa menopang dagu sambil merenung Dahlia.

“ Memang susah kalau aku jadi kau.  Aku tak nak kau balik sebab nanti kami hilang seorang anggota gang tukang masak. Kau tahu lah kita susah nak cari housemate yang sekepala macam kau. Kalau dapat yang kaki makan tapi malas masak memang kena bom lah. Tapi kasihan pula bapa kau seorang diri di kampung. Mak kau dah tak ada. Aku rasa dia suruh kau balik bukan sebab tak boleh cari orang untuk kerja di kedai buku tapi dia sunyi.”

“ Kalau aku balik KK nampak gayanya aku terperuk lah kat kedai buku tu sampai tua. Karier aku tak ke mana, tak dapat naik pangkat, tak ada challenge. Hari hari kerja aku bersihkan kedai, susun buku, lap rak buku. Pelanggan bukannya ramai pun. Bosan!” getus Dahlia. Ampun Babah, kalau di beri pilihan lain selain Farid Buncit aku rela kahwin dari jadi pengurus Toko Buku Nilam.

“ Aku ada idea. Apa kata kau cari isteri untuk bapak kau. Babah kau tak lah rasa sunyi. Mak tiri kau boleh jaga kedai buku tu sambil jaga bapa kau” Elisya tersengih.

“ Yes. Good idea” sokong Azwa

“ Memang ramai yang nakkan bapa aku. Janda lah, andartu lah. Yang kurus, yang gemuk, yang tua , yang muda.. Dulu aku dengan Danial  tak nak mak tiri tapi sekarang bila kami dah besar, kami redha saja kalau bapa kawin baru. Senang kalau ada orang jaga makan minum dia. Tapi bapa aku yang jual mahal. Lagipun dia kata dia tak boleh lupakan arwah mak. Mak aku tak ada tolok bandingannya di mata Babah ” Ibunya meninggal 4 tahun lalu akibat radang paru paru. Hajjah Faridah bekas guru sekolah seperti juga suaminya. Wanita lemah lembut itu terkenal dengan sifat penyayang dan pemurah. Rumah mereka sentiasa di kunjungi murid yang tidak berkemampuan untuk kelas tambahan percuma. Selain itu, ibu pandai memasak, menjahit dan menggubah bunga. Nasib baiklah juga aku mewarisi sikit genetik ibu iaitu dalam bidang memasak. Tapi menjahit dan menggubah bunga.. minta ampunlah.

“ Kau fikirlah betul betul Lia. Kalau kau balik pun tak semestinya kau kerja di sana selama lamanya. Baliklah dulu sekejap. Tengok macam mana keadaan di sana.” nasihat Elisya.

“ Macam nak halau aku je. Kau nak pulun Idham sorang ya”  
Elisya mencubit lengan Dahlia. Idham jiran depan rumah yang ada iras pelakun Shah Jaszle dan menjadi stok berangan mereka bertiga walaupun lelaki itu sudah bertunang. Berangan bukan kena bayar pun.

“ Mulut tu jaga sikit!” Dahlia ketawa mengekek.

“ Ceh! Selisih malaikat! Belum sempat aku balik kampung tunang dia dah tonyoh muka aku dengan cili boh”

“ Okay, serius sikit. Macam  ni lah. Apa kata kau buat solat istikharah. Insyaallah kau akan dapat petunjuk.”  Cadang Ellisya

“ Eh  Sya…bukan itu untuk orang yang tak tahu nak pilih mana satu calon suami kah?” sampuk Azwa.

“ Eleh… tahulah kau tu banyak peminat dan calon suami. Asyik fikir pasal kahwin saja. Gatal! Bukanlah. Solat istikharah untuk bila bila masa saja kita susah nak buat keputusan. Kenapa aku tak terfikir? Okay, aku buat malam ni.” Mudah mudahan aku dapat petunjuk. Dan aku akan terima dengan hati terbuka walau apa pun yang di tetapkan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 01:04 PM | Show all posts
smbg lg...bc intro pun dah tau best....
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 01:05 PM | Show all posts
YEAY !!!


TQ ARJUNA.......NANTI MALAMMMMMM MALAMMMMMMMMMM BACA
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 01:08 PM | Show all posts
cam best ngan kelako je citer nie...
kalu free letak n3 lagi erkkk...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-10-2010 01:09 PM | Show all posts
Dahlia tekun mengemaskini carta organisasi Perkasa Holdings memandangkan ada beberapa pertukaran di kalangan senior management. Ada dua pengurus besar yang baru di lantik oleh Datuk Azmi. Nama dan profil mereka harus di semak dengan teliti kerana carta organisasi ini akan di muat naik ke laman web syarikat. Pasti ada yang melenting kalau aku salah eja nama atau tertambah umur.

“ Dahlia! Kau tak dengar kah akak panggil?” suara nyaring secretary Datuk Azmi berdesing di telinga. Hampir terpelanting pen di tangan Dahlia.

“Oh mak engkau! Aduh, nak terlucut jantung. Kak Mas ni… Sorry, terlampau kusyuk sangat. Kenapa Kak Mas?! “ Dahlia mengurut dada

“ Datuk nak jumpa. Cepat sikit”

“ Ha? Apa hal dia nak jumpa saya?” Muka Dahlia berkerut

“ Ala.. hal biasalah. Buat buat tak tahu pula. Datuk nak tengok staff dia yang cun melecun ni lah” usik Maslina yang sudah hampir 10 tahun menjadi setiausaha Datuk Azmi. Walaupun di depan Datuk dan pengarah syarikat dia penuh tertib dan berprotokol tapi  dia seorang yang lucu dan suka bergurau. Telatahnya di senangi ramai.

“ Hissy, Kak Mas!  Kalau orang report kat Datin , mati saya kena ganyang. Datuk nak suruh saya buat kek kah? Kenapa kali ini saya kena jumpa dia? Selalunya Kak Mas yang bagi pesanan”

“ Mungkin ini kek special. Dia nak kamu lompat keluar nanti dari kek tu kot. Hoi… cepatlah. Nanti Datuk ingat Kak Mas pergi konar beli goreng pisang pula”

Dahlia merapikan baju kurung  yang sedikit kedut. Kenapa pula Datuk nak jumpa aku? Kalau setakat nak order kek selalunya Kak Maslina yang tempahkan bagi pihak keluarganya. Kalau pasal kerja, tak kan pula panggil aku yang cuma pegawai biasa di jabatan ini. Apa apa hal penting selalu di salurkan pada Ketua Bahagian. Aku dah buat kesilapan besar kah? Hatinya mula berdegup seiring dengan langkah yang di hayun. Beberapa orang staf di situ sudah mula bersoseh soseh. Macam macam spekulasi yang  timbul.

Pejabat lembaga pengarah Perkasa Holdings tidak jauh dari Jabatan Modal Insan tapi di pisahkan oleh pintu kaca. Hanya mereka yang ada access card khas saja boleh menerobos ruang pihak atasan. Banyak rahsia syarikat tersimpan di sebalik pintu kaca itu.

Pintu pejabat yang di hiasi plet Pengarah Urusan di tolak oleh Maslina. Datuk Azmi yang kusyuk menaip  di laptop mengangguk bila Maslina memberitahu tentang kehadiran Dahlia. Spontan dia mengorak senyum lebar. Lesung pipit yang dalam di pipi kanan membuat dia kelihatan muda dari umur sebenar. Lesung pipit cari makan, beb.

“ Selamat pagi Datuk” Dahlia tercegat di depan meja Datuk Azmi. Matanya tertancap pada potret besar di belakang Datuk.  Keluarga ahli korporat yang berjaya dan bahagia. Datuk segak berbaju kot dan Datin dengan kebaya merah. Sama lawa, sama padan. Dua orang anak lelaki mereka yang masih bersekolah juga berpakaian seperti Datuk.

“ Please sit, Dahlia. You nak some coffee or tea?” Datuk Azmi merenung gadis yang sedang berdiri tegak macam askar. Minah ni memang taste aku tapi aku tak berani nak mengorat staff sendiri. Buruk padahnya. Bak kata slogan orang putih yang pernah di baca “ Don’t shit where you eat”.  Silap langkah, tak pasal pasal aku kena saman sebab sexual harassment. Pengalaman memebolehkan dia menafsir yang Dahlia ni  jenis gadis yang baik , bukan kategori ligat dan open minded macam sesetengah gadis kota.

Dahlia terkedu. Apa hal Datuk ni baik sangat dengan aku? Ada orang wasiatkan saham syarikat pada aku dan aku sekarang jadi boss dia kah? Otaknya mula memikir yang bukan bukan.

“ No, thank you, Datuk.”

“ Sure? Okay, kalau macam tu you can go , Mas. Close the door, please”  Maslina mengangguk seraya mngundur diri.

Bilik berhawa dingin itu di rasakan semakin sejuk bila tinggal berdua dengan Datuk Azmi. Datuk ni pula tak putus putus pandang aku dengan senyum simpulnya, naik rimas aku. Tahulah Datuk memang handsome. Ramai yang sanggup bermadu dengan Datin. Tapi bukan aku. Walaupun salasilah aku ada keturunan lanun, tapi aku pantang jadi perampas. Baik harta karun mahupun suami orang.

“ Ada apa Datuk nak jumpa saya?” Dahlia memula bicara. Aku dah letak jawatan tapi kerja masih berlonggok kat meja. Takkan nak buang masa duduk sini berbalas senyum dengan Datuk.

Datuk Azmi membuka fail di depannya. Fail peribadi aku tu. Dahlia jadi kelu.

“ Ada dua perkara sebenarnya. Yang pertama, my mother nak tempah kek untuk parti hari Sabtu ini. Dia berkenan sangat dengan cupcakes you yang comel macam tuannya. Nanti you call dia, pasal tempahan ya, Miss Cupcake” Usikan Datuk Azmi di sambut dengan anggukan. Sejak kali pertama keluarga Datuk merasa cupcake buatannya, mereka menjadi pelanggan setia.

“ Hal yang lagi penting, saya dapat tahu Dahlia dah hantar surat perletakkan jawatan. Kenapa Dahlia nak berhenti? Ada tawaran dari company lainkah? Bagi tahu saya berapa gaji dan benefits di tempat baru, saya akan counter offer”

Counter offer? Tak sangka diri ku begitu berharga. Ecececeh.

“ Tak, saya bukan nak berhenti sebab dapat kerja lain.”

“ Habis tu, tak puas hati dengan kerja di sini? Atau ada problem dengan ketua jabatan?” potong Datuk Azmi

“Bukan Datuk. Saya tak ada masaalah dengan sesiapa. Sebenarnya saya suka kerja di sini tapi saya terpaksa balik kampung untuk uruskan perniagaan keluarga.” Uruskan perniagaan keluarga, konon. Tapi bunyinya lebih sedap dari jaga kedai buku yang tak berapa laku.

“ So, awak tak nak pertimbangkan? Awak ada masa depan yang cerah dengan Perkasa Holdings. Betul awak nak berhenti?”

Dahlia menarik nafas. Ada rasa terkilan namun dia terpaksa tetapkan hati. Permintaan Babah lagi penting.

“ Betul, Datuk. Buat masa ini saya tetap dengan keputusan saya. Susah nak cari pekerja untuk business keluarga saya tu. Lagipun tak ada sesiapa di kampung untuk menjaga bapa saya. Kakak dengan adik saya di luar negara.”

Datuk Azmi meneliti maklumat peribadi Dahlia.  Keningnya terangkat.“ Tak sangka kita  sekampung”

“ Ya kah? Saya ingat Datuk orang Melaka”

Datuk Azmi ketawa melihat wajah Dahlia yang di landa kekeliruan. Comel! Hatinya berdetik. Too bad dia terlampau muda. Tapi Datuk Siti dengan Datuk K pun lebih kurang saja perbezaan umur.

“ KK kampung kedua saya. I belajar di Malay College dulu. Lima tahun di sana, dah kira macam kampung jugalah. Sekarang pun saya masih balik ke sana kalau ada old boy’s functions. Kalau saya ke sana nanti bolehlah kita jumpa” Datuk Azmi melonggarkan tali lehernya. Renungannya penuh makna. Di sana tiada  spy Elly dan Mak. Dia tahu di mana Dahlia tinggal. Lagipun KK bukan besar sangat. Mesti ada peluang untuk “ terserempak” dengan Dahlia.

Wajah Dahlia berubah. Ketidakselesaan mula melanda. Tak sangka dengan aku pun Datuk Azmi sanggup nak masuk jarum. Betul lah desas desus yang mengatakan Datuk Azmi boleh tahan gelenyor kalau di luar. Kesian Datin dan anak anak.

“ Datuk, kalau tak ada apa apa lagi, saya nak balik ke tempat saya. Ada banyak lagi kerja yang saya kena siapkan. Lagipun saya kena ajar trainee yang akan ambil alih kerja saya.” Dahlia menolak kerusinya ke belakang.

“ Tunggulah dulu. You kan dah nak resign. Dah setahun lebih Dahlia kerja di sini tapi saya tak ada peluang nak berbual dengan awak. Saya nak juga dengar feedback dari staff mengenai pengurusan syarikat ini. I nak jadi lebih prihatin dengan masaalah staff I”

“ Kalau macam tu, saya cadang Datuk buat sesi dialog dengan staf. Bukan dengan ketua jabatan saja tapi semua staf pelbagai peringkat.” Datuk Azmi menepuk meja dan mengangguk berulang kali.

“ Bagus cadangan awak Dahlia. You are a very smart girl. I am going to miss you.  I mean, I rasa sedih sebab akan kehilangan you…  er..staff yang bagus macam you. Kalau you dah bosan kerja di kampung nanti, bagi tahu saya. Saya boleh carikan kerja yang sesuai untuk awak. Kalau nak balik ke Perkasa pun boleh. I terima you dengan tangan terbuka” Faham faham sajalah maksud ayat yang tersirat.

Dahlia makin tak keruan.  Tapi mungkin ini memang cara Datuk Azmi bercakap dengan semua pekerja, Cuma aku yang perasan lebih. Aku kena bersikap professional walaupun rasa macam nak cucuk mata dia dengan kasut stiletto aku. Manalah tahu satu hari nanti aku terpaksa bekerja dengan dia lagi. Dunia ini kecil sebenarnya.

“ Terimakasih Datuk. Saya pergi dulu” Sepantas kilat dia pergi meninggalkan bilik itu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 01:09 PM | Show all posts
Yessssss smiley dah buka rumah baru

heroin dahlia...hero farid bunyit ke?
kali ni kisah anak perempuan rapat dgn ayahnya....
background kuala kangsar ...uwaaah teruja ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-10-2010 01:11 PM | Show all posts
uikkkss... takutlah bila expectation pembaca tinggi sgt ni
smiley baru mula
takde plot lagi pun... kena go with the flow
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2010 01:12 PM | Show all posts
Reply 8# qimi08
aku pernah duk kat KK masa tahun 60an dulu

mmg best tp tiap tahun banjir

dah berzaman tak balik sana
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 01:17 PM | Show all posts
intro dah memikat...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 01:18 PM | Show all posts
aku pernah duk kat KK masa tahun 60an dulu

biar betullll....skrg umur bape...
susunan ayat cam org muda jer....
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 01:18 PM | Show all posts
Reply  qimi08
aku pernah duk kat KK masa tahun 60an dulu

mmg best tp tiap tahun banjir

dah ...
sang_arjuna Post at 20-10-2010 13:12


tahun 70an rajin berulang dari taiping ke kk..lenggong
arwah makcik ada disitu...
makan laksa singgah kat sayong mandi sungai perak
setiap kali hari raya ada pesta panjut menghias pelita malam 27.....
rindu nak kembali ke zaman itu he he he he
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 01:20 PM | Show all posts
aku pernah duk kat KK masa tahun 60an dulu

biar betullll....skrg umur bape...
susunan ayat cam o ...
liyanur Post at 20-10-2010 13:18


Smiley hati sentiasa muda tu........
sbb tu npk muda....
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 01:21 PM | Show all posts
aku pernah duk kat KK masa tahun 60an dulu

biar betullll....skrg umur bape...
susunan ayat cam o ...
liyanur Post at 20-10-2010 13:18



    ye la..fazss pun perasaan.. brp??
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 01:22 PM | Show all posts
Yeahhh....ada cite baru dari arjuna.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2010 01:22 PM | Show all posts
Smiley hati sentiasa muda tu........
sbb tu npk muda....
qimi08 Post at 20-10-2010 13:20



    ermmm..ye la... klu era tu sama ngan parent fazss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2010 01:23 PM | Show all posts
Tepat pukul 2 petang, Dahlia menekan loceng di tepi pagar rumah agam tiga tingkat di Pesiaran Duta. Sebaik pintu pagar automatic terbuka, dia memandu Myvi hijau nya ke dalam. Pengawal Gurkha memberi tabik hormat, membuat Dahlia tersengih. Kuli macam aku pun kau tabik. Kotak berisi lima dozen cupcakes vanilla dengan icing pink di tatang dengan cermat.

Pintu utama dibuka. Dahlia terkedu sejenak. Tak sangka pula Datuk Azmi yang jaga pintu. Selalunya dia di sambut  oleh Puan Maya pembantu peribadi Puan Sri Sabihah, atau salah seorang dari pembantu rumah.

“ Dahlia! Panjang umur. I baru ingat pasal you tadi” Mata Datuk Azmi meliar memandang gadis berseluar jeans dan kemeja putih. Tak lama lagi keraplah aku ke Kuala Kangsar.

“ Apa khabar Datuk? Er.. saya bawa cupcakes yang di pesan oleh Puan Sri.” Dia menarik nafas lega bila ternampak Puan Maya. Seriau tengok Datuk Azmi pandang aku semacam. Tapi tak di nafikan Datuk Azmi nampak lebih kacak dari biasa dengan T shirt berkolar logo kuda besar dan seluar jeans. Tak nampak sikit pun macam bapa orang. Memang senang tergugat lah kalau iman tak berapa kuat.

“ Dahlia, you are right on time. You boleh bawa cake ke dapur.” Puan Maya memberi arahan.

“ Dahlia , I kena keluar sekarang but I’ll see you soon. Kalau bukan di sini, di KK nanti. Bye.” Datuk Azmi sempat berpamitan sebelum menghilang di sebalik pintu.

Dahlia terus ke dapur. Ini bukan kali pertama dia membuat kek untuk function keluarga Datuk Azmi. Puan Sri Sabihah amat suka cupcakes dan pie buatannya.  Berkat bakat yang ada, dapatlah juga dia menambah pendapatan secara kecil kecilan.

Pembantu rumah seramai dua orang sibuk menyiapkan pelbagai hidangan. Dari tingkap dapur dia dapat melihat meja bulat dan kerusi di keliling kolam renang. Selain riben warna pink yang diikat di setiap kerusi, jambangan bunga warna pink menghiasi setiap meja. Puluhan belon pink di apung dalam kolam renang. Pink… and more pink! Parti siapa ni? Setahunya Datuk Azmi tak ada anak perempuan.

“ Dahlia, naiklah ke atas. Puan Sri sedang menunggu.”

Yes! Dapat duit! Harap harap dia bagi duit extra sebab ini mungkin kali terakhir aku buat kek untuknya. Sebelum balik ke Kuala Kangsar aku nak beli sikit ole ole untuk Babah. Kalau ada duit lebih nak juga tambah koleksi baju aku. Di sana nanti tak banyak pilihan.

Walaupun sudah beberapa kali Dahlia memasuki rumah keluarga Datuk Azmi tapi dia tetap tertegun. Mewah dan indah bak istana! Dahlia memanjat tangga dengan susuran besi tempa menuju tingkat satu. Pintu ke ruang tamu peribadi yang juga ofis Puan Sri Sabihah terbuka luas. Dahlia melabuhkan duduk di salah satu wing chair . Tak sampai seminit Puan Sri Sabihah keluar dari bilik tidur yang bersambung dengan ruang itu. Bau minyak wangi memenuhi ruang bilik. Hampir loya Dahlia di buatnya. Sekali pakai habis setengah botol  agaknya. Dia menahan nafas ketika bersalaman dengan wanita itu.  Janganlah duduk sebelah aku, pinta nya.

Puan Sri Sabihah duduk bertentangan dengan Dahlia. Walaupun sudah berusia 65 tahun, tapi dia masih dengan gaya moderen. Baju kurung atau baju Kedah tak mainlah. Blaus sutera Thai warna merah jambu cair dan slacks hitam menjadi pilihan nya hari ini. Skaf bercorak terlilit di leher. Gincu bibir rona merah  tetap tak tinggal. Itu trademark Puan Sri Sabihah yang masih menjadi pemegang saham terbesar Perkasa Holdings. Menurut cerita staf yang senior, Puan Sri lah yang mengasaskan syarikat hartanah gergasi itu 30 tahun dulu dan bukannya  arwah Tan Sri Ahmad Suffian seperti sangkaan ramai. Hasil titik peluhnya membawa  Perkasa Group ke tahap sekarang. Dia bukan Iron Lady  tapi  Titanium Lady. Hingga sekarang dia masih memegang tampuk kuasa di syarikat mereka. Datuk Azmi pun tidak berani membantah keputusan ibunya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 01:24 PM | Show all posts
Reply 14# qimi08

jelesnya ai...ai jer yg slalu duk rasa tua.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2010 01:26 PM | Show all posts
“ Thanks for your help, Dahlia. Saya tahu awak sibuk dengan kerja pejabat tapi saya betul betul terdesak. Tiada siapa yang boleh tanding cupcakes awak. Tahun ni saya buat surprise birthday party untuk Elly di rumah. Bosanlah setiap tahun celebrate di hotel. Saya yang pilih tema pink. Everything in pink – flowers, balloons, decorations. Tetamu yang datang pun kena pakai pink. So sweet , kan”

Dahlia mengangguk seakan bersetuju seratus peratus walaupun dia terpaksa menahan tawa. Tak ada rona lain kah? Pink tak sesuai bagi Datin Elly atau nama sebenarnya Datin Elina Faizah yang sudah berusia 39 tahun. Tak dapat di bayangkan Mak Datin Mak Datin bergaya ala ala anak gadis sunti. Bukan girly tapi geli.

“ Your cupcakes yang saiz kecil ya?”

“ Ya Puan Sri. Seperti yang Puan Sri pesan, saya buat saiz kecil. Ada di dapur kalau Puan Sri nak tengok”

“ Kawan kawan Elly semua jaga badan. You know lah, sekarang ramai gadis muda mata duitan nak mengorat orang kaya dan berpangkat. Tak kisah sama ada suami orang atau pun tua macam bapa sendiri”

Dahlia tidak membalas komen Puan Sri Sabiha walaupun dia akui kebenarannya. Tapi Datuk Azmi pun boleh tahan ulat bulunya. Cuma dia tidak pernah berkelakuan tidak senonoh dengan pekerja sendiri, bimbang di hidu keluarga. Kalau Puan Sri mengajak aku ke sini dengan alasan nak suruh aku jadi “ spy” – sorry lah. Aku dah nak cabut balik kampung. Dahlia menyisip teh Earl Grey yang baru di hidangkan oleh salah seorang pembantu rumah.

Puan Sri Sabiha melepas pandang ke arah tingkap. Mata Dahlia mengikut arah tumpuannya. Rupanya potret keluarga yang megah menghiasi dinding menjadi sasaran mata Puan Sri Sabiha. Ini pertama kali Dahlia mengamati potret yang di ambil sewaktu perkahwinan Datuk Azmi dan Datin Elly. Puan Sri, arwah Tan Sri serta semua anggota keluarga mereka berdiri keliling pengantin atas pelamin. Entah berapa orang anak Puan Sri, dia pun tidak pasti.

Dahlia sedar yang Puan Sri sedang mengelamun jauh.  Apa yang mengganggu fikiran nya? Tiba tiba layan blues sebab rindukan arwah suami ke? Bila nak bayar duit aku ni? Aku nak balik cepat sebab dah janji nak keluar dengan Sya dan Wawa. Dehemannya menyentak wanita berumur itu.

“ A.aa.. maaf kan saya Dahlia. Saya terleka sekejap.” Mata Puan Sri Sabiha bertakung. Dahlia di ulit simpati.

“ Kenapa Puan Sri? Puan Sri nampak sedih. Ada apa apa masaalah kah?” Macamlah dia nak cerita masaalah dia kat aku. Lagipun bukannya aku boleh tolong. Masaalah orang kaya raya ni bukan sama dengan masaalah orang marhaen macam aku.

“ Saya rindu… rindu sangat” Suara Puan Sri tersekat. Jarinya mengelap bucu mata.

Oh.. gitu. Dalam hal ini semua manusia sama saja, tak kira miskin kaya.
“ Saya faham Puan Sri. Sejak arwah mak saya meninggal, bapa saya pun selalu termenung, terkenangkan arwah. Puan Sri bersabarlah ya.”

“ Semuanya silap saya. Saya yang bersalah” Puan Sri berbisik

HA? Dia bunuh Tan Sri kah? Entah entah Tan Sri ada isteri lain dan Puan Sri mengamuk lalu membunuhnya. Crime of passion.  Dahlia mula memikirkan scenario yang bukan bukan. Yang pasti dia tak senang duduk di ketika itu. Hidungnya di tenyeh – reaksi semulajadi bila dia tak selesa.  Puan Sri nampak kurang stabil. Baik aku cabut.

“ Maaf ya, saya kena balik awal. Ada hal penting di rumah. Lagipun kejap lagi tetamu nak sampai. Mesti Puan Sri nak sambut mereka. Kalau Puan Sri sedih, tak meriah lah party Datin  Elly.” Dahlia menepuk tangan Puan Sri Sabiha perlahan.

Muka Puan Sri berubah serta merta. Hilang semua mood jiwang tangkap leleh tadi. Seolah Dahlia menekan remote control TV untuk tukar cenel. Dahlia terlopong seketika. Hebat! Patutlah Puan Sri seorang tokoh perniagaan yang berjaya. Emosinya boleh di kawal seperti menutup paip air.

“ Oh ya, berapa kos cupcakes tadi?” Puan Sri terus senyum sambil membuka wallet kulit ostrich.

“ Macam biasa. Saiz kecil RM15 sedozen jadi RM75 semuanya.” Tiga keping not RM50 bertukar tangan.

“ Kenapa banyak sangat ni?”

“ Tak apa. Keep the change. Saya dengar Dahlia dah berhenti dari Perkasa untuk balik kampung. Our family will miss your cakes. Susah nak cari kek yang sedap macam Dahlia buat. Secret Recipe pun kalah.”

Woohoo.. kembang aku. “ Terimakasih Puan Sri, Saya minta diri dulu. Kalau sudi jemputlah ke Kuala Kangsar. Bagi tahulah kalau nak datang. Boleh saya buat cupcakes.” Ajak ajak ayam saja, mustahil dia nak datang ke Kuala, kecuali lah kalau di jemput Sultan Perak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.076541 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list