CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL ( Rating U)

     Close [Copy link]
Post time 21-10-2010 11:46 AM | Show all posts
bulan ni bulan citer smiley buat saya. tgh cari citer2 smiley yg lain. yg buat saya minat citer smiley :

1.    nama hero/heroin biasa2 je. kalau penulis lain mcm2 nama, modenlah konon.
2.    bahasa mudah tp menarik
3.    lawak boleh buat modal nak kenakan org
4.    watak2 dlm citer rasa dekt dgn kita, mcm real je...

dan byk lainlah, tak tertulis.  tahniah smiley

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2010 11:53 AM | Show all posts
bulan ni bulan citer smiley buat saya. tgh cari citer2 smiley yg lain. yg buat saya minat citer smil ...
wawin Post at 21-10-2010 11:46


kalo aku ni cikgu, aku bagi wawin 100 markah..kalo suruh tulis apa yg menarik pasal cite cite smiley...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 11:57 AM | Show all posts
kalo aku ni cikgu, aku bagi wawin 100 markah..kalo suruh tulis apa yg menarik pasal cite cite sm ...
kaypo Post at 21-10-2010 11:53


Yah haku pun sokong detail betul dia tulis
minta dia buat review lah semua cerita2 smiley
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 12:10 PM | Show all posts
smiley dah baca habis...
tak sabar nak tau sape hero citer nih..
ade sesape yg nak sambar hero kal ...
Kia_picanto Post at 21-10-2010 01:08


aku leh tak...hehehhe......nak jugak tu interprame....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 12:15 PM | Show all posts
salam semua...
sambil baca..sambil komen..
bagilah komen or review bagus2 dan bernas lagi ..
byk tacang dlm tabung ni...
nak diagih2kan sebaik mungkin...
sbb ada org komplin aku ni kudukut.... (mmg pun aku kedekut...sbb review kureng memberansangkan)
hahahahahaha........
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 12:18 PM | Show all posts
salam semua...
sambil baca..sambil komen..
bagilah komen or review bagus2 dan bernas lagi ..
byk  ...
Jaza2008 Post at 21-10-2010 12:15



Jaza...kalo part komen mengkomen...ko kan sifunya...mana leh lawan toke...gerenti aku fail punya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2010 02:40 PM | Show all posts
Jaza...kalo part komen mengkomen...ko kan sifunya...mana leh lawan toke...gerenti aku fail pun ...
kaypo Post at 21-10-2010 12:18



    kalau aku mengomen bagai pjgn berjela... tu mcm aku gila tacang lak..
tacang nak bagi org kedukut tapi tacang mek jingg nak pulak....


apakata kita bagi jela kat org lain lak wat review berjela dan tgk sapa yg bagus akan dpt tacang
bonus dari balang jaza...hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 04:25 PM | Show all posts
citer ni bagus, simple n mudah nk paham........
dr semalam aku tunggu sambungannya..mananye ni.........x sabar nk tau........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2010 04:44 PM | Show all posts
Reply 20# sang_arjuna

Timekasih Sang Arjuna... baru baca ms 1- ada cite baru... Tapi, tiap2 N3 ni mesti I ketawa sebab almaklum trademark cite Arjuna mestilah komedi selamba... TAHNIAH...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 04:47 PM | Show all posts
setia menanti n3...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 04:47 PM | Show all posts
Reply  fazss

makcik smiley dah tua la
dah nak masuk 50 sbb tu kurang celik IT - nak buka blog sendiri pun tak pandai
tp berangan muda.... wakakakkakaka
sang_arjuna Post at 20-10-2010 13:30



Kalu betullah apa yg U bgtau ni, betullah andaian/ hipotesis (hypothesis) I yg kematangan tulisan seseorg tu bergantung juga kpd usia depa ya... Apapun... yg penting usia yg ada dipergunakan utk kebaikan...
TAHNIAH Arjuna !!! Karya2 U setakat ni memang UMMPPPHH.... Gaya bahasa memang memikat...Tu yg 'mahal' tuu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2010 06:27 PM | Show all posts
Reply 100# marcell

thks marcell
my BM vocabulary tak fantastic macam other writers so I guna words yg mudah faham
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2010 06:29 PM | Show all posts
Reply 101# wawin
tq wawin
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 06:29 PM | Show all posts
Reply  marcell

thks marcell
my BM vocabulary tak fantastic macam other writers so I guna words yg mudah faham
sang_arjuna Post at 21-10-2010 11:27


my bm vocab pun not that fantastic either ... that's y i said your story easy to understand
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2010 06:30 PM | Show all posts
Reply 96# Kia_picanto
ya... ada kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2010 06:32 PM | Show all posts
Reply 111# sukahatiku
terimakasih... tak tahu lah matang ke tidak cerita ni
tp harap semua enjoy baca lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-10-2010 06:48 PM | Show all posts
“ Buat apa tu Lia?” Hj Zul menjenguk di pintu dapur sekembali dari mesyuarat di surau. Dahlia sibuk menguli adunan tepung.

“ Lia nak buat mini chicken pie. Macam Mak selalu buat dulu”

“ Dah lewat ni. Sempat ke?”  Pelik rasa Hj Zul melihat anaknya bertungkus lumus lewat malam.

“ Untuk besok la Bah. Malam ni buat pastry, simpan dalam peti ais. Besok pagi baru buat inti dan bakar.” Dia menyapu sisa tepung dari pipi dengan lengan.

“ Banyak Lia buat tu. Siapa nak makan?”

“ Jangan risau Bah. Lia janji nak bawa untuk Kak Lin. Dia teringin nak makan pie dari mula mengandung sampai lah sekarang. Nanti meleleh pula airliur baby dia. Usu pun nak juga. Dia rindu nak makan pie resipi arwah Mak”

Hj Zul menarik kerusi di sebelah anaknya. Hatinya tersentuh. Perangai Dahlia sebiji macam arwah Hajjah Faridah yang pemurah.

“ Yang baki nanti Babah bawa lah ke surau.” Cadang Dahlia. Adunan ini nanti dapat hasilkan 30 biji pie. Banyak juga tu. Tapi tak berbaloi lah bertungkus lumus kalau setakat nak buat seciput saja. Penat menguli sama juga.

“ Bagus juga tu. Boleh bagi kat Uncle Leman. Hasil tangan bakal menantu dia”

“ BABAHHH! Berapa kali Lia dah cakap, Lia tak suka lah si Farid tu” Semakin giat tangan Dahlia menguli. Aku tengok macam perut Farid pula ketul tepung ni. Nah! Ambil kau! PAPPP! PAPPP!Di tepuk adunan dengan kuat berkali kali.

“ Mana Lia tahu tak suka kalau belum jumpa? Why don’t you give him a chance? Jumpa lah sekali dua , berkenalan dulu.” Dahlia memincing mata.

“ Babah , Lia dah kenal Farid sejak kecil. Tiap tahun kita balik cuti sekolah dulu, Babah tak ingat? Kalau Mak masak kek kat rumah Opah, mesti dia yang sampai dulu. Macam ada radar kat perut dia. Pastu kalau main games, mesti dia je yang nak menang walaupun dia lari terkedek kedek macam pondan. Menyampah lah!” omel Dahlia. Sifat yang ini dia tak warisi dari arwah maknya, fikir Hj Zul. Mulut arwah sentiasa berkata yang baik baik saja. Jarang sekali dia mengata orang. Dahlia macam tertelan pedang Luke Skywalker, mulut asyik nak melaser orang.

“ Alaa… itu cerita zaman dulu. Dia anak tunggal, mestilah manja. Tapi sekarang dia dah besar, dah matang. Babah pun pernah jumpa dia. Elok je Babah tengok” Besar harapan Hj Zul agar calon suami Dahlia orang sekampung. Tidaklah dia rasa kesunyian bila musim Raya menjelma. Anak sulungnya Darina berkahwin dengan orang Sabah dan sekarang mengikut suaminya ke US membuat Phd. Kalau dapat cucu pun entah bila aku dapat tengok, keluhnya.

Dahlia melepas nafas panjang. “ Okay lah Bah. Lia dah penat nak gaduh dengan Babah. Dapat dosa kering saja. Let’s make a deal. Lia akan jumpa Farid sekali. Sekali saja tau.” Jari telunjuk di angkat depan muka Hj Zul yang sedang tersengih.

“ Macam itulah anak Babah. Lia suka adventure , kan? Anggaplah ini satu adventure. A date with Farid Bunc… oops! Tak buncit, tak buncit” Mulutnya di katup menahan tawa.

Dah agak dah. Babah ni mesti nak kenakan aku. Tapi aku akan kotakan janji aku. Lagipun bukannya aku ada ramai kenalan di sini. Walaupun Farid Buncit bukan taste aku tapi tak salah aku berkawan dengan dia. Nanti aku heret lah mana mana sepupu aku sekali. Dahlia membalut pastry dengan plastik Cling wrap dan memasukkannya dalam peti ais. Dua mug di ambil dari mug tree. Kopi O di bancuh untuk bapanya dan Milo untuk dirinya sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2010 06:49 PM | Show all posts
“ Macam mana kedai buku kita?” tanya Hj Zul sambil menghirup kopi yang masih berasap. Dahlia mencebik. Buku akaun Toko Buku Nilam sudah di teliti dengan Kak Lin. Babah pun tahu yang jualan makin merosot. Sejak seminggu dia berada di sini, Dahlia telah buat “market research” di sekitar bandar Kuala Kangsar. Nyata saingan mereka lebih hebat.

“ Stok buku cerita yang kita ada kurang  di minati lah Babah. Orang lagi suka pergi kedai buku dekat supermarket baru tu. Novel Melayu dan majalah lagi banyak di sana. Pustaka Dian pula ada photocopy machine, ada binder. Kita tak ada. Yang kita ada banyak buku rujukan dan buku latihan UPSR, PMR dan SPM. Jadi jualan kita tinggi cuma sebelum musim peperiksaan. “

“ Bukan Babah tak nak beli photocopy machine dan binder tapi mana nak cari modal? Kalau setakat nak tambah stok buku, no problem. Lia order lah apa apa yang sesuai dari pengedar. You know what the young readers want.”

“ Lagi satu masaalah. Kedai tu nampak sempit dan gelap. Orang yang masuk rasa tak selesa nak browse around. Lia sendiri pun rasa pening kalau duduk sehari suntuk di situ. Kalau order buku baru pun nak letak kat mana?”

“ Habis tu nak buat macam mana? Kedai tu memang kedai lama. Babah tak ada duit nak renovate” Hj Zul mengerut dahi. Duit pencennya cukup untuk tanggung makan minum mereka anak beranak tapi dia harus berjimat kalau ada apa apa emergency. Lebih lagi anak bungsunya Danial tengah belajar di Mesir. Sungguhpun ada biasiswa , manalah tahu kalau Danial tiba tiba nak duit lebih.

“ Lia ingat nak punggah semua buku yang dah lama. Kita derma saja kat perpustakaan sekolah atau rumah anak yatim. Boleh tak? Lia dah kira dah, kita rugi pun sikit saja sebab buku tu memang dah lama tak terjual. Kira macam stok pupus dah. Ruang itu kita boleh guna untuk buku baru, majalah dan alat tulis. Pastu kita tukar lighting dan cat semula. Make it look bright and cheery. Barulah boleh tarik pelanggan” Kata Dahlia dengan optimis.

“ Banyak benar idea kamu. Kalau lepas kita buat semua itu tapi jualan tak naik juga, macam mana nak pulang balik modal? Nanti nak bayar supplier pun susah. Babah tak nak berhutang dengan bank. Bukan senang pun orang macam kita nak dapat loan.” Haji Zul beralasan. Dia sedikit risau. Bukan dia menyangkal pendapat anaknya tapi dia takut kalau Dahlia berkecil hati jika cadangannya tidak di turuti. Susah pula kalau anak dara dia merajuk.

“ Ya lah, Bah. Lia faham. Bukannya nak buat semua dalam seminggu dua ini. Kita buat perlahan lahan lah. Lia clear out buku buku lama dulu”

Senyum lega menghias wajah Hj Zul. Dia menghabiskan kopi yang masih bersisa.

“ Babah dah mengantuk. Babah masuk bilik dulu, ya”

Dahlia menjeling ke jam dinding. Baru pukul 10.00. “ Awal Babah tidur malam ni. Tak nak tengok TV?”

Hj Zul menguap luas dan menenyeh mata. “ Entah kenapa Babah rasa letih sangat. Goodnight”

Dahlia mengemas dapur dan kemudian beransur ke ruang tamu. Channel TV di tukar hingga terjumpa ulangan Desperate Housewives. Sambil menonton dia menyelak suratkhabar. Bunyi cengkerik kedengaran di luar. Tiada kenderaan yang lalu lalang di ketika ini. Sunyi nya! Kalau di KL mesti dia , Sya dan Wawa tengah riuh bergebang. Uhukk … I miss them! Baik aku YM dengan derang. Boleh juga tahu gossip terkini.

Belum sempat dia ke bilik, handphonenya berdering. Nombor yang tak di kenali tertera di skrin.

“ Hello”

“ Hello Dahlia?” Suara lelaki yang tidak di kenali membalas.

“ Siapa ni?” tegas suaranya. Tak kuasa nak layan kalau aku tak kenal

“ Er..er.. Saya Farid. Your father baru bagi I your number. How are you?” Suara itu makin mesra

Pecah tembelang!Oh.. patutlah awal benar Babah masuk bilik. Dia nak jalankan misi dia rupanya.

“ Sihat. Ada apa call saya?” Suara Dahlia masih tegas. Kasi takut sama dia. Jangan kasi chance.

“ Just nak berbual. Tak boleh kah? Am I disturbing you?”

Yes, you are disturbing me BIG TIME. Namun dia teringat janji pada Babah. “ Actually, I dah nak tidur. Tapi tak apalah”

“ Sorry. I .. er.. nak ajak you keluar lunch hari Ahad ini. Are you free?”

Do I have a choice? Tapi lebih baik aku pergi dan tunaikan janji aku. Get it over with as soon as possible. Lepas hari Ahad aku dah tak payah tengok dia lagi.

“ Insyaallah.”

“ Okay, I jemput you pukul 12.” Kelegaan dapat di dengar dari suara Farid. Entah entah dia pun kena paksa macam aku. Uncle Leman dan Babah yang sibuk lebih, teka Dahlia.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 06:58 PM | Show all posts
smiley dh ada citer baru
bile agaknya hero nk keluar nie
smiley jgn sembunyikan hero tue lama2 sangat ekk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2010 07:02 PM | Show all posts
hero malu nak keluar
tengah touch up dulu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.083542 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list