CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL ( Rating U)

     Close [Copy link]
Post time 19-1-2011 02:31 PM | Show all posts
lakunan yang hebat CA.........rosyam nor dah bok dua2 ni dalam
program pilih kasih, hahahhaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2011 03:08 PM | Show all posts
sian dahlia, sampai nangis dibuatnya....
moga plan amir boleh mencairkan ego dahlia....
go amir go amir
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 04:42 PM | Show all posts
main tarik tali pulak dahlia dgn cikgu amir ni...
terus terang jelah kalau suka....
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 08:47 PM | Show all posts
wah...masing2 nk tunjuk bakal lakunan nampak..
sapala yg bakal menyandang anugerah pelakun terhebat..
kak juna ...nk lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2011 08:25 AM | Show all posts
morning...akak smiley...takde n3 lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2011 11:19 AM | Show all posts
mesti cikgu amir suruh mak nya meminag ni tak sabar nak tahu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2011 12:04 PM | Show all posts
smiley x dok n3 ko
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2011 04:05 PM | Show all posts
akak smiley...sambungla lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2011 09:26 PM | Show all posts
smiley,

nanti mintak dengan dahlia
resepi pai ayam eh
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2011 12:43 PM | Show all posts
x sbr nk bc sambungan ni.....
kesian cik pai ayam cikgu amir dh tingglkn dia sorang2
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2011 02:04 PM | Show all posts
bila nak ada n3 lagi......
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2011 02:27 PM | Show all posts
ku tunggu dan menunggu
n3 dari mu smiley....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2011 02:32 PM | Show all posts
apa perkembangan LIA ngan AMIR nie...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2011 04:17 PM | Show all posts
apa akan jadi ya...
takl sabar nak tahu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2011 05:51 PM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 21-1-2011 17:59

Salam... selamat petang
sambung sedikit
.................................................................................
Dahlia menghembus nafas lega sebaik ternampak papan tanda Selamat Datang ke Kuala Kangsar Bandar di Raja. Tubuhnya keletihan setelah hampir 4 jam memandu. Tekaknya terasa sakit dan sendinya lenguh. Kepala pula mula berdenyut. Janganlah aku kena  demam panas pula.  Sepatutnya percutian di PD dapat menyegarkan tubuh dan minda tapi aku makin layu. Sampai hati Cikgu Amir tinggalkan aku begini. Kalau lah aku di beri peluang kedua, aku tak akan sia sia kan. Tapi mana mungkin, Cikgu Amir yang aku kenali sudah tiada. Sekarang dia adalah Encik Amir atau Tuan Amir, anak peneraju Perkasa Holdings. Dunia nya kini berbeza. Tuan Amir akan bergesel bahu dengan tokoh tokoh korporat, menandatangani kontrak berbillion ringgit, menghadiri majlis rasmi di hotel 5 bintang, tinggal di rumah agam sebesar istana. Dah tak boleh gang dengan aku.

Semakin dekat dengan rumah badannya makin letih. Nak tekan minyak pun rasa seksa. Dah dua kali dia kena hon dengan kereta di belakang sebab memandu tahap kura kura. Sampai saja rumah nanti aku nak tidur puas puas. Jangan sesiapa kacau aku. Harapannya musnah sebaik ternampak beberapa kereta terpakir di halaman rumah. HISSYYYY! Siapa pula ni? Mengacau! Dahlia membelok dan terus menuju ke Toko Buku Nilam, menggunakan sisa tenaga yang ada. Dia memakir kereta di lorong antara dua deret kedai. Tempat parkir di jalanraya depan kedai sudah penuh.

Atikah tersenyum lebar melihat Dahlia. Tanpa mempedulikan pelanggan yang ada, Dahlia terus di peluk.

“ Rindunya kat akak! Lamanya Kak Lia cuti. Kak Lia dah kurus lah”

“ Ala…  baru empat hari saja akak tak ada. Apa cerita kedai ni? Kak Azlin mana?” Sepanjang percutian Dahlia, sepupunya Azlin bekerja separuh masa membantu Atikah.

“ Kedai ni ok jer. Kak Lin balik rumah sebab nak menyusukan Roslin Amira. Eh , Kak Lia nak kopi? Kak nampak mengantuk.” Dahlia mengangguk. Dengar nama anak Kak Azlin pun dah rasa sebak semacam. Roslin gabungan nama Azlin dengan nama suaminya Rosman. Amira di ambil dari nama Cikgu Amir yang menjadi idola Kak Azlin.  Nasib baik Abang Rosman tak cemburu.

Dahlia menyelak majalah lama di meja. Matanya kuyu. Siapa lah pula yang datang bertandang ke rumah? Babah tak cakap pun yang dia nak jemput tetamu ke rumah. Uh-oh… tiba tiba dia teringat sesuatu. Dahlia mengorek bag mencari handphone. Patutlah, dah habis bateri. Dengan pantas dia memasukkan charger ke soket dan mengecas handphonennya. Mungkin Babah cuba menelefon tadi.

Atikah keluar dari pantry dengan mug berisi Nescafe. Aromanya membuat Dahlia celik kembali.

“ Eh, pagi tadi ada orang cari akak. Dua orang lelaki , badan besar macam ahli bina badan.”

“Siapa pulak? Kawan akak tak ada seorang pun jenis abang body. Mereka tak bagi kad nama?”

“ Kak… mereka tu tak macam orang yang ada kad nama. Rupa macam samseng. Muka ganas, badan pula berbau. Tikah pun takut” Atikah berbisik. Bimbang kalau ada pelanggan mendengar.

Dahlia menggigit bibir. Betul jangkaan Amir, Farid akan membalas dendam. Gerun rasanya. Siapa nak tolong aku kali ni? Atikah mula rungsing bila Dahlia mendiamkan diri agak lama.

“ Kenapa?  Kak Lia kenal siapa orang tu? Kalau mereka orang jahat, baik kita report kat polis”

“ Derang tu  cakap apa? Ada tak mereka ugut Tikah ?”

Atikah menggeleng. “ Tak ada. Dia cuma tanya mana Kak Lia. Tikah cakap yang akak cuti. Lepas tu mereka belek belek majalah dan keluar. ”

“ Kalau macam tu tak boleh lah nak report kat polis. Abang abang body tu bukan buat salah pun. Kita tak tahu siapa mereka sebenarnya. Tapi kita kena berhati hati. ”  Ini yang susah kalau cuma perempuan menjaga kedai. Aku tak pasti apa yang mereka mahu. Mungkin tak ada kena mengena pun dengan Farid, Cuma aku saja berprasangka buruk. Tapi bila teringat kes pecah kereta Cikgu Amir, besar kemungkinan aku juga akan jadi mangsa. Farid dah psiko agaknya. Dahlia menyisip perlahan kopi panas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2011 05:52 PM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 21-1-2011 17:58

Tak lama kemudian , handphone nya berbunyi. Seperti yang di agak, pemanggilnya Hj Zul.

“ Babah, sorry tak jawab call tadi. Bateri habis” Cepat Dahlia memberi alasan sebelum kena bambu.

“ Kamu ni memang lah. Suka buat Babah risau. Lia kat mana ni?”

“ Kat kedai. Lia nak balik rumah tadi tapi tengok laman penuh kereta. Lia penat , rasa nak demam. Tak larat nak layan tetamu.” Harap alasan aku di terima

“ Balik cepat. Ada orang nak jumpa.” Tegas suara Hj Zul

“ Siapa?”

“ Kawan lama Lia. Dah, jangan banyak cakap. Balik sekarang. Kesian dia orang dah lama tunggu” Dahlia mengebam bibir. Tak puas melepas lelah, dah kena balik. Kawan lama mana pula yang datang? Kalau kawan dari KL, tak ramai yang tahu mana rumah Babah. Sya dengan Wawa baru saja aku jumpa, mustahil mereka datang sini.

“ Tikah, Tuan Besar Hj Zul perintah akak balik. Pukul berapa Kak Lin balik sini? “ Dahlia rasa bersalah meninggalkan Atikah seorang diri. Sepatutnya dia memeriksa stok buku dan hantar order untuk buku baru. Nampak gayanya kena tunggu besok.

“ Kejap lagi sampai lah. Kak Lia baliklah dulu. Jangan risau “

Dahlia mencapai beg tangan dan terus ke kereta. Dia menampar dahi. Aduh! Kenapalah malang nasib aku. Tayar pancit lah pula. Dia membuka but untuk mengambil tayar spare dan peralatan yang perlu. Satu kerja pula nak menukar tayar. Dah berzaman aku tak tukar tayar, entah ingat lagi ke tidak caranya. Woksyop pula jauh dari sini. Minta mintalah ada insan prihatin  yang sudi membantu. Sambil mengomel dia menekan handphone untuk memberitahu bapanya.

Belum sempat Hj Zul menjawab panggilan, sebuah kereta Avanza berhenti di birai jalan. Penumpang di depan menurunkan tingkap.

“ Dik, kenapa ni? Tayar pancit kah?”  tanya lelaki yang memakai sunglasses.

“ A’ah.” Jawab Dahlia sepatah sambil menaip SMS pada Hj Zul
“ tayar pancit, Lia balik lambat sikit”

Kemudian dia menggeledah but. Serba salah pula nak minta tolong dari orang yang aku tak kenal. Belum tentu lagi niat dia baik. Kereta tadi berhenti dan lelaki itu keluar. Penumpang dari belakang juga keluar.

“ Biar kami tolong. Mana jack?” tanya lelaki dari tempat duduk depan.

“ Tak mengapa. Saya boleh buat sendiri. Dah biasa.” Dahlia menolak dengan baik. Hatinya mula rasa ada yang tak kena.  Dia memandang kedua lelaki itu. Tak berketul pun tubuh mereka. Sederhana saja, macam mana mana pekerja pejabat. Mereka bukan lelaki yang Atikah ceritakan.

“ Cik adik cantik manis macam ni tak payah lah susah susah. Biar kami berdua tolong. Siapa nama cik adik ni?” Si penumpang belakang pula bertanya.

Dahlia berfikir pantas. Nama pertama yang muncul ialah nama penyanyi nombor satu negara “ Siti”

Kedua lelaki itu saling berpandangan. Ada yang tak kena. Atau perempuan ni nak kenakan kita. Prasangka Dahlia makin mendalam. Matanya melingas sekeliling. Silap besar aku letak kereta di lorong ini. Kedai mamak di depan pun kosong. Kalau aku menjerit ada tak yang dengar? Dadanya terasa sempit. Tapi aku tak boleh panic. Aku kena kawal perasaan dan keadaan. Kalau aku lari, mereka pasti boleh tangkap aku. Dia mengenggam jack. Mereka dekat, aku balun .

“ Siti? Siti saja kah?”

“ Siti Nurul Aishah. Panggil Sha pun boleh. Macam Scha Al Yahya” Wajah Dahlia serius.

“ Oh..er.. awak kerja sini kan?” Salah seorang menunjuk ke arah Toko Nilam.

Dahlia menggeleng. “ Saya datang dari KL nak jumpa kawan.” Nasib baik kereta aku nombor plet Wilayah. Si penumpang belakang menggaru kepala. Kedua mereka mempamerkan riak muka konfius.

"Pelanduk dua serupa kah?" bisik penumpang depan pada penumpang belakang. Dahlia mula lega.

Namun nasib Dahlia sungguh malang. Percaturannya silap. Dia tidak menjangka yang  waktu itu Azlin pulang ke kedai. Azlin terus melaung

“ Eh, Dahlia! Bila balik? “  Ya Allah! Dahlia terus kaku. Habislah! Pecah tembelang aku. Belum sempat Dahlia menghayun jack, tangannya di rentap.

“ Oh.. kau tipu ya!” Dua lelaki itu bertindak pantas. Tubuhnya di tarik dan di sumbat dalam kereta Avanza. Kudrat perempuan yang lemah tak mampu melawan dua orang lelaki. Semuanya berlaku begitu pantas. Cuma jeritan Azlin masih terngiang di telinga sebelum mulutnya di tekap dengan saputangan. Bau kimia menusuk hidungnya dan segalanya jadi gelap.
………………………………………………………………..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2011 06:18 PM | Show all posts
Tak lama kemudian , handphone nya berbunyi. Seperti yang di agak, pemanggilnya Hj Zul.

“ Babah,  ...
sang_arjuna Post at 21-1-2011 17:52


NOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO, siapa kidnap?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2011 06:18 PM | Show all posts
Smiley nak lagikkkkkkkkkkkkk...bliss!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2011 06:46 PM | Show all posts
baru nak hepi-hepi dah kena kidnap lak....
angkara FB ke??
999.... HELLO... ada orang kena culik ni.... TOLONG!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2011 07:40 PM | Show all posts
Aduiya tu kerja FB lah

Atau kerja di Farid nak menakutkan dahlia:@
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.391439 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list