CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL ( Rating U)

     Close [Copy link]
Post time 22-1-2011 06:37 PM | Show all posts
takde lagi nmpknya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2011 07:52 PM | Show all posts
rasanya cam tu gak....
    mana hero nie????
mawarbaiduri Post at 22-1-2011 14:55



    hero demam
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2011 09:47 AM | Show all posts
suspen ni...sian dahlia...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2011 10:21 AM | Show all posts
sian Dahlia.....
x sabar tunggu n3.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2011 12:59 PM | Show all posts
tinggal jejakzz
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2011 01:11 PM | Show all posts
aiseh...takde lagi ke n3...nak tahu saper pulak yg g culik cik pai ayam ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2011 02:34 PM | Show all posts
Mana pai ayam ni...dah kena makan ke.............
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2011 02:48 PM | Show all posts
kemana hilang dahlia ni......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-1-2011 12:25 AM | Show all posts
kita kena rewind sikit... timing dah  tunggang terbalik .
..............................................................................................................................
Hj Zul menjenguk dari tingkap sebaik terdengar bunyi kereta masuk ke laman rumah. Sebuah kereta Proton Perdana dan Golf GTI berhenti bawah porch sebaik saja dia menarik pintu gelongsor. Dua orang wanita turun dari Proton Perdana. Hj Zul cuba meneka siapa gerangan dua orang wanita itu. Lebih hairan lagi bila Datuk Azmi keluar dari Golf GTI. Apa kaitan mereka dan apa tujuan mereka datang?.

“ Assalamualaikum Uncle.  Perkenalkan , ini ibu saya, Sabihah dan pembantu peribadi nya Puan Maya. “ Datuk Azmi bersalaman dengan Hj Zul di pintu rumah. Puan Sri Sabihah mengangukkan kepala dengan senyuman.

“Apa khabar Tuan Haji Zul? Kami minta maaf sebab datang tak bagi tahu awal awal”

Hj Zul tergamam. Puan Sri Sabihah , hartawan terkenal datang ke rumah aku? Apa tujuannya? Tak mungkin dia nak beli tanah aku yang tak sebesar mana pun.

“ Jemput lah masuk Puan Sri, Puan Maya, Datuk. Pintu rumah saya sentiasa terbuka. Terimakasih kerana sudi datang, saya berbesar hati” Hj Zul menguntum senyum dalam debar.

“ Dahlia tak ada?” tanya Puan Sri Sabihah sambil memerhati ruang rumah yang sederhana tapi di hias cantik. Kemas dan sedap mata memandang.

Oh, dia nak suruh Dahlia masak pai atau cupcakes agaknya. Tapi takkan tak boleh telefon? Pelik juga bila tiga orang kena datang dari KL untuk buat tempahan.  Pelbagai soalan berlegar di benak Hj Zul.

“ Dia pergi bercuti ke KL. Tapi hari ini dia balik. Mungkin dalam perjalanan pulang sekarang. Jemputlah duduk Puan Sri”

“ Sebenarnya, Puan Sri datang  nak bincang perkara penting. Ada kena mengena dengan Dahlia. Maaf lah, agak tak beradat cara kami.” Jelas Puan Maya. Muka Hj Zul makin keliru. Apa pula anak aku buat?

“ Beginilah. Saya cakap straight to the point, Tuan Haji. Saya nak merisik Dahlia untuk anak lelaki saya Amir. Tuan Haji tentu kenal Amir. Dia dulu bekerja sebagai guru di Sekolah Sri Kota. Besar hati kami sekeluarga kalau Tuan haji dan Dahlia terima” tutur Puan Sri Sabihah dengan lembut.

Rahang Hj Zul jatuh. Betulkah apa yang aku dengar? Cikgu Amir anak Puan Sri Sabihah? Kenapa dia tinggal di sini sebatang kara dan bekerja sebagai guru? Itu satu hal. Lagi mengejutkan, Puan Sri nak jodohkan anak dia dengan Dahlia? Mana mungkin anak aku boleh menyesuaikan diri dengan dunia aristocrat. Ini sudah kes Aku suka singkong ( walaupun Hj Zul kurang pasti apa singkong), kau suka keju.  Pencen aku sebulan kurang dari gaji drebar dia. Kami pipit mereka enggang. Tak sekufu dan tak masuk akal.

“ Eh, tak sesuai lah Puan Sri. Anak saya orang biasa biasa saja. Tak padan dengan anak Puan Sri.“ Hj Zul menggeleng. Dalam hati dia sungguh kagum dengan Amir. Tak sangka guru yang berdedikasi itu anak orang kaya. Sanggup dia meninggalkan segala kemewahan untuk mendidik pelajar dalam keadaan serba kekurangan.

“ Jangan cakap macam tu. Kami pun orang biasa juga, bukannya luar biasa. Saya dan suami saya dulu pun berasal dari kampung. Asalnya kami orang susah tapi berkat usaha dan rezeki yang Allah bagi, kami dapat hidup senang. Saya mengaku, kesenangan itu pernah buat saya lupa diri. Tapi Tuhan Maha Kaya dan Maha Penyayang, dia beri saya macam macam ujian yang hebat supaya saya sedar dan insaf. Panjang ceritanya Tuan Haji, kalau saya nak cerita mungkin sehari pun tak habis. Balik pada cerita asal.  Saya memang dah lama berkenan kat Dahlia. Masa itu saya tak sangka yang anak saya pun kenal anak Tuan Haji. Saya memang dah nak masuk meminang tapi saya dapat tahu yang Dahlia dah bertunang jadi saya terpaksa batalkan hajat. Tapi nampaknya Allah buka semula pintu jalan. Saya harap Dahlia dan Tuan Haji terima lah pinangan anak saya. Ini cincin tanda dari pihak kami” Puan Sri Sabihah meletakkan kotak  kecil berwarna biru cair dengan logo Tiffany & Co di atas meja.

“ Tapi macam mana dengan Cikgu Amir sendiri? Dia setuju dengan pilihan Puan Sri? Dia betul betul ikhlas nak  kahwin dengan Dahlia kah?” Pengalaman telah mengajar yang pilihan ibu bapa tak semestinya terbaik untuk anak mereka. Tengok apa jadi dengan Farid. Aku dah serik!

“ Uncle jangan risau. Dia lebih dari setuju. Dia dah lama jatuh cinta kat anak Uncle. Lepas Dahlia putus tunang, hari hari dia desak kami suruh masuk meminang. He is really desperate, Uncle. Dia takut terlepas lagi.” Datuk Azmi mencelah sambil tergelak.

Senyuman lebar terlukis di wajah Hj Zul. Memang dia dah lama mengagak Dahlia dan Amir ada feeling feeling. Ada Kuch kuch hota hai. Cuma masing masing malu nak luahkan. Dan aku sendiri membutakan mata dan tidak menghiraukan perasaan Dahlia sebab terlalu bias pada Farid.

“ Sebenarnya saya serba salah. Dahlia baru lagi putus tunang. Faham faham sajalah mulut orang. Saya takut di tuduh mata duitan.” Telinganya sudah boleh mendengar mulut mulut capoi berkata “ Hj Zul nak jual anak” “Orang kaya masuk meminang terus ngapp!”

“ Mulut orang tak boleh di tutup Tuan Haji. Tapi selagi kita tak buat benda salah, pedulikanlah apa orang nak kata. Bagi saya benda baik harus di percepatkan. Kalau Tuan Hj dan Dahlia setuju, kita terus langsungkan akad nikah minggu depan. Kita buat di rumah Tuan Hj tapi orang saya boleh buat semua persiapan. Tuan Hj dan Dahlia tak payah risau. Kemudian saya bercadang nak tunaikan umrah. Memang saya dah niat, selepas saya sembuh saya ingin ke Tanah Suci. Saya ingat nak bawa Dahlia dengan Amir bersama. Lepas balik dari umrah nanti, kita buat majlis persandingan.”

Hj Zul mengurut dagu sambil mencerna semua rancangan Puan Sri Sabihah. Mungkin sudah tertulis yang Dahlia akan berkahwin pada minggu depan, cuma jodohnya bukan Farid.

“ Saya tak ada halangan tapi saya nak bincang dengan keluarga dulu. Nanti sekejap, saya panggil adik saya. Rumahnya di sebelah saja” Hj Zul keluar menuju ke rumah Usu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2011 12:28 AM | Show all posts
“ Tambah lah lagi mee rebus, Puan Sri. Saya bukan pandai masak sangat. Tak macam Dahlia.” Usu menghulurkan bekas berisi mi kuning pada Puan Sri Sabihah.

Nasib baik aku masak banyak hari ini. Tetamu yang tak di jangka datang berkunjung. Bukan calang calang tetamu pula tu tapi orang berpangkat. Bukan setakat ADUN  atau Pegawai Daerah atau Datuk, tapi Puan Sri Sabihah. P.U.A.N. S.R.I…… Mak engkau! Eh,, bukan mak engkau tapi mak Cikgu Amir. Siapa sangka, cempedak jadi nangka. Untung sungguh Dahlia, seminggu putus tunang dah ada yang masuk meminang. Bukan calang calang orang pula tu. Tapi kali ini Usu banyak mendiamkan diri. Bercakap bila perlu saja. Mulut yang selalunya ringan jadi berat bila berdepan dengan orang orang berpangkat. Lagipun dia juga di himpit rasa bersalah sebab beria ria menyuruh Dahlia terima Farid dulu.

“ Terimakasih Saidatul. Mee rebus ni sedap tapi kakak tak boleh makan banyak sebab baru baik dari pembedahan. Perut kakak masih lemah, selera makan pun kurang. “ Puan Sri Sabihah menolak dengan baik. Tubuhnya sudah susut. Rambutnya yang dulu “ berkarat” sekarang di tutup dengan selendang panjang. Namun keanggunan dan karisma nya tetap terserlah di sebalik baju kurung kain tenun Pahang.

“ Kenapa Lia lama sangat Uncle? Dia tahu ke nak tukar tayar? Amir dah tak sabar nak tahu jawapan Dahlia. ” tanya Datuk Azmi sambil menceduk kuah mee. Amir sedang menunggu di Rest House. Sudah tiga kali dia menghantar SMS untuk bertanya jawapan Dahlia. Aduh… dah tak sabar sabar lagi nak memetik bunga  di taman Hj Zul. Puan Sri Sabihah sudah membuat persiapan sebaik Amir menyatakan hasratnya.

“Dahlia bukannya expert sangat pasal kereta. Mungkin dia panggil worksyop. ” jawab Hj Zul. Sudah hampir 15 minit lalu Dahlia menghantar SMS mengatakan tayarnya pancit. Hj Zul cuba menelefon Dahlia kembali tapi tidak berjawab. Naluri seorang bapa mengatakan ada sesuatu yang tak kena. Untuk kesekian kali dia memanjatkan doa agar anaknya selamat.

Bila telefon rumah berdering, Hj Zul kelamkabut mengangkat gagang. Kesemua tetamu berhenti makan. Semua mata terjurus pada Hj Zul.

Belum sempat Hj Zul memberi salam, Azlin sudah teresak esak di hujung talian.

“ Pak Ngah, Lia.. Lia …kena culik dekat kedai Nilam. Dua lelaki bawa dia lari.”

“ Ya Allah! Bila? ” Hj Zul mengurut dada nya yang sesak.

“ Baru kejap tadi. Lin nak call polis”

“ Ha.. cepat call polis!” Hj Zul meletakkan telefon. Dia terhoyong hayang mencari kerusi. Datuk Azmi berlari dan memapahnya

“ Uncle! Sabar Uncle. Apa dah jadi?”

“ Kenapa ? Dahlia mana?” jerit Usu

“ Lia kena culik. Apa kita nak buat?” Hj Zul mengurut dada. Nafas di tarik dan di lepaskan. Usu cepat mengambil air dan ubat abangnya.

Puan Sri Sabihah menekup muka sambil berdoa. Ya Allah, janganlah kau duga kami dengan dugaan yang tak mampu kami tempuhi.

“ Siapa yang menculiknya? Maksud saya, Dahlia ada musuh tak? Uncle suspect sesiapa? ”  tanya Datuk Azmi. Hj Zul menggeleng walaupun firasatnya kuat mengatakan Farid terlibat. Siapa lagi nak culik anak cikgu pencen. Bukannya aku orang kaya yang mampu bayar wang tebusan puluhan ribu.

“ Uncle nak pergi balai polis. Azlin sepupu Dahlia saksi kejadian itu. Kita kena cepat” Hj Zul segera bangun di ikuti Datuk Azmi.

“Uncle naik kereta saya. Mummy dan Maya tinggal di sini. Mana tahu kalau penculik itu telefon rumah.”

Puan Sri Sabihah segera mengeluarkan handphone dan menekan nombor peribadi sahabatnya. Dahlia sudah aku anggap anak aku sendiri. Aku akan pastikan dia selamat dan penculik itu menyesal. Don’t mess around with my family.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2011 12:42 AM | Show all posts
sambung lagi smiley suspen ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2011 12:44 AM | Show all posts
puan sri dah menggunakan kuasa veto dia tu...
tak selamatlah si penculik....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2011 12:45 AM | Show all posts
tak ada sambungan malam ni

gudnite everibodi
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2011 01:41 AM | Show all posts
Mesti Amir suspen giler tau2 bakal tunang kena culiklah pulak apa lagik carik Alex ke sapa yg jd PI ambik gambo FB tgh berkelakuan tak semenggah dolu ekekekek
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2011 07:55 AM | Show all posts
farid ke yg culik?...
kesian dahlia...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2011 08:15 AM | Show all posts
Aku akan pastikan dia selamat dan penculik itu menyesal. Don’t mess around with my family.


bgetar dada juliet bila mbaca ayat puan sri ni........  trasa mcm juliet plak yg mculik dahlia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2011 08:40 AM | Show all posts
huh... puan sri dah keluarkan arahan,,,, jangan ko nyesal FB...
siap ko kalau puan sri dapett.... hang bersedia no
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2011 08:51 AM | Show all posts
Smiley sambung la dah x sabo rasanya he he
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2011 09:49 AM | Show all posts
morning ...

adui..pagi2 sudah bikin suspen..
kak juna nak lagi...

wah puan sri sudah masuk campur..
abis la FB kena teruk pasni..
beware FB.. hang sudah usik menantu cobra...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2011 10:10 AM | Show all posts
nie mesti FARID and the geng yg buat nie...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.072877 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list