View: 807|Reply: 0
|
Tonik hadapi Piala Dunia
[Copy link]
|
|
SULTAN Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bergambar bersama skuad hoki negara yang merangkul Piala Sultan Azlan Shah. FOTO L Manimaran
Ipoh: Kejayaan bersejarah skuad hoki negara menjulang Piala Sultan Azlan Shah semalam, diyakini mampu menjadi tonik terbaik dalam persiapan menghadapi Piala Dunia di Bhubaneswar dan Rourkela, India dari 13 hingga 29 Januari depan.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kejayaan bersejarah menjulang saingan itu buat pertama kali dalam tempoh 39 tahun mampu mencetuskan inspirasi buat skuad kendalian Arul Selvaraj.
"Saya nampak kejayaan itu dibawa daripada momentum Piala Asia serta kelayakan Piala Dunia. Kita berharap pada pusingan akhir Piala Dunia nanti kita akan dapat tempat terbaik.
"Melihat pada persembahan dengan semangat dan kemahiran yang ditunjukkan pasukan, ia tidak mustahil jika kita mampu memberi cabaran di India," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui hadir merasmikan dan sekali gus menyampaikan anugerah kepada 95 penerima pada Majlis Pentauliahan Tahap Emas Anugerah Perdana Rakan Muda (ARPRM) 2022, di sini hari ini.
Ahmad Faizal berkata, kejayaan skuad hoki itu satu menjadi satu kebanggaan sekali gus membuka mata banyak pihak untuk mengembangkan sukan itu ke tahap lebih tinggi.
"Kejayaan itu sendiri membawa berita baik kepada pasukan, tentunya bukan sahaja Kementerian Belia dan Sukan (KBS), persatuan hoki, malah seluruh rakyat yang mula membuka mata kepada kebolehan anak-anak kita ini," katanya.
Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan pihak swasta untuk memberi perhatian dan penajaan kepada sukan hoki.
Pada aksi final di Stadium Azlan Shah itu, skuad negara menewaskan juara bertahan, Korea Selatan 3-2 sekali gus menamatkan penantian selama 39 tahun untuk memenangi piala berprestij itu buat kali pertama.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -hadapi-piala-dunia |
|
|
|
|
|
|
| |
|