CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ctA

CINTA BEE dan DAISY [U]

[Copy link]
Post time 1-11-2010 09:50 PM | Show all posts
bila lepas sek, masing2 jauh hubungan tu dgn sendirinya putus..
si add tu nak kenen dgn umaiy ke...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2010 12:48 AM | Show all posts
Iffan dah berkahwin secara sembunyi ke?
ssb family iffan nak meminang wilda (bab awal)?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2010 07:55 AM | Show all posts
iffan tu memang dah kawen tapi tamak nak kat wilda. add tu nak kat wilda jugak sebenanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2010 07:58 AM | Show all posts
Reply 42# qimi08


    kisah iffan akan tergantung sekejap sampai habis flashback. family iffan nak meminang wilda sebab tak larat nak layan kehendak anak dia si iffan tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2010 08:55 AM | Show all posts
nak n3 lg
best
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2010 11:53 AM | Show all posts
Post Last Edit by ctA at 2-11-2010 11:56

“Wid, ok ke tak ni?” Sejak lepas solat Maghrib tadi, Wilda baring terus. Sehingga lepas Isyak, dia masih tak bangkit. Kain sembahyang pun masih tidak ditanggalkan.

Umaiy menghampiri Wilda. Di letakkannya tapak tangannya ke dahi Wilda. Panas!

“Pergi klinik nak?” Umaiy sedikit risau. “Nanti aku call Nick, minta dia hantarkan” Dilabuhkan punggung di sebelah Wilda yang sudah berselimut sehingga ke datas dada.
“Sejuklah roomate. Demam teruk dah aku ni...” Cadangan Umaiy tadi tidak disambutnya. Kalau boleh, tak nak ke klinik tapi kalau Umaiy paksa, biasanya dia ikut je.
“Pergi klinik lah. Kejap, aku call Nick” Umaiy bangun menuju ke suis kipas. Diperlahankan kipas sehingga ke kelajuan dua.

Lantas  dia ke meja studi lalu dicapai telefon bimbitnya.
Belum sempat didail nombor Nick, lebih dahulu panggilan masuk.
Macam tau-tau je...

“Hello...”

Wilda hanya memerhati Umaiy dengan mata yang separa tertutup. Dilihatnya Umaiy yang menjeling sekilas ke arahnya lalu berjalan ke luar bilik menuju ke balkoni.

Apa hal la yang private sangat nak cakap dengan Nick tu. Macam tak puas pulak cakap I love you, You love me tiap-tiap malam. Wilda malas melayan. Dirapatkan matanya. Comforter nipis berwarna biru ditariknya sehingga ke leher. Rasa sejuk sudah mencucuk-cucuk tubuhnya. Macam duduk dalam salji dah ni...
Dicapainya pula sweater yang tergantung di dinding dan dikuatkan kudratnya untuk  bangun menyarung sweater lalu dia baring kembali. Denyutan di kepala semakin kuat. Dipicitnya kepala dan ditarik sedikit anak rambutnya. Seksanya waktu sakit. Hatinya mengumam. Kan best kalau mama  ada, buatkan sup, bubur...

Wilda tiba-tiba teringatkan mamanya. Sejak semester dua dibuka, belum sekalipun dia balik menjenguk keluarga. Sudah hampir dua bulan dia bermukim di UKM semenjak semester bermula. Dah sakit baru ingat mak bapak. Suara itu sudah mula meracun kepala. Sama sakit seperti kaffein yang menguasai keseluruhan kepalanya.

“Roomate”  Suara Umaiy mengetuk gegendang telinganya. Lagi sepuluh minit. Siap-siaplah, aku teman.”
Wilda menggagahkan diri bangkit dari pembaringan dengan jemari yang tidak lepas dari kepala. Umaiy, tanpa dipinta terus membuka loker Wilda lalu mengambil selendang yang tergantung lalu membantu Wilda memakai selendang di tangan.

“Naik air...” Wilda merengek. Sempat dia tersenyum menyindir.
“Nasib baik kau sakit. Aku biarkan je kau buli aku roomate” Umaiy membalas sengih lantas menuju ke rak kecil di sebelah pintu
balkoni menuangkan segelas air buat Wilda.

Air suam itu pahit saat melalui kerongkongnya. Hanya dua teguk yang mampu masuk. Gelas diletakkan semula ke atas meja. Sambil menunggu, Umaiy segera bersiap. Memang sudah diberitahu kepada  lelaki itu, dia akan ikut temankan Wilda. Senang untuk dia papah Wilda. Sangat tidak manis untuk membiarkan mereka pergi berdua.

Tidak lama selepas itu, telefonnya berbunyi. Cepatnya, tak sampai sepuluh minit. Betul-betul risau nampaknya pak cik ni. Bagusla buat calon... Umaiy sengih seorang.

“Roomate, Gen-2 putih dah sampai. Jom. Tak sabar nak naik Gen-2 putih tu”
Wilda ketawa kecil. “Sejak bila Nick pakai Gen-2...”
“Ketawa pulak. Bukan Nick la.”
“Habis, siapa?”
“Add”
Ketawalah. Ketawalah lagi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-11-2010 11:58 AM | Show all posts
Post Last Edit by ctA at 2-11-2010 11:59

MC dua hari! Bosan betul duduk di bilik seorang. Nak makan tengah hari pun setakat kirim kawan-kawan yang sudah balik ke bilik, mana-mana yang tak ada kelas. Ataupun, minta tolong kawan-kawan yang kelas mereka petang memanjang. Nasib baiklah ada kawan-kawan, jiran separas yang memang prihatin. Boleh juga menumpang kasih. Hendak tunggu Umaiy, jawabnya memang laparlah dia. Umaiy selalunya balik pukul tiga, pukul empat. Tak makan ubatlah dia jawabnya kalau hendak ditunggu perut diisi dengan nasi bungkus yang Umaiy beli.

Esok sudah boleh ke kuliah. Badannya rasa sudah kuat sedikit. Rasa berdenyut di kepala juga sudah semakin berkurangan. Berkat pil-pil yang doctor berikan. Mujarabnya sama dengan mahalnya. Tiga jenis ubat, melayang hampir RM 40. Tapi, malam itu, rasanya bukan dia yang  bayar, bukan juga Umaiy yang biar.

Berlegar di kepalanya mainan semula babak di mana  Umaiy dan Add bertolak-tolak tangan berebut  hendak bayarkan bil perubatanya. Sorang kata, tak apa, biar aku bayar. Sorang lagi pun kata, tak mengapa, dah susah-susah hantar, takkan nak bayar pula, biar aku je yang bayar.

Semamai-mamai dia malam itu, rasanya tak kabur lagi matanya melihat adegan Umaiy dan Add di kaunter dispensari. Masing-masing saling menolak duit yang dihulurkan masing-masing. Dan Wilda masih ingat senyuman kakak nurse yang menjaga kaunter malam itu. Sengihnya bukan pada gelagat Umaiy dan Add, tetapi pada dia.

Aku!

Dan selama setahun lebih dia kenal dengan Add, tak tahu pula dia yang Add tu sopan orangnya. Selama ini, selamba saja kawan-kawan dia dia ‘bodoh-mangkuk-bangkai’-kan. Malam tu pulak entah datang dari mana angin sopannya, siap tunjuk gentle ala-ala Edward Cullen tu.

‘I’m willing to be yours, hottie vampires!’ pergh...

Masa tu pula entah angin bala mana yang datang, elok-elok je sampai di klinik, tangki tenaga memang dah tahap sifar dah. Nak berdiri lepas keluar kereta pun dah macam orang mabuk. Umaiy yang kalau berdiri sebelah kaki pun rasanya lagi kuat dari dia.
Boleh pulak nak rebah pengsan lepas keluar dari kereta. Nasib baik Umaiy ada. Add pula agaknya kasihan tengok Umaiy yang terkial-kial mencari kudrat tambahan nak papah dia boleh pulak tawar diri nak tolong. Nak tolong, tolong je la. Tak payahla....

“Err.. Wid.. aku nak pegang kau ni”

Dan memang dia tak mampu nak rasa malu ke segan ke, atau nak tukar warna pipi jadi merah ke pink ke. Memang spontan je dia angguk dalam keadaan di bawah sedar. Hendak letak halal haram waktu tu pun memang langsung tak sempat. Disebabkan rasa nak pitam, nak pengsan waktu tu menyebabkan dia berserah je. Takkan hendak biarkan Umaiy yang papah dia sorang-sorang.

Teringat macam mana kuatnya pegangan Add pada lengan dia. Kuatnya macam tak nak lepas. Walaupun  tak sampai lebam berbekas pada lengannya, tapi rasanya hatinya cukup berbekas.

Ah sudah... Ni kenapa pulak laju je jantung aku  main kompang ni.

“Beratnya roomate kau ni...”  Tak pekak lagi telinganya saat Add ungkapkan frasa tu kepada Umaiy.
Kalau dia kuat dan mampu waktu itu, memang dia dah gelak, siap boleh luku sekali kepala mamat tu. Dia tak tahu ke, bab berat-berat ni memang sensitif untuk perempuan? Suka hati dia je hina-hina aku macam tu. Sajalah tu tak tambah malu aku.

Alamak... sekarang baru Wilda tahu apa maksud malu. Tak tahu macam mana hendak berdepan dengan Add esok. Padahal, memang boleh kalau buat tak tahu sebab dia yakin Add tak perasan pun yang dia cukup sedar masa dialog-dialog tu keluar dari mulut Add. Buat macam tak ada apa-apa sudah. Suara dikepalanya cuba menyimpulkan.

Huh...

Malam tadi ada juga Add buzz dia di YM, tanya dia dah sihat ke belum. Kalau hendak diikutkan, dari siangnya, dia dah boleh bangun dan bergerak. Kalau setakat hendak ke tandas, tak payah dipapah. Tapi, entah apa pula penyakit yang datang, masa hendak diletakkan jari-jemari di keyboard untuk memberitahu yang dia semakin sihat, menggigilnga bukan  main lagi. Nak taip satu huruf pun, boleh pulak fikir patut ke dijawab. Tak jawab nanti nampak sombonglah pulak. Dah sah-sah status dia available, suka-suka hati tak nak layan. Apa kata Add... orang sudah berbudi, tak reti pulak nak berbahasa... Kalau dijawab nanti, nampak sangat sihatnya. Sakit-sakit pun, ada selera lagi nak YM-YM. Duduk diam-diam sudah.

Konflik dalaman betul...

Lama-lama, dijawab juga. Dengan trick baik, setiap satu mesej dari Add, ditunggunya empat ke lima minit sampai bosan agaknya lelaki itu menunggu. Alasan Wilda, tak berapa larat nak mengahdap laptop, tengah berkeinginan untuk baring saja. Kepala tak berapa mampu nak tegak...
Tak berapa mampu...

Sampailah ketikanya Add minta diri untuk sign out, nak tidur, kelas ganti jam lapan... katanya...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2010 04:12 PM | Show all posts
terima kasih...ada n3 baru...
ada masa letak lagi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2010 10:20 AM | Show all posts
sambung lagi
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 11:30 AM | Show all posts
menarik permulaan hubungan yer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2010 11:58 AM | Show all posts
“Kalaulah hari ni ada question of the day, what would you probably ask?” Fara menyuakan rojak ke mulutnya. Menu pertama yang akan memberinya tenaga untuk hari ini. Walaupun sudah jam sepuluh pagi, dia masih belum menjamah walaupun biskut kering dan milo untuk sarapan pagi sebelum kelas jam lapan tadi. Nama je budak Food Science, diet sendiri tak reti nak manage. Nasib baik tenaga simpanan semulajadi ni memang sentiasa penuh... Fara.. Fara...
         “Kalau kau?” Ijad membalikkan soalan yang sama kepada Fara. Tanya aku pulak.  Tiada reaksi. Lama Fara berfikir sedangkan jawapan yang berbentuk soalan itu memang sedia ada dibenaknya.
         “Hum...” Sesudu lagi rojak disuakan ke mulut. “Apasal Wilda tiba-tiba bertukar jadi ratu kebaya hari ni? Sopannya lain macam. Nak duduk pun malu-malu...” milo ais pasangan ideal si rojak disedut.
         “Err.. kau masuklah dulu, aku duduk tepi sekali” Ijad mengajuk dialog Wilda semasa kuliah Profesor Salam pagi tadi. Terhambur tawa kedua-dua mereka.
        “Yang kawan kau tu pun, tiba-tiba hari ni jadi bisu tu apasal? Kena sampuk ke apa?” Teringat pula si Add yang sepatah haram pun tak bercakap lagi dengan si Wilda. Wilda cakap berdua dengan Fara, Add borak berdua dengan si Ijad. Komunikasi tunggal berkumpulan seperti selalu hari ni seperti sudah terbelah dua. Nak kata gaduh... Nicenya bergaduh macam tu. Ada sense sweet-sweet pulak...
        Ijad menjungkit bahu. “Kalau dah malu-malu tu, adalah tu. You- dah-curi – hati- I, -I dah-curi-hati- you lah tu agaknya... Eh tapi Add mana pernah malu-malu. Dia tu kalau suka dia straight je cakap. Kira beranilah. Agaknya sebab Wid yang macam nak lari-lari, so I guess Add tengah bagi ruang kat Widlah tu kut” Ijad meneka lagi. Sakan dia mengusik tuan punya badan yang tiada ketika itu.
        Hampir tersedak Fara dengan Frasa-tak-boleh-blah Ijad. Mengusik orang mamat ni memang pandailah. Cuba dia kena. Baru hari tu kawan-kawan kenenkan dia dengan budak kimia, makan sama-sama duduk semeja, nak say hi pun dah macam tercekik sudu. Ijad, heboh kat belakang je... depan-depan, sama spesis je dengan Add tu.
        “Ni, mana kawan kau tu? Kat mana bawa diri tu?”
        “Konon-konon pergi library, return buku dengan alasan dah lebih tarikh. Padahal, macamlah aku  tak tahu, tak nak makan semeja dengan Widlah tu. Wid pulak, mana hilang? Habis kelas, tergesa-gesa je hilang. Demam apa pulak lagi tu?” Selamba rojak yang berbaki di pinggan Fara dibedalnya. Lebih selamba, milo ais Fara yang masih tinggal separuh ditalanya. Dah biasa.... terima jelah kawan yang dahagakan kasih sayang macam ni...
        “Nak breakfast dengan roomate. Klise betul reason tu...” Fara membiarkan Ijad menghabiskan baki makanannya. Semoga kau mendapat isteri yang solehah Jad...
        “Ish, tak pernah aku tengok orang yang obses dengan rumet sendiri macam diorang tu... songsang sisi ke apa?”
        “Ish kau ni!” lengan Ijad ditepuknya kuat. Ijad berkerut.
        “Bisa tangan kau ni. Pukul sikit dah sakit.” Digosoknya lengan bekas tangan Fara.
        “Tak ada teori  lain ke selain teori songsang kau tu?”
        “Aku gurau lah...” Dia mengumam. Lambat-lambat dia mengeluh. “Dua-dua tak nak duduk makan semeja, at last, dua-dua pun absent. Dah, jom a gerak”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2010 12:01 PM | Show all posts
Post Last Edit by ctA at 3-11-2010 12:10

BAB 6
        Menghadap buku selama dua jam cukup untuk membuatkan urat-uratnya rasa nak putus. Sejak lepas solat Maghrib tadi sehingga hampir jam sepuluh malam tanpa mengangkat kepala cukup untuk menjadikan dia hamba ilmu. Itupun, belum mampu dikuasai pelbagai teori dan formula-formula yang menjadikan sel-sel otaknya bergumpal. Setiap hari dengan rutin yang sama sehingga awal pagi membuatkan dia lupa betapa sistem tubuhnya perlukan rehat dari terus untuk bekerja. Kegagalan lalu menjadikan Hazman pendahaga ilmu yang setia.
        Mungkin sekejap sahaja perubahan ini. Tapi selagi dia menjadi dia yang ‘ini’ , yang cintakan ilmu pengetahuan, yang cintakan masa, sebelum mendapat seru untuk berubah, sebelum dihasut kawan-kawan untuk mengisi masa senggang di maple macam semester lepas, insya-Allah masa ini akan digunakan sebaiknya.
        Hazman mengangkat kepala. Berniat mahu berehat. Dia mengeliat kecil, memusingkan tubuh badannya ke kiri dan ke kanan untuk mengembalikan posisi urat-urat badan ke posisi yang betul... jangan tersimpul... Dan saat itu terpandangkan perlakuan kawan sebiliknya.
        Angau... angaulah kawan aku ni... ditolaknya anak-anak rambut ke belakang.
        “Laptop kau depan mata, yuran  internet kau dah bayar, signal pun superb kat sini, apa agaknya yang buat kau rasa berdosa sangat nak buzz dia tu?”
        Idzhan berpaling dari meja studinya. Mata Man masih terpaku pada buku rujukan dan nota-nota kuliahnya. Sah, ayat tu memang untuk aku. Dia bercakap dengan aku.
        “Iya, aku cakap dengan kau ni”
Macam bercakap dari hati ke hati pulak. Tau-tau je aku fikir apa.
      “Susah nak buat macam tak ada apa-apa padahal memang ada apa-apa...” Idzhan garu kepala. Handout Proffesor Zakiah satu pun tak lekat di kepala walaupun sepuluh kali diulang baca. Ayat-ayatnya sudah mampu dihafal. Cuma maksudnya tak tahu apa.
      “Dah kau yang nak buat macam tak ada apa-apa. Kalau aku jadi dia, dah lama aku blah. Lama sangat tunggu, baik aku cari orang lain” sinis tapi kedengarannya sangat tepat.
      Idzhan telan liur. Orang lain? Dah terlambat ke?
      “Kau rasa dia dah ada orang lain ke?” Macam loser pulak soalan tu. Come on Idzhan, mana pergi gentlemean kau tu... Susah sangat ke nak cakap tiga perkataan tu... Tak susah, tapi bila dah berdepan tu... Semangat tu macam kena rentap... Lagi-lagi bila teringatkan yang Wilda pernah menaruh hati pada kawannya. Dia bimbang Wilda menolaknya kerana kasih pertamanya telah jatuh pada orang lain. Dalam tempoh berkawan, selepas SPM, Matrikulasi sehingga kini, dia benar-benar mahu memberi Wilda ruang. Tentang siapa yang terbaik untuknya. Dia mahu jauh seketika dari Wilda untuk membolehkan Wilda menilai sendiri apa yang bermain dalam hati gadis itu sendiri. Dia yakin, akan ada pertemuan semula andai benar jodoh Wilda ada untuknya.
      Cuma dia... bab menilai perasaan itu memanglah menjadi subjek wajib ambil...
     “Bro... kalau dia still single pun... Takkanlah tak ada yang nak try. Barang baik tu...” Helaian nota diimbas kosong. Sekadar syarat... berbual sambil membaca... tapi... tak jadi... tak jadi. I’m into this conversation.
      Man dah mula tutup buku. Dunia ilmu dan dunia nyata perlu dipisahkan. Kawan aku ni memang perlukan consultant. Belajarnya bukan main pandai. Bab ni, dah lama dia nampak Idzhan memang fail. Ataupun... tak buat istikharah lagi kut... tu yang kelam je tu.
     “Dulu masa kat KMPP, dia ada cerita kat aku ada practicum-mate dia yang nak try dia” teringat email dari Wilda. Gaya happy je bercerita ada orang informally proposed dia. Panjang betul email dia. Siap mukadimah tanya khabar, dah studi sampai mana, bila exam... bla bla bla. Tercabar jugaklah hati rasanya bila bunga yang dah lama dibelai jaga, tiba-tiba ada kumbang yang cium-cium bau. Uish...
     “Dah tu, dia terima ke?” walaupun dia tahu jawapannya.
     “Dah tentulah tidak...”
     “Tau pun... Kau faham tak tu maksudnya?”
     “Maksud apa pulak...” Pening. “Ada maksud tersirat pulak ke?”
     Kawan aku ni. Nama je masuk university, top ten scorer dalam school of engineering, tapi rupanya fail rumusan. Nak cari isi tersirat pun tak tahu teknik rupanya. Patutlah SPM semua 1A, 2A, tapi BM dapat 3B. Malu betul jadi anak Melayu.
     Man sudah beralih duduk. Dari kerusi ke katil. Kaki di lantai. Siku diletakkan atas sedikit dari lutut. Jemarinya disatukan, tubuh di bongkokkan sedikit, gaya sang bijak pandai.
     “Betul ke kau tak tahu ni?” tak puas hati betullah aku.
     “Apanya?”
     “Dah sah-sahlah dia suka kat kau tu. Dia sengaja bagitau macam tu nak bagi kau tercabar. Kalau boleh nak kau admit jugak yang kau suka kat dia. Takkanlah dia nak cakap dulu dia suka kat kau. Kira dah cukup baik dia bagi hint macam tu, itupun kau tak dapat nak baca” entah faham ke tak tu.
     Dahi Idzhan berkerut merumuskan input Man. Rasanya faham, dan rasanya realise juga maksud tersirat tu... Tapi tak tahu nak aplikasi macam mana ataupun merencana tindakan seterusnya. Maklumlah, masa tu mana ada consultant macam sekarang ni.

     Nak guna bahasa apa pulak ni. Man sabar menanti reaksi Idzhan.

    “Kau tahu kan prinsip aku. No commitment in a period of degree seeking” walaupun rasa macam prinsip itu terlalu lapuk.
    “Kau ni kelakarlah. Biasalah tu belajar sambil bercinta. Kau nak tunggu sampai bila. Kau nak tunggu dah kerja, dah kaya, masa tu mana ada yang single dah. Masa tu semua dah sibuk kumpul harta nak kahwin dah. Bukan masanya baru  nak cari-cari. Itupun kalau budak UKM tu single lagi. Kalau buatnya dia frust tunggu kau, siap suruh mak bapak dia terima siapa-siapa je untuk jadi partner, baru kau nak gigit jari agaknya. Come on la bro, dulu masa sekolah, bukan main romeo lagi kau kat dia. Baik punya taktik bagi dia berbunga-bunga sampai merah pipi bagai... Ni dah balik zaman Kesultanan Melayu Melaka ni kenapa, sampai tak ada kuasa nak bersuara ni apasal?” Selamat dapat satu ceramah panjang. Free je tu jadi consultant untuk bawak roomate sendiri yang sesat tak jumpa jalan yang terang-terang terbentang tak ada hijab depan mata. Tinggal lalu je.
     “Aku sampai level tu aku dah pass dah. Yang tak pass ni nak buat ayat nak propose  tu...”
     “Cakap je kau nak dia jadi girlfriend kau. Nak propose beriya buat apa, belum nak kahwin lagi dol...”
     “Cakap macam tu je ke. Proper ke macam tu?”
     “Dah kau nak buat skrip segala pulak ke? Direct je sudah... Tak payah nak bunga-bunga, nak petiklah, kumbanglah, drop je semua tu. Straight to the line je...” Payahlah nak fahamkan amatur ni...
     “Nantilah aku fikir dulu...” Tapi dalam kepala dia seperti nekad akan sesuatu. Rasa dah cukup pedoman dah ni. Cuma perlu masa je...

"Men still love following their will
and fear following the will of the prince;
and therefore,
a prince must follow
what he feels is correct
and not the feelings of others"
-Maquiavelo-


     Pulak... Punyalah panjang aku  bagi pedoman tadi, tak berkesan jugak ke kat kepala dia. Man rasa dah give up. Ni selagi tak settle, selagi tak cakap kat budak UKM tu, dah sah-sahlah hari-hari termenung depan laptop tu. Macam mana lagi nak tolong pun dia tak tahu. Hari-hari dia cuba buat ayat yang lain sikit. Niat nak basuh otak Idzhan dengan input-input yang berguna, yang boleh diterima akal. Siapalah yang lebih dahulu basuh otak kawan aku ni sampai boleh set prinsip yang lapuk macam tu...
Parahlah...
     “Tapi Man, sebenarnya ada satu sebab yang utama kenapa aku tak approach Wilda, kenapa aku biarkan Wilda tertanya-tanya sampai kini. Bukan sebab aku tak berani atau tak yakin, erm, maksud aku, perasaan tak yakin tu, aku boleh atasi sebenarnya. Ada sebab lain...”
     “Apanya?” Dahi Man berkerut.
     Akhirnya, nama Iffan terpaksa juga disebut. Betapa dia tidak dapat mentafsir apakah masih ada lagi nama Iffan dalam hati Wilda. Satu-satunya nama yang menjadi tabir tebal untuk dia tembus ke hati Wilda, untuk dia memahami perasaan sebenar gadis itu. Untuk dia meluahkan apa yang dirasanya selama ini.
     “Kalau macam tu, sekarang masanya. You have to make a move. Kadang-kadang, bercinta ni kita kena selfish. Tak boleh serah macam tu je. Sekarang bukan zaman Hang Tuah yang kau nak korbankan apa yang kau mahu untuk sultan. You want it, try to grab it. Usaha, kawan. Usaha. Kalau tak berjaya jugak, maka, redha. Mungkin dia bukan untuk engkau lah tu.”
     Tepat. Kata-kata Man tepat sekali dengan apa yang bermain di fikirannya. Dia tidak mahu melepaskan Wilda lagi. Harap-harap, dalam tempoh ini,, tiada watak lain yang menjadi pencetus konflik dalam kisahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 12:46 PM | Show all posts
sapa agaknya pilihan WILDA nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2010 12:56 PM | Show all posts
ahaha...watak utama kot
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 01:53 PM | Show all posts
huhuhu begitu sekali idzhan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2010 03:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by ctA at 5-11-2010 15:13

BAB 7

Hazman melemparkan beg galasnya ke katil. Rasa penat dan mengantuk begitu kuat menggodanya untuk terus berbaring. Dikerlingnya jam di dinding. Sepuluh minit menghampiri jam enam. Jadual kelas yang padat untk semester ini sedikit sebanyak menarik waktu rehatnya.  Pelajar-pelajar malang seperti dia yang terpaksa mengulang subjek memang harus berusaha lebih dripada orang lain... Malang yang dicari sendiri...

Kipas yang berputar laju seakan tidak terasa. Lantas kemejanya ditanggalkan. Teringat yang diri belum solat Asar, dia mengeluh. Punyalah kuat godaan syaitan yang direjam sehinggakan lama dia berfikir sebelum berkira-kira untuk tidur sebentar. Sepuluh minit berlalau, apabila lenanya tidak juga datang, pejaman mata dibuka semula. Dicarinya kelibat Idzhan. Helmetnya di atas meja. Maknaya dia sudah balik ke biliik. Barangkali mandi. Dipejamkan matanya saat kedinginan sudah mula menjalar pada seluruh permukaan kulit.

Saat itu, bunyi telefon bimbit tiba-tiba mengetuk gegendang telinga. Cuba diamati bunyi yang perlahan itu. Sah, milik Idzhan. Lantas dia bangun. Sedikitpun tidak rasa terganggu dengan deringan yang baru sahaja  menggagalkan lelap matanya. Atas meja, tak ada. Dia beralih ke katil Idzhan. Diangkatnya  jacket hitam di atas katil.

“Hello...”
“Han... Mak kau telefon tadi” rendah suaranya. Idzhan dipandangya. “Bapak kau accident. ” Pendek. Tapi cukup menyentap nyawa.
“Teruk ke? Lagi, dia cakap apa?” rasa cemas sudah mula mendominasi.
“Tak bagitahu pulak. Itu je yang dia sempat sampaikan” Mata ditala ke siling. Merasai kegusaran hati Idzhan. “Janganlah risau.

Tenang je mak kau tadi. Kalau teruk, suara dia tak macam tu...”Bukan sekadar  untuk memujuk. Memang benar itu yang dirasanya.

Rambut dikuak ke belakang. Terduduk dia di katil. Dalam keadaan masih bertuala dia termenung seketika. “Kau nak balik rumah hari ni jugak ke?” Angguk. “Sekarang?” Angguk. “Hum, baliklah... Nanti aku bagitahu Zali kau tak dapat join meeting secretariat malam ni...”

Meeting secretariat... Argh... Pedulilah, aku bukan berjawatan besar. Family matters lebih penting. Hatinya semakin diragut bimbang. Rasa ingin terus terbang ke Bangi.

Tanpa berlengah, terus dicapainya beg galas dan dimasukkan beberapa helai baju, pengecas telefon bimbit, wallet dan beberapa barang penting yang biasanya dibawa balik.

Terus membuka lokernya dan mengambil sehelang kain pelikat dan disarung menerusi kepala.
“Eh, kata nak gerak sekarang?” riak hairan jelas ditunjukkan.
Idzhan memaling wajah dari loker ke katil sebelah. Riak tawar tidak berperasa.
“Solat dulu. Banyak syaitan dalam perjalanan nanti. Kalau tak nak sesatlah.” Pendek juga. Dan merentap nyawa juga.
Seketika Idzhan membentangkn tikar sejadah dan mengangkat takbir, Man segera bangkit.
Niat untuk melelapkan mata baru sahaja termakam terus.

____________________________________________

Sebelum bergerak balik, dia sudah sia-siap menghubungi ummi untuk mengkhabarkan kepulangannya. Sempat juga dia bertanya kondisi papanya.
Tak teruk sangat. Just a small fracture di bahagian lengan.
Waktu itu rasa nak terus bersujud di dada jalan masuk ke kolej kediaman. Biar pelajar lain tengok, tak mengapa. Biar dia dikata gila, peduli apa. Janji dia tahu papanya masih sihat dan selamat, andai itu definisi sihat yang terbaik untuk dia sekeluarga. Bersyukur sangat apabila diberitahu yang papanya tiada apa-apa. Kalau tak, tak tahu bagaimana untuk berdepan dengan kenyataan andainya sesuatu yang lebih buruk  berlaku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-11-2010 03:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by ctA at 5-11-2010 15:17

Ketika sampai di Bandar Seri Putera, waktu Maghrib baru sahaja berlalu. Malam  sedikit likat tanpa cahaya bulan. Hanya lampu-lampu jalan yang menjadi seri untuk pemandu-pemandu da penunggang motosikal sepertinya. Disusuri jalan-jalan di taman perumahan bandar Seri Putera Sebaik dengan penuh hati-hati. Tiada lagi sentapan yang mencabut nyawa. Tiada lagi paluan kompang yang menggila yang mahu memisahkan jantung dari badan.

Sebaik sahaja  tiba di hadapan rumah, pintu pagar sudah sedia terbuka. Memang ummi sudah bersedia menunggu kepulangannya di muka pintu.  Diparkirnya motosikal bersebelahan Honda City kepunyaan papa. Ditanggalkan helmet dan terus mendapatkan umminya yang sedia menunggu.

“Assalamualaikum...” terus dia mendapatkan tangan umminya dan dicium. Rindu.

Salam dari anak teruna disambutnya dalam hati. Senyum manis seorang ibu dilemparkan. Idzhan melangkah masuk menuju ke ruang tamu. Sebaik  sahaja si anak teruna melangkah masuk, terus pintu pagar ditutup dengan kawalan automatic.

“Hows papa mi?” Tidak sempat duduk dia terus menerjah umminya dengan soalan begitu biarpun sebelum bergerak balik tadi dia sudah diberitahu. Tiada apa yang serius. Begitu kata ummi tadi. Namun, bisalah naluri. Selagi belum melihat dengan mata sendiri, siapa yang mampu menghalang resah yang menumpang.

“A small fracture kat tangan tu lah. And luka-luka luar kat kaki, tangan dan kepala. Doktor dah scan, no internal injury. Darah beku kat kepala pun tak ada.”

Alhamdulillah... Hatinya mengucap dari dalam. Terus disandarkan kepala ke sofa. Lenguh pinggangganya menunggang motosikal tadi walaupun perjalanan dari Shah Alam ke Bangi tidaklah sejauh mana. Itupun kalau ummi tahu macam mana dia bawa motor tadi, mahu ditariknya satu-satunya subsidi yang ummi bagi... Ish.. Setakat dah masuk Bandar Seri Putera baru nak berhati-hati...

“Esok tengah hari kita pergi tengok papa kat hospital. Doktor cakap in several days papa dah boleh discharge, lepas kena simen sikit. Ni, Han makan dulu meh. Ke, nak mandi dulu. Solat Maghrib tak tadi ni?”
Sengih. Musafir ummi. Heheh.
“Ya Tuhan... Kenapa tak bertolak lepas Maghrib tadi?” Tu dia, ummi sedang menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu. Mengingatkan itu salah satu tugasnya.
“Kalut nak cepat sampai mi...”
“Dah tu, berapa laju pulak bawak motor tu?” Seperti dapat menangkap apa yang tersirat di sebalik hati si anak...
Idzhan sengih lagi. Respon yang terbaik untuk ummi. Mengaku tidak, menafikan juga tidak.
“Astaghfirullahalazim...” Menggeleng wanita separuh umur itu dibuatnya. Sudahlah si suami baru sahaja ditimpa musibah, si anak pula menempah musibah lain. Nasib baik selamat sampai. Dalam hati dia memanjatkan syukur.
“Mi, rumah kita kat PD tu dah siap ke?” Idzhan terus menukar topik. Tiba-tiba dia teringat akan rumah famili yang masih dalam pembinaan. Seetiap kali balik ke rumah, dia akan bertanya soalan yang sama. Jika da kesempatan, mereke sekeluarga akan ke sana, memantau perjalanan pembinaan. Siap sahaja dibina, rumah di Bandar Seri Putera ini akan dijual atau disewa. Papanya masih lagi belum memutuskan.
“Tinggal floor dengan cat je...”

“Hei orang muda!!!!!!!!!!!!!!!!!” Satu suara menjerit dari tangga seterusnya mematikan perbualan dua beranak itu. “My dearest brother ever.....” si adik yang keriangan menyambut kepulangannya menghilangkan sedikit kekusutan. Dengan panggilan yang cukup-cukup mesra buat si abang.

Abang memang perasan muda. Erm, tak.. abang memang muda forever. Sara, si adik mengumam perlahan.
“Esok, lepas lawat papa kita pergi jalan-jalan nak???” terus dia mengambil tempat di sebelah si abang. Remote control dicapai dan dihalakan ke televisyen.
“Heh! Kan papa sakit. Nak bersuka-suka pulak dia” umminya melangkah keluar dari dapur sambil menatang segelas minuman buat anak terunanya. Segelas jus diletakkan di atas meja berhampiran sofa. Melihatkan warna jus yang benar-benar mengingatkan dia kepada dahaganya sejak tadi, lantas gelas tersebut dicapai. Diteguknnya sehingga separuh gelas lalu diletakkan kembali di atas meja di hadapannya.  
“Entahnya. Tak boleh bersara siket ke dari niat nak berfoya-foya tu? Time papa sihat bukan main ligatnya ke hulu kehilir, time papa sakit pun tak reti nak puasa dari hal-hal duniawi ni” dibalingnya bantal kecil ke arah Sara... hinggap di mukanya. Sara buat tak peduli. Tawanya terhambur. Puasa... yeah...abang is so funny... Orang nak tolong dia ni...

Dicapainya minuman di atas meja yang dibuat untuk Idzhan lalu diteguknya. Idzhan mahu menghalang tapi tidak sempat. Tindakan si adik dibalas dengan jelingan tidak puas hati. Adik aku ni... bilalah nak belajar bersopan. Siapa yang nak macam ni. Nakalnya lain macam.
“Adik...” ummi menggeleng dengan keletahnya.
“Adik kesian jugak kat papa. Bukan nak foya-foyalah mi...” dijeling sekilas pada Idzhan. “Niat Sara baik nak derma... nak jadi sukarelawan... yelah... hal-hal nak bina masjid ni kan... kenalah gotong-royong...” Selamba dia mengusik Idzhan tanpa sedikitpun cubaan berselindung dengan umminya.
“Masjid apa pulak ni...” Mata ummi dihalakan pada slot berita di televisyen. Malas dia mahu mencampuri urusan si anak.
“Siput. Adik cakap apa ni?” Idzhan tidak mampu menangkap. Sejak bilalah pulak adik aku ni pandai berkias-kias. Depan ummi pulak tu. Kantoi apa-apa...siaplah.
“Tu... anak Uncle Ghazi kat UKM tu yang rumah sebelah sana tu...” mulutnya dimuncungkan ke satu arah... “...ada balik nampaknya tadi... But. The bad news is.. ada lelaki hantar...” halilintar... halilintar...
“Uncle Ghazi mana pulak???” Tidak pernah pula dia mendengar jiran dengan nama itu sepanajng beberapa tahun duduk di kawasan ini. Ghazi... Ghazi mana? Ummi malas berfikir. Tanpa membiarkan soalannya dijawab, terus sahaja dia bangkit untuk ke dapur menyiapkan makan malam.
“Oh, ala... ummi tak kenal. Rumah dia jauh sikit. Lorong sebelah kedai runcit sana. Adik kenal pun sebab anak dia satu sekolah dengan adik.” Terjerit  Sara diautnya semata-mata ingin suaranya didengari ummi yang berada di dapur.

Idzhan sudah mengerut dahi dengan nada tinggi Sara. Memang bateri baru betul adik aku ni.  Cakap perlahan sikit tak boleh ke. Ni, purposely nak ummi tahu ke apa ni.
“Ala abang. Tak apa kalau ummi tahu pun. Ummi dah realise yang kita ni dah besar, dah kena get ready cari-cari dari sekarang. Esok, lusa tinggal kahwin je” Dah sebiji gaya cakap macam Hazman. Tapi, Hazman lelaki, yang adik aku ni anak dara. Perangai siapalah yang dia ikut ni... Haih.
“Adik cakap apa ni?” Tegang wajahnya. “Abang balik ni nak tengok papa tau. Bukan nak main-main.” Lelaki? Rasa sudah tercekik sudu. Namun dalam diam, dia tetap mengharapkan penjelasan Sara... dengan gaya egonya, tak nak main terjah je.
“Hum... Tau... abang janganlah risau. Papa ok. Doctor pun dah declare yang papa taka apa-apa. And I’m glad to hear that, bukannya tak sayang papa.” Dia cuba memadam syak wasangaka si abang. Ingat aku anak derhaka ke.
“Kita curi masa sikitlah, ajak kak Wid keluar ke apa... Tadi, adik nampak ada lelaki hantar kak Wid balik. Abang tak risau ke orang lain curi kak Wid?”
“Biarlah dia.” Mana boleh... Ish. “Hak dia tu. Lagipun abang mana ada apa-apa dengan dia.” Aku nak mulakan langkah sekarang ke?

Sempat lagi ke?
“Tak apa bang. Adik rasa belum lagi tu.” Sunnguhpun abangnya seakan menafikan tapi Sara tahu apa yang tersirat di sebalik hati si abang. Ribut dalam hatinya jelas nampak pada wajahnya walaupun dia cuba berlagak cool. Hati kering... Pirrah abang. Ingat Sara tak dapat baca ke...
“Bukan ummi je. Rasanya papa pun kena tahu ni” tak habis lagi dia mengusik Idzhan. Masih cuba dipancingnya perasaan sebenar Idzhan. Selagi Idzhan tidak mengakui ataupun menunjukkan reaksi yang dia mahukan, selagi itu dia tidak akan berhenti. Nasiblah... Kalau tak ditolak abang ni, tak berbinilah dia agaknya. Romeonya kadang-kadang lain macam, tapi nak declare punyalah susah. Nak mengaku punyalah payah. Macamlah dia tak pernah nampak Idzhan yang selalu sangat temankan Wilda petang-petang. Nasib baiklah dia sekolah sesi petang, dan Idzhan sesi pagi, kalau tak memang dah lama dikacaunya merpati dua sejoli itu.

Itu belum masuk babak si teruna yang memandu kereta untuk keluar ke jalan besar, mesti sengaja nak ikut jalan jauh lalu di hadapan rumah si dara. Padahal, jalan besar bukan main dekat lagi, tak perlu nak pusing-pusing belok sana belok sini. Bawak kereta pulak bukan main lajunya, tapi yang pelik bila masuk lorong  dekat rumah Uncle Ghazi tu... dan lalu pulak depan rumah orang tua tu... elok je slownya. Macam nak berhenti terus pun ada...

“Apa pulak???” Apa lagilah adik aku ni.
“Esok nak keluar, kena bawa kereta papa. Nak bawak anak dara orang lagi, takkan tak minta izin papa kot” Habis menuturkan kata-kata itu, dia bingkas bangun menuju ke meja makan. Ummi sudah sedia duduk di meja makan, menyendukkan nasi buat anak-anak.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2010 04:35 PM | Show all posts
tinggal jejak dulu...nanti baca...
dilanda kemalasan membaca..hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2010 10:13 PM | Show all posts
idzhan ni lambat mulakan misi..
tak salah jika dia bagi tahu perasaan dia
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2010 10:14 PM | Show all posts
laki yg lagi satu add ye...
dah tahu iffan dgn idzhan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.063742 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list