|
Edited by Lagubestbest at 21-11-2022 04:51 AM
Ni kot sebab PAS-PN dapat bolot semua seat kat Kelantan pada PRU15. Video pada minggu2 terakhir sebelum PRU15.
Bongkar punca masalah air Kelantan. Masalah tadbir urus la, masalah lemah kewangan la... yes betul tapi.. bukan salah PAS. Jelas PAS dikutuk dihina dimaki tanpa keadilan selama bertahun-tahun tanpa mampu membalas kata. Tapi nampaknya semua dibongkar hanya melalui 2 video tiktok berdurasi pendek. Kelantan jelas awalnya disabotaj dan sengaja dibiarkan hidup dalam masalah air yang semakin membarah oleh kerajaan pusat BN sejak tahun 1990.
Negeri2 lain dapat peruntukan berbilion, tapi kelantan dengan projek BAKU dah lulus dan jentera semua dah ready asas dah bina dibatalkan kerja begitu saja bila PAS mengambilalih Kelantan dari BN pada 1990, dibiarkan hidup tanpa peruntukan keperluan asas air walau sesen pun dari kerajaan pusat selama 13 tahun seterusnya diberi RM600 juta tu pun diberi secara ansur-ansur secara pinjaman dengan kontraktor dipilih kerajaan pusat.
PAS berjaya masuk kerajaan pusat pada 2020 dan ahli Parlimen Kubang Kerian naik jadi Menteri Alam Sekitar dan Air Malaysia. Dalam masa dua tahun je dah dapatkan RM1.3billion sedang bina loji TAPS Machang berkapasiti cover 7 daerah, RM700 juta naiktaraf loji2 sedia ada, RM50 juta bina 8 loji mini baru, RM70 juta baiki meter/ tangki. Paip baru dah tukar sebanyak 87km, otw lagi 340km.
PS: Giler kejam, dosa BN sabotaj Kelantan kemudian kutuk2 Kelantan terlalu berat nanang. Maybe juga jadi punca Atuk GTA tak dapat satu undi pun pada GE15.
|
air, kelantan, pas, bn, kerajaan, air, pas, air, pas, air, pas, air, pas
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|