CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11587|Reply: 21

Melayu Malaysia

[Copy link]
Post time 2-11-2010 04:38 PM | Show all posts |Read mode
Melayu Malaysia





PERSATUAN BOLASEPAK MELAYU MALAYSIA atau ringkasnya PBSMM merupakan antara persatuan yang tertua di negara ini dan ia telah ditubuhkan pada 19hb April 1947. Pada asalnya Persatuan ini diberi nama Persekutuan Bolasepak Melayu Semenanjung (PBSMS).
Mesyuarat pertama penubuhan Persatuan ini telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur dan Yang Dipertua pertamanya ialah Dr. Abbas bin Haji Alias, Setiausaha Agung Kehormat, Encik Md Said Abdul Rahman dan Bendahari Kehormat, Encik Mahmud bin Jintan. Persatuan ini telah didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaya pada tahun 1950 dengan nombor pendaftaran 889/50.

Selepas itu Persatuan ini dipimpin oleh beberapa orang tokoh negara diantaranya ialah, Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra, Yang Mulia Raja Shahriman bin Raja A. Hamid, Tan Sri Abdul Jamil Rais, Yang Berbahagia Dato' Mahmood Ambak, Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Senu Abdul Rahman dan beberapa tokoh lain yang nama mereka terpahat dalam rekod persatuan ini.

Pada tahun 1989, nama Persatuan ini telah dipinda kepada Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia. Pada Ketika itu, Persatuan ini dibawah pimpinan Yang Berhormat Tan Sri Dato' Sabbaruddin Chik.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-11-2010 04:40 PM | Show all posts
Tuan Hj Abdullah Bin Md Doon (Dollah Don)









Pasukan Bolasepak Melayu Semenanjung (1947)




Pasukan Bolasepak All Malaya Vs Hong Kong Chinese




Pasukan Bolasepak Melayu Singapura (1953)





Sources : http://soccerstarharimaumalaya.blogspot.com/


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2010 04:42 PM | Show all posts
Yakeb kunjungi bekas atlet





MUMTAZ (kiri) bersama Ghani Minhat (tengah) ketika melakukan kunjungan ke rumah bekas pemain bola sepak negara, Yusoff Bakar di Alor Setar, Kedah semalam.


DUA bekas atlet kebangsaan, petinju sekitar tahun 70-an, Sharif Ali, 67, dan pemain bola sepak, Yusoff Bakar, 75, dikunjungi pegawai-pegawai Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) diketuai Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Dr. Mumtaz Jaffar malam kelmarin.

" Kami datang melawat mereka untuk memberi suntikan semangat dan sumbangan kepada yang sedang sakit. Saya lihat mereka ceria menerima kunjungan kami, " kata Mumtaz ketika ditemui di rumah Yusoff di Taman Syed Mohamed di Alor Setar.

Turut hadir ialah Raja Bola, Datuk Abdul Ghani Minhat; bekas pemain negara, Khalid Ali ; bekas pelari pecut, Datuk M. Rajamani ; bekas jaguh bina badan, Datuk Malek Noor dan bekas pemain badminton, Rashid Sidek.

Mumtaz juga meminta atlet-atlet supaya mendaftar dengan Yakeb supaya kebajikan mereka terjaga dan bagi memudahkan bantuan disalurkan.

Katanya, Yakeb sukar membantu bekas atlet yang tidak mendaftar apabila mereka memohon bantuan.

Yusoff pula melahirkan rasa terharu dengan kunjungan rakan-rakan atlet untuk melihat keadaan beliau yang menghidap penyakit gout.

" Saya anggap ini penghargaan bermakna kerana selepas bersara daripada bola sepak, masih berpeluang bertemu rakan-rakan lama, " katanya.


- Bernama / Kosmo -





http://www.youtube.com/watch?v=owk1b-XGzwI



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2010 04:53 PM | Show all posts
PBSMM sertai Liga M mulai 2011




KANCAH Liga Malaysia (Liga M) 2011 bakal menyaksikan penyertaan pasukan Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM).

Presiden PBSMM, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru-baru ini telah memberi lampu hijau kepada PBSMM untuk mempersiapkan pasukan menyertai Liga Malaysia mulai musim 2011.

Sehubungan itu, Takiyuddin berkata, PBSMM telah menubuhkan Jawatankuasa Khas yang diketuai Timbalan Presidennya, Anuar Awad bagi memastikan persiapan ke arah itu berjalan lancar.

" Buat permulaan, kami akan bersaing dalam kempen Piala FAM dan jika berkemampuan, kami sedia untuk bersaing pada saingan Liga Perdana pada musim berikutnya, " kata Takiyuddin selepas Mesyuarat Ahli Majlis PBSMM di Kelana Jaya semalam.

Dalam pada itu, PBSMM turut bersetuju untuk menganjurkan Kejohanan Piala Dunia Melayu 2011 sejajar dengan penganjuran Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

" Kami cuba untuk menarik minat komuniti Melayu di negara seperti Afrika Selatan, Sri Lanka dan negara lain di Asia Tenggara," tambah Takiyuddin.

Mesyuarat semalam turut memutuskan bahawa saingan Piala Emas Raja-Raja musim ini akan diadakan selepas perlawanan Piala Agong antara Kelantan menentang Johor di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu pada 13 November 2009.

Cabaran peringkat awal Kejohanan Piala Emas Raja-Raja musim ini akan dijalankan mengikut format zon dengan Pulau Pinang selaku tuan rumah Zon Utara, Terengganu (Zon Timur), Selangor (Zon Tengah).

Namun, kedudukan tuan rumah Zon Selatan belum dapat diputuskan berikutan Johor dan Singapura menawarkan diri sebagai tuan rumah.

Turut diputuskan dalam mesyuarat tersebut ialah usaha PBSMM untuk meneruskan usaha menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Melayu Nusantara selain menyertai pertandingan-pertandingan jemputan di luar negara.



- Kosmo -


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2010 04:58 PM | Show all posts
PBSMM Bakal Mewarnai Liga Malaysia 2011



Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBSMM) akan membentuk satu pasukan seterusnya menyertai saingan Liga Malaysia (Liga M) bagi tahun 2011, demikian dimaklumkan oleh YB. Dato' Hj. Takiyuddin Hj. Hassan, Presiden PBSMM.

Menurut Presiden PBSMM itu lagi, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini telah memberi lampu hijau kepada PBSMM untuk mempersiapkan pasukan bagi menyertai Liga M 2011. Sehubungan itu PBSMM telah menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi memastikan persiapan kearah itu berjalan lancar.

Pengumuman tersebut dibuat pada ' Mesyuarat Ahli Majlis PBSMM kali Pertama ' selepas mesyuarat agung tahunan yang diadakan bulan lalu yang mana menyaksikan Dato' Takiyuddin yang sebelum ini hanya memangku jawatan Presiden dipilih sebagai Presiden yang baru.

Mesyuarat juga memutuskan bahawa saingan Piala Emas Raja-Raja musim ini akan diadakan selepas perlawanan Piala Agong di antara Kelantan dan Johor yang akan diadakan di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bahru, Kelantan pada 13 November 2009.

Seperti tahun lalu cabaran peringkat awal Kejohanan Piala Emas Raja-Raja musim ini akan dijalankan mengikut format zon dengan Pulau Pinang selaku tuan rumah bagi Zon Utara, Terengganu bagi Zon Timur, Selangor bagi Zon Tengah manakala kedudukan venue Zon Selatan masih belum diputuskan berikutan Johor dan Singapura kedua-duanya menawarkan diri sebagai tuan rumah.

Turut dibincangkan ialah langkah PBSMM meneruskan usaha untuk merealisasikan penganjuran ' Pertandingan Bola Sepak Melayu Nusantara ', menyertai pertandingan-pertandingan jemputan di luar negara di samping menggalakkan badan-badan gabungan negeri menganjurkan aktiviti masing-masing ke arah pembangunan sukan bola sepak di negara ini.

Juga dimaklumkan pada mesyuarat tersebut adalah kesediaan sebuah syarikat korporat sebagai penaja pertandingan Piala Emas Raja-Raja 2009 di mana ianya bakal diumumkan dalam sedikit masa lagi.



Sources : http://pbmkedah.blogspot.com/


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2010 06:50 PM | Show all posts
Malaysian Malays in M-League in 2011





The Malaysian Malays are eyeing a spot in the M-League in 2011.



Sources : http://rizalhashim.blogspot.com/


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-11-2010 12:05 PM | Show all posts
Harimau Malaya.com Futsal Club



PBSMM - ADABI - HMC | Liga Felda 2010






http://hmcfutsalclub.ning.com/



Official Sponsor : Adabi






Official Kit :  Altra





http://www.altra.my/



Official Community : Harimau Malaya.com
















Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2010 01:11 PM | Show all posts
Harimau Malaya.com (HMC) Blades






http://www.hmcblades.com/


HarimauMalaya.com (HMC) Blades for Unity.

Combining futsal team and football team (formerly known as Iman HMC FC at Selangor League).

Will join any futsal tournament and preparing team for next season Selangor League.

Team sponsored by Altra.my










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2010 02:47 PM | Show all posts
cm besttt je team baru nie.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2010 10:16 AM | Show all posts
Pasukan Melayu kedah telah berjaya melangkah ke peringkat suku akhir setelah Melayu Selangor tewas 3-4 kepada pasukan tuan rumah, Melayu Perak. Dan perlawanan malam esok bertemu Melayu Perak merupakan misi untuk menjadi juara Kumpulan C


Sources : http://pbmkedah.blogspot.com


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2010 12:48 PM | Show all posts
Kelantan kecewa, PBSMM Adabi kejutkan KWSP



Kelantan gagal layak ke pusingan akhir apabila sekadar seri 3-3 menentang Selangor dalam aksi terakhir Kumpulan A Lelaki yang berakhir semalam di Kompleks Sukan Triways, Shah Alam. Walaupun berkongsi 14 mata dengan pasukan lain, Kelantan terpaksa akur apabila kelebihan jaringan tidak memihak kepada mereka. Pasukan lain yang layak dari Kumpulan A adalah Felda United selaku juara kumpulan, Pulau Pinang, Selangor PKNS dan Selangor.

Kumpulan B pula menyaksikan Pahang mencatat kemenangan ke atas T-Team dan melayakkan mereka menjadi juara kumpulan. Turut mengiringi Pahang adalah Johor FC dan Selangor MPSJ yang turut mencatat kemenangan ke atas lawan masing-masing. PBSMM Adabi yang dibarisi pasukan muda pula mengejutkan pasukan pilihan, Kuala Lumpur KWSP seterusnya layak ke pusingan akhir nanti.

Bagi Kategori Wanita, Kumpulan A diungguli Selangor yang tidak pernah tewas dan diiringi oleh pasukan Selangor PKNS, Felda United dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Kumpulan B pula menyaksikan pasukan Selangor MPSJ, Sabah UMS, PDRM dan Selangor MBPJ turut layak ke pusingan akhir.

Pusingan Akhir Liga Futsal Kebangsaan Felda FAM 2010 akan diadakan di Kompleks Sukan Negara, Seksyen 20, Shah Alam pada 26, 27 dan 28 November dengan 4 pasukan teratas setiap kumpulan layak ke Pusingan Akhir.


Sources : http://sukanmania.com/



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2010 07:39 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 10-1-2011 12:01

Kelantan juara Puncak Piala Emas Raja-Raja 2010




KELANTAN memang hebat



Semalam, mereka muncul juara kejohanan bola sepak Puncak Piala Emas Raja-Raja Ke-70 selepas menewaskan Kedah 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan sehingga tamat masa tambahan pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, lapor ZAID MOHD. NOOR.

Jaringan Kelantan dilakukan oleh Rosairil Asrol Mat Nor, Mohamad Aris Zaidi, Ahmad Ezrie Shafizie Sazali dan Khairan Ezuan Razali.

Gol Kedah pula dijaringkan oleh Ahmad Fauzi Shaari, Shafizan Hashim dan Mohd. Firus Hashim.

Bagaimanapun, Kelantan mempunyai peluang terbaik pada minit kelapan apabila penyerangnya, Mohamad Ramzul Zahini Adenan yang melakukan gerakan cantik memasuki kotak penalti tetapi bola ditolak keluar pemain lawan sebelum sempat pemain itu melakukan rembatan ke gol.

Pada minit ke-15, Mohd. Aris Zaidi melakukan rembatan kencang dari luar kotak penalti tetapi sedikit melepasi sasaran.

Skuad Kelantan yang melakukan serangan bertali arus mencari gol semangat, sekali lagi mendapat peluang melalui percubaan Mohamad Ramzul yang hanya berhadapan dengan penjaga gol Kedah, Mohd. Al-Hafiz Hamzah pada minit ke-17, namun sentuhannya tidak tepat ke arah gol lawan.

Kedah yang banyak bertahan pada separuh masa pertama tidak ketinggalan melakukan serangan balas melalui Mohd. Hazwan Zainun dan Wan Mohd. Asraf Wan Ali tetapi berjaya dipatahkan pertahanan tuan rumah yang diperkuatkan oleh ketua pasukan, Sharudy Aziz.



- Kosmo -



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2011 12:08 PM | Show all posts
2011 U-20 Melayu Selangor












Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2011 07:50 AM | Show all posts
Sejarah PBMS amat panjang........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2011 05:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2011 02:51 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-12-2011 01:43 PM | Show all posts



Ching Hong Aik





Ching Hong Aik ketika mewakili Malaysia. Bertubuh kecil bukan halangan untuk mewakili negara yang tercinta. Kesebelasan utama Skuad Pra-Olimpik di Singapura pada Jun 1995. Duduk depan hujung kanan sekali ialah Ching Hong Aik yang memakai jersi no 8.

Final Piala Emas Raja-Raja ke-71 pada 1 Jan 2012 ini merupakan penampilan terakhir The Legend Ching Hong Aik anak jati Melaka dalam arena bolasepak tempatan. Beliau akan bersara setelah 18 tahun beraksi di padang.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2012 01:14 PM | Show all posts
Kedah United FC






KEDAH UNITED merupakan pasukan usahasama antara PBMK & Pan Empresa.. Kami di KEDAH UNITED lebih mengutamakan pembangunan bola sepak dari pelbagai aspek & juga perniagaan secara menyeluruh & profesional. Matlamat KEDAH UNITED adalah untuk menjadi sebuah pasukan yang terulung & berprestij di rantau Asia.




Pengesahan Penswastaan & PAN EMPRESA SDN.BHD sebagai wakil sah Persatuan Bolasepak Melayu Kedah






Berkuatkuasa 4 Februari 2012 PERSATUAN BOLASEPAK MELAYU KEDAH (PBMK) telah diberi nafas baru dengan menggunakan KEDAH UNITED sebagai persediaan untuk Liga Malaysia.




http://pbmkedah.blogspot.com/

https://www.facebook.com/pages/Kedah-UniteD/293818550674693




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2012 01:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2013 05:43 PM | Show all posts
Melayu Selangor FA







Melayu Kedah FA







Singapore Malay FC








Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.401754 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list