CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 287|Reply: 1

Mbappe berdepan hukuman FIFA

[Copy link]
Post time 29-11-2022 08:29 AM | Show all posts |Read mode

Penyerang Perancis, Kylian Mbappe. FOTO AFP

Doha: Kylian Mbappe berdepan hukuman FIFA selepas enggan ditemubual media bagi perlawanan kedua berturut-turut bagi aksi Piala Dunia.

Mbappe meledak dua gol ketika membantu kemenangan 2-1 Perancis ke atas Denmark dan mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati di Qatar.

Penyerang Paris Saint-Germain menjaringkan dua gol pada babak kedua sementara Andreas Christensen menjaringkan gol saguhati untuk Denmark.

Ia adalah persembahan yang mendapat pengiktirafan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan oleh Mbappe, yang terus menyerlah dalam kejohanan itu selepas meledak jaringan pada aksi pembukaan Perancis ketika menang 4-1 ke atas Australia.


Bermakna dia sudah menjaringkan tiga gol di negara Asia Barat itu dan hanya satu gol lagi menghampiri jumlah jaringan pada Piala Dunia 2018.

Begitupun, Mbappe enggan berhenti dan bercakap dengan media di zon yang ditetapkan selepas perlawanan dan bermakna dia serta Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) dijangka berdepan tindakan badan induk bola sepak dunia atau FIFA.

Selepas kemenangan ke atas Denmark, Kapten pasukan Perancis Hugo Lloris bercakap kepada media disamping rakan sepasukannya Aurelien Tchouameni, Antoine Griezmann, Jules Kounde, Olivier Giroud, Dayot Upamecano dan Raphael Varane - tetapi Mbappe berjalan terus tanpa berhenti.

FFF diberi amaran selepas Mbappe tidak hadir pada sesi temu bual selepas kemenangan ke atas Australia.

Malah jika melakukan perkara sama dia bakal berdepan tindakan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rdepan-hukuman-fifa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2022 10:26 AM | Show all posts
diva
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.095380 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list