CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 226|Reply: 0

Liverpool bakal dimiliki hartawan Qatar, Arab Saudi?

[Copy link]
Post time 29-11-2022 11:25 AM | Show all posts |Read mode

LIVERPOOL bakal berpindah milik daripada jutawan AS kepada hartawan Arab.


LONDON: Pemilik Liverpool, Fenway Sports Group (FSG) sudah memulakan rundingan dengan dua konsortium dari Arab Saudi dan Qatar berhubung penjualan kelab bernilai 3 billion pound (RM16.2 billion).

FSG mengejutkan peminat dengan meletakkan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu untuk dijual awal bulan ini dengan konsortium yang dimaksudkan telah menyatakan minat mereka.

Kedua-dua konsortium itu dikhabarkan telah menghubungi FSG.

Peminat Liverpool bimbang jika tawaran daripada konsortium Qatar dan Arab Saudi itu akan melibatkan kerajaan ekoran kedua-dua negara mempunyai rekod hak asasi manusia yang lemah menurut kaca mata Barat.

Kedua-dua konsortium itu bagaimanapun telah menghubungi pengarah FSG, Mike Gordon, yang juga salah seorang pengarah Liverpool bagi memaklumkan minat mereka.

Kedua-dua konsortium itu adalah perusahaan milik persendirian, namun itu tidak bermakna penglibatan kerajaan negara itu ke dalam pembelian Liverpool nanti tidak akan terjadi ekoran mereka dilaporkan mempunyai hubungan rapat dengan keluarga pemerintah masing-masing.

Menteri Sukan Arab Saudi, Putera Abdulaziz bin Turki Al-Faisal mengakui, kerajaannya akan menyokong tawaran pengambilalihan Liverpool dan menyaingi, Manchester United.

Sebelum ini, Red Devils telah dijual pemiliknya, Glazers pada Selasa minggu lalu, mencontohi tindakan FSG.

“Saya tidak boleh bercakap bagi pihak korporat, tetapi memang adanya minat dari kami terhadap sukan bola sepak. Ini adalah liga paling banyak ditonton di Saudi dan rantau ini. Kami ada ramai peminat EPL,” katanya. – AGENSI
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... n-qatar-arab-saudi/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.132352 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list