CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 43778|Reply: 40

Lagenda Tambuakar Di Sabah

[Copy link]
Post time 4-11-2010 07:29 PM | Show all posts |Read mode
Salam, try google lom ada lagi berkaitan ngan citer dan lagenda pasal TAMBUAKAR, yang cukup popular di sesetengah kawasan di Sabah.. ianya juga boleh dikatakan sebagai cerita dongeng masyarakat di persisir pantai dan sungai Sabah terutama daerah Sungai Papar sehingga ke Daerah Beaufort dan Pulau Penyu..

Apakah Tambuakar, mengikut penceritaan mulut kemulut peribumi Sabah ianya adalah seekor raksasa sungai yang besar serupa raksasa Loch Ness, berwarna hitam dan mempunyai leher yang panjang.. cerita mengenainya sudah lama tersebar terutama selepas pembukaan tapak2 baru akibat penjajahan Brunei ke atas pantai barat Sabah, yang mana ramai peribumi dan orang brunei mendiami persisir pantai dan sungai untuk bekalan air.. mengkut penceritaan dari mulut ke mulut, pelbagai bentuk di dakwa selain seperti Loch Ness yang mempunyai kaki seupa sirip, ada mengatakan ia seperti seekor ular besar yang menyerupai naga..

Versi lain pula oleh orang bangsa Dusun di Sabah, mereka percaya yang Tambuakar ni berasal dari sejenis ikan belut iaitu raja ikan Sinsilog.. ada mengatakan ianya adalah raja segala hidupan di sungai menyebabkan ia perlu hidup beratus taun dan ada mengatakan beribu taun untuk menjaga kerajaannya dan ia terus membesar dan membesar sehingga mencapai size seperti seekor naga..






Berbalik pada cerita pribumi dan bangsa Brunei yang menghuni persisir pantai pula, Tambuakar ni tidak diketahui mana asal usulnya sebab semasa penempatan baru dibuka memang dan kecoh mengenai Tambuakar ni dari mulut2 penduduk pribumi disitu masa tu.. dari penceritaan dan pengalaman orang2 tua, ada 2 bentuk digambarkan mengenai tambuakar ni :

1. Bentuk raksasa Loch Ness - berleher panjang berbadan besar dan mempunyai 4 kaki serupa sirip dan mempunyai ekor sepanjang kepalanya, tapi ada saksi pula mengatakan Tambuakar ni mempunyai 2 kepala dan dibelakangnya bukan lah ekor..

2. Bentuk naga / ular - ada saksi yang mengatakan ia seperti seekor ular tedung yang mendongakkan / mendirikan kepalanya ditengah2 sungai, mereka mendakwa x pernah melihat badannya dah hanya melihat kepalanya yang besar dan sedikit kembang..

Banyak cerita2 direkodkan sepanjang taun 30-60an sebab masa tu ramai mula membuat rumah disekitar sungai Papar, sungai Bongawan dan sungai Beaufort.. tempat paling famous orang ramai menceritakan mengenai munculnya Tambuakar ni adalah di persisir sungai Kg Surati, Papar, kampung ni betul2 di tepi sungai.. tapi mengenai Tambuakar ni berbentuk ular atau naga lagi famous berbanding bentuknya seakan Loch Ness,

Bila ditanya mengapa sekarang ni tiada penemuan2 terbaru mengenai kemunculannya, ramai mengatakan yang ia sudah mati dan x kurang mengatakan ia masih muncul sesekali tapi disebabkan pengangkutan air dah x digunakan lagi maka penceritaan mengenainya pon jarang didengari, tapi sesekali ada juga cerita2 mengainya melalui kaki2 pancing dan nelayan disekitar sungai tersebut, alasan diorang x nak ceritakan sebab takut dikatakan gila dan sekarang ni ada kamera dan hp yang boleh snap gambar makhluk ni..

Ramai percaya haiwan lagenda ni still hidup sampai ke hari ni disebabkan penemuan lobang2 besar di bawah tanah sepanjang sungai2 tersebut semasa kerja mencucuk cerucuk membina jambatan masa membaiki jambatan Papar yang roboh pada taun 2000 dulu selain di tempat2 lain sepanjang sungai tersebut.. dikatakan ianya mengunakan kepalanya untuk membina lubang di bawah sungai tersebut dan membina laluannya sendiri di bawah sungai untuk keselamatannya, tapi ada gak versi lain mengatakan ia ada 4 tangan yang digunakan untuk menggorek tanah untuk membina laluannya..

Ok tu je setakat ni, harap rakan2 di Sabah dapat membantu menambahkan fakta mitos dan lagenda haiwan ni.. geng2 jangan gelak plak, dah nama pon mitos kan so macam versi lah macam naga tasik Chini gak hehehe..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2010 11:04 PM | Show all posts
Macam ikan linang je aku tgk... takpun belut...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2010 11:21 PM | Show all posts
Macam ikan linang je aku tgk... takpun belut...
JodoKast Post at 4-11-2010 11:04 PM


Betul lah tu sejenis ikan belut iaitu ikan sinsilog panggilan kaum dusun.. nanti den nak cari plak info pasal cerita2 rakyat mengenai Tambuakar ni, pastu nak cari info pasal "GALAP" ni istilah setempat untuk mengambarkan fenomena pusaran air di sungai dan laut yang banyak meragut nyawa dan kaitannya dengan Tambuakar dan macam2 lagi, x banyak info masa google so sekarang ni kekurangan info, tunggu kalau2 ada geng2 dari Sabah leh share info plak.. banyak panggilan untuk Tambuakar ni kat Sabah, lain kaum lain mitos dan ceritanya, tapi makhluk yang di gambarkan tetap sama..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2010 11:24 PM | Show all posts
Ok dapat 1 lagi info, tapi ni cerita dari kaum dusun sama seperti cerita di atas tapi tempat kejadian lain kat Ranau :

TAMBUAKAR

Menurut cerita lisan kaum Dusun di Ranau, Tambuakar berasal daripada ikan Sinsilog (sejenis ikan Belut). Ikan ini telah bertukar sifat dan bentuknya mengikut peredaran masa. Perubahan ini berlaku dalam masa ratusan tahun malah ada orang tua-tua menyatakan beribu-ribu tahun.


Kebanyakan orang tua di bahagian daerah Ranau, menceritakan bahawa Tambuakar berasal dari seekor ikan lalu bertukar bentuk badan yang besar separti naga di mana mempunyai kaki dan tangan. Disebabkan bentuk badan dan dengan adanya tangan dan kaki, ia mempunyai keistemewaan untuk membuat tempat tinggalnya.


Ia tinggal dalam air yang dalam dan berlobang. Dikatakan bahawa, tambuakar boleh menahan aliran air sungai dengan cara membuat benteng. Dengan sebab itu sungai bertukar menjadi tasik. Ada beberapa orang tua menyatakan bahawa suatu ketika dahulu bandar Ranau adalah sebuah tasik yang besar. Tasik ini terbentuk disebabkan oleh aktiviti Tambuakar tersebut.


Tambuakar yang menghuni tasik ini, menjadikan apa saja haiwan sebagai makanannya. Tambuakar boleh memakan sekali lahap seekor kerbau atau sapi. Tasik di Ranau ini dikatakan sebagai tempat yang paling menakutkan,. manusia juga menjadi mangsa apabila mendekati tasik ini.


Tambuakar dikatakan mempunyai satu kuasa atau aura yang boleh melemahkan mangsanya. Mangsa tidak berdaya bergerak untuk melarikan diri dari tambuakar. Dalam beberapa kejadian dikatakan tambuakar sengaja mengalirkan banjir dengan membuka pintu air. Apa bila haiwan atau manusia terkena banjir maka mereka lari menyelamatkan diri. Pada masa inilah tambuakar akan menjalankan peranannya untuk menangkap mangsanya.


Tambuakar menyebabkan kesengsaraan hidup orang Dusun di Ranau. Mereka tidak lari dari kawasan tasik tersebut kerana kawasan tersebut subur untuk pertanian di samping bekalan air yang banyak.


Tambuakar dikatakan mati apabila sebuah gunung berapi meletup di satu bahagian di pekan Ranau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2010 11:30 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2010 07:23 PM | Show all posts
wah PB ... berkampung kat sini pulak .. best ... ada oerkara baru  yg nak dibaca ..

PB ni ada kaitan tak dgn cerita Ilah mengenai arwah atuk sebelah asben dia .. masa berjalan kat hutan Borneo berjumpa dgn ular besar  tu ...

KISAH MISTIK ARWAH DATUK MERTUA NGAN ULAR NAGA DI BORNEO
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-11-2010 08:17 PM | Show all posts
wah PB ... berkampung kat sini pulak .. best ... ada oerkara baru  yg nak dibaca ..

PB ni ada kai ...
ea208964 Post at 5-11-2010 07:23 PM


Thanx Ea btw den dah baca citer tu dulu, tapi Ilah x specifickan kat mana tempatnya, Borneo kan besar x tau la Sabah ke Sarawak, btw Tambuakar ni pula lebih kepada raksasa laut bukan di darat, kalau ular pon dikatakan ia sejenis ular laut yang berbisa banyak kat Sabah sana.. mengenai cerita Ilah tu, den pon dengar macam2 citer pasal ular raksasa ni dan banyaknya dengar cerita2 kedai kopi.. biasalah cerita macam ni cerita x bertulis, pengalaman dari ranjer2 hutan dan askar dulu2, tapi kat Sabah ni semasa penerokaan tanah baru oleh orang2 Brunei selepas penjajahan, cerita paling top orang kenit duk dalam hutan, orangnya renek jek dia datang ke kampung2 untuk menukarkan barang2 hasil hutan dengan rokok dan mancis.. macam2 citer orang tua dulu katanya ianya orang bunian la, orang asli la yang sebensar budak tadika jek tapi berotot dah tak bercakap hanya menggunakan bahasa isyarat.. barang yang suka ditukar adalah daun silat, daun pisang dan sayur2 berdaun macam pucuk paku, lamiding dan sayur manis.. x pe nanti ada masa den try cari info mengenai 2 cerita ni pasal ular yang macam Ilah cerita tu dan orang buntak (kenit)..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2010 08:20 PM | Show all posts
Tapi mungkin juga itu adalah Tambuakar seperti yang orang katakan, sebab dia duk dalam tanah kan sebab ada lobang dan dia keluar dari lobang untuk mencari makanan dan lobang tu adalah tempat dia bertapa.. dah PM Ilah mintak keizinan dia untuk tepek cerita dia kat sini, nama pon cerita mitos dan legend kan, mana2 cerita berkaitan boleh ditepek asal ada berkaitan dan persamaan..
KISAH ARWAH DATUK MERTUA NGAN ULAR NAGA DI BORNEO
by ilahkhatibrani

Arwah datuk mertua ilah suka membeli tanah..terutama tanah yang lum diterokai...arwah seorang yang sangat berani..kira leh gi sorang2 masuk hutan gi tengok kebun buah ........pada tahun 1980.arwah datuk mertua..nie bercadang nak beli tanah di barat tanah borneo....jadi dia pun bersama 4 org kawannya gi ke pejabat tanah tuk tanya dan meminta kebenaran nak gi tinjau tanah maner yang leh dibeli.....alhamdullilah ...ada.dan terletak kat barat borneo..jadi  2 pegawai tanah bersama  2 pegawai renjer hutan gi menemani dan menunjukkan jalan bersama arwah datuk dan 4 org kawannya menerokai hutan kat barat borneo...time nie hutan kat borneo banyak lum diterokai..tebal giler


jadi ada 9 org termasuk arwah datuk mertua gi masuk hutan tebal simpanan kat borneo tuk melihat tanak yang ingin dibelinya.....keadaan hutan mase nie..walaupun masih siang tapi gelap sedikit kerana banyak pokok besar yang menghalang chaya matahari masuk....jadi bila dah asar ..dah gelap sedikit...jadi dorang semua membuat keputusan berehat sekejap sebelum sambung  lik perjalanan...

sampailah dorang jumpa tempat yang strategik tuk berehat  iaitu di sebatang kayu yang sangt besar lebarnya sudah tertanam separuh kedalam tanah ...serta berlumut penuh kehijauan....

jadi mereka watlah ungun api ngan kayu2 kat atas batang pokok yang tertanam separuh kat tanah nie.....manakala...mereka sembilan org nie termasuk arwah dok kat batang pokok nie ....kiranya empat org kat sebalh kiri..dan lagi lima org kat sebelah kanan..dan tengah api yang dinyalakan ngan longgokan kayu kat atas batang kayu besar berlumut tu...


pada mulanya tiada apa2 yang berlaku....sehinggalah kayu yang dibuat tuk unggun api tu semakin habis dah api tu mula membakar batang kayu yang berlumut tu..


..pabila api mula membakar di batang kayu besar berlumut tu...tiba2 batang tersebuk bergerak dan meliuk 2..ke kiri dan kekanan...dan terangkat ke atas....dan terus sebahagian badan batang pokok yang berlumut yg tertanam separuh di tanah terkeluar daripada tanah..serta mengeluarkan bunyi mendesis dan hembusan angin kuat

tanpa berlengah lagi mereka melompat terjun daripada batang pokok berkenaan..dan terus lari kearah hadapan..dan tinggalkan semua barang2 kat situ ...dalam kekalutan nie ...salah sorang daripada kawan arwah datuk berlari laju..kearah sebelah kiri dan terus ke depan kerana terlalu panik....

sementara arwah datuk mertua ngan lagi tujuh org yang lain berlari kehadapan terus berlari tak hingat sampai terjatuh2 langgar akar pokok kat utan..sampai lah dorang berhenti berlari kepenatan...dan time nie arwah datuk terus perasan yang salah sorang kawannya hilang ....

tanpa berlengah masa mereka memanggil nama kawan arwah datuk nie..ngan melaungkan nama beliau kuat2 kat dalam hutan....tetapi tiada jawapan....sampailah datuk nak pergi ke tempat yang tadi...sebab takut sesuatu terjadi kat kawan dia yang hilang nie.....tetapi dihalang oleh yang lain sebab time nie keadaan di hutan semakin gelap...setelah dinasihat oleh pegawai renjer hutan..yang pencarian dalam gelap hanya sia2 jer..jadi datuk mencadangkan besok pg dorang patah lik dan mencari kawan yang ilang..tu...

jadi mereka pun gi berpatah lik dan tido di pondok renjer hutan borneo


pada keesokkan harinya..mereka bergerak lik ketempat semalam..tetapi kali ni lebih berhati2..mereka tidak menhampiri tempat batang kayu ijau yang berlumut sebaliknya memerhati dari jauh..terutama bila arwah datuk cakap dia syak batang kayu berlumut tu ialah badan ular...bertapa...

mereka berjalan memerhati sampailah ternampak di depan dorang kawasan yang lapang macam padang bola tidak jauh dari tempat dorang buat unggun api semalam....dari sebelah kiri ke depan dari arah unggun api tu dibuat..dan tul2 arah yang kawan arwah datuk yg ilang  lari semalam

time nie arwah datuk dah rasa lain macam dan suruh yang lain jangan bergerak..dan serentak tu juga  datanglah dua ekor khinzir utan liar melintas di kawasan lapang tu..dan tetiba dorang dengan bunyi berdesis dan hembusan cam nafas serta cam ngauman yang amat kuat   

manakala...dua ekor khinzir tu tiba2 cam disedut...dan abis semua batu2..dan daun pokok serta ranting pokok yang berhampiran terbang dan disedut bersama2 dua ekor khinzir tu...dan time arwah datuk terus nampak ...ya-Alllah ...besar tul .dan cepat2..dikerahnya yang lain kuar dari situ..sementara yang lain tanpa bersuara..terus meninggalkan tempat tu dengan segera...dan sampai ke hari ini kawan arwah datuk tu tidak tahu dimana ...dan dorang anggap kawan yang ilang tu sudah meningggal tetapi tida kubur  

..kenkawan nak tahu..apa yang dilihat oleh arwah datuk mertua ilah....hmm dia nampak bende yang menyedut 2 ekor khinzir tu serta mengelurkan ngauman tu ilah kepala ukar yang sangat besar..sangat..semasa ular nie sedut dua ekor khinzir nie...ular nie juz juz bukak mulut..nganga..dan terus di sedut khinzir tu masuk kedalam rongga mulutnya..time nie kata arwah datuk ...taringnya panjang tul..dan matanya sebesar dulang ....sebab tu arwah datuk suruh yg lain cepat2 beredar dari situ...jadi arwah datuk wat kesimpulan yang kawannnya yg ilang tu sudah mati disedut olleh ular tersebut...

tetapi kater datuk pada tahun 1986..kawasan yang dorang pernah nampak ular bertapa tu telah diterokai tuk pembalakan dan peliknya bila datuk gi saner ular terbabit telah tiada ..hmm mungkin dah abis bertapa....dan sudah pergi ke..laut..

..sementara tempat yang ular bertapa tu...ada banyak intan permata...jadi disitu ramai org berduyun gi melombong intan permata nie...tetapi tetiba intan permata nie hilang cam tu..walaupun digali..tidak dijumpai....bila ditanya ngan arwah datuk..arwah datuk hanya berkata sambil tersenyum...' hmm org bunian dah amik baliklah tu..dan alihkan tempat lain'
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2010 08:38 PM | Show all posts
aha ..mmg bagus PB ... research lagi pasal ni ..mmg isu menarik untuk dikupas ... kisah2 mcm ni ..mungkin perkara biasa atau remeh bagi seseorang ..tapi cerita macam ni lah yg menjadi sebahagian dari warisan kita ...  ...mmg bagus untuk dikongsi ..

orang kenet , ular gergasi  dan macam2 lagi ...  kongsi kongsi kan lah ...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2010 08:56 PM | Show all posts
tapi tak pernah lak org jumpa naga kat laut..

(kalau betul la naga2 yang da habis bertapa ni akan pergi ke laut)
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2010 09:10 PM | Show all posts
Reply 8# princebrunei

PB ..memandang kan ni bod lagenda , Mitos dgn Sejarah .. mungkin boleh risik dgn ilah klu ada 'MITOS' yg boleh dishare ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2010 11:45 AM | Show all posts
tapi tak pernah lak org jumpa naga kat laut..

(kalau betul la naga2 yang da habis bertapa ni akan ...
thessailly Post at 5-11-2010 08:56 PM


Tu versi lain citer si Ilah, tapi kalau Tambuakar ni dia kat sungai jek.. tapi sungai Papar adalah sungai yang terjejas teruk skng, pernah terbaca kat paper dulu kata dalam proses pemulihan, jap nak cari info pasal tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2010 11:49 AM | Show all posts
Masuk dalam kempen 1 State 1 River ni setakat info tambahan jek ye, x de kaitan..
                     Sungai Papar, Sabah                     

        
www.rrsabah.blogspot.com
Location: Starts from Crocker Range and flows into the South China Sea

Size Of river basin: 800 sq.km

Length of river: 80 km

No. of dams: nil

Natural lakes: no. and names: nil

Main functions/uses: Drainage channel, Irrigation, Domestic water supply, A source for fine aggregates, Navigation, Recreation


Why was Sungai Papar chosen for Sabah’s 1S1R campaign?

The Status of Sungai Papar

Location: Kg. Kopimpinan (5 km upstream from Pekan Papar)

Class II


Location: Kg. Simpudu (15 km upstream from Pekan Papar)

Class I



                     What is Being Done?                     
        

A) Institutional setup

2 committees formed

District Catchment Management Committee (DCMC)


SETUP

- Headed by the District Officer

- All relevant departments and agencies are members of the committee.


MAIN FUNCTIONS

-
To make decisions and take action on matters related to catchment management.

STATUS

- The Papar DCMC was formed in Sept 2005 and can be adopted when the Sabah Water Resources Council is fully established.

District Technical Taskforce (DTT)

SETUP

- Headed by the District Water Resources Manager/DID District Engineer.

- Comprises of all relevant technical government agencies as members.

MAIN FUNCTION

-
To provide technical support to the DCMC in terms of data collection, analyses, interpretation and technical advice.

STATUS

-
The Papar District Technical Taskforce was formed in Sept 2005.


B) Capacity building

-
MSMA & ESCP courses.

- Training on "Rapid Water Quality Assessment (RWQA)" & "River Corridor Description".

- Water quality assessment : The Bio-Indicator Approach



C) Regulatory measures

- A state level Drainage Plan Committee was formed to look into Drainage Plans for all development proposals submitted to DID to ensure consistency and compliance with all pertinent Laws and Guidelines.


D) Monitoring

- River flow and water level monitoring.

- Water quality monitoring

  • Rapid Water Quality Assessment & Bio-indicator approach.

- Monitoring and reporting on illegal occupation of river reserves and activities in water bodies.


E ) Mitigating measures

- Installation of “Grease & food waste traps” (Simpak) in several eateries and restaurants in Papar Town.



F) River Basin Information Management

A River Basin information Managemet System is being constructed for Sungai Papar Catchment.



                     What can Be Done?                     
        


- Crystal carbon bio-tech system

The existence of this solution has been disseminated to relevant agencies.

- EM bio-technology solution

DID Sabah is considering this solution

- Planned physical improvement to Sungai Papar

Creation of River Esplanande along Papar River at Town Area.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2010 12:05 PM | Show all posts
nice thread PB...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2010 11:28 AM | Show all posts
bestnya cerita ni..
tiap2 hari lalu dekat tasik the mines..terbayang2 makhluk mcm loch ness tu tengah terapung..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2010 09:52 PM | Show all posts
bestnya cerita ni..
tiap2 hari lalu dekat tasik the mines..terbayang2 makhluk mcm loch nes ...
yenil95 Post at 8-11-2010 11:28


salam yenil ...

siap boleh imejin loch ness tu ...

aha.. PB ..ada kaitan tak lagenda  ni dgn sulur bidar ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2010 10:27 PM | Show all posts
Banyak sangat orang citer pasal makhluk panjang besar duduk kat kawasan nusantara nih. Mungkin ader  kebenarannye lagenda nih.......mungkin sebab selat Melaka tempat favorite diorang kot?

Atau mungkin mereka sedang menjaga seuatu?

banyaknye mungkin......hehehehe....teruskan usaha mu TT
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 09:14 AM | Show all posts
uihhhh best betul kalo mancing dpt ikan mcm ni punya beso................
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 09:31 AM | Show all posts
Tambuakar dikatakan mati apabila sebuah gunung berapi meletup di satu bahagian di pekan Ranau.
princebrunei Post at 4-11-2010 23:24



    kat ranau ada gunung berapi ker??????hmy3:
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 11:58 AM | Show all posts
nak lagi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.092946 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list