CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 231|Reply: 0

[Sarawak] Industri lada Sarawak sumbang 90 peratus daripada sumbangan industri kepada KDNK negara

[Copy link]
Post time 1-12-2022 03:36 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING, 30 Nov (Bernama) -- Industri lada Sarawak menyumbang 90 peratus daripada sumbangan RM2.2 bilion industri lada Malaysia kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2021, kata Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom.

Beliau berkata jumlah pengeluaran eksport lada Sarawak tahun lepas berjumlah 8,097 tan metrik yang bernilai RM151.2 juta.

“Dalam suku ketiga 2022 (S3 2022), nilai eksport lada Sarawak meningkat daripada RM102.0 juta kepada RM136.5 juta berbanding Suku Ketiga 2021.

“Destinasi utama eksport lada Sarawak ialah Jepun, Vietnam, Taiwan dan Korea Selatan,” katanya dalam ucapan penggulungan Bajet 2023 negeri pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak, di sini, hari ini.

Rundi berkata harga lada ketika ini stabil pada purata RM13,000 setan metrik bagi lada hitam dan RM23,300 setan metrik bagi lada putih.

“Harga dijangka berada dalam jajaran RM15,000 hingga RM17,000 setan metrik bagi lada hitam dan RM25,000 to RM26,000 setan metrik bagi lada putih pada 2023,” katanya.

Beliau berkata, memandangkan kepentingan industri lada kepada ekonomi negeri, terutamanya bagi 37,484 pekebun kecil lada ketika ini, penting bagi Sarawak untuk memainkan peranan lebih besar dalam industri tersebut.

“Mustahak untuk menubuhkan Lembaga Lada Sarawak sendiri untuk mempercepat pembangunan industri lada premium,” katanya.

-- BERNAMA



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 4769 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.083247 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list