View: 333|Reply: 0
|
[Sarawak]
Remaja maut, kereta bertembung lori 10 tan
[Copy link]
|
|
SERIAN: Remaja 18 tahun maut selepas Perodua Alza yang dipandunya bertembung dengan lori 10 tan dan terbakar sepenuhnya berhampiran Kampung Jirok, Jalan Serian-Aman, malam tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian dimaklumkan tentang insiden kira-kira jam 10.24 malam.
“Pertembungan antara kedua-dua kenderaan tersebut menyebabkan Alza terbakar 100 peratus.
“Lebih malang, pemandunya Derry Ronston Jong ditemui maut di lokasi kejadian dengan kesan melecur 20 peratus di badan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Jelasnya, mayat diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Sementara pemandu dan kelindan lori yang masing-masing berusia 55 dan 49 tahun mengalami kecederaan ringan dan dikejarkan ke Hospital Serian.
Kata kenyataan itu lagi, pasukan bomba membuat pemadaman menggunakan satu aliran saluran bantu mula air pam jentera.
Operasi tamat sekitar 2.36 pagi tadi.
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|