CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 385|Reply: 1

‘Saya tak pernah jumpa pemain tolak panggilan skuad kebangsaan’

[Copy link]
Post time 1-12-2022 11:24 AM | Show all posts |Read mode

KIM Pan Gon memantau sesi latihan skuad Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam dalam persiapan menghadapi Piala AFF yang membuka tirai 20 Disember. – IHSAN FAM



PETALING JAYA: Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon me­ngakui, ini kali pertama sepanjang kariernya sebagai jurulatih menyaksikan pemain menolak panggilan pasukan kebangsaan.

Pengendali berusia 53 tahun itu yang pernah membimbing skuad kebangsaan Hong Kong dan beberapa kelab di Korea Selatan sejak 20 tahun lalu tetap tenang menghadapi keadaan tersebut.

Walaupun pertama kali berdepan situasi itu, Pan Gon dilihat profesional apabila langsung tidak menunjukkan tanda-tanda kekecewaan, sebaliknya tetap bersemangat untuk membentuk skuad terbaik menjelang saingan Piala AFF bermula 21 Disember ini.

Beliau juga menerima keputusan di mana kempen Piala AFF yang berlangsung di luar jendela perlawanan antarabangsa membolehkan kelab atau pemain menolak panggilan skuad kebangsaan.

    Sesi latihan skuad Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya, pagi ini.#Sanctband #SanctbandGlobal pic.twitter.com/nnqXEHZam4

    — FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 30, 2022

“Ya, dalam karier saya ini adalah pertama kali. Saya be­kerja di sini, di Malaysia, jadi saya harus menyesuaikan diri dan menerima apa sahaja perubahan, saya tidak mahu merungut.

“Lagipun perkara sebegini memang boleh berlaku kerana ia termaktub dalam peraturan FIFA, saya terima keputusan dan kepada pemain-pemain yang sertai kami, kami berikan layanan yang baik kepada mereka dan cuba jadikan pasukan ini satu pasukan yang baik,” katanya.

Sebelum ini, 12 tonggak Harimau Malaya, 11 daripadanya pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) – Shahrul Saad, Corbin Ong, Nazmi Faiz Mansor, Arif Aiman Hanafi, Akhyar Rashid, Matthew Davies, Syafiq Ahmad, Afiq Fazail, Syahmi Safari, Shio Hong Wan dan Natxo Insa tidak dapat menyertai Harimau Malaya.

Terbaharu dua pemain Kuala Lumpur City, Akram Mahinan dan Declan Lambert turut menolak panggilan berkenaan.



Kempen Piala AFF kali ini menyaksikan Malaysia diletak dalam Kumpulan B bersama Myanmar, Laos, Vietnam dan Singapura.

Harimau Malaya dijadual menghadapi dua aksi persahabatan menentang Kemboja dan Maldives pada 9 dan 14 Di­sember ini, di Bukit Jalil dan Stadium Kuala Lumpur .

Pan Gon turut mengakui ke­sempatan ini peluang terbaik­nya menilai kemampuan dan prestasi pemain lain.

“Perpaduan adalah nilai negara Malaysia jadi daripada kita pisahkan pemain-pemain, lebih baik kita bersatu,” ujarnya

https://www.utusan.com.my/sukan/ ... n-skuad-kebangsaan/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2022 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Koya pemain bola msia ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.073480 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list