CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23699|Reply: 200

dr rozmey nak tawarkan Pamela Anderson blakon dlm pilem heols

  [Copy link]
Post time 6-11-2010 03:13 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Nadia90 at 6-11-2010 16:26

BELUMPUN reda kita dikejutkan dengan sasaran RM40 juta filem 2 Alam, Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) selaku produser mahu membuat kejutan baru esok (7 November) serta projek 2011 syarikatnya.

Ketika ditemui di pejabatnya di Jitra, Kedah, DDR mahu orang ramai tunggu depan televisyen esok kerana dia akan membuat kejutan itu, tetapi tidak mahu menceritakan secara terperinci memadailah perutusan khas caranya tersendiri.

“Intro kata-kata saya di televisyen esok begini, “Saya Datuk Dr Rozmey pemegang label Dr Rozmey ingin mengisytiharkan...” Perutusan dalam 52 saat itu bukan bertujuan menyinggung mana-mana pihak, cuma ia lebih berunsur gimik untuk tarikan filem sulung saya. Jika perutusan berbentuk iklan itu mencetus kontroversi, saya tidak hairan kerana ia samalah seperti sasaran RM40 juta yang masih bingung difikirkan orang boleh atau tidak,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd juga penerbit dR Movie Production itu berkata idea membuat perutusan seperti aksi penyimpan besar mohor raja-raja itu tercetus apabila memikirkan filem 2 Alam akan memulakan tayangan pada hari kedua Aidiladha.

“Saya membuat perutusan awal seminggu sebelum tayangan supaya orang ramai khususnya peminat filem tempatan bersedia ke pawagam,” katanya.

Cuma tinggal 12 hari lagi filem 2 Alam akan ditayangkan di 85 panggung di tanah air termasuk Singapura dan Brunei bermula.

Sekalipun filem itu yang akan berentap dengan Harry Potter itu belum teruji lagi di pawagam, DDR sudah merangka beberapa projek terbaru untuk tahun depan yang disifatkan sebagai transformasi global supaya penggiat filem tempatan berjiwa besar sekali gus mencontohi apa yang dilakukannya.

Jika 2 Alam saya mengundang dua pelakon luar, Aaron Aziz dan Shuhaila Salam dari Singapura, Untuk projek 2011, saya mahu menawarkan Pamela Anderson berlakon dalam filem saya. Pihak produksi saya sudah merangka beberapa projek baru yang akan kami laksanakan secara usaha sama.

“Sebagai permulaan saya akan berusaha untuk menjalani usaha sama dengan penggiat filem Thailand. Perkembangan filem negara jiran kita sebelah utara itu kian mendapat perhatian antarabangsa. Melalui filem usaha sama kelak dapat kita selitkan bintang ternama Hollywood itu nanti. Untuk projek sulung usaha sama begini, saya mensasarkan filem bercorak aksi dan kita maklum selain mistik filem Thailand sinonim dengan filem aksi” katanya.

Tidak dapat kita bayangkan jika impian DDR berjaya menyunting bintang seksi Baywatch itu, pastinya ia menjadi fenomena baru dalam filem Melayu.

Bertambah menarik jika dapat diselitkan adegan Pamela mencuba Jus Mate 5 untuk kesegarannya sejajar dengan tagline produk DDR, World Brand.

Belum setahun jagung menjadi produser, DDR mulai merasai getirnya tersendiri berbanding bisnes Jus Mate 5.

Sasaran RM40 juta yang dilaungkan itu menjadi persenda segelintir pihak bahkan tidak kurang menyifatkan dia menerbitkan filem tidak serius sekadar untuk ‘test market’ semata-mata.

“Tidak terlintas untuk saya test market dalam filem tetapi mahu membuat transformasi baru untuk penggiat filem mencontohinya. Saya tidak mahu jadi produser beria-ria menyebut setahun nak terbit sepuluh filem, untuk syarikat saya memadailah setahun, kami dapat terbitkan satu filem saja.

“Biarpun pun satu filem, ia menjadi bualan ramai, itu yang saya mahu. Umpamanya filem 2 Alam ini, di merata ceruk ramai yang memperkatakan sasaran RM40 juta itu. Saya sedar ada yang memperlecehkan impian saya itu tetapi salahkah jika saya mempunyai jiwa besar. Saya bukan Mat Jenin yang berangan-angan tanpa berusaha, sebaliknya saya memerah keringat sendiri, keluar wang sendiri bukan minta bantuan sesiapa untuk filem saya. Saya ada kapasiti seperti idea dan wang untuk menggapai impian saya, justeru saya harap pihak lain yang cuba perlecehkan saya kena ada integriti.

“Mengapa kita takut untuk bercakap filem Melayu mensasarkan RM40 juta. Ia samalah ketika PM dulu, Tun Dr Mahathir mahu mendirikan Menara Berkembar Petronas menjadi bangunan tertinggi di dunia, ada yang persenda impiannya itu. Bagi saya apabila impian sudah disemat seperti mahu filem kita cecah RM40 juta, atas daya keringat kitalah untuk direalisasikan. Saya yakin berkat usaha dan doa tidak mustahil ia menjadi realiti,” katanya.

-harianMetro



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2010 03:26 PM | Show all posts
dia buat dah...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2010 03:28 PM | Show all posts
adeh la .. rasa macam nak kena papah ...  
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2010 03:29 PM | Show all posts
dia ni betul2 medical DR ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2010 03:35 PM | Show all posts
pamela anderson malaysia ke ni...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2010 03:37 PM | Show all posts
aku rasa, dia maksudkan saripah aini kot... sebaik datuk balik dr haji
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2010 03:39 PM | Show all posts
sudah la tu DrRozmey
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2010 03:46 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-11-2010 03:47 PM | Show all posts
pamela anderson malaysia ke ni...
h1 Post at 6-11-2010 15:35



    x main la msia punyer
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2010 03:48 PM | Show all posts
muntah ada.. cirit ada dgr vta2 dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2010 03:52 PM | Show all posts
cehh...daripada pamela anderson, baik amik miyabi

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2010 03:55 PM | Show all posts
DDR oh DDR.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2010 04:07 PM | Show all posts
pe lagi dr nie..sudah2 la tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2010 04:11 PM | Show all posts
aduhai dia ni...
mcm2 betui...
tapi takpe la at least ko tak tipu duit org..
ko usahakan sendiri nak success
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2010 04:16 PM | Show all posts
Dr romzey nie kaya betui
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2010 04:17 PM | Show all posts
nak wat filem 18sx lg ke DR Rozmey ni..tambah lagi pamela anderson tu kan mmg palakon daring2 punyer..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2010 04:22 PM | Show all posts
Tengah membayangkan Pamela Anderson memegang watak macam Erra Fazira dalam Sembilu.
Cam tu lah agaknya kot
...Berpasangan dgn Jalaluddin Hassan. Sebaya kaedahnya
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2010 04:31 PM | Show all posts
Pulak doh, frust le tu gamak nyer coz Dua Alam xdapek capai 40 juta...

wacko jacko btui le.....alahai
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2010 04:36 PM | Show all posts
mesti aksi lebeh kalah 2 alam... nape p'puan ni yg dia nak panggil. sah citer 18sx. nak brape alam?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2010 04:36 PM | Show all posts
Bertambah menarik jika dapat diselitkan adegan Pamela mencuba Jus Mate 5 untuk kesegarannya


gigihnyaaa...

frust ah pamela anderson malaysia.. x dpt nk menarik prhatian doktot neyhh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.405451 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list