CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3538|Reply: 19

Orang Cina Jarang Renovate Rumah Untuk Impress Tetamu? Ini Sebabnya

[Copy link]
Post time 7-12-2022 04:35 PM | Show all posts |Read mode
Mungkin ada yang tahu, namun buat yang tidak tahu, amalan mendekorasi dan mengubah suai kediaman merupakan perkara yang sama sekali tidak menjadi keutamaan buat masyarakat Cina.


Perkara itu dikongsikan seorang lelaki mualaf berketurunan Cina, Adam Kelvin di Facebook.




FB




Menurutnya, masyarakat Cina lazimnya melakukan dekorasi atau renovasi yang sangat minimum, atau pendek kata, hanya mengikut keperluan.


"Kalau renovate pun, kami pastikan renovasi yang penting-penting dan amat berguna saja. Contohnya, buat table top dan kabinet dapur atau pun extend ruangan dapur untuk buat laundry," katanya yang mendedahkan masyarakat Cina lebih gemar memilih perabot dan perhiasan ringkas.




FB




Tidak perlu nampak mewah untuk buat tetamu takjub.








Sudah terbiasa dengan kelaziman tersebut, Adam melahirkan rasa hairan apabila ada segelintir individu yang sudah mampu membeli rumah, namun tidak menghuninya atas alasan mahu mengumpul duit untuk tujuan renovasi dan dekorasi.








Tambah Kelvin lagi, lazimnya masyarakat Cina akan menghabiskan wang untuk tujuan pendidikan, melancong dan perbelanjaan makanan.




Sumber: mStar








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2022 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun tak.. aku suke rumah lapang.. pasang grill je.. kitchen kabinet pun yilek..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok. Ni iolss setuju. Minimalist udah la. Asal kemas dan bersih.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
iols pon suka minimalist. mcm rumah kim k, mcm rumah sakit jiwa pon sakit jiwa lah. yg penting closed storage. hiasan xde fungsi xpayah lah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 03:14 PM | Show all posts
aku sejenis suka cantikkan rumah.. tp tk sarat... renovate tk berhutang why not kan..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 04:25 PM | Show all posts
part makan sedap tu memang setuju lah
part deco rumah tu ikut kemampuan
yg penting selesa & practical
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2022 07:19 PM | Show all posts
sapa kata? meh masuk my housing estate.. cino mana yg tak renovet pasang ID tu

hat dia tengok tu baru cino T20 aje.. blom T5 T1 persennn lagi
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 09:35 PM | Show all posts
Renovate ikut kemampuan dan keperluan sahaja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2022 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang ada duit lebih, kaum apa pun lantaklah kau nak renovate. Yang mangkuk harapkan duit anak2, masuk rumah baru pun nak renovate tu bawak2 lah sedar diri. Janganlah susahkan anak2 kamu yang baru nak bernafas tu. Ikutkan selera kamu nak rumah besar dan renovated. Gila.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 11:18 AM | Show all posts
bila depa buat renovation tu memang kaw2 punya. jarang berlaku eh, reno bila perlu aje.

ni aku setuju, mostly mereka spend duit pegi makanan, melancong dan pendidikan anak2.
tak nampak kaya takpe, asal makan sedap2 dan healthy.

even anak baru umur 5 tahun, dah ada saving utk anak depa belajar kat oversea.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 11:45 AM | Show all posts
sebenarnya betul, especially yg jenis2 old school. rumah sekadar kerusi sofa, tv, meja makan. karpet takde. tapi chinese urban stylo memang renovate cantik2
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 12:55 PM | Show all posts
Sembang saja artikel ini... baru2 ini akak pergi jalan2 ke Taman desa, rumah teres di sana banyak yang telah dienovasi cantik2 saja...

ada satu rumah akak percaya rumah orang cina, hiasan luar rumahnya seperti zaman maharaja cina di zaman silam

Semasa akak datang ke kedai akak ingin membeli katil di laura ashley
Katil pattern yang akak mahu itu cuma ada 1 unit saja,
tetapi kebetulan ada seorang datin sepet ini datang ingin membeli juga
akak mengalah saja...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 02:31 PM | Show all posts
Biasa aku tengok cina renovate rumah sungguh hati sebelum dia masuk rumah tu. Melayu biasanya buat sikit-sikit ikut bajet. Maybe sebab tu nampak buat asyik dok renovate rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 05:16 PM | Show all posts
membongak je...cina la paling tebal ngan konsep 'save face' dia..kalau kaya lagi nak tunjuk2, lepas tu bila orang puji cakap takdela, biasa jeeee..byk je rumah cina yg reno nak tunjuk gah..

cuma part makan tu i admit mmg betul apa dia cakap, ada point kat situ.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2022 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Jiran2 I yang Cina terbahagi kepada 2...kawasan I majoriti 80 percent Chinese... Semua kaya2 belaka sebab perumahan I mmg  kawasan T20 ke atas.. Ada yg pakai porsche, Ferrari, Lambo tapi rumah simple je... Awning pun tak pasang.. Hiasan rumah pun ala2 je.. Perabot mahal tapi bukan decorate giler2... Simple je.. Dalam 30 percent lagi sejenis suka renovate rumah siap berkebun buat taman bagai, fountain dan sebagainya.. Yang ni banyak yang tua2... Yang business dah x perlu pi tengok hari2 kot... Hahaha... Tapi depa punya decoration mmg x berapa enak dipandang oleh mata2 kitalah.. Style Cina dan mengikut fengshui depa la.. Yg betul2 hias ala2 moden maybe dalam 10 percent je..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2022 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak berapa setuju dgn ckp dia ni..

Akak dok area perumahan dlm golf club..

Sini ramai kaum dia duduk..

Kemain lagikk tau rumah memasing..

Mcm2 bentuk dan style adooo.. kita pun tgk rasa kagum;
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2022 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat kawasan tempat I duduk ramai je bangsa cina renovate rumah kaw-kaw punya
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2022 09:50 AM | Show all posts
Benda ni ikut selesa dan selera masing-masinglah kan. Kalau sejenis suka bersiap rumah, buatlah deco. Kalau tak suka, hias sikit-sikit sudah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2022 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka rumah aku kemas dan cantik sebab aku nak hidup dalam rumah tu. Bukan nak impress tetamu, ni dah jatuh dalam menunjuk2 dan riak.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2022 04:15 PM | Show all posts
Edited by brittanyrlynn05 at 26-12-2022 04:16 PM

Your good knowledge and kindness in playing with all the pieces were very useful. I don’t know what I would have done if I had not encountered such a step like this. Car Polishing Vancouver
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.424901 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list