CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4803|Reply: 19

Jom speku... sapa Dato yg nak JAIS intai ni?

[Copy link]
Post time 9-11-2010 08:20 AM | Show all posts |Read mode
JAIS siasat satu lagi kes pasangan berprofil tinggi


KUALA LUMPUR 8 Nov. - Selepas pasangan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin dan pelakon, Zizie Izette A. Samad, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini sekali lagi menyiasat kes pasangan berprofil tinggi yang berpoligami tanpa kebenaran.
JAIS dalam satu kenyataannya di sini hari ini memberitahu, pasangan tersebut turut melakukan kesalahan yang lebih besar apabila di percayai menggunakan khidmat sindiket jurunikah yang tidak bertauliah di daerah Gombak.
"Pasangan berkenaan berbuat demikian kerana dipercayai mahu mengambil jalan mudah untuk bernikah segera pada tarikh yang menjadi idaman ramai iaitu 10 Oktober tahun ini (101010)," jelas kenyataan itu.
Menurut JAIS lagi, kes tersebut membabitkan seorang pegawai biro aduan komuniti bagi sayap pergerakan sebuah parti politik, berusia 32 tahun dan sudah beristeri.
"Pasangannya pula ialah seorang wartawan bahagian berita sebuah stesen televisyen swasta berusia 25 tahun," jelas kenyataan tersebut.
Selain menggunakan khidmat sindiket jurunikah tidak bertauliah, pernikahan pasangan tersebut juga didapati tidak sah kerana wartawan wanita berkenaan tidak memaklum atau mendapatkan izin wali yang sah.
Selain itu katanya, sijil nikah yang dikeluarkan oleh sindiket tersebut kepada pasangan itu juga cuma merupakan sekeping kertas kajang bertulisan jawi.
"Menurut sumber JAIS, wartawan wanita berkenaan telah membuat laporan pernikahan itu di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak Timur baru-baru ini tetapi pasangannya belum berbuat demikian.
"Pasangan tersebut dan jurunikah tidak bertauliah yang telah menikahkan mereka, boleh didakwa di mahkamah syariah mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.
"Kes tersebut dijangka mendapat perhatian umum kerana pasangan lelaki adalah pegawai dari sebuah parti politik, yang pernah terlibat dalam urusan membawa pulang semula wanita Malaysia yang dilarikan lelaki Lombok," jelas kenyataan itu.
Difahamkan, wartawan wanita tersebut adalah seorang anak yatim piatu mualaf (saudara baru) yang tidak begitu arif tentang hukum-hakam Islam, termasuk dalam soal rukun nikah dan Undang-Undang Keluarga Islam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2010 11:39 AM | Show all posts
aduh xde hint len ke...ponin nk pk ni...blank..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 11:48 AM | Show all posts
Post Last Edit by prettymanja at 9-11-2010 11:52

Dato' kat Msia nie kan bersepah2 kekdahnyer.. harap2 bukan dato' aii....hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 12:04 PM | Show all posts
sape wartawan tu..nurul shuhada ke
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 02:13 PM | Show all posts
siapa wartawan nie
mualaf
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 03:55 PM | Show all posts
aku terai speku..

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhd Khairun Aseh

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-11-2010 05:04 PM | Show all posts
beautiful nara tader kuarkan lagik ke gossip ni???murai ke?huuuhuhuhuh
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 05:08 PM | Show all posts
Datuk Subhan KAmal ke ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2010 09:17 PM | Show all posts
Datuk A ngan PCF kot......
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 10:02 PM | Show all posts
PCF anak 3/4 daaahhh n bukan umo 25...uhuuuuuuuu bahagian berita ..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 02:08 AM | Show all posts
PCF anak 3/4 daaahhh n bukan umo 25...uhuuuuuuuu bahagian berita ..
Nadyne Post at 9-11-2010 22:02



Rasanya ni adik kepada seorang yang pernah menjadi Wakil Parlimen Kulim.... kalau tak silap Sheikh Kadir something tu.

Just my 2 cents worth
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 02:30 AM | Show all posts
Rasanya ni adik kepada seorang yang pernah menjadi Wakil Parlimen Kulim.... kalau tak silap Sh ...
scorpionkiki Post at 10-11-2010 02:08



   ermm...maksud u laki tu ker?yg i tulis atas tu PCF tu bile ade forumer speku dia...Fei bukan umo 25..anak dah 3/4 gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 03:08 AM | Show all posts
bwk blk budak dr lombok???
org umno?
sapa wartawan umur 25 tu??
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 08:08 AM | Show all posts
Satu Malaysia tanya saya - Khairun

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 9 Nov. - "Satu Malaysia tanya saya, tapi itu bukan saya!"

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh hari ini tampil menjelaskan individu yang dilaporkan sedang disiasat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan poligami tanpa kebenaran, bukan dirinya.

Muhd. Khairun mengakui menerima pertanyaan dan panggilan bertalu-talu daripada rakan, saudara-mara dan kepemimpinan parti adakah beliau individu yang dimaksudkan dalam laporan berita itu.

Meskipun pada awalnya beliau tidak ambil endah perkara itu kerana memang tidak terlibat namun kerana memikirkan reputasi biro yang diketuainya mungkin terjejas, Muhd. Khairun merasakan perlu menerangkan perkara sebenar.

"Satu Malaysia tanya saya sebab dilaporkan pelaku terlibat berumur 31 tahun iaitu sama seusia saya. Panggilan juga saya terima daripada kepimpinan tertinggi parti tapi saya jelaskan itu bukan saya.

"Hasil siasatan saya mendapati perkara ini melibatkan seorang bekas pegawai Biro Aduan Komuniti bernama Mohd. Fadzil Rahman dan dia sebenarnya telah meletak jawatan daripada biro ini sejak 1 Oktober lalu.

"Malah di sini saya ingin memuji tindakan JAIS yang amat produktif dalam memerangi sindiket menyalahgunakan agama Islam termasuk berpoligami tanpa kebenaran," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Muhd. Khairun memberitahu, beliau sendiri tidak berkompromi terhadap sebarang salah laku peribadi melibatkan kakitangan Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO.

''Semalam, saya ada menelefon Mohd. Fadzil dan bertanya apa yang ada dalam fikiran kamu dan saya gelak-gelak tapi bila keluar berita dalam Utusan Malaysia hari ini, maka saya anggap ini bukan cerita main-main, ia serius dan perlu diperjelaskan kedudukan sebenar kerana melibatkan reputasi Pemuda UMNO," katanya.

Laporan akhbar hari ini menyebut selepas pasangan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin dan pelakon, Zizie Izette A. Samad, JAIS sekali lagi menyiasat kes pasangan berprofil tinggi yang berpoligami tanpa kebenaran.

JAIS dalam satu kenyataannya memberitahu, pasangan tersebut turut melakukan kesalahan yang lebih besar apabila dipercayai menggunakan khidmat sindiket jurunikah yang tidak bertauliah di daerah Gombak.

Menurut JAIS lagi, kes tersebut membabitkan seorang pegawai biro aduan komuniti bagi sayap pergerakan sebuah parti politik berusia 31 tahun dan sudah beristeri.

Pasangannya pula ialah seorang wartawan bahagian berita sebuah stesen televisyen swasta berusia 25 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 08:10 AM | Show all posts
Poligami: Fadzil mengaku disiasat JAIS

PUTRAJAYA 9 Nov. - Mohd. Fadzil Rahman, 31, hari ini mengaku dia ialah individu yang sedang disiasat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana berpoligami tanpa kebenaran.

Lebih mesra dengan panggilan 'Mike' di kalangan rakan-rakan, Mohd. Fadzil berkata, segala perbuatan yang dilakukan adalah atas tanggungjawab sendiri dan bersifat peribadi.

Dalam hal ini, beliau menjelaskan dirinya bukan lagi Penolong Pengarah Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO setelah melepaskan jawatan pada 1 Oktober lalu.

"Saya tidak mahu perbuatan ini dikaitkan dengan Biro Aduan yang diketuai Datuk Muhd. Khairun Aseh.

"Perbuatan berpoligami tanpa kebenaran ini adalah kesilapan saya sendiri sebab saya jahil dan terpengaruh dengan kata-kata orang," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Mohd. Fadzil yang kini menjalankan perniagaan sendiri berkata, beliau bersedia memberi kerjasama kepada JAIS dalam kes tersebut.

"Saya mengaku bernikah pada 10 Oktober lalu dan sekiranya JAIS sudi bekerjasama dengan saya (menyiasat perbuatan berpoligami tanpa kebenaran), saya sedia berbuat demikian," katanya.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 08:24 AM | Show all posts
bukan dato pung
staff dato jahhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2010 02:16 PM | Show all posts
cepat nar melatah...hmm
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2010 12:02 PM | Show all posts
makketom kenal dengan budak biro aduan komuniti pemuda umno ni, pasangannya pun makketom kenal, hari tu ada dengar2 cerita depa berusaha p ke songkla untuk nikah sekali lagi, tapi Allah masih tak izinkan dia orang nikah disebabkan banjir yang melanda kedah dan perlis..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2010 12:55 PM | Show all posts
pasangannye keje tv swasta mane tu mekketom? uhmm...umo 25 cam baru keja jahhh
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 10:27 PM | Show all posts
gigih sungguh beliau kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.074287 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list