CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 825|Reply: 0

Rakyat perlu ada simpanan pelaburan berasingan, persaraan - Manulife

[Copy link]
Post time 8-12-2022 09:00 PM | Show all posts |Read mode
Rakyat perlu ada simpanan pelaburan berasingan, persaraan - Manulife


Gambar hiasan - NSTP/Asyraf Hamzah


KUALA LUMPUR: Kalangan warga Malaysia perlu memanfaatkan peluang menambah caruman wajib skim persaraan sedia ada dan mewujudkan portfolio pelaburan berasingan sebagai simpanan sokongan serta saluran pendapatan.

Ketua Cadangan Persaraan, Strategi dan Transformasi Manulife Investment Management Elvin Tharm berkata tindakan sedemikian dapat memberi jaringan keselamatan tambahan serta fleksibiliti pengurusan kewangan apabila bersara kelak.

"Jangkaan cabaran dalam senario makro bagi tempoh terdekat dan panjang hanya mewajarkan lagi keperluan bagi orang ramai untuk melabur seawal mungkin. Mereka juga harus kekal melabur walaupun selepas bersara demi memastikan adanya saluran pendapatan yang mampan dan boleh dimanfaatkan apabila diperlukan kelak," katanya pada sesi Taklimat Media Siri Persaraan Manulife IM Diverse Asia secara maya, hari ini.

Elvin berkata, rakyat Malaysia berkemungkinan memperoleh kurang 33 peratus daripada pendapatan sedia ada setiap bulan, sebagaimana dibuktikan menerusi Unjuran Pendapatan Persaraan Pengurusan Pelaburan Manulife.


Beliau turut menyifatkan Unjuran Pendapatan Persaraan itu sebagai mekanisme yang dapat membantu orang ramai membuat unjuran mengenai jangkaan pendapatan persaraan bulanan berdasarkan maklumat seperti usia, gaji dan aset boleh dilabur sedia ada, termasuk caruman wajib untuk skim pelaburan persaraan.

"Ini membolehkan pengguna melihat bagaimana jangkaan pendapatan persaraan itu memberi perubahan di pelbagai peringkat kehidupan. Mereka dapat mengenal pasti jurang kewangan serta tindakan yang perlu diambil bagi memastikan dapat mencapai kehidupan persaraan yang diinginkan," katanya.

Menurutnya, ini penting berikutan terdapat jurang besar antara jangkaan perbelanjaan apabila bersara serta jumlah pendapatan persaraan sebenar mengikut status kewangan semasa masing-masing.

"Rakyat di Malaysia dan juga di serata Asia, berdepan situasi mencabar dalam merapatkan jurang tersebut. Keadaan lebih sukar dengan situasi seperti inflasi, kos perubatan dan kos sara hidup yang meningkat dan menyebabkan pendapatan serta simpanan tunai mereka terus berkurangan," katanya.

Kaji selidik secara dalam talian oleh Manulife baru-baru ini menunjukkan majoriti rakyat Malaysia lebih suka mengekalkan pegangan tunai berbanding simpanan dalam bentuk pelaburan.

"Bahkan, 44 peratus rakyat negara ini memperuntukkan aset isi rumah mereka kepada tunai dan deposit bank dan hanya 24 peratus bertindak memperuntukkan aset dalam bentuk pelaburan seperti dana bersama, saham, bon, dana dagangan bursa serta hartanah," katanya.

Beliau juga mengingatkan bahawa mereka yang bergantung kepada simpanan tunai semata-mata sebaik mencapai usia 60 tahun, sebaliknya berisiko untuk berdepan kekurangan wang.

"Ini membuktikan kepentingan untuk orang ramai merancang aspek kesejahteraan kewangan masing-masing sebagai cara terbaik dalam memastikan adanya pendapatan sampingan ketika bersara," katanya.

Sementara itu, Ketua Kekayaan dan Pengedaran Runcit Manulife Investment Management (M) Bhd Ng Chze How berkata rakyat negara ini boleh memilih untuk sama ada melabur dalam bentuk amanah pelaburan hartanah (REIT), pelaburan berasaskan komoditi, bon dan ekuiti berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) bagi mendapatkan gaya hidup persaraan yang lebih selesa.

"Pelabur perlu mepertimbang strategi aset yang berorientasikan jangka panjang dan pelbagai apabila merancang untuk persaraan.

"Tindakan sedemikian membolehkan mereka mendapat serta merebut peluang pendapatan mampan daripada aset yang boleh memberi pulangan tinggi selain peningkatan modal yang merentasi geografi serta mampu memberi pulangan sebenar," katanya. – Bernama

Sumber:https://www.bharian.com.my/bisne ... -persaraan-manulife


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 4769 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.050063 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list