Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
35348
View
136
Reply

[Bahasa] Mahir bahasa Inggeris dalam 6 bulan

[Copy link]

Author: cikgutuition       Show all posts   Read mode

Post time 9-11-2010 04:27 PM | Show all posts
cikgu tak de blog ke cikgu? very interesting!! nak belajar la bercakap inggeris dengan betul...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2010 11:38 PM | Show all posts
bile masa nak guna has dan jugak have???
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2010 01:14 PM | Show all posts
bile masa nak guna has dan jugak have???
parklah Post at 18-11-2010 23:38



present perfect (tanpa petunjuk masa)

has (untuk singular i.e he, she, it) + past participle
have (untuk ramai/plural i.e they, we, the boys, the girls ) (juga untuk kata ganti diri pertama = I)  + past participle


contoh: kalau tak pakai petunjuk masa, so guna Present Perfect
i have eaten my breakfast. (eaten = past participle)


tapi kalau pakai petunjuk masa so pakai aje Past Simple...
contoh:


i ate my breakfast this morning. (ate = past simple)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2010 01:43 PM | Show all posts
hehe i silent reader aje
cikgutuition..bg laa tips grammar lg
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-12-2010 11:21 AM | Show all posts
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Agak lama saya tidak menulis tentang Kekeliruan Lazim dalakm bahasa Inggeris ini. Artikel in saya tulis dengan harapan dapat membantu anda dalam memperbetulkan bahasa Inggeris dan juga dapat menimbulkan minat anda untuk mendalami aspek Tatabahasa bahasa Inggeris yang boleh membantu anda menjadi fasih dalam berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris.


Dalam artikel saya ini saya akan lebih menekankan kekeliruan dalam aspek Verb tenses. Verb tenses adalah aspek yang paling penting dalam pembinaan ayat-ayat dalam bahasa Inggeris kerana SETIAP ayat yang anda buat dalam bahasa Inggeris perlu ada Verb dan oleh itu anda perlu tahu TENSE apa yang perlu anda gunakan. Aspek Verb Tenses akan saya tekankan di dalam kelas Intermediate Grammar saya yang akan saya mulakan di Putrajaya Januari depan.


1. Menyangkakan yang semua Verb boleh ditambah Cing untuk menunjukkan yang sesuatu perbuatan itu sedang di lakukan.

Cth  

1. I am knowing Ali.

2. Ali is needing my help now.

3. Johan is owning a Proton Wira.

Ketiga-tiga ayat di atas salah dari segi Grammar dari segi penggunaan Verb dalam bentuk-ing. Kesemua tiga-tiga Verb di atas iaitu know, need dan own tidak boleh ditambah Cing walaupun anda ingin menyatakan yang perbuatan itu sedang berlaku. Ketiga-tiga Verb di atas dipanggil Non Progressive Verbs atau Non Continuous Verbs.

Ayat yang betul sepatutnya.

1. I know Ali.

2. Ali needs my help now.

3. Johan owns a Proton Wira.

2. Menyangkakan yang semua Verb boleh ditambah Ced untuk menunjukkan yang sesuatu perbuatan sudah di lakukan di masa lampau.

Cth  

1.  Cikgu Yusoff teached me English last year.

2. Ali shaked my hand just now.

3. Johan putted the books on the table this morning.

Ketiga-tiga ayat di atas salah dari segi Grammar dari segi penggunaan Verb dalam bentuk Past Tense yang betul. Kesemua tiga-tiga Verb di atas iaitu teach, shake dan put tidak boleh ditambah Ced walaupun anda ingin menyatakan yang perbuatan itu sudah berlaku. Ketiga-tiga Verb di atas dipanggil Irregular Verbs dimana bentuk Past Tense mereka bukanlah melibatkan penambahan Ced kepada kata dasar mereka.

Ayat yang betul sepatutnya.

1.  Cikgu Yusoff taught me English last year.

2. Ali shook my hand just now.

3. Johan put the books on the table this morning.

Jika anda perhatikan, bentuk past tense untuk teach ialah taught dan untuk shake ialah shook. Bentuk past tense untuk put pula sama sahaja iaitu put juga.

Anda perlu kenal jenis-jenis Verbs yang terdapat dalam bahasa Inggeris sebelum anda mempelajari Verb Tenses dalam kelas Intermediate Grammar saya itu. Saya akan mulakan dulu dengan mengajar pelajar-pelajar saya jenis-jenis Verb yang ada iaitu adakah ianya Progressive Verbs yang boleh ditambah Cing atau Non Progressive Verbs yang tidak boleh ditambah Cing dan yang lebih rumit lagi jenis Mixed Verbs yang mempunyai Verb yang boleh ditambah Cing dan yang tidak boleh ditambah Cing.

Selain itu, anda juga perlu 4 jenis Verb yang utama iaitu bentuk Infinitive atau Kata Dasar, bentuk Past Tense untuk perbuatan yang sudah berlaku. Anda juga perlu tahu bentuk Past Participle yang akan digunakan dalam kesemua Perfect Tenses dan juga dalam ayat2 dalam bentuk Passive.


Kepada anda yang betul-betul serius untuk mahir dalam bahasa Inggeris tiada JALAN SINGKAT untuk menjadi mahir. Anda perlu kuasai aspek Verb terlebih dahulu untuk memastikan yang pembentukan ayat-ayat anda dalam bahasa Inggeris adalah betul dan boleh difahami oleh orang lain.

Bagaimanapun sebelum anda ingin kuasai aspek Verb anda juga perlu kuasai Asas-Asas lain seperti Nouns, Pronouns, Adjectives dan lain-lain yang saya ajar dalam kursus Asas-Asas bahasa Inggeris saya itu.Kursus ini akan dimulakan di Sunway pada 9hb Jan ini. Kursus Intermediate yang sesuai untuk mereka yang sudah ada asas pula akan dimulakan di Precint 16, Putrajaya pada 8hb Jan nanti.

Cikgu Yusoff
019-3090711
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 08:43 AM | Show all posts


What a wonderful thread to visit.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-12-2010 02:27 PM | Show all posts
Thanks Ash

Kalau nak nota yang lagi lengkap boleh dapatkan Manual Lengkap bahasa Inggeris saya secara pos atau sertai Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris saya yang akan bermula pd 9hb jan ni di Sunway dan 5 Feb di Putrajaya.

Yusoff
0193090711
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 29-12-2010 02:06 PM | Show all posts
Kekeliruan lazim dalam penggunaan Verb TO BE dengan Action Verbs


Verb TO BE ialah Auxiliary Verbs atau Linking Verbs ataupun dalam BM bolehlah dipanggil Verb Pembantu atau Verb Penghubung.

Ramai yang masih keliru dengan penggunaan Verb TO BE ini dan menyangkakan yang Verb TO BE mesti digunakan dalam setiap ayat seperti:-

1. I am work at ABC Sdn. Bhd. - Simple present

2. I was worked at ABC Sdn. Bhd. last year. -Simple Past

Verb TO BE sebagai Verb pembantu hanya digunakan dalam ayat untuk 'membantu' bila tiada Verb lain yang boleh menunjukkan tenses terutamanya dari segi MASA.

Dalam ayat (1) verb 'work' sudah cukup untuk menunjukkan yang perbuatan itu dalam bentuk Simple present dan 0leh itu penambahan 'am' tidak diperlukan. Ayat yang betul ialah:-

3. I work at ABC Sdn. Bhd. - Simple present


Dalam ayat (2) verb 'worked' sudah cukup untuk menunjukkan yang perbuatanitu dalam bentuk Simple Past dan 0leh itu penambahan 'was' tidakdiperlukan. Ayat yang betul ialah:-
   
4. I worked at ABC Sdn. Bhd. last year. -Simple Past

Dapatkan nota penuh Grammar bahasa Inggeris dalam Manual Lengkap Bahasa Inggeris setebal 400 muka dari saya!!!

Kursus Asas-Asas Komunkasi Bahasa Inggeris akan bermula 9hb Januari ini di Sunway dan 5hb Februari di Precint 16, Putrajaya. Dskaun khas untuk Warga Cari.Com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2010 08:17 AM | Show all posts
Post Last Edit by Asheiro at 30-12-2010 08:20
Kekeliruan lazim dalam penggunaan Verb TO BE dengan Action Verbs


Verb TO BE ialah Auxiliary Ver ...
cikgutuition Post at 29-12-2010 14:06



   
Salaam cikgu Have a nice day maaa
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 09:05 AM | Show all posts
"false friend" in India -

Example:

The word "Hotel" can mean "Restaurant/eatery"~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-10-2011 03:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by cikgutuition at 20-10-2011 16:54

Reply 110# Cybersetan.

Good info and thanks for sharing.

Memang kadang2 ada perbezaan makna dari satu negara ke satu negara lain. Sebagai contoh tempat tinggal di banggunan tinggi di UK di panggil flat tapi di US di panggil apartment. Tapi kalau di Malaysia, kalau yang kos rendah di panggil flat, kos sederhana di panggil apartment dan yang mahal dan mewah pulak di panggil condominium.




Like me at FB at Cikgu Yusoff's English

Kursus Asas-Asas komunikasi bahasa Inggeris akan saya jalankan di Johor Bharu pada 17 dan 18hb Dis nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 02:02 PM | Show all posts
wah,thanx TT
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 2-11-2011 01:56 PM | Show all posts
Kalau anda ingin ke kedai gunting rambut untuk rambut anda digunting, jangan gunakan:-

1. I want to cut my hair.

ini kerana maksudnya, "Saya nak pergi gunting rambut saya'

sepatutnya, gunakan

2. I am going to have my hair cut.

Bentuknya mesti dalam bentuk Verb TO HAVE + Object + Verb in past participle form

Dipetik dari Cikgu Yusoff's English page di FB.

Kursus Asas-Asas bahasa Inggeris di Precint 16, Putrajaya akan bermula pada 12 dan 13hb ini dan telah membantu ribuan pelajar mengurangkan kekeliruan lazim dalam bahasa Inggeris ini, InsyaAllah.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-12-2011 10:30 PM | Show all posts
Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua

Maaf sebab sudah lama tidak menjenguk di sini. Saya sambung lagi dengan kekeliruan lazim dalam penggunaan bahasa Inggeris.


1. The bank is opened. - Incorrect

Opened -dibuka oleh seseorang di masa lepas. Verb.

2. The bank is open. - Correct

Open - buka - adjective

3. The bank is close. - Incorrect

close = berdekatan

4. The bank is closed.- Correct

closed-ditutup
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-1-2012 03:05 AM | Show all posts
Post Last Edit by cikgutuition at 14-1-2012 03:08

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Saya amat berharap kepada mereka yang merasakan mereka masih lemah/sederhana dalam bahasa Inggeris akan meningkatkan usaha anda semua di 2012 ini dari segi

1. Tatabahasa atau  Grammar.
2. Kosakata bahasa Inggeris mereka atau Vocabulary mereka.
3. Latihan2 yang sesuai dengan tahap bahasa Inggeris anda sekarang ini
4. Pembacaan apa-apa bahan yang sesuai dan menarik minat anda

Kesimpulannya ada 3 aspek yang penting iaitu GRAMMAR, VOCABULARY EXERCISES dan READING!

Kursus Asas-Asas Perbualan dan Penulisan bahasa Inggeris untuk persediaan MUET akan bermula pada 11hb di Putrajaya dan 12hb di Sunway.Juga pada 3 dan 4hb di JB dan 7 n 8 April di Kota Bharu.

Good luck semua!

Cikgu Yusoff
019 3090711
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2012 03:54 PM | Show all posts
Good info...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 30-10-2012 05:44 PM | Show all posts
putera_zargus posted on 22-9-2012 03:54 PM
Good info...

Thank you, Putera_Zargus. Saya akan cuba update lagi dari masa ke semasa.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 30-10-2012 05:45 PM | Show all posts

Aspek Subject Verb Agreement atau SVA ini ialah aspek yang selalu mengelirukan kita apabila kita membuat ayat-ayat dalam bahasa Inggeris. Hal ini berlaku kerana dalam bahasa Melayu aspek ini tidak wujud. Apa yang di maksudkan dengan SVA ini ialah

Singular subject + Singular Verb

Plural subject    + Plural Verb

Bagaimanapun, sebelum anda tahu apakah itu Singular Verb dan Plural Verb, pastikan anda kenali dulu apakah itu Singular Subject dan Plural Subject.

Dalam Kursus Asas-Asas Penulisan dan Perbualan bahasa Inggeris yang akan saya mulakan pada 3hb Nov ini di Putrajaya dan 4hb nov di Sunway, topik pertama yang akan saya ajar ialah Nouns di mana saya akan menjelaskan dengan lebih lanjut apakah itu singular noun, plural noun dan juga uncountable noun.
Apabila anda sudah betul-betul kenal dengan singular noun, plural noun dan juga uncountable noun maka barulah mudah untuk anda memadankan mereka dengan verbs yang betul

Cikgu Yusoff
019-3090711


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 30-10-2012 06:07 PM | Show all posts
Formula yang saya selalu gunakan dalam kelas saya ialah

Qty = 1 ---> Singular noun + Singular verb

Qty > 1 ---> Plural noun + Plural verb

Dalam kursus Asas-Asas Penulisan dan Perbualan bahasa Inggeris yang cikgu jalankan di Putrajaya dan Sunway itu, cikgu banyak menggunakan formula-formula yang mudah untuk anda ingat dan akan memudahkan anda membuat ayat-ayat dalam bahasa Inggeris yang sempurna tatabahasanya.

Antara formula dan teknik2 yang saya gunakan dalam kelas2 saya ialah:-

i. Teknik 3W's - Semakan When dan Who/What dalam setiap ayat yang dibuat.

ii. Teknik semakan quantity of the noun - Semakan samaada sesuatu noun itu singular atau plural

iii. Teknik semakan SVA - Semakan samaada verb yg digunakan dengan noun yang menjadi subject itu betul atau tidak.

iv. Teknik semakan Count of Nouns - Semakan samaada sesuatu noun itu boleh dikira (countable) atau tidak boleh dikira (Uncountable)

Banyak lagi formula-formula yang digunakan saya dalam kelas saya agar mudah untuk anda ingat pelabagai peraturan dalam tatabahasa bahasa Inggeris ini dan juga formula-formula ini akan  dapat membantu anda untuk melihat 'logic' dalam bahasa Inggeris ini kerana apabila ada formula anda akan nampak turutan atau semakan yang perlu anda buat SETIAP kali anda buat ayat dalam bahsa Inggeris.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2012 08:34 PM | Show all posts
Thanks cikgutuition
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.089966s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list