CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 281|Reply: 0

Badi kucing, sumpahan 'netizen' terhadap Brazil jadi realiti

[Copy link]
Post time 10-12-2022 11:23 AM | Show all posts |Read mode

PEMAIN Brazil ratapi kekalahan mereka. -FOTO AP

Kuala Lumpur: Sumpahan netizen yang mahukan Brazil tewas menjadi kenyataan apabila juara lima kali itu tumpas di suku akhir Piala Dunia kepada Croatia menerusi penentuan sepakan penalti.

Sumpahan yang mahukan Brazil tewas itu mula akhirnya menjadi kenyataan.

Rata-rata netizen mendoakan kekalahan pasukan itu kerana tindakan pegawai skuad Samba itu bertindak 'melemparkan' seekor kucing ke lantai.

Ramai mengharapkan Brazil kalah dan tidak memenangi Piala Dunia tahun ini kerana menganggap tindakan itu tidak menghormati haiwan itu.



PEGAWAI Brazil memegang kucing yang naik ke atas meja dan melemparkannya ketika sidang akhbar bersama Vinicius Junior di Stadium Al Arabi SC dekat Doha. - FOTO AFP

"Kenapa dia mengangkat kucing dengan cara itu… saya harap Brazil tidak menang Piala Dunia sekarang," kata Netizen.

Rata-rata di ruangan komen penuh dengan komen gembira dengan kekalahan Brazil itu kerana rentetan tindakan mereka sebelum ini.

"Sumpahan kucing. Padan muka kalah," tulis @syazwaniieee.

"Daulat kucing," kata @malifasyraf95.

"Kan dah kena Karma kucingggg," kata @syahmisafin.

"Yea kinda funny aku sorak hidup kucing semalam bila penalti kena tiang," tulis @AbengKenn.

Terdahulu Brazil yang juga juara lima kali tewas 2-4 menerusi penentuan penalti selepas terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan pada aksi suku akhir, awal pagi tadi.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... brazil-jadi-realiti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.064850 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list