CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1477|Reply: 0

iPhone ada permainan tersembunyi

[Copy link]
Post time 13-12-2022 09:30 PM | Show all posts |Read mode

Telefon iPhone mempunyai permainan percuma yang tersembunyi dan memerlukan pemiliknya untuk membuka 'kuncinya'. - AFP

iPhone ada permainan tersembunyi

LOS ANGELES – Telefon pintar iPhone mempunyai pemainan percuma yang tersembunyi dan memerlukan pemilik membuka ‘kuncinya’ untuk bermain, lapor portal berita The Sun.

Menurut portal tersebut, mula-mula buka iPhone dan kemudian navigasi ke aplikasi rasmi Google untuk sistem operasi mudah alih (iOS) yang dikeluarkan oleh Apple Inc.

Ia melaporkan, anda boleh menemuinya dengan cepat dengan meleret ke bawah dari tengah skrin dan kemudian cari Google dan selepas menemuinya, ketik ikon Tab di bahagian bawah sebelah kanan.

Sekarang leret ke atas dari tengah skrin berulang kali dan lakukannya dengan cepat dan jika anda telah melakukannya dengan betul, skrin akan mendedahkan permainan tersembunyi.

Ia adalah permainan gaya pinball yang mana anda perlu mengetik pada bahagian kiri dan kanan skrin untuk mengaktifkan imej dayung.

Menurut The Sun, anda perlu mengekalkan bola tinggi-tinggi tanpa membiarkannya jatuh di antara tengah-tengah dayung dan untuk mendapatkan mata dan mara melalui tahap tertentu. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/12 ... mainan-tersembunyi/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.064058 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list