CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1490|Reply: 3

YANG BAIK DAN JAHAT TU INDIVIDU, BUKAN KELOMPOK.

[Copy link]
Post time 16-12-2022 04:19 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by CariMalay at 16-12-2022 04:35 AM

Kalau seseorang tu rasa diri dia tak cukup baik dan teringin nak jadi baik, bermakna dia sebenarnya orang yang baik walaupun dia selalu rasa dia jahat, tapi hakikatnya dia tetap orang yang baik.

Kalau seseorang tu rasa dia tak cukup baik tapi nak terus jadi jahat, bermakna dia sebenarnya orang yang jahat walaupun dia selalu rasa dia tak sejahat orang lain, tapi hakikatnya dia tetap orang yang jahat.

Kalau seseorang tu ada agama dan memang baik tapi hilang arah, secara semulajadi hati dia akan sentiasa cari agama sebagai pegangan hidup.

Kalau seseorang tu tak ada agama dan memang baik tapi hilang arah, secara semulajadi hati dia akan sentiasa cari ilmu psikologi, sains dll sebagai pegangan hidup.

Kalau seseorang tu ada agama dan memang jahat, secara semulajadi dia akan sentiasa terus lakukan kejahatan dan tak hiraukan agama.

Kalau seseorang tu tak ada agama dan memang jahat, secara semulajadi dia akan sentiasa terus lakukan kejahatan dan tak hiraukan ilmu psikologi, sains dll.

Jalan apa pun yang kita pilih sama ada nak ada agama atau tak ada agama, kita tetap mampu jadi manusia yang baik kalau hati kita memang baik sejak azali, akhirnya tetap agama, ilmu psikologi, sains dll yang kita akan cari untuk dijadikan pegangan hidup kita tak kira sama ada kita ada agama atau tidak.

Jalan apa pun yang kita pilih sama ada nak ada agama atau tak ada agama, kita tetap akan jadi jahat kalau hati kita memang jahat sejak azali, akhirnya tetap kejahatan dijadikan pegangan hidup tak kira sama ada kita ada agama atau tidak.

Tapi, hidup ada agama lebih mudah sebab semuanya dah tersedia dalam al quran untuk jadikan kita manusia yang lebih baik.

Sedangkan hidup tanpa agama sangat mencabar sebab semuanya perlukan tahap IQ dan kreativiti yang agak tinggi untuk cari sumber yang mampu jadikan kita manusia yang lebih baik.

Jangan kita menghukum dengan mengatakan orang2 beragama tu semuanya sama dan jahat (contohnya suka hina, maki, mengaibkan dan merendahkan orang2 yang tak tutup aurat dll), sebab yang ada agama tapi jahat tu individu, bukan kelompok.

Dan jangan kita menghukum dengan mengatakan orang2 tak ada agama tu semuanya sama dan jahat (contohnya suka hina, maki, mengaibkan dan merendahkan orang2 yang ada agama dll) sebab yang takde agama tapi jahat tu individu, bukan kelompok.

Untuk aku, aku lebih sukakan cabaran dan kebebasan.

Tak suka? Rasa aku mengarut? Rasa aku banyak minum ketum? Otak lembab dan tak faham kata2 aku yang hakikatnya mudah difahami? Nak persoalkan siapa diri aku sampai sanggup tulis mende2 camni? Atau nak kecam aku? Silakan wahai ahli syurga, sebab AKU TAKKAN REPLY DAN TAKKAN LAYAN.

Atau ada sesuatu yang menarik nak dikata tanpa menghukum aku? Silakan, sebab aku akan sentiasa check dan reply dengan hati yang terbuka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-12-2022 06:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by CariMalay at 16-12-2022 06:33 AM

Akan hadir manusia dari kelompok tertentu masuk dalam thread ni dengan bahasa yang takde carutan, hanya keindahan penulisan tapi hakikatnya penuh sindiran dan pertikaian yang sentiasa mengaibkan dan merendahkan.

Dalam penulisan dia lagi, dia akan berterusan pertikai dan ulas sekerat2 atau keseluruhan perenggan yang ada dalam post pertama aku untuk menampakkan dia seorang yang deep dan berilmu tinggi tapi hakikatnya setiap ulasan dan pertikaian dia kesemuanya menyimpang dari kebenaran yang berpunca dari ego yang tinggi. Dia menyerupai aku dari segi tertentu contohnya tulisan yang panjang berjela, penuh falsafah dan macam2 lagi, tapi hakikatnya dia berbeza dengan aku dalam segenap arah.

Itu baru satu kelompok, ada banyak lagi yang lain termasuk yang kata aku mereng, acah2 deep dan lain2 kelompok lagi tapi macam yang aku cakap, AKU TAKKAN LAYAN.

Tapi kalau sekadar bertanya, silakan, aku akan reply tanpa ada secebis pun berat sebelah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2022 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by CariMalay at 16-12-2022 07:19 AM

Baca dan fahami apa yang aku tulis pada post pertama sebelum melompat ke post ketiga aku yang ni, nanti baru akan faham kenapa orang yang ada agama tapi masih amalkan rasuah, rogol dan macam2 lagi perkara keji.

Dan nanti baru akan faham kenapa orang yang tak ada agama suka hina orang2 yang ada agama.

Sebab semuanya berkaitan hati dan hati adalah individu, bukan kelompok.

Hati yang baik akan sentiasa menuju ke jalan baik walaupun tak ada agama.

Dan hati yang jahat akan sentiasa menuju ke jalan jahat walaupun ada agama.

Tak kurang jugak didikan dan persekitaran, dua elemen ni banyak berikan pengaruh pada individu tersebut sama ada dia membesar dengan hati yang baik atau tidak.

So salahkan individu, bukan kelompok. Kelompok yang dimaksudkan ni adalah bangsa, agama, negara dan kepercayaan seseorang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2022 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
ARGHHHH!!! SENTAPNYA AKU! AHHHHH GERAM BACA POST2 DIA ATAS NI ARGHH
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.060813 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list