View: 552|Reply: 0
|
Adam teruja beraksi di WSBK
[Copy link]
|
|
ADAM (kiri) memeterai perjanjian dengan pasukan Mie Honda Racing. FOTO Adam Norrodin
Kuala Lumpur: Bekas pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin tidak sabar untuk memulakan musim baru bersama Mie Honda Racing di Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) bagi kelas SuperSport (WSSP).
Adam dalam hantaran di Facebook miliknya mengucapkan terima kasih kepada prinsipal pasukan, Midoru Moriwaki kerana kepercayaan yang diberikan dan sudah bersedia memulakan aksi di saingan WSSP.
"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan kesyukuran kepada Midori dari pasukan MIE Racing Honda untuk peluang ini dan sentiasa memberi sokongan terhadap pembangun bakat dari Asia.
"Saya menantikan pulang bersaing di pentas antarabangsa di @wsbkmotorsports untuk kejuaraan 2023 dalam WSSK.
"Saya juga tidak sabar untuk bertemu dengan pasukan MIE MS Racing Honda Team dan rakan sepasukan saya @tarranmac95," katanya.
Pelumba kelahiran Johor ini akan bergandingan bersama pelumba United Kingdom, Tarran Mackenzie dalam pasukan berkenaan.
Ini bermakna Adam, 24 tahun bakal menjadi pelumba kedua negara beraksi di saingan itu selepas mentornya, Zulfahmi Khairuddin yang melakukan penampilan bersama pasukan Orelac Racing VerdNatura.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... uja-beraksi-di-wsbk |
|
|
|
|
|
|
| |
|