CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42214|Reply: 300

THE LORD OF THE RINGS : KONSPIRASI DUNIA

[Copy link]
Post time 11-11-2010 04:12 PM | Show all posts |Read mode



Artikel kali ini menyingkap sebuah filem yang agak popular tidak lama dahulu, ia merupakan filem dari Hollywood, ia tidak lain adalah filem Lord of the Ring. Mungkin ramai antara kita yang sekadar menonton filem tersebut tanpa berfikir serta merenung mesej yang tersembunyi di sebalik filem tersebut, Alhamdulillah dengan izinnya saya berpeluang untuk mengupas serba sedikit pesanan yang tersembunyi untuk di kongsikan bersama.


Film Lord Of The Ring (LOTR) bukanlah filem yang bertema sejarah, mengapa? Jika kita lihat sejarah dunia, tidak ada suatu periwayat atau mana-mana buku sejarah mencoretkan mengenai sejarah sebegitu. Ia juga bukan filem yang berunsurkan fantasi magis seperti Harry Potter, tetapi di dalamnya terdapat adegan-adegan pertempuran menggunakan sihir sihir. Ia juga bukan filem fantasi, kerana kandungan ceritanya mengandungi makna-makna tertentu. Malah ia juga bukan filem seram, sebab tidak terdapat babak yang mengaitkan dengan kepercayaan hantu didunia ini.


Filem LOTR adalah sebuah filem yang dikelaskan sebagai METAFORA FUTURISTIK. Dengan kata yang lebih mudah untuk kita fahami maksudnya, filem itu sarat dengan mesej serta imiginasi dan gambaran mengenai kehidupan yang bakal terjadi pada masa hadapan. Ia bukan perkara yang bersifat imiginasi, Tanda-tanda atau gambaran yang digambarkan di dalam filem LOTR adalah melambangkan TANDA-TANDA KIAMAT. Jika anda berpeluang menonton filem tersebut buat kali kedua, cuba anda perhatikan, begitu banyak persamaan-persamaan yang mereka gambarkan mengenai kehidupan manusia menjelang Hari Kiamat. Tetapi mereka bijak berselindung dan kebanyakan adegan-adegan itu dikaburkan dan diletakan didalam kesamaran dengan harapan kita semua tidak Nampak hakikat sebenar dan terpengaruh dengan mesej yang ingin mereka sampaikan.


Mungkin kebanyakan kita hari ini kurang yakin dengan hadits-hadits mengenai tanda-tanda Hari Kiamat, di mana kita akan kembali ke zaman kekurangan teknologi dan berperang menggunakan kuda, pedang dan seangkatan dengannya. Mereka menganggap hadis-hadis ini tidak realistik, kurang rasional, dan tidak sesuai dengan fakta-fakta kehidupan moden pada hari ini. Tetapi yang menjadi tanda tanya dikalangan bukan islam, mereka sangat mempercayai akan perkara – perkara ini. Mereka mencipta Filem LOTR bagi memperlihatkan keyakinan mereka terhadap hari-hari terakhir menjelang Hari Kiamat. Bahkan di pusat-pusat Zionis Antrabangsa, mereka telah pun merancang konsep The New World Order berdasarkan perkhabaran-perkhabaran yang telah diceritakan melalui Al-Quran dan Hadis mengenai Tanda-tanda Kiamat.


beberapa istilah yang digunakan di dalam cerita LOTR


Jalan ke utara = ke utara Iran menuju ke Armenia.

Di antara dua gunung = Gunung Kaukasus.

Kaum hampir mereka tidak memahami perkataan = Kaum Armenia.

Tembok besi = Daryal Gorge/Gerbang Iberian/ Gerbang Kaukasia.

Mordor = Markas dajjal Laknatullah

Sauron = All Seeing eye = The False Messiah

Dinding = Isengard

Witch king = Yajuj & Majuj

Gandalf = Imam Mahdi

Aragorn = Isa almasih



Film LOTR memiliki jalan cerita yang bagus. Jika kita menonton filem ini, kita dapati tiada langsung mengandungi unsur-unsur lucah, perlakuan yang tidak bermoral dan pemujaan berhala (syaitan), aksi-aksi percintaan pemuda dan pemudi. Filem ini amat luar biasa dari pelbagai aspek. Meskipun ia di terbitkan di Hollywood. Saya teruja dan berasa sangat hairan mengapa Hollywood meluluskan pembikinan dan penyiaran filem seperti ini?, Padahal ianya terang-terangan telah mengambarkan kekalahan empayar pimpinan dajal laknatullah di akhir zaman nanti. Sedangkan seperti yang kita ketahui Hollywood merupakan sebahagian dari perancangan NWO (New World Order) dan merupakan antara fitnah-fitnah awal dajal laknatullah sebelum ia muncul di akhir zaman nanti. Apa yang saya fahami melalui metafora dari filem LOTR lebih kurang begini: Saat ini jaringan freemason antrabangsa, terus menjalankan rencana yang telah di susun oleh dajjal laknatullah, ia bergerak serentak, dengan penuh komited, dan tidak kenal penat, untuk memperbesarkan empayar kerajaan kejahatan Dajjal (Mordor). Dari sisi pembangunan ekonomi, jaringan informasi, politik, ketenteraan, budaya, pemikiran serta ideologi. Mereka terus bergerak. Agen-agen Freemason di negara itu dianggap sebagai hamba-hamba kepada anak buah Sauron yang sangat fanatik dan bekerja membi-buta tanpa mengenal erti penat. Mereka sedang mempersiapkan bagi kedatangan “The False Mesiah” iaitu dajjal Laknatullah di “The Promise Land” (Palestin). Sementara kekuatan bagi puak anti Zionis, baik dari kalangan Islam mahu pun Nasrani, juga sedang bergerak menyusun strategi dan kekuatan masing-masing. Suatu saat nanti akan ada kesepakatan antara kekuatan Islam dan Nasrani ini untuk menghadapi, melawan dan menghancurkan Zionis laknatullah. Sedikit peringatan, Yahudi hari ini bukanlah pengikut Taurat peninggalan Musa AS. Mereka adalah pengikut fahaman-fahaman sihir dari zaman Fir’aun di Mesir. Yahudi saat ini mengikuti Talmud, bukan Taurat. Meskipun, katanya masih ada Yahudi yang setia mengikuti Taurat. Tetapai majoritinya Yahudi yang mengimani Talmud, mereka bukan Ahlul Kitab, tetapi orang musyrikin. Kerana mereka adalah penyembah dajjal Laknatullah atau simbol-simbol paganisme Mesir Kuno. Tentera-tentera dajjal ini bukan pengikut Musa AS, Tetapi mereka adalah musuh sejati Musa AS. Nenek-moyang mereka, Bani Israil penderhaka, mereka telah menyia-nyiakan ajaran Musa AS ketika dirinya diutus kepada Bani Israil. Yahudi hari ini lebih tepat disebut: Pengikut SAMIRI, bukan Musa AS. Masalahnya, kita menyaksikan filem Lord Of The Ring sekadar hiburan semata-mata, tanpa cuba memahami mesej yang hendak disampaikan, sayang sekali. Majoriti filem Hollywood tidak berkualiti serta boleh dilabel murahan. Kebanyakan filem-filem keluaran mereka penuh dengan propaganda serta mesej tersembunyi seperti The Matrix, Chlinder List, Salt dan banyak lagi. Namun ada juga yang memiliki elemen-elemen yang berkualiti dan mengadungi pesanan untuk diteladani. Di antara persamaan isi filem LOTR dengan Tanda-tanda Kiamat antara lain sebagai berikut: 1. Intisari cerita film LOTR adalah pertarungan diantara golongan putih dan golongan hitam. Begitu juga saat menjelang Hari Kiamat nanti, akan terjadi pertarungan besar antara kaum Muslimin dengan kaum Yahudi. 2. Di dalam film LOTR, Ketua bagi unsur yang jahat di perlihatkan menggunakan kekuatan ilmu hitam dan sihir yang bermata satu. Ia tidak ubah kepada perkaitan dengan The False Mesiadi akir zaman nanti. 3. Filem itu turut mengambarkan terdapat dua puak yang kuat dan besar bergabung untuk melawan empayar kejahatan. Di akhir zaman nanti terjadi pergabungan antara umat islam dan nasrani (yang telah mengimani Allah setelah Nabi Isa AS turun) untuk menentang kaum yahudi zionis ini. 4. Di dalam filem itu mempelihatkan seorang yang bernama Gandalf sebagai pemimpin yang memimpin golongan yang putih dalam menghancurkan kejahatan. Ia tidak lain bersamaan dengan peranan Nabi Isa AS yang akan turun ke dunia untuk memimpin umat islam untuk menghancurkan dajal laknatullah. 5. Terdapat juga seorang pahlawan yang berani dalam membela kebenaran, Setelah empayar kejahatan Mordor hancur pahlawan itu di angkat menjadi ketua. Posisi pahlawan ini di dalam tanda-tanda kiamat sangat menyerupai posisi Imam Mahadi. 6. Di akhir babak cerita ini digambarkan empayar kejahatan hancur seluruhnya dan tidak ada yang tersisa. Begitulah perkaitan dengan empayar dajal laknatullah nanti, di akhir zaman empayar ini akan hancur dan kaum yahudi zionis akan hancur dan bercerai berai. 7. Sebelum empayar kejahatan (Mordor) ini hancur, mereka telah mencapai kemajuan-kemajuan yang hebat dan pesat dari sudut kekuatan ketenteraan dengan kekuatan yang mereka ada mampu mengepung kekuatan dari kaum yang baik di sebuah lembah. Di akhir zaman nanti begitulah persamaannya, kaum yahudi akan menjadi sangat kuat dan berkuasa seperti yang kita lihat di Israel kini, mereka memperlekeh-lekeh serta membuat sesuka hati kepada umat islam, Namun akhirnya kekuatan yahudi zionis ini akan hancur seperti hancurnya empayar yahudi zionis laknatullah. 8. Kunci kekuatan empayar kejahatan adalah “sang mata satu” (Sauron). Semakin kuat dirinya, semakin kuat pula kerajaannya. Namun saat dia hancur, maka hancurlah seluruh empayar kejahatannya. Begitulah hubungan antara dajjal laknatullah dengan kaum Yahudi zionis terkutuk di Akhir zaman nanti. 9. Hancurnya kekuatan “sang mata satu” ditambah pula dengan jatuhnya cincin yang dibawa Frodo di sebuah kawah gunung berapi yang membara. Begitu pula digambarkan, nanti di Akhir zaman dajjal laknatullah ketika melihat Nabi Isa As., dia akan meleleh seperti garam yang meleleh. 10. Dalam filem itu digambarkan bahwa tokoh “sang mata satu” bukan muncul dari bangsa jin atau makhluk lain. Ia berasal dari seorang raja di masa lalu. Di dalam Tanda-tanda Kiamat disebutkan, bahwa Dajjal itu sejenis manusia. Lahir dari keluarga Yahudi di Isfahan, Iran saat ini.  dipetik dari : blog konspirasi dunia Salam Ukhuwah..~
kredit to TOK WAN do facebook


p/s: modmod. dah search x da pasal konspirasi ni, kalau dh ada, delete je...

hihihihi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2010 04:56 PM | Show all posts
Thread konspirasi
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2010 08:30 AM | Show all posts
bagus info ni...tapi skang ni masih ramai yg meminati filem/game/buku cerita
ini lah bahayanya propaganda barat bila mereka menggunakan fiskyen sebegini
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2010 12:36 PM | Show all posts
kalo yahudi tau diorang akan kalah? nape dorang jadi jahat gak?
betul ke artikel ni?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2010 01:57 PM | Show all posts
byk sgt konspirasinya bila kita berpikir terlalu mendalam...smpikan ketupat lemang dikatakan iluminati...upin ipin tu satu lagi agenda israel...taktaula nak kata...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2010 04:24 PM | Show all posts
Reply 4# pawangBuaya


  
kalo yahudi tau diorang akan kalah? nape dorang jadi jahat gak? betul ke artikel ni?
pawangBuaya Post at 12-11-2010 12:36





    betul ke salah ke. aku pon tak tahu.
aku copy paste jer...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2010 04:31 PM | Show all posts
so are we supposed to shit ourselves with fears after watch LOTR trilogy?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2010 05:01 PM | Show all posts
dok teori konspirasi sana sini, bod lagend dah jadi macam bod epistimologi fail. saheh mnatang yang dok konspirasi kaulu kailiaq ni tak lepaih exam nak masuk U amik master ka phD, cemuih ngat aih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2010 04:23 PM | Show all posts
lagi konspirasi
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2010 04:32 PM | Show all posts
Bangsa Melayu mula menunjukkan kesedaran yang tinggi tentang kehidupan,tentang penjajahan pemikiran dan sebagainya.Malangnya mereka terus menerus dimomokkan dengan unsur-unsur konspirasi Yahudi,freemason,zionis dan sebagainya...Kita tidak membuka ruang fikiran untuk mengkaji mengapa Yahudi begitu mudah memperdayakan seluruh umat manusia melenium ini..hampir tiada satu pun perkara yang berlaku tanpa campur tangan Yahudi. Segala bentuk teknologi yang ada pada hari ini hasil kekreatifan mereka mengolah pemikiran dan menterjemahkannya dalam bentuk pelbagai sama ada bidang ICT,fesyen,muzik,filem,hiburan dan pelbagai lagi. Apakah umat melayu terus menerus menyalahkan Dajjal @ freemason dalam segala hal. Mengapa menantikan Mahdi sedangkan anda sendirilah yang menentukan hala tuju diri anda.
Saya tidak mengatakan Yahudi itu betul dan umat Islam salah..tetapi sebenarnya kelemahan kita kurang mengkaji dan mengaji untuk setaraf mereka. Mengapa mereka dapat menghasilkan cerita-cerita konspirasi tentang diri mereka?malah lebih mengetahui pula tentang akhir zaman berbanding kita sendiri hanya sebagai 'pengikut'. umat Islam sudah terlalu lama lena dan suka berada dalam zon selesa. Sedangkan mereka terlebih dahulu mengenali 'Muhammad' malah mengenali Al Quran melebihi mengenali anak isteri mereka sendiri. Agaknya mengapa mereka berjaya? tidak lain kerana mereka berusaha..sedangkan kita hanya menanti kebangkitan umat Islam akhir zaman di dalam hadis2 Nabi...selebihnya kita serahkan kepada ulama2...padahal Rasulullah memberikan panduan khusus untuk semua umatnya..andalah yang bangkit sebagai "Mahdi" buat diri anda sendiri bukan orang lain..justeru..belajarla mengkaji dan mengaji dan berhenti menuduh orang lain atas kelemahan diri kita sendiri..Umat Islam itu mulia jika mereka mengenal kelebihan diri mereka dan mengenal Tuhannya..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2010 04:36 PM | Show all posts
senang ckp takyah tgk tv la...tgk upin ngan ipin pun dah kira sokong yahudi...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2010 05:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by fleurzsa at 13-11-2010 21:33

chait, melayu mana la yg tulis artikel sampah ni


fleurzsa: sorry, edited
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2010 05:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by fleurzsa at 13-11-2010 21:35
chait,  melayu mana la yg tulis artikel sampah ni
7anan Post at 13-11-2010 17:06



    yg pasti cerita pasai LOTR dgn illuminati ni start dr website omputeh.  ni cilok jah

fleurzsa: sorry, edited

http://www.illuminati-news.com/tolkien-occult.htm
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2010 09:31 PM | Show all posts
Tak habishabis lagi ke... hehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2010 09:40 PM | Show all posts
Reply 10# miftahuljamilah

Bagus statement awk....
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2010 09:57 PM | Show all posts
kalo yahudi tau diorang akan kalah? nape dorang jadi jahat gak?
betul ke artikel ni?
pawangBuaya Post at 12-11-2010 12:36




sama la cam manusia lain.. dah tau arak tu haram, tapi minum jugak.. dah tau zina tu haram, itu jugak yang dikejarnya..
Allah dah bgtau apa yang haram, apa yang halal ta[i kenapa ramai manusia ikut ke jalan yang haram berbanding yang halal?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2010 09:59 PM | Show all posts
1- Ye ke takde babak percintaan pemuda pemudi? Yang Aragorn dok bercintun dengan Arwen tu macam mana? So kira Nabi Isa nanti bakal bercinta dengan bunian ke apa?

2- Good vs evil memang formula yang diguna pakai hollywood dah berzaman.. Apa nak diherankan "pihak Hollywood" "meluluskan" pengeluaran movie ni. Mesti tukang tulis ni hidup kudus tak pernah tengok movies.

3- Basically LOTR ni pasal Frodo nye xpdc je. Watak lain tu sipi sipi je. Jadi frodo ni watak sapa pulak? Pemuda Bani Tamim? Syed Sobrie?

4- Go and read the book la dei..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2010 10:50 PM | Show all posts
baru habis baca buku 2012 karya muhammad alexander........
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2010 11:19 PM | Show all posts
Reply 16# blinkazwa


tak kene r bro.. (kalo ikut dari LOTR ni la) yahudi dah tau dorang di pihak yang salah, so memang akan kalah so watpe dorang stand for bende yang salah kan.. logically, takkan kite nak duk di pihak yang salah yang akan kalah.. lain r piahk salah tapi akan menang.. dalam dunia skang(generally), semua yahudi tau ke agama yang dorang anuti tu salah yang akan kalah satu hari nanti.. kalo betul pun dalam agama dorang cakap minum arak salah, berape kerat yahudi yang betul betul mengaji agama dorang kan..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 01:17 AM | Show all posts
dia sudah tonton Lord of the ring

anda bila lagi?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.340587 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list