CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 311|Reply: 0

Peminat kecewa tiada perarakan wira Argentina

[Copy link]
Post time 21-12-2022 10:23 AM | Show all posts |Read mode
Peminat kecewa tiada perarakan wira Argentina


PERARAKAN oleh pemain Argentina sebelum dihentikan. -FOTO EPA


Buenos Aires: Berjuta-juta peminat hadir untuk meraikan kepulangan wira Piala Dunia Argentina yang diketuai Lionel Messi kecewa apabila perarakan bas terbuka terpaksa dibatalkan berikutan orang yang ramai sehingga ia terpaksa ditukar kepada penggunaan helikopter.

Ramai peminat teruja dan bersorak kegembiraan menyambut wira mereka di sepanjang setiap meter laluan perarakan sejauh 30 kilometer yang dirancang bermula dari pinggir bandar Buenos Aires ke ibu kota namun tidak dapat dilaksanakan.

Bas terperangkap sepanjang hampir lima jam kerana begitu ramai orang yang hadir untuk meraikan kemenangan Argentina yang menewaskan Perancis pada perlawanan akhir Piala Dunia yang penuh mendebarkan sebelum membuat keputusan menukar bas itu dengan helikopter.

"Ia adalah mustahil untuk meneruskan perjalanan kerana ledakan kegembiraan penyokong," jurucakap presiden Gabriela Cerruti di Twitter.

Keputusan itu bermakna jutaan peminat termasuk mereka yang menunggu di monumen ikonik Obelisk di tengah Buenos Aires tidak dapat menyaksikan wira mereka.

"Saya agak sedih kerana kami tidak dapat melihat mereka," kata Marta Acosta, 35, yang tiba ke bandar seawal 5 pagi waktu tempatan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) menyalahkan polis kerana gagal mengawal perarakan kemenangan itu.

"Mereka tidak membenarkan kami untuk pergi dan meraikan semua orang di Obelisk," kata Tapia di Twitter.

"Agensi keselamatan yang sama yang mengiringi kami tidak membenarkan kami meneruskan. Ribuan kemaafan atas nama semua pemain juara. Ia memalukan."

Selepas tiga jam berarak, bas berkenaan bergerak tidak sampai satu pertiga daripada laluan dirancang.

Kemudian Messi, jurulatih Lionel Scaloni dan pemain tengah, Rodrigo De Paul membawa trofi Piala Dunia menaiki helikopter bagi ditunjukkan kepada penyokong di tempat tertentu termasuk Obelisk kata polis.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... akan-wira-argentina

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.258943 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list