CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 365|Reply: 1

Aksi Harimau Malaya 'kurang cantik' - Pan-gon

[Copy link]
Post time 22-12-2022 10:45 AM | Show all posts |Read mode

PAN-gon (kiri) berkata sesuatu kepada pengadil Ahmad Faisal Mohannad Al Ali. FOTO EPA

Dari Yangon, Myanmar

Skuad Harimau Malaya sedia menukar 'gear' yang lebih tinggi apabila turun menentang Laos dalam aksi kedua Kumpulan B Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Jelas pengendali negara, Kim Pan-gon, kemenangan berharga 1-0 ke atas Myanmar di Stadium Thuwunna di sini, malam tadi adalah hasil kejayaan pemain mengikut segala perancangan yang disusun biarpun beraksi tidak 'secantik' ketika Kelayakan Piala Asia pada Jun lalu.


Menurut Pan-gon, corak permainan pasukan boleh berubah mengikut kekuatan lawan dan tidak semestinya perlu bermain corak terbuka, sebaliknya kadang-kala perlu bertahan dan menunggu waktu sesuai untuk menyerang.

"Hari ini (malam tadi) kami bermain tidak cantik, tapi mengikut perancangan saya di mana kita raih kemenangan dan ia menggembirakan.

"Saya tahu pemain mereka (pasukan Myanmar) cukup pantas dan kita memang sedar, tapi kami ada pemain yang lebih di bahagian pertahanan, jadi saya sangat selesa (corak permainan bertahan). Walaupun tidak cantik, tapi saya amat hargai pemain saya yang sungguh profesional.

"Bergantung (adakah akan mengubah gaya permainan dengan Laos) kepada lawan kita...kita akan bermain ikut kemampuan pasukan yang kita akan temui nanti," katanya ketika ditemui sejurus perlawanan dengan Myanmar itu, di sini.

Dalam aksi itu, Malaysia berjaya memadam badi kekalahan sejak 2016 di Yangon apabila gol tunggal negara yang diraih menerusi Faisal Halim di minit 52 menjadi pemisah buat kedua-dua pasukan.

Selain gol Faisal, penjaga gol kebangsaan Syihan Hazmi turut mencuri tumpuan apabila muncul wira menepis sepakan penalti tuan rumah dalam masa kecederaan babak kedua, sekaligus menghadiahkan tiga mata penuh buat skuad Harimau Malaya.

Jurulatih dari Korea Selatan itu juga enggan menganggap dirinya mempunyai magis apabila sentuhannya terus menghadirkan kemenangan keempat berturut-turut sejak tewas kepada Bahrain 1-2 dalam Kelayakan Piala Asia pertengahan tahun ini.

"Segala kejayaan dan kemenangan ia bukan tentang magis Pan-gon tetapi pemain berikan segala-galanya berdasarkan apa yang saya mahukan.

"Saya hanya jurulatih yang memberi tunjuk ajar kepada mereka dan semua pemain mempunyai mentaliti yang kuat," katanya yang membawa Malaysia menamatkan kemarau 42 tahun untuk layak ke Piala Asia di Qatar tahun depan selepas pasukan muncul lima naib juara terbaik di pusingan ketiga kelayakan itu.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rang-cantik-pan-gon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2022 05:15 PM | Show all posts
barisan depan harimau malaya kena lebih garang faisal, safawi, lee tuck, aguero, darren kena banyak try di luar kotak penalti, sebab rasa untuk masuk dalam box mungkin agak sukar sebab lawan pasti akan lebih defensive bila lawan msia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.053538 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list