CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shahtar

Tanah Simpanan Melayu

[Copy link]
Post time 28-11-2010 12:00 AM | Show all posts
"Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain""

Yang bermaksud Tanah Simpanan Melayu ini tidak boleh diserah,disewa atau dijual kepada orang bukan Melayu.

Saya nak tanya kepada orang yang arif pasal perkara ni:

1) Di manakah kawasan tanah simpanan melayu yang dimaksudkan?

2) Ada dengar cerita di mana sesetengah daripada tanah yang disimpan kepada orang melayu ini dijual kepada orang bukan melayu...betul ke?
shahtar Post at 12-11-2010 22:02

1) kawasan tanah melayu kalau ikut wasiat di atas ialah selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan.

2)Betul. Tanah simpanan melayu mmg tidak boleh diserah, disewa atau di jual kpd bukan melayu........TAPI SILA CARI JAWAPAN UTK SOALAN INI IAITU BERAPA KAH BAKI TANAH SIMPANAN MELAYU MASA MERDEKA BERBANBING SEKARANG?

lagi satu soalan mcm mana British gazette kan tanah tu tanah simpanan melayu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2010 01:14 AM | Show all posts
Latarbelakang Tanah Simpanan Melayu di Semenanjung Malaysia

Sebelum kedatangan penjajah – penjajah Barat ke Tanah Melayu, sistem perundangan tanah yang digunapakai pada ketika itu adalah bercorak kepada Sistem Pemilikan Adat. Dalam konteks ini, tanah – tanah berkenaan adalah milikan bersama untuk satu suku atau kumpulan masyarakat yang telah menduduki tanah – tanah berkenaan sejak sekian lama. Pada ketika itu tidak wujud sempadan bagi mana – mana tanah individu dan ia secara langsung mewujudkan satu suasana masyarakat desa yang saling kenal mengenali antara satu sama lain. Di dalam komuniti masyarakat tradisi ini ia akan diketuai oleh seorang Ketua Kampung atau Penghulu yang dilantik dari kalangan mereka.

Selain daripada itu juga, semasa era pra penjajahan Barat, terdapat 2 jenis pemilikan tanah yang digunapakai oleh masyarakat Melayu Tradisional. Antaranya ialah, pemilikan tanah oleh golongan bangsawan (pembesar – pembesar dan pegawai – pegawai kanan kerajaan). Mereka ini juga memiliki laluan sungai utama dan kawasan perlombongan di dalam kawasan yang berada dibawah pentadbiran dan kekuasaan mereka. Manakala jenis yang kedua ialah tanah – tanah yang dimiliki oleh golongan petani. Tanah – tanah berkenaan akan dibuka dan diusahakan oleh golongan berkenaan tanpa batasan dan halangan dibawah undang – undang feudal pada ketika itu. Selain itu juga, keluasan tanah bagi sesuatu kawasan adalah luas dan boleh diterokai tanpa sebarang keperluan yang harus dipenuhi oleh masyarakat petani feudal zaman kuno. (Dato’ Dr. Nik Mohd Zain Nik Yusof, 9 November 1996).

Terdapat juga sesetengah kawasan yang merupakan kawasan tanah kurniaan Sultan kepada pembesar atau pegawai – pegawai kerajaan. Tanah – tanah berkenaan akan diusahakan oleh golongan petani dan hamba dan hasilnya akan diserahkan kepada pembesar – pembesar berkenaan dan Sultan yang dikenali sebagai Cukai Hasil. Semasa awal era penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, orang – orang Melayu telah membuka hutan bagi tujuan pembukaan tanah – tanah pertanian dan kedatangan imigran – imigran Cina, India dan Eropah telah mengakibatkan banyak kawasan – kawasan tanah milik orang Melayu telah dijual kepada mereka. Pada ketika itu, Penjajah British telah memperkenalkan sistem pertanian moden yang boleh menghasilkan pulangan pendapatan yang lebih dari pertanian tradisional seperti getah, kelapa sawit, koko dan sebagainya.

Penemuan bijih timah dan bahan – bahan galian yang lain juga telah mengakibatkan banyak – banyak tanah milikan Melayu terjual kepada syarikat – syarikat perlombongan sama ada milik saudagar China atau Eropah. Pada tahun 1891, Sir William Maxwell telah memperkenalkan 2 bentuk pendaftaran hakmilik tanah iaitu “tanah – tanah milik orang Eropah” dan “tanah – tanah yang dipegang dibawah hakmilik adat”. Bagi mengelakkan tanah – tanah natif ini jatuh ke tangan pendatang, British telah mengenakan syarat bahawa tanah adat tidak dibenarkan dipajak atau digadai dan pada tahun 1897, Daftar Hakmilik Mukim (Mukim Register) telah diperkenalkan

nota : Terima kasih British kerana telah memperkenalkan good governance
seterusnya dalam facebook pun ada juga, cari THE MALAY PRESS....lepas tu jgn lupa tekan LIKE   ok?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2010 01:18 AM | Show all posts
sambung ler.....

Pembangunan ekonomi Tanah Melayu pada awal kurun 20 telah menyaksikan sumbangan dari sektor perlombongan dan pertanian komersil yang banyak. Ini telah mengakibatkan golongan – golongan pendatang yang terdiri daripada saudagar – saudagar Eropah dan Cina untuk memiliki tanah – tanah berkenaan melalui pembelian tanah dari masyarakat tempatan yang terdiri daripada orang – orang Melayu. Disebabkan permintaan yang tinggi terhadap tanah – tanah yang mempunyai hasil bumi yang kaya serta kedudukan yang berhampiran dengan bandar – bandar utama telah mengakibatkan nilai tanah semasa semakin meningkat. Akibatnya banyak pemilik – pemilik tanah yang terdiri daripada masyarakat Melayu telah menjual tanah – tanah mereka kepada golongan pendatang.

Disebabkan oleh senario pembukaan tanah oleh masyarakat Melayu dan seterusnya dijual kepada saudagar – saudagar asing, pihak Pentadbir Kolonial British telah merasakan bahawa bangsa Melayu akan kehilangan tanah mereka pada suatu masa nanti jika amalan ini berterusan. Oleh yang demikian, Kerajaan Inggeris telah memperkenalkan satu enakmen yang dikenali sebagai Enakmen Rizab Melayu pada tahun 1913 yang bertujuan untuk menjaga dan menjamin kepentingan bangsa Melayu ke atas tanah dan juga untuk memastikan tanah – tanah berkenaan tidak jatuh ke tangan bukan Melayu. Tujuan utama British memperkenalkan Enakmen Rizab Melayu ini adalah untuk mencegah orang – orang Melayu dari menjual dan memperolehi keuntungan daripada penjualan tanah – tanah ini kepada bukan Melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2010 01:31 AM | Show all posts
aku ambil yg penting jer....sambung

Kawasan Simpanan Melayu hanya sebilangan sahaja yang terletak di kawasan bandar, manakala selebihnya terletak di kawasan – kawasan luar bandar dan pendalaman. British kurang menggalakkan penglibatan orang – orang Melayu di dalam bidang – bidang perniagaan, perlombongan dan pertanian komersil sebaliknya bertujuan untuk mengekalkan kehidupan tradisi mereka di kawasan – kawasan luar bandar. Walaubagaimanapun, kawasan – kawasan yang mempunyai peruntukkan tanah rizab Melayu adalah dari kalangan negeri – negeri Melayu yang mempunyai Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Besar. Negeri Melaka pula tertakluk kepada peruntukkan dibawah “Malay Customary Land Enactment”.


sama lah macam pemerintah skrg yg taruh melayu kat FELDA2
macam mana nak ada headstart in economy?

tanah rezab melayu di negeri yg ada Sultan, Raja dan YDP so ketuanan dapat protect tak tanah2 ini terlepas?
berapa baki tanah rezab melayu tinggal skrg?

50 tahun dulu org2 Cina dtg malaysia sehelai sepinggang tanpa tanah tapi sebab dok di bandar biarpun susah dan bersesak awal nya akhirnya selepas 50 tahun mereka menguasai ekonomi.
Melayu pula, 50 tahun dulu di halau utk buka hutan tinggal di Felda2 tak di beri peluang menghuni walaupun pinggir bandar maka selepas 50 tahun, ada ura2 pulak cucu cicit peneroka di beri kursus pengurus rumah tangga

so biarlah tinggal di PPRT di bandar asal dpt berniaga dll aktiviti komersial.....bukti nya tengok je lah org2 cina yg dtg sehelai sepinggang tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2010 01:45 AM | Show all posts
Setelah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, tanggungjawab untuk menjaga kepentingan Tanah Rizab Melayu telah berpindah daripada tugas seorang Residen British kepada Menteri Besar. Di dalam Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan Fasal 86 berhubung dengan Tanah Rizab Melayu serta disokong oleh enakmen – enakmen rizab Melayu yang diwarisi dari Kolonial British yang terus menerus diamalkan. Walaubagaimanapun, isu – isu berhubung dengan Tanah Rizab Melayu mula diberi perhatian pada masa kini. Ini adalah kerana perkembangan dan aliran program – program pembangunan yang pada asalnya terdapat di kawasan perbandaran sedia ada tetapi telah meluas ke kawasan – kawasan luar bandar.

nota: jeng jeng jeng.....apa jadi selepas nya?
apa makna tu yg bold merah tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2010 08:56 AM | Show all posts
Reply 24# bioessence

j.....       (aku sambungkan)... walaupun terpaksa merempat setiap 99 tahun.. hahahahaaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2010 06:29 PM | Show all posts
Reply  bioessence

j.....       (aku sambungkan)... walaupun terpaksa merempat setiap 99 tahun..  ...
unekspekted_III Post at 28-11-2010 08:56

belum 99 tahun pun dah merempat.....Felda ulu Tebrau apa cerita?
lepas atok ko meninggal sape dapat tanah tu.....dah dapat geran ke belum?
kita merdeka dah 53 tahun woiiii.....tak kan mula dari atok hingga ke cucu ko masih menumpang tanah lagi
kalau dah dapat bagus sekurang2 nya takde la nasib korg macam kat Felda sg bUaya

Former Felda Sungai Buaya settlers were all smiles when the Barisan Nasional government fulfilled its promise to resolve land settlement woes even before polling day on Sunday.

The affected 363 households were given a total of RM18.15mil in advance payment Friday.

They had been waiting 15 years for a developer to pay them compensation, during which time, 276 of the 383 pioneers had passed away.

The surviving 87 pioneers received RM50,000 each from Idiqa Sdn Bhd chairman Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, who is also Umno supreme council member.

Advance $1k jer baki $49k belum habis bayar.....hehehe
org lain jual tanah ker rumah ker dlm setahun dapat duit.....ni org2 Felda jual kat developer UMNO/gomen tu
patut gomen mana bole menipu tapi Gomen pulak yg bayar sikit2...ada ke gitu?

tapi senang jer nak handle org Felda
suap dulu kain pelekat, beras sekampit duit $50 undi balik UMNO....settle problem
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2010 11:02 PM | Show all posts
belum 99 tahun pun dah merempat.....Felda ulu Tebrau apa cerita?
lepas atok ko meninggal sape dap ...
bioessence Post at 28-11-2010 18:29


sorry laaa..  tanah berekar2 sampai 7 keturunan kenyang.. x perlu join MLM mcm ko.. miskin jugaak.. hahahahaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2010 06:35 PM | Show all posts
tanah org melayu paling bnyak di mesia
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 12:01 AM | Show all posts
hahah tanah rezab org malayu di terengganu..tanye org hamno ade lagi tak?? berapa hinggit datok tipo org kampong...dan berapa hinggit pulak dato jual kat org CINA??? sila tanye pemimpin andaa ye pemyokong hamnoh.. ni aku tk tipuuu..kalo tk puas hati pegi tanyee sendirik!
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 09:53 AM | Show all posts
sorry laaa..  tanah berekar2 sampai 7 keturunan kenyang.. x perlu join MLM mcm ko.. miskin jugaa ...
unekspekted_III Post at 28-11-2010 23:02

yang confirm miskin org Felda....MLM sampai mati dudok kat hieraki bawah, yg atas tetap kaya, korg lepas 53 tahun ada program pengurus rumah tangga lagi....... hahaha....

ok berbalik kepada Rukun NegaRA....
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG2
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Dulu masa baru2 merdeka ada 3 juta hektar tanah rezab melayu tapi pada 2004 dah tinggal separuh....skrg lagi kurang  :re:  
siapa punya angkara tidak menghormati rukun negara?

butiran bole di dapati dari article oleh Salleh Buang di board HOUSING BOARD AUTHORITY @HBA >>> sini
However, some vital questions remain. Having depleted such an extensive amount of MRL, why haven’t these State Authorities taken steps to replace the lost quantum? Why did they fail to abide by their constitutional duties? Or is it that safeguarding MRL is not of constitutional importance?

dan lagi dari blog >>> Malay Reseve Land
kawasan – kawasan yang mempunyai peruntukkan tanah rizab Melayu adalah dari kalangan negeri – negeri Melayu yang mempunyai Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Besar. Negeri Melaka pula tertakluk kepada peruntukkan dibawah “Malay Customary Land Enactment”.


kenapa Raja2 Melayu OK jer kerajaan Negeri melesapkan tanah2 rezab Melayu tu?
Mengaku Raja2 Melayu tapi kalo tak bole protect Tanah Rezab utk org yg mereka claim jadi Raja, buat apa jadi Raja Melayu?
jadi ler Rajalingam ker Rajagopal ker...tak gitu?

Setelah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, tanggungjawab untuk menjaga kepentingan Tanah Rizab Melayu telah berpindah daripada tugas seorang Residen British kepada Menteri Besar. Di dalam Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan Fasal 86 berhubung dengan Tanah Rizab Melayu serta disokong oleh enakmen – enakmen rizab Melayu yang diwarisi dari Kolonial British yang terus menerus diamalkan


British susah payah nak protect tanah simpanan melayu tapi Raja2 tu semua apa buat?

lagi......

a) Pelupusan Tanah – Tanah Simpanan Melayu

Sebagaimana yang telah diperuntukkan di dalam Enakmen – Enakmen Rizab Melayu, setiap tanah yang dikategorikan Tanah Rizab Melayu yang dikeluarkan dari peruntukan Enakmen Rizab Melayu harus diganti dengan tanah yang lain yang mempunyai ciri – ciri yang sama seperti tanah yang dilucutkan. Perlucutan tersebut boleh dibuat melalui permohonan yang dibuat kepada pihak berkuasa negeri dengan mematuhi syarat – syarat penggantian tanah yang baru. Walaubagaimanapun di dalam amalan pada masa kini, banyak tanah – tanah rizab Melayu yang dilucutkan tidak digantikan sebagaimana yang dikehendaki oleh enakmen berkenaan, terutamanya bagi tanah – tanah rizab Melayu yang terletak di bandar – bandar utama di Malaysia. Akibatnya, keluasan tanah rizab Melayu semakin susut.

b) Pengambilan Tanah

Isu – isu pengambilan tanah yang melibatkan tanah rizab Melayu adalah hampir sama dengan kes pelupusan tanah – tanah simpanan Melayu. Yang membezakannya ialah, Pengambilan Tanah ini dibuat melalui peruntukkan dibawah Akta Pengambilan Tanah 1960. Dalam hal ini, pemilik – pemilik tanah rizab Melayu akan diberi pampasan yang sewajarnya yang mana penilaian bagi pempasan tanah ini adalah berasaskan kepada nilai pasaran. Isu yang timbul, pengambilan tanah – tanah rizab Melayu tidak digantikan dengan tanah – tanah yang baru yang mengakibatkan keluasan tanah rizab Melayu telah berkurangan dan susut.


Soalan:
1) Kg Baru nak tukar status komersil.....mana nak halau org2 melayu tu? Bole tak org2 melayu punya ownership 100% seperti status Quo?
2) Kg datuk abdullah hukum....midvalley dah naik, mealyu jadi apa?Jaga, cleaner ker ada ownership share in trust makan bulan2 sebab tanah diaorg di rampas ?
3) kg chu badak....DUKE dah siap? org2 kg dapat tak gantian rumah banglo kat damansara ke tak pun duit juta2...atau bayar ciput halau diaorg keluar?

Ini tanah kat bandar kedian kita pergi pula berapa banyak susut tanah2 kat negeri2 yg ada raja, sultan dan YDP dan kemana pergi nya hilang tanah tu....maksud> jadi apa skrg...so korg bole nilai berapa persen puak2 ni dan kroni dapat.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 10:08 AM | Show all posts
yang confirm miskin org Felda....MLM sampai mati dudok kat hieraki bawah, yg atas tetap kaya, korg ...
bioessence Post at 2-12-2010 09:53


iyeee????

kat mane laa cilok lepas tu cut paste ni.. hahahaahahaa
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 11:07 AM | Show all posts
Post Last Edit by kekbelacan at 2-12-2010 11:09

nape aku di sini
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 11:10 AM | Show all posts
senang cite laa..

tak kire cine ke india ke melayu..

when come to money = demand and offers... anything impossible jadi possible

pucuk pangkal hati.. bukan sebab orang lain yang suruh jual
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 11:38 AM | Show all posts
boleh jer ambil hak org yg dah termaktub dlm perlembagaan suka suki ker?
nape tak jadi kan bekas2 peneroka felda Sg Buaya jutawan...tak kan org yg sama jer nak makan komisen billion2 nak renovate rumah yg masih baru sampai 65 juta.....
tu tapak rumah dia org ada 300 lebih tu...bayar jer lah dia org 1 juta ker nak di bandingkan ada maverick tu balon 100 billion?
ada sykt nama bunyi2 Gajos jual pasir kat spore pu hasil 7 keturunan tak habis makan
ketuanan tu pulak.....

sebab tu lah DEB tak berjaya....5% of malays control the malaysian economy baki nya aku sapu sampah takpe asal panggil aku tuan ....hehehe

tanah org melayu paling bnyak di mesia
kucingTomey Post at 29-11-2010 18:35

aku pun nak ketawa juga ....  siapa lah pengkhianat tu ye?
Kejap lagi Utusan dan perkasa mula lah bawa isu Anwar, PKr, PR, DAP, Penang.....nak tenggelam kan isu kg baru

Khilaf.......HBA bukan housing board assoc tapi NATIONAL HOUSE BUYER ASSOCIATION.....pls note

kat Johor, kira-kira 26,000 ekar tanah orang Melayu di sekitar Tanjung Langsat hingga Tanjung Piai juga telah hilang, setelah diambil untuk satu projek bandar baru. Projek ini dikendalikan oleh syarikat milik Kuok Brothers, secara usaha sama dengan kumpulan UEM.

100% ownership melayu dan jadi apa? kasi kat Cina dan sykt UMNO
projek apa? Nusajaya dan Iskandar.....hahaha...
UEM tu UMNO punya, Iskandar tu pula kena mengena juga dgn ketuanan...org yg tanah nya di ambil oleh MB johor dapat apa?
nape tak jadikan melayu2 ni jutawan.....tanah bole di jadikan modal utk berniaga, melabur beli hartanah baru atau simpan jer kat mana2 unit trust....

so org2 kamoung....pi lah minta tolong dgn UMNO dan Raja2 Melayu ....
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 11:39 AM | Show all posts
boleh jer ambil hak org yg dah termaktub dlm perlembagaan suka suki ker?
nape tak jadi kan bekas2 p ...
bioessence Post at 2-12-2010 11:38


bla bla bla.. ko copy paste from harakah kerr?? hahahahahaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2010 02:30 PM | Show all posts
Fungsi Raja Lingam ialah mempertahan Tanah Simpanan Lingam
tak gitu?
sila ganti perkataan Lingam dgn perkataan yg sesuai
bukan Lingam yg appoint chief judge suroh Agong sign seal n delivered tu ye....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2010 04:19 PM | Show all posts
hal berkaitan tanah adalah bidangkuasa kerajaan negeri.
tanah untuk orang melayu ditulis dalam geran rizab melayu.
luas tidak boleh dikurang.

hari ini, rizab melayu kekal milik melayu.
rizab bukan melayu orang melayu juga beli, kita menang kalau pandai.

hendak tahu berapa luas, pergi tanya ptg negeri atau pejabat tanah daerah.
tanya dibawah bidangkuasa pendaftar hakmilik dan pentadbir tanah
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 08:11 PM | Show all posts
Muehehee.

Jangan harap la tanah rizab melayu boleh berkurang atau dijual kepada bukan melayu.

Tak guna orang bukan melayu melalak melolong berjela-jela kat sini sampai meleleh air taik. Tak akan dapat merubah hakikat walau sedikit Lebih baik korang pergi bela kaum sendiri yang sudah jauh ketinggalan di belakang melayu. Umpamanya kaum cina yang menjadi jaguh merempat di tepi jalan, makan percuma di pusat kebajikan, merempat di tanah kerajaan untuk tanam sayur di tanah sekangkang kera.

Tanah rizab melayu kat mana yang kononnya diambil bukan melayu ?
Tunjuk buktinya kat sini. Kalo sekadar hujah keluar dari jumbor salleh buang saja buat apa ? Sampah.

Bicara tentang perkampungan melayu pula,
Pergi la tengok dengan mata sendiri semua kampung yang kononnya diambil pihak pemaju. Kenapa mereka masih di sana ? Usir la mereka kalau berani. Hahahahaaa
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 08:21 PM | Show all posts
yang confirm miskin org Felda....MLM sampai mati dudok kat hieraki bawah, yg atas tetap kaya, korg ...
bioessence Post at 2-12-2010 09:53


Kampung Felda pun lu tak pernah masuk mau kata mereka miskin. Peserta FELDA ada kebun sawit 4 hektar la bodoh. Lu apa ada ?


Kalau pun pengerusi felda terhegeh-hegeh pergi bukak pusat latihan pembantu rumah, itu tak bererti anggota keluarga felda berbangsa melayu akan masuk.
cina dari felda machap boleh la. Bangsa korang memang dah ada mentaliti amah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.096420 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list