CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 255|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis tahan 3 lelaki bersama 105kg daun ketum

[Copy link]
Post time 25-12-2022 12:44 PM | Show all posts |Read mode

Foto hiasan. - Bernama

BALIK PULAU: Polis menahan tiga lelaki dan merampas 105 kilogram daun ketum ketika serbuan di sebuah rumah di Jalan Permatang Damar Laut, Bayan Lepas, di sini, semalam.

Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan, berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, polis menyerbu rumah itu serta menahan tiga lelaki berusia 22 hingga 26 tahun yang menjadikan bahagian belakang rumah berkenaan sebagai tempat memproses air ketum.

"Selain 105 kilogram daun ketum, polis turut merampas ratusan bungkusan air ketum yang siap diproses iaitu 1,545 liter, peralatan memasak, tong gas dan pelbagai lagi yang semuanya bernilai RM16,500," kata kenyataan itu, hari ini.

Katanya, kegiatan itu dijalankan sejak beberapa bulan lalu dan tiga penganggur itu kini direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Sementara itu, dalam kes berasingan, polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun dan wanita warga emas berumur 61 tahun kerana disyaki menjadi 'keldai akaun' sindiket penipuan, dalam serbuan di Perak, Khamis lalu.

Siasatan awal mendapati mereka terbabit dengan sindiket dalam urusan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan keuntungan, selain menyamar pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta polis.

"Jumlah kerugian dialami mangsa ialah RM8,010 hingga RM19,200.

"Mereka kini direman empat hari dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun keseksaan," katanya. -– BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berit ... ma-105kg-daun-ketum

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 03:29 PM GMT+8 , Processed in 2.010105 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list