CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 16075|Reply: 32

Bahasa Aramic

[Copy link]
Post time 17-11-2010 04:02 PM | Show all posts |Read mode
Aku x tau ada ka dak thread bahasa ni. Kan ada orang dok baca bahasa Aramic kata pokemon maksud dia akulah dajjal. maka elok lah kita pon belajaq jugak supaya kita tak kawan dengan dajjal Huruf bahasa aramic dipanggil sebagai Athuutha.

Lepas zaman zaman Isa al-Maseh, bahasa ni masih lagi digunakan di Timur Tengah dan sekarang tersebar ke merata2. Bahasa ni masih wujud tapi jarang dh orang guna. Ia adalah bahasa akar kepada bahasa Ibrani dan Arab. Dari huruf Aramic berkembangnya huruf Arab, huruf Farsi, Urdu, n Yunani.

Bahasa Aramic menggantikan bahasa saudara dia bahasa Akkad (bahasa semitik tertua) sekitar kurun pertama sblom masehi. huruf aramic kemudiannya diasaskan dari bahasa Phonecian yang diambil dari Kana'an. Lepas orang Assyria terima bahasa Aram, maka bahasa ni jadi bahasa lingua franca di Mesopotamia dan seluruh Timur Tengah. Perkataan Aramic datang dari nama Aram anak Saam. Saam datang dari perkataan Shmaayaa maksud dia langit.

Bahsa Aramic terbahagi dua dialek. Dialek Barat merujuk kepada dialek Palestin (dialek Isa al-Maseh cakap) dan Timor, dialek ni merujuk dialek Syria. Syria adalah loghat dalam bahasa Aramic bukan bahasa tu. Loghat Syria ada pengaruh bahasa Akkad. Bahasa Aramic moden sama mcm bahasa Ibrani moden atau bahasa Arab moden ada banyak pengaruh luaran sebab evolusi bahasa. Bahasa Aramic jarang berubah hanya sedikit saja mengalami perubahan sejak 2000 tahun lampau utamanya dalam bacaan sembahyang di dalam gereja orang kristian aliran timor.

sebahagian daripada bible memang tertulih dalam bahasa aramic. termasuk kitab ezra dan daniel. bahasa bertulis aramic terkenal dipahat oleh balshazar cucu kepada nebukhadnesar menceritakan kruntuhan babilon. lepas malam pahatan, belshazar mati dan khourosh raja Parsi, Medes, dan Darius kuasai babilon.  


  bahasa ni ada diajaq di vatican jugak di unibersiti macam harvard n chicago. ada 22 huruf dipanggil sbg atwaateh dan 7 zoweh atau vokal dalam bahasa aramic. ejaan dalam bahasa aramic dipanggil haajjyaat. sebut ha pedas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2010 06:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by ~Ashe~ at 17-11-2010 18:19

Charizard=Allah itu lemah  

Hmm tak penah dgr pun Bahasa Aramic ni.. Sounds interesting..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2010 10:22 PM | Show all posts
Jom blajaq bunyi huruf bahasa aramic. alah, macam alip ba ta tu... kenal bunyi dlu pastu baru kenal huruf, aku blajaq baca arab dlu lagutu, hehe

alap - alef
biet - ba
gamal - jim
dalat - dal
heh - ha
waw - wau
zain - zain
kheth - kha, ha pedas
teth - ta
yodh - ya
kap - kaf
lamadh - lam
mim - mim
nun - nun
simkat - sin
aih - (aku x tau equivalent dia apa)
peh - fa
sad'e - sod
qop - qof
resh - ro
sheen - shin
taw - thow
taw alap - thaa

huruf hebrew sebenarnya huruf bahasa aramic. hebrew tadak huruf dia paki huruf aramic. huruf aramic lepas tu evolusi jadi huruf mcm huruf arab yang tulih sambung2. jd bahasa hebrew preserve tulisan aramic.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2010 10:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 17-11-2010 22:35
Charizard=Allah itu lemah


ingatkan sama makna dengan shahrizat, sapa yang nama shahrizat kena tukar nama la...
wooops.... lawak2 saja, hehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2010 08:10 AM | Show all posts
ingatkan sama makna dengan shahrizat, sapa yang nama shahrizat kena tukar nama la...
woo ...
genot Post at 17-11-2010 22:23



     Ish nama pokemon tu... Teringat maksud charizard ni lam kertas konspirasi yg kwn dik duk bwk kat sekolah

charizard=shahrizat..cam nak sama jah   

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2010 08:48 AM | Show all posts
LOL, nama pokemon gak ka? hahahahaha, ingatkan pokemon tu satu benda je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2010 02:41 PM | Show all posts
Nice info, lagi2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2010 03:48 PM | Show all posts
nah greetings dalam bahasa Aramaic... boleh transcribe dalam tulisan Hebrew sebab tulisan Hebrew tu tulisan Aramaic jugak.

shlomo - salam
shlomo lebaita hena - salam kepada rumah sini
shlomo amkon - salamu'alaikum
bashlomo - with peace
shlomo wo tabota amkhon - peace dan kemuliaan bersama kamu
shalo bashlomo - mintaklah keamanan
shlomo am akhan - salam kepada saudara2
tabota wo rakhme wo shlomo - kemuliaan dan rahmat dan salam
shalu bashlomo - kami mintak kemanan atas kamu
shlomo am khulkhon - salam atas kamu semua
shlomo wo rakhme wo khuba - rahmat dan cinta

smua pun ada perkataan shlomo belaka. jumpa orang sebut sajalah shlomo yang ringkas. ia membantu bahasa arab dan hebrew hangpa jugak {:2_66:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2010 03:07 PM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 22-11-2010 15:32

Ni ada satu teori linguistik menarik untuk sama2 baca dan berhibur. teori linguistik na bukan teori konspirashith, teori konspirasi boleh simpan dalam board legend atau idea ka. kalu teori linguistik musti ada nama tokoh yang cakap pasal benda ni dan dah tentu tokoh tu bukan haku

Ni berkenaan dengan perkataan Yarmulke yang merujuk kepada penutup kapla Yahudui. Perkataan Yarmulke ni bunyi macam bahasa Turki. Ada dua teori linguistik pasal etimologi perkataan ini. etimologi makna dia kajian asal usul kata.  

Dalam bahasa Ibrani, perkataan merujuk kepiah kepala tu dipanggil Kippah. Maksud dia kubah. Tapi dia punya etimologi tak pasti. Stengah ahli linguistik macam Max Vasmer kata yang perkataan Yiddish (Yahudi Eropah) ni datang bahasa Turki melalui bahasa Ukrain atau Poland. Depa sebut sebagai Yaghmulk maksud dia tutup kapla takut kena hujan. Satu lagi ahli linguistik nama dia Herbert Zeiden ada hipotesis dia percaya benda ni asal perkataan Turki. Dia kata bahagian pertama pekataan yarmulke mungkin datang dari kata yarim makna dia separuh. perkataan kippah tu mungkin kombinasi perkataan pertama dia datang dari kata Turki iaitu Qap makna dia sesuatu yg boleh isi sesuatu.

teori tradisional sebut kata yarmulk asal dari frasa Aramaic iaitu Yarei Malka makna dia Takwa kepada Tuhan. Berdasarkan prinsip pemakai dia berada dalam tempat ibadat. satu lagi teori sebut asal dari frasa Aramaic iaitu Yarei mei-Elokah makna dia Kagum pada Tuhan. Ok boleh? semoga terhibur.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2010 11:04 PM | Show all posts
tunjukkan lah tulisan sebenar dia..ada ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 01:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by sky_ephemeris at 23-11-2010 13:16

tulisan dia tu la tulisan yang orang Yahudi pakai untuk bahasa Hebrew tu. tulisannya ada banyak versi. yang digunakan dalam Peshitta (Aramaic Bible) adalah tulisan Estrangela. Harapkan dapat membantu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 01:47 PM | Show all posts
tunjukkan lah tulisan sebenar dia..ada ke?
Jejaka88 Post at 22-11-2010 23:04





Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 02:26 PM | Show all posts
Reply 12# ChildrenOfBodom


    wah...itu ke tulisan dia...mmg pelik

nk kata hebrew bukan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2010 11:42 PM | Show all posts
thanks kat COB ngan sky_ephemeris, sapa2 ada info mai tepet sini lagi... sama2 belajaq. satgi kena cekup ngan dajjal sapa yang susah?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2010 06:29 PM | Show all posts
thanks kat COB ngan sky_ephemeris, sapa2 ada info mai tepet sini lagi... sama2 belajaq. satgi kena c ...
genot Post at 23-11-2010 23:42


harap ahmad sepul hat buat teori kata upin tu bahasa aramaik yg bermaksud benci rasul tu mai ajaq kita bhs aramaik nie.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2010 07:00 PM | Show all posts
Reply 14# genot


    yg itu lain pulak..hanya iman dan takwa jadi pelindung..bhs apa pun dah x guna kalau dajjal mai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2010 03:01 AM | Show all posts
nah bunyi bahasa Assyria, ni sejenis dialek bahasa Assyria dinyanyikan oleh Talal Graish. Ni loghat dekat Iraq sana, lagu ni agaknya cakap pasal sejenis suku kaum. Rasanya momkin ada campuq dengan bahasa Kurdish jugak. kalu bahasa Assyria moden orang panggil neo-Assyrian. Di Iraq, orang Assyria dirujuk sebagai Chaldean atau Kaldani dalam bahasa Arab. Tahu dah nabi Ibrahim (as) bangsa apa? ada stengah perkataan nak sama macam perkataan arab tapi kena dengaq elok2, kalu orang cakap bahasa arab dia dengaq bahasa ni rasa macam paham tapi plek sb xtau nak kata paham ka dak


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2010 09:31 AM | Show all posts
shlamalokhun!

pokemon ni merupakan jenis2 menatang gak ka? aku tengok sikit jah dolu kartun ni masa sekolah tingkatan2. memang agak ketinggalan zaman gak sebab aku x reti benda2 yang orang dok minat di alam semasa

Sebelom itu, bahasa Assyria ni dengan bahasa Aramaic merujuk perkara sama. Assyria merujuk nation, Aramaic merujuk bangsa. Orang Barat guna nama Assyria merujuk sekaligus Assyria ni nation dan jugak bahasa. Dalam bahasa Arab ada perkataan2 seperti Suryani, atau Kaldani. Dua2 pun benda yang sama dan x jauh merujuk bahasa. Kaldani di Iraq. Suryani di Syria.

topik kita belajar hari ni adalah mengenai haiwan. dalam bahasa aramaic atau assyria, kita panggil haiwan sebagai heiwaan. sama ja macam bahasa arab dan kata pinjaman bahasa arab dalam bahasa melayu. bahasa assyria kita pakai ni adalah loghat Iraq.

heiwaan

kucin - gaatuu, bahasa arab gittun (qittun), bahasa sepanyol, el gato
anjin - kilba, bahasa arab, kalb
kuda - sousa
lumbu - tora
ikan - nouna
tikus - ehgoubraa

kata sifat

letih - ksheekhaa (maskulin), ksheekhtaa (feminin)
lekas - jeldin, bahasa industan jaldi karna
besar - gouraa, gourtaa
kecik - souraa, sourtaa
berat - yakouraa, yakourtaa
kotor - shkhtana, shkhtanta

tatabahasa

ialah - eileh (maskulin), eilaa (feminin)

ikut bahasa assyria, kata kerja (be verb) selalu kat penghujung ayat. contoh ayat:

anjing itu besarq
kilba goura eileh

cuba lihat kat gender kata nama tu, kalau gender dia maskulin guna kata sifat maskulin dan juga kata "be verb" maskulin.

kucin (betina) itu letih
gaatuu kechikhtaa eilaa

be-verb eileh n eilaa ni selalu dipendekkan ja jadi leh atau laa dalam percakapan. contoh ayat:

sousa goura-leh
kuda itu besarq

sousa gourta-laa
kuda (betina) itu besarq

cuba try trenslet ayat2 ni ke bahasa assyria (aramaic)
1. tikus (jantan) itu berat
2. menatang (betina) itu kotoq

cuba trenslet ni ke bm siap habaq mai gender ayat ni
1. tora kshikhta-laa
2. nouna soura-leh

lepas ni boleh lah trensletkan konspirasi dejei (dajal), hari kiamat ka akhirat ka benda tu dah pasti dalam kitab, manusia xdak kuasa nak halang pun kalu Tuhan kata dejei akan datang jadi apa gunanya konspirasi mak nenek ni smua kalu dah benda tu memang ada dalam "perancangan" n "pengetahuan" Tuhan Maha 'Alim?

Gud day, Happy Hanukkah!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2010 09:33 AM | Show all posts
Aramaic merujuk bangsa


edit, merujuk bahasa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2010 09:52 AM | Show all posts
harap ahmad sepul hat buat teori kata upin tu bahasa aramaik yg bermaksud benci rasul tu mai aja ...
ChildrenOfBodom Post at 24-11-2010 18:29


kena kata uffin... barulah jadi makna ana sayang rasul, ni dalam kamus bahasa Aramaic versi planet kriptonik kot
bukan ada blog nama 1Asalama ka dok ajaq bahasa Arabaiyya.
bukan bahasa Arab tapi bahasa Arabaiyya untuk pengikut ajaran nabi mahadayaamman (mahasalamariamman unne rende pappodum).
kali pertama aku dengaq dalam sejarah pasal agama baru dan bahasa serta kitab baru, baru lagi daripada bahai.
Tolkien JR pon kalah

http://www.ustaznoramin.com/2010/05/adegan-seks-ustazah-di-asrama-pelajar.html

zaman kelam nak qiamat ni macam2 ada. agama makin lama makin ke belakang dok tercorok. orang x ngaji agama p ngaku dia ada blajat agama sampai habis. agama jadi modal hawa nafsu. kadang2 depan kita pakai kappiah, tapi dalam tu ada setan. nak jalan mana2 pun jadi suspicious la kita2 yg jahil ni, tu la gamaknya punca mai segala bagai konspirasi ahmad saipul kot
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.085852 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list