CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: genot

Bahasa Aramic

[Copy link]
 Author| Post time 30-11-2010 01:46 AM | Show all posts
shlamalokhun!

marilah kita belajaq perkataan2 yang ada dalam leksikon atau kamus bahasa Aramaic. penutur bahasa Aramaic ni majoritinya beragama Nasrani. kalau mereka tinggal di negara2 berbahasa Arab seperti Syria, Lebanon, atau Iraq, mereka boleh berbahasa Arab juga. Jadi apa perkataan2 yang kita nak tengok tu tuan puan?

perkataan yang kita nak tengok tu adalah perkataan yang digunakan dalam istilah keagamaan. misalnya seperti nabi (prophet), utusan (apostle), rasul (messenger) serta maknanya sikit2 ikut pemahaman agama Nasrani orang Suryani hari ini.

Nabi dalam bahasa Aramaic (Suryani) disebut sebagai nabiy atau nbiyya. perkataan ni adalah dalam kategori kata nama, serta bergender maskulin. kata nabi dalam bahasa Melayu maksudnya apa? bahasa Melayu tak ada perkataan ni sebelum ajaran Islam tersebar kemari ke Nusantara. perkataan nabi dari bahasa Arab ni merupakan kata serapan bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu klasik yang dipengaruhi pengaruh Islam dan bahasa Arab sebagai bahasa ritual keagamaan. Macam mana nak terjemah perkataan nabiy dari bahasa Aramaic ni ke bahasa Inggeris? Dalam Quran punya terjemahan bahasa Inggeris, ia disebut sebagai prophet. makna lain bagi nabiy ni adalah penterjemah untuk bahasa Melayu, dalam bahasa Inggeris lebih kepada interpreter.

Bagi makna pertama terjemahan perkataan nabiy dalam bahasa Inggeris iaitu prophet tu, apakah maknanya prophet dalam bahasa Melayu? tuan perlu buka kamus bahasa Inggeris-bahasa Inggeris pula bagi lihat apa pengertian prophet itu. kalau menurut pemahaman keagamaan, prophet ni adalah orang yang didakwa ada perhubungan dengan alam metafizikal yang berkaitan dengan ketuhanan lalu kemudian bertindak jadi perantara pula antara kemanusiaan dengan menyampaikan "pengetahuan" yang didapati dari entiti supernatural kepada manusia2 lain. nabi ni ada kedudukan dalam masyarakat dia. kalau dalam masyarakat di nusantara, bomoh adalah orang yang ada peranan dalam masyarakat, banyak istilah ikut masyarakat macam bobolian ka, bobohizan, tok mo, dsbgnya.

ini hanya makna asas perkataan ni. bagi istilah keagamaan orang Islam pastilah ada pula peristilahan tersendiri. dalam buku teks darjah enam pun ada. sekarang aku tidak pasti lah ada lagi ke tak tapi buku teks pendidikan islam aku baca dulu ada. bagi orang Nasrani pun ada pula peristilahan dia tentang perkataan nabiy ni, kena lihat dalam kitab bahasa Suryani dia la pulak. orang Yahudi pun ada jugak peristilahan ni. semua pun kena pergi tanya kat tuk guru dia sendiri untuk dapat kepastian tak boleh kita nak impose perkara dalam agama kita sama dengan agama orang lain dari segi branding perkataan kat individu2 suci. tapi yang asasnya perkataan merujuk nabi dalam bahasa Arab, juga adalah kata bahasa Aramaic atau Suryani iaitu nabiy.

Untuk kata Apostle? Apa yang boleh kita paham tentang kata ini? Apostle berasal dari bahasa Yunani yakni bahasa Greek iaitu Abostolos. Ia diserap dalam bahasa Inggeris melalui bahasa orang Latin yang menjajah Greece dan juga England suatu ketika dahulu. Dalam injil berbahasa Arab yang baru diterjemahkan oleh mubaligh Barat walaupun orang Nasrani dah wujud lagi lama daripada di Barat sana, apostle diterjemahkan menjadi rasul. Maksud Rasul adalah pesuruh atau penyampai. Dalam bahasa Inggeris sekali lagi terjemah dapat perkataan messenger. Dalam bahasa Aramaic (Suryani), perkataan ni sama dengan Postoulous. Ia merujuk kepada pesuruh Pope atau Baba Gereja.

selain itu Postoulous merujuk kepada pesuruh nabi Isa yang menyebarkan ajaran Injil kepada ummah sekeliling mereka. Ikut sebutan Gereja2 sekarang ini misalnya Katolik dan Orthodox, antara pesuruh yang sebarkan ajaran Injil bagi pihak Isa al-Masih adalah Toma (Yahudza Labbau), Yusuf (Barnaba) dan Baulus (Shaul). Toma dihantar ke Syria ajar agama kepada raja Abgar di Edessa, sekarang dalam Urfa di Turki. Dipercayai Toma juga pergi ke India ajar orang Israel (Yahudi) di Malabar. Dipercayai ajaran al-Masih sampai sekitar tahun ke-52 M di Kerala, lepas tu Toma mati kena tikam dengan lembing Brahmin orang Brahmin yang berkomplot sebab tak suka ada setengah orang Brahmin lain turut dipengaruhi oleh ajaran al-Masih lepas lihat "miracle" Toma melalui doa-doa. Jenazah beliau dibawa balik ke Urhai di Edessa. Baulus dan Yusuf (Barnaba) dihantar ke tanah orang Yunani dipercayai sekitar tahun ke-44 M. Baulus lalui perjalanan dalam bandar2 Yunani yang sama sebanyak tiga kali. Perpisahan Barnaba dan Baulus terjadi dalam perjalanan kedua, bila Barnaba bertentangan pendapat dengan Baulus berkenaan nak bawa seorang anak muda bernama Yukhana Marqus. Jadi Barnaba berdegil mahu Yukhana ikut dia, Baulus bawa pula seorang lagi pengikut nama Sila. Baulus bermula di Syria ke setengah kawasan dalam Turki sekarang. Manakala Barnaba dan Yukhana ke Qibrus (Cyprus).

semoga terhibur!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-12-2010 10:25 PM | Show all posts
shlamalokhun!!!

hari tu kita baca pasal cara nak beri salam dan variasinya dalam bahasa Aramaic. hari ni kita baca pulak pasal ucapan harian bahasa Aramaic.

assalamu'alaikum - shlamalukh (ucap pada laki2),shalamalakh (ucap pada wanita)
assalamu'alaikum - shlamalokhun (ucapan yang sopan pada semua laki2 n pompuan skali, masa kni jarang guna tapi bahasa arab guna cara ini)

kalau nak tanya "apa khabar?" dalam bahasa aramaic? kata "dakhii vit?" untuk tanya pada laki2. jika pada wanita tanya macam ini, "dakhii vat?" jika nak tanya pada semua tak kira laki prempuan, tanya "dakhii tuuun!"

nak jawab bagi laki2 bleh jawab "spaai vin, merci!" bagi pompuan jawab "spaai van, merci!" maksudnya "saya baik, trima kasih!" jika nak tanya balik khabar orang yang tanya anda, "dan awak pulak?" kalau orang yg nak ditanya tu laki bleh kata "at dakhii vit?" kalau yang ditanya balik tu perempuan, kata "at dakhii vat?" kemudian yang ditanya nak jawab, boleh jawab secara umum juga. "spaai merci!", maknanya "baik, makasih!"

contoh perbualan antara seorang lelaki dan wanita:

Ali: shlamalakh!
Limah: shlamaluukh!
Ali: dakhii vat?
Limah: spaai, merci. at dakhii vit?
Ali: spaai vin, merci.

slamat mencuba sambil tengok video cerita pokemon!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2010 10:41 PM | Show all posts
shlamalakhun!

ucapan harian bila berjumpa orang

slamat pagi - qdamtukh brikhta (ucapan kepada laki2), qdamtakh brikhta (untuk wanita), qdamtokhun brikhta (untuk semua), makna ucapan ni adalah pagi yang diberkati.

jawaban semula

smoga sluruh hari anda diberkati - kyuul youmanukh briikhi (pada lelaki), kyuul youmanakh briikhe (pada wanita)

slamat petang/malam - ramshuukh brikhaa (pada lelaki), ramshakh brikha (pada wanita), ramshokhun brikha (pada ramai orang)

jawab semula

Allah dengan kamu - alaha minuukh (pada lelaki), alaha minaakh (pada wanita), alaha minokhun (pada semua)

nak ucapkan selamat tinggal, mereka akan kata "semoga berada dalam keadaan aman!"

dalam bahasa aramaic dia kata "push um shena!" boleh kata pada smua tak payah ubah ikut jantina. ucapan2 semua ni sebenarnya adalah budaya yang berasaskan kepada doa2 kepada orang yang kita temui. lebih kurang saja macam dalam islam kita beri salam kpd smua tapi kat sini budaya ni jarang2 prektis. tak biasa, itu sahaja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 09:35 AM | Show all posts
wah banyak info genot. lepas ni tak ada lagi mengaitkan bahasa aramic dgn pokemon ni... hehe

Semoga dgn ilmu ini kita mampu membendung fitnah2 dari konspirasi yang sangat menular ditengah2 masyarakat Muslim dalam negara ini...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2010 10:19 PM | Show all posts
shlamalakhun!!!

perkataan kita hari ini semua kata nama yang biasa2 ajah lah dok guna hari2. ejaan aku memintak mahap bagi sesiapa yang ingin nak merekod pelajaran bentuk nota. aku xreti ejaan estrangela untuk bahasa suryani (arami), aku cuma reti eja ikut tulisan ibrani dan arab sahaja. sebab aku dah biasa pulak eja ibrani, maka paki ibrani la, hahaha sebelum tulisan syria berubah, sebenarnya huruf ibrani tu la huruf bagi bahasa suryani, bahasa suryani pakai huruf ibrani dolu baru tulisan berubah jadi estrangela dan huruf bersambung2 tu.

kerusi - kursa (kap, vaw, resh, shin)
katil - ghaaraavaat ('ayin boh titik tang mana2 nak jd huruf ghein, alep, resh, alep, vaw, alep, tav)
pembalut, hijab - pardaa (peh, resh, daleth, alep)
permadani - khaalee (cheth, aleph, lamed, yod)
pintu - taaraa, stengah wilayah lain sebut darwazaa sama mcm urdu (teth, alep, resh, alep)
tingkap - panjareh (sama dengan bahasa farsi) (peh, nun, gimmel, resh, he)
taman - geniyaataa (gimmel, nun, yod, alep, teth, alep)
bumbong - gareh (gimmel, resh, he)
lantai - lehraa (lamed, he, resh, alep)
dindin - goda (gimmel, vaw, daleth)
dapor - ghonkhaa ('ayin boh tanda, vaw, nun, cheth, alep)

oh yah, sblom haku terlopa, tulisan Arab yang asal dari tulisan Nabthi sebenarnya tak ada titiqs. jadi hurup macam ta, tsa, ba, ha pedas, khaa yang bentuk ha pedas ada titik atas kapla toncit, huruf jim yang ada titik dalam, 'ayin, ghein, pha, goph, semua tidak ada titik. kalu nak baca kena hapal bentuk. sama mcm hurup ivri dan jugak suryani. tak tepat aku mintak mahap ah, aku pun dengar bunyi ja dan transcribe balik an error. bahasa suryani sebutan lebih kurang ja dgn Arab utama yang dialek Syria dan Lebanon. sebelah Iraq dan Iran punya amatlah susah aku dengar {:3_83:} mahu eja tulisan Arab pon boleh, aku rasa takyah letak koth ejaan Arab, ramai orang boleh baca huruf Arab kan?

wokkei???

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2010 10:41 PM | Show all posts
shlamalokhun!!!

kita belajaq pasal warna juga. bahasa Suryani sebut warna sebagai siva'a. ejaan dia pakai ejaan hruf ivri adalah tzade, beth, 'ayin. ejaan bahasa ivri pon sama, maksud sama, sebutan n ejaan rumi jah len iaitu tzev'a. bahasa Arab sebutnya sebagai sib'e, ejaan dia sooood, ba, 'ayin, ta marbutah. dekat ba tu ada qolqolah skit utk bahasa Arab

dah tau ejaan? hangpa hantam la sebut gena pon janji ada bunyi dia dekat2 dgn ejaan. yang dalam Quran sebut sebagai sibgha (al-baqarah:138) tu maksud dia celupan. celupan berkaitan dgn warna lah. kata bahasa suryani utk warna ni bleh terbitkan banyak kata nama lain. tapi kita blajaq benda basic jah, wokke?

siva'ano d'yomaa (warna kita hari ini)...

itam - kumaa (kap, vaw, mim, alep)
puteh - khbaaraa (chet, beth, alep, resh, alep)
kunin - zerda (zayin, resh, daleth)
biru - mila (mim, yod, lamed)
ijau - gheena ('ayin titik, yod, nun)
oren - pota (peh, vaw, teth)
kelabu asap - risasayaa (resh, samech, samech, yod, alep)
merah - smughaa (samech, mim, vaw, 'ayin titik, alep)

satgi kita pos nota kita pasai kata ganti diri pulak. aku rasa bahasa ivri n bahasa arab dah post dah. thrid bahasa arab pulak termendops, papa pon aku nak salin balik ja nota suma orang simpan utk kendiri xtu bila bleh chow 100% dr ini forum
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-12-2010 11:17 PM | Show all posts
ganti diri kedua mufrad

dia (maskulin) - uwaa (he, vaw, alep)
dia (feminin) - eyaa (he, yod)

kita sembang perlahan2 dahulu pasal cara nak mengguna dua perkataan ganti diri ini...

dia (maskulin) letih
uwaa ksheekha-leh

dia (feminin) letih
eyaa ksheekhta-laa

dia (maskulin) sedang makan
uwaa bikhaalaa-leh

dia (maskulin) mempunyai
uwaa ith-leh

dia (maskulin) mahu
uwaa biy-eh

dia (maskulin) melihat
uwaa bighza-leh

kalau untuk dia (feminin) punya perbuatan bagi bentuk kata kerja2 mcm ith (mempunyai), biy (mahu), dan bighza (lihat) camna? buang yang bunyi leh dan eh tu sebab itu adalah conjugation bagi fe'el mudhari' bentuk maskulin. bagi bentuk feminin tukaq bunyi dia jadi

eya ith-laa (dia seorang pompuan sedang makan)
eya eya biy-aa (dia seorang pompuan mempunyai)
eya bighza-laa (dia seorang pompuan sedang melihat)

kalu bagi kata nama dengan kata sifat pulak, kata nama dolu baru diikuti kata sifat, sama lah macam bahasa melayu, contoh dia

kerusi merah, bahasa suryani kata kursa smoghaa. kursa tu kerusi, smoghaa tu merah lah. cuma mau ingat bagi kata sifat kecik dan besar jah, dia punya tatabahasa sikit beza. kata sifat dahulu baru diikuti kata nama, contohnya, gura kursa maksud dia kerusi besar, gura tu besar, kursa tu kerusi. sura kursa, kerusi kecik. sura tu kecik, kursa tu kerusi. kalau untuk lembu betina kecik? bleh kata surta tora, tak perlu ubah gender kata nama tora tu sebab kata sifat kecik tu dah terangkan menatang lembu tu adalah betina.

cara nak buat ayat penuh bahasa suryani (aramaic) adalah kata kerja di hujung sekali tapi ada stengah pengecualian macam ayat dia makan lembu puteh. ayat suryani dia uwaa bikhaalaaleh tora khbaaraa. maksud dia, kalau ada ayat dimulai dengan uwaa (dia) atau eya (dia) sebagai subjek ayat, kata kerja kenalah ada selepas subjek tu.

camna nak trenslet ayat ni jadi bahasa suryani?

1. dia melihat kerusi warna hitam (dia bentuk maskulin, ingat conjugation ikut gender)
2. dia mahu anjin puteh (dia bentuk feminin, kena ingat bentuk conjugation kata kerja ikut gender)

cuba trenslet ayat bahasa suryani ni jadi bahasa melayu?

1. gaatuu bikhaalaaleh sura nouna
2. eya itlaa suusaa kshiikhaa  

Allahua'alam!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2010 11:47 PM | Show all posts
aku ingat nak boh video lagu bahasa suryani utk dengar bunyi bahasa depa, tapi pastu aku berubah pikiran lak. banyak lagu2 depa pasal agama. tak sesuai kot untuk worang2 awam utamanya kat M'sia ni. satgi akidah hangpa plak tergugat, sapa yang susah? depa ni kuat ikut ajaran masehi. xleh nak mengelak drpd keagamaan sama la mcm orang arab isele.

sebutan yang btoi2 accurate ponya adalah sebotan orang suryani syria depa sebut btoi2 hanya dlm doa2 sahaja. yang belah2 iran n iraq dah terpengaruh dengan bahasa kurdish. bleh boh lagu2 pop ala2 dangduts depa, tapi dah banyak campuq bhs kurdish banyaknya dari iraq dan torki. aku pon dak paham la sangat dengar kena blajaq balik.

ni satu video, xdak apa2 ikon masehi. hanya cakap pasal bahasa sahaja. yang aku bleh agak bunyi dia leshono (lisan, bahasa), d'amtho (bunyi macam mak saudara sahaja)... ni kumpulan muzik maar aphraim (saint ephraim) dari syria. jd la no bleh dengar bunyi, hahaha



wokke, naam poooodah (aku chow dolu)...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2011 10:06 PM | Show all posts
wah mcm muzik padang pasir lah pula.... sedap noo
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 10:12 PM | Show all posts
tak sambung ka bljr amheric ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2011 12:15 AM | Show all posts
Shlomolakhun!!

Ok sambungan sikit-sikit. Sebelum tu aku nak abaq mai, worang Jewhudi sebenarnya pakai bahasa Aramaic selepas depa kena takluk dengan Babilon. Jadi nabi Isa (as) sebenarqnya cakap bahasa Aramaic sebagai bahasa ibunda dan bahasa Greek untuk bahasa berurusan. Beginda bukan cakap bahasa Hebrew sebagai bahasa sehari-hari. Bahasa Hebrew cuma bahasa kitab sahaja macam bahasa Errebs lani, cuma jadi bahasa kitab kita bokan bahasa harian. Kalu cakap Errebs macam baca Quran kat pak Errebs kalu depa x gelak pom depa ludah kat muka kita (depa kata nak menunjuk pandai)

Aku rasa aku akan pakai tulisan Hebrew saja untuk trenskrip bunyi bahasa Aramaic sebab tulisan Hebrew ni sebenarqnya tulisan asal bahasa Aramaic seblom depa tukaq tulisan depa. Aku x reti baca hurup neo-Aramaic Sudara kita midal pon penah gitahu kan, ada Siddur (doa2) depa baca pakai bahasa Arami jugak, tapi bahasa Arami ada dua pecahan. Arami Kristian ngan Arami Jewhudi.

Orang Suryani dipanggil dalam bahasa Arami sebagai Ashuraayaa אשוריא (jamak maskulin) atau Ashuurreetaa אשוריתא (jamak feminin). Orang Kaldani dan orang Suryani area Mesopotami sampai Syria termasuk Israel n Utara Tanah Erreb juga di Selatam Torki dan belah Barat Iran, semua pun kira Ashuuraayaa.

Nama len Ashuuraayaa, dipanggil Araamaayiit ארמאית. Perkataan ni guna untuk rujuk bahasa orang Suryani. Dalam bahasa Arami, kita sbot bahasa Arami sebagai Leshaanaa di Araamaayaa לשאנאדארמאיא (bahasa orang2 Arami).

Ok? Bleh guna sekali dengan bahasa Hebrew dun worry sebab bahasa ni dikira sebagai dialek Samiah saja termasuk dengan bahasa Errebs al Onta n Hebrew. Bukan bahasa yang luar rumpun pun.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2011 09:56 AM | Show all posts
suryani ni cantik2 belaka, pernah see di youtube tengok komen kat bawah video, marah tahap dewa bila ada pembaca tulis kata mereka Arab... huhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Up........
....
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:19 PM GMT+8 , Processed in 0.093678 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list