CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 52098|Reply: 114

DETEKTIF CONAN

[Copy link]
Post time 19-11-2010 08:12 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by hart_attack at 19-11-2010 20:14












Detektif Conan
(名探偵コナン, Meitantei Konan?) merupakan manga dan anime detektif karya Gosho Aoyama yang diterbitkan dalam majalah Shonen Sunday Mingguan sejak 1994. Syarikat Tora Aman menerbitkan komik manga Detektif Conan dalam Bahasa Melayu bagi pembaca Malaysia.

Versi anime dihasilkan oleh Tokyo Movie Shinsha dan telah menayangkan lebih 590 episod siri televisyen yang masih bersiaran di kaca televisyen Jepun dan 14 buah filem telahpun dihasilkan. Di Malaysia, anime ini disiarkan pada hari Sabtu, jam 12.30 tengah hari di TV 3 dan juga di Astro Ceria saluran 611 .

Filem kesepuluh iaitu, Private Eyes' Requiem telah diumumkan penerbitannya pada 15 Disember 2005 dan telah ditayangkan di seluruh tanah air Jepun pada 15 April 2006, yang buat pertama kalinya berada di kedudukan nombor satu di Jepun dan berterusan buat tiga minggu yang seterusnya. Pada 28 Mei 2006, filem ini telah mengaut $25.8 juta.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-11-2010 08:29 PM | Show all posts
Kisah

Pada permulaan cerita, pelajar yang berusia 17 tahun yang bernama Kudou Shinichi telah menjadi budak lalu bertukar nama kepada Edogawa Conan. Shinichi pada mulanya telahpun terkenal sebagai detektif remaja di bahagian timur Jepun (Tokyo). Pada suatu hari, Shinichi pergi ke taman permainan yang bernama "Taman Tropika" bersama Ran Mouri . Dia terlibat dengan kes apabila penunggang roller coaster, Kishida, hilang kepalanya. Dia berjaya menyelesaikan kes tersebut dan ketika kepulangannya, dia menyaksikan satu pertemuan yang berlaku melibatkan sekumpulan lelaki yang memakai pakaian serba hitam. Malangnya, kehadirannya telah diketahui oleh salah seorang daripada mereka dan mereka memukul dan memberinya racun ujian yang bernama Apotoxin-4869 (APTX4869), yang sepatutnya membunuh Shinichi. Walau bagaimanapun, racun itu tidak membunuhnya tetapi sebaliknya, mengecutkan badannya hingga ke saiz pelajar sekolah rendah.


Dengan mengikut nasihat Dr. Agasa Hiroshi, Shinichi menyembunyikan identiti dan kisah sebenar kerana dikhuatiri akan diketahui penjahat berpakaian hitam tadi. Apabila Ran menanyakan namanya, Shinichi terlihat buku karangan Arthur Conan Doyle dan Edogawa Ranpo yang menjadikan namanya "Edogawa Conan." Agasa mengatakan yang "Conan" adalah anak saudaranya tetapi terlalu sibuk untuk menjaganya lalu mencadangkan "Conan" tinggal bersama dengan Ran, yang kemudiannya dipersetujui oleh mereka berdua.


Bapa Ran, Mouri Kogorou juga seorang detektif tetapi tidak begitu cekap. Conan sering menyelesaikan misteri untuknya. Dengan penampilan Conan yang hanya seorang budak, pihak polis jarang pedulikan Conan. Maka, Conan mempergunakan Detektif Mouri dengan menyuntiknya "jarum bius" dan berpura-pura menjadi Mouri dengan menggunakan pengubah suara yang ada di reben lehernya.


Watak utama yang muncul kemudian adalah seperti ibu bapa Shinichi iaitu Yusaku dan Yukiko , Hattori Heiji, pesaing dari Osaka-barat Jepun, Perompak Ganjil (Kaitou Kid/1412), pencipta APTX4869 Shiho Miyano (bergelar "Sherry" dalam kumpulan sindiket hitam tersebut yang turut menjadi kecil selepas mengambilnya sendiri dan tinggal bersama Dr. Agasa dengan nama Ai Haibara), dan ahli kumpulan hitam seperti Gin, Vodka, Tequila, Calvados, Pisco, Vermouth, Kir, Chianti, Köln, dan ketuanya yang misteri.


Detektif Conan mengikut format sastera klasik tentang misteri pembunuhan seperti Kes Bilik Tertutup dan kes dengan suspek yang terhad. Ia juga merangkumkan dan menyimpulkan kes dalam cara yang sama.

Manga juga menyelitkan Ensiklopedia Detektif yang mempunyai banyak watak detektif, misteri, dan sastera jenayah serta filem seperti Sherlock Holmes, Hercule Poirot, Shunsaku Kudo , Kogoro Akechi, Arsène Lupin, Kōsuke Kinda'ichi, Nero Wolfe, Jules Maigret, dan banyak lagi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2010 08:34 PM | Show all posts
kartun







filem

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2010 09:12 PM | Show all posts
waahhh!!! chayok!chayok!! conan yg comel...!
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2010 09:27 PM | Show all posts
yih haaaaaaaaaa komik kesayangan aku
aku sanggup menyewa tau komik ni semata-mata keran conan
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2010 10:54 PM | Show all posts
yih haaaaaaaaaa komik kesayangan aku
aku sanggup menyewa tau komik ni semata-mata keran ...
kiwibenz Post at 19-11-2010 09:27 PM


wahhh.... sanggup ko nyewa...   urmm.. haku shuker nengok anime dia.. manga tak layanzz sgt sebab manyak episod khen citer neh...   tpi kalo dh start baca manganyer dari episode 1.. harus haku layanzz smpai abeh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2010 01:07 AM | Show all posts
wahhh.... sanggup ko nyewa...   urmm.. haku shuker nengok anime dia.. manga tak layanzz sgt se ...
BabeYSHa Post at 19-11-2010 22:54



nampak sadis betul kan aku
itu dulu la
zaman sekolah dulu.. nak beli, tak ada duit...

skang layan o9 je. best kan conan.. pasal dia, aku dulu sampai penah tanam cita-cita nak jadi penyiasat
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2010 01:33 AM | Show all posts
nampak sadis betul kan aku
itu dulu la
zaman sekolah dulu.. nak beli, tak ada duit...: ...
kiwibenz Post at 20-11-2010 01:07 AM


tkderla sadis sgt la..   cuma kagum ngan ketagihan ko ngan komik manga neh..   haku pun sama gak.. rasanyer.... haku leh dilabel otaku kot..

erk... tpi khen... pelukis watak & rekaan citer neh mmg bijak & teliti cmpo kreatif la..   sebab.. kadang2 bila kita nengok kat tb kesah neh... tk tercapai dek akal.. sapekah yg bersalah sebenarnyer? khenn?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2010 01:44 AM | Show all posts
tkderla sadis sgt la..   cuma kagum ngan ketagihan ko ngan komik manga neh..   haku pun s ...
BabeYSHa Post at 20-11-2010 01:33



ha ah betullah.
jeles tahap bangang dgn otak yg buat fening kepala aku nehh
aku rasa dia betul2 bijak la
tgk lah buku yg dia keluarkan
tak tercapai dek ongkos ku

aku tgk yg movie real tuh cam x best sket
conan version cartoon lagi comel dan ekspresi pun menarik untuk di perhatikan
skang aku jarang nonton kat tb (tb 3 asek ulang jahhh )
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2010 11:06 PM | Show all posts




ini Conan kecik dan conan besar..



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 10:04 PM | Show all posts
Reply 1# hart_attack


    kat umah anniez manyak tol buku2 conan ni..
hehe.. sbb adik anniez suka sangat kompul buku2 conan ni..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2010 08:51 PM | Show all posts
Reply  hart_attack


    kat umah anniez manyak tol buku2 conan ni..
hehe.. sbb adik ann ...
anniez08 Post at 23-11-2010 22:04


tngkap gambar post kat sni...share same2...
hart pun tgh cari kat umah ni,lupa dah kat mane nak letak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2010 05:40 PM | Show all posts
salam...lame tak jenguk...

conan versi game...





ni pulak versi wallpaper



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 02:59 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 02:35 PM | Show all posts
Reply 2# hart_attack


   





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2011 11:22 PM | Show all posts
mane idea la...owg yg wt anime nie ek??
tiap kes...tperinci tol...
kdg2 xtpkir lngsung....
tp conan bley pkir sdalam2nye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2011 11:39 PM | Show all posts
nak tgu komik die smpai kt kedai sgt la lame..skg da yg ke 70...xtau pulak kalau ade yg latest..klu nak bace yg on9 punye x feel pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2011 05:40 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2011 05:44 PM | Show all posts
akak aku minat gile dgn cite conan nih.. dr buku 1 smpai the latest die tak miss beli.. aku pon ape lg.. tompang sekaki le..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 08:44 PM | Show all posts
detektif conan a.k.a shinichi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.087130 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list