CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 367|Reply: 0

Ejekan ‘Messi, Messi’ tambah derita Ronaldo

[Copy link]
Post time 28-1-2023 11:17 AM | Show all posts |Read mode


PERTAHANAN Al Nassr, Nawaf Boushal (kiri) membantu Cristiano Ronaldo bangkit ketika menentang Al-Ittihad pada separuh akhir Piala Super Saudi di Stadium Antarabangsa King Fahd, Riyadh semalam. – AFP



RIYADH: Keadaan Cristiano Ro­naldo nampaknya tidak bertambah baik di Asia Barat apabila terlepas peluang untuk menja­ringkan gol dan kemudian diejek pula penyokong lawan yang mengingatkannya kepada ­Lionel Messi.

Ronaldo berang penyokong Al-Ittihad melaungkan ‘Messi, Messi’ selepas pasukannya, ­Al-Nassr tewas 3-1 pada separuh akhir Piala Super Saudi

Kapten Portugal itu juga hanya mampu melihat bintang lawan, Abderrazak Hamdallah meledak gol kedua tuan rumah selepas Romarinho meletakkan Al-Ittihad di depan pada minit ke-15.

Hamdallah yang menikmati kejayaan luar biasa dalam Piala Dunia 2022 hingga mara ke separuh akhir bersama Maghribi muncul pemain terbaik di Stadium Antarabangsa King Fahd.

Tidak hanya penyokong tuan rumah, malah Hamdallah turut meraikan jaringannya dengan meniru gaya yang dilakukan Messi ketika bintang Argentina itu menyarung jersi Barcelona menentang Real Madrid yang diwakili Ronaldo dalam aksi El Clasico 2017.


Abderrazak Hamdallah menunjukkan bahagian belakang jersi, cara yang dilakukan Lionel Messi ketika meraikan gol.

Hamdallah mengangkat bahagian belakang baju dan me­nunjukkannya ke kamera.

Tindakan itu menambah ‘kesakitan’ Ronaldo yang terdahulu terlepas peluang untuk me­nyamakan kedudukan, malah pemenang lima gelaran Ballon d’Or tersebut mencekak pinggang sebelum melambai ke arah rakan sepasukan dengan rasa marah.

Pada separuh masa ke­dua, Anderson Talisca berjaya menghadiahkan gol pertama Al-Nassr pada minit ke-67, sekurang-kurangnya mengurangkan ­defisit kepada satu.

Ketika Al-Nassr mengatur serangan untuk mencari gol penyamaan, pertahanan ­lawan, Muhannad Al-Shanqeeti menamatkan perlawanan lebih awal dengan meledak jaringan ketiga. – AGENSI

https://www.utusan.com.my/sukan/ ... bah-derita-ronaldo/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.068331 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list